Bahagian depan kereta sport W Motors Lykan Hypersport.
Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai £2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di Doha, kelmarin.
Menurut akhbar dalam talian MailOnline semalam, kereta sport LykanHypersport itu lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga £1.5 juta (RM7.26 juta).
SEBUAH kereta Lamborghini Aventador dipandu di sebuah landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Miami di Florida kelmarin.
Sebanyak 12 buah kereta sport Lamborghini Aventador LP 700-4 Roadster dipandu laju di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Miami di Miami, Florida, kelmarin.
Beberapa pegawai lapangan terbang itu menyatakan, kereta tersebut mencatatkan kelajuan 330 kilometer sejam semasa dipandu di landasan tersebut.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann turut memandu salah sebuah kereta itu.
Pertunjukan itu diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-50 syarikat kereta tersebut. [Sumber]
Artis popular Indonesia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad.
Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.
Wanita Mexico yang mempunyai pinggul terbesar di dunia perlu dua tempat duduk dalam pesawat
Los Angeles: Mikel Ruffinelli tidak segan mempamerkan pinggulnya, yang terbesar di dunia dengan ukur lilit lebih 244 sentimeter (cm).
Dengan keadaan sedemikian, ibu empat anak itu terpaksa bergelut untuk memasuki pintu dan memerlukan dua tempat duduk ketika menaiki pesawat.
Mikel, 39, yang seberat 190 kilogram (kg) terpaksa memandu trak kerana tidak muat untuk masuk ke dalam kereta. Dia juga memerlukan sebuah kerusi yang kuat untuk duduk dan berehat di dalam rumah.
ASHTON Kutcher memegang watak sebagai pengasas bersama syarikat Apple, Steve Jobs dalam filem bertajuk jOBS yang diarah oleh Joshua Michael Stern.
Filem pertama mengenai pengasas bersama syarikat teknologi Apple, Steve Jobs ditayangkan kelmarin selepas hanya 15 bulan mendiang meninggal dunia.
Filem bertajuk jOBS dilakonkan oleh pelakon terkenal, Ashton Kutcher itu ditayangkan di Festival Filem Sundance dan bakal menemui peminat di panggung wayang mulai April depan.
Sebuah asteroid dikatakan bakal mendekati bumi pada pertengahan Februari ini.
Asteroid dianggarkan bersaiz kecil itu dikenali sebagai 2012 DA14 dijangka mendekati Bumi pada 15 Februari ini.
Ahli Astronomi berpendapat asteroid itu akan berada dalam orbit bulan sekitar 38,6243 kilometer (km) dan dalam orbit satelit Geosynchronous sejauh 418,429 km.
SEORANG wanita memegang sebilah pisau yang diberikan oleh
kakitangan parti Shiv Sena di Mumbai kelmarin.
MUMBAI – Sebuah parti politik berhaluan kanan India mengedarkan beribu-ribu bilah pisau kepada golongan wanita di sebuah negeri di barat India untuk digunakan mereka jika diserang.
Pisau-pisau itu diberikan selepas seorang pelajar wanita yang berusia 23 tahun mati akibat dirogol oleh beberapa lelaki pada Disember tahun lalu.
Parti Shiv Sena itu mengedarkan senjata tersebut pada Rabu lalu pada sebuah majlis yang diadakan di sini.
Pemimpin parti itu, Ajay Chowdhary berkata, wanita harus menyimpan pisau tersebut dekat dompet mereka.
Sejumlah 21,000 bilah pisau itu diedarkan manakala negeri Maharashtra yang kerap berlaku kejadian rogol dan bunuh menjadi tumpuan utama pengedaran. [Sumber]
GAMBAR yang disiarkan kelmarin menunjukkan sebuah gerabak
diletupkan untuk tujuan kajian oleh sekumpulan penyelidik
Universiti Newcastle.
Beberapa penyelidik di Pusat Penyelidikan Rel, Universiti Newcastle, Britain meletupkan beberapa gerabak kereta api yang tidak lagi digunakan baru-baru ini.
Tren itu diletupkan dengan tujuan untuk menyaksikan serpihan gerabak tersebut berterbangan.
Letupan tersebut dirakamkan menerusi kamera.
Kumpulan penyelidikan itu pernah menyatakan mereka mereka berjaya menghasilkan gerabak yang boleh mengurangkan bilangan kematian dan kecederaan penumpang jika berlaku serangan pengganas.
Pengurangan kecelakaan itu boleh dilakukan menerusi penggunaan tingkap plastik bagi mengelak kaca berterbangan apabila gerabak dibom pengganas. [Sumber]
Apabila Chris Taylor kehilangan tangan akibat kemalangan jet ski empat tahun lalu, dia membayangkan kerjayanya sebagai jurutera bakal berakhir.
Namun, kini dia mampu memanjat tangga, memegang tali, malah menyiapkan pemasangan wayar yang kompleks selepas dia diberikan tangan bionik generasi baru.
Taylor juga boleh berbangga kerana dia menjadi manusia pertama di Britain memiliki tangan palsu unik digelar Tangan Michaelangelo yang dilengkapi jari elektronik.
Seorang pekerja pos terpegun dan merasa lucu melihat gelagat dua jirannya 'bergaduh' berhubung sampah yang diletakkan di hadapan rumah mereka di Granville Street, Dover, Kent.
Kedua-dua lelaki yang tinggal berjiran bertentangan jalan itu dilihat memindahkan beg sampah dari rumah mereka dengan meletakkannya di hadapan rumah jiran mereka tanpa bercakap apa-apa.
Atlanta: Seekor anjing kini mencetuskan sensasi di Internet selepas tuannya memuat naik gambar haiwan itu bersama pakaian unik.
Echo yang kini berusia tujuh tahun tidak keberatan apabila pemiliknya, Kristin Kittle, memasang pakaian yang ‘mengubah’ penampilannya berbanding anjing biasa.
KEADAAN Curtis selepas terperangkap pada kerusi anaknya di London
baru-baru ini.
Seorang ibu terperangkap di sebuah kerusi duduk anaknya selepas bergurau dengan seorang rakan yang berkunjung ke rumahnya di London, lapor akhbar The Sun semalam.
Ketika kejadian, Serena Curtis, 31, dilaporkan sedang meraikan majlis malam perkahwinan beliau bersama rakan wanitanya Jade Dickerson, sementara anaknya telah dihantar ke rumah pengasuh untuk dijaga.
Savo Duvnjak memerhatikan sekeliling bilik, mengangkat pemukul besbol dan memukul apa saja dilihatnya dari katil, meja, laci, kerusi sehingga tidak ada lagi yang tinggal untuk dimusnahkan.
Ia bukanlah perbuatan jenayah, sebaliknya Bilik Melepaskan Kemarahan.
“Sungguh lega,” kata Duvnjak yang berpeluh dan tercungap-cungap sambil melihat kemusnahan dilakukannya.
BEYER (kanan) dan suaminya bergambar di depan dua ekor badak sumbu di Taman Semula Jadi Aloe Ridge dekat Johannesburg baru-baru ini.
JOHANNESBURG - Seorang wanita, Chantal Beyer ditanduk seekor badak sumbu selepas dia bergambar dengan suaminya, Sven Fouche di depan dua ekor haiwan itu baru-baru ini di Taman Semula Jadi Aloe Ridge dekat sini.
Sebelum gambar itu dirakamkan, seorang pemandu pelancong mengarahkan mereka berdiri di depan haiwan berkenaan.
Beyer yang berusia 24 tahun ditanduk dari arah belakang menyebabkan tulang rusuk dan parunya patah.
Dia kini dirawat di sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. [Sumber]
Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? Get ready for the payback time...
1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa takde orang kat rumah. Unpack segala barang anda & pegi tidur.
2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati "horee...kau dah balik". Lepas tu menari dalam 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama-lama dan tanya dia "Sepatutnya kau dah belah dah sekarang".
Jika dulu peminat aktiviti perkhemahan banyak bergantung kepada cuaca, pembukaan taman karavan tertutup pertama di dunia kini memberi lebih banyak kemudahan untuk sesiapa yang berminat.
Pengalaman dalam hotel unik itu boleh dirasai sendiri di Berlin, apabila pelbagai jenis karavan klasik serta pondok kayu ditawarkan untuk pelanggan, termasuk di kalangan mereka yang cerewet.
LUBANG besar yang terbentuk di sawah padi di China pada Sabtu lepas.
Pihak berkuasa China menyiasat kejadian 20 lubang besar yang terbentuk di sebuah kawasan sawah padi di negara berkenaan.
Setakat ini lebih 20 lubang misteri itu terbentuk di daerah Fukou, dalam wilayah Hunan sejak empat bulan lalu.
Menurut media tempatan, siasatan awal mendapati fenomena itu berpunca daripada industri perlombongan setempat yang menyebabkan sistem saliran bawah tanah di kawasan berkenaan musnah.
Keadaan itu membawa kepada tanah jerlus yang membentuk lubang-lubang besar tersebut. [Sumber]
Seorang wira perang yang hilang kedua-dua kaki dan tangan kanannya akibat satu letupan bom di Afghanistan meraikan kejayaan selepas lulus ujian memandu dalam cubaan kali pertama.
Dave Watson, 26, berdepan dengan kematian apabila terpijak jerangkap samar ketika meronda.
Bagaimanapun, minggu ini, bekas askar itu menanggalkan plat ‘L’ nya setelah lulus ujian itu dengan melakukan hanya tiga kesalahan kecil.
Penduduk tidak melepaskan peluang mengutip ratusan ikan beku dalam sungai ais.
Ikan beku yang mengeras bersama air sungai menjadi kegemaran penduduk bandar Xi'an, wilayah Shaanxi, China pada musim sejuk ini.
Menurut penduduk, Liau Xi, penduduk di sini sering melakukan aktiviti memancing pada musim panas tetapi kali ini mereka berpeluang mendapatkan ikan di sungai tanpa menggunakan joran dan umpan.
"Walaupun ikan-ikan ini kecil, tetapi ia cukup untuk mengalas perut pada waktu malam," kata Liau.
Menurut pegawai biro perlindungan alam sekitar, sebahagian besar sungai dalam Xi'an mula membeku sejak dua bulan lalu, selain air mula cetek disebabkan kerja-kerja pembinaan laluan kereta api.
"Ikan-ikan membeku disebabkan suhu yang terlalu rendah dan air yang cetek," katanya. [Sumber]
TELEFON pintar Alcatel One Touch Idol Ultra dipamerkan pada pameran CES di Las Vegas, Amerika Syarikat kelmarin.
PARIS - Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile.
Setebal cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari pertama pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9 sentimeter dan dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz dan perisian Android 4.1 Jelly Bean.
Model terbaharu itu akan mula dijual di China pada hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran lain di dunia termasuk AS dan Eropah. [Sumber]
SEBUAH trak melintasi termometer tertinggi di dunia
di Baker, California kelmarin.
BAKER, Amerika Syarikat - Sebuah termometer paling tinggi di dunia yang terletak di sini kini ditawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya pada harga AS$1.75 juta (RM5.32 juta).
Pemilik termometer itu, Matt Pike dari daerah Orange membelinya daripada seorang rakan perniagaan restoran Bun Boy pada tahun 2005.
Termometer itu dibina oleh Willis Herron yang juga pemilik bersama restoran tersebut pada tahun 1991.
Pike yang merupakan pemilik restoran Bob's Big Boy menyatakan, bil lampu termometer itu ialah AS$8,000 (RM24,336) sebulan. [Sumber]
IMEJ yang disiarkan pihak stesen televisyen NHK dan Discovery Channel semalam menunjukkan sotong gergasi di dalam laut dekat Kepulauan Ogasawara, Jepun.
TOKYO - Beberapa saintis menyatakan mereka berjaya merakamkan gambar seekor sotong gergasi sepanjang kira-kira lapan meter di dasar Lautan Pasifik.
Pendedahan itu dibuat semalam selepas pihak Muzium Sains Kebangsaan Jepun berjaya membuat penggambaran haiwan laut dalam itu di habitat semula jadi sotong berkenaan buat kali pertama.
Simbol hashtag (#) dipilih sebagai 'perkataan sepanjang tahun' oleh Persatuan Dialek Amerika (ADS), sekali gus membuktikan bahawa dunia teknologi semakin dekat digunakan oleh pengamal linguistik.
Walaupun perkataan itu telah wujud sejak beberapa dekad, pakar bahasa memutuskan bahawa simbol berkenaan bakal berpengaruh pada tahun ini.
Washington: Pasangan di Amerika Syarikat sering memilih untuk meraikan majlis perkahwinan mereka dengan melepaskan tembakan senjata api pilihan masing-masing.
Dalam senario yang pelik, mereka juga bergambar dengan senjata api pada hari istimewa itu dengan melangsungkan perkahwinan mereka di kedai senjata api, The Gun Store di Las Vegas.
Datta berharap kemeja yang dibuat daripada emas 24 karat itu
dapat membantunya memikat wanita.
Seorang lelaki kaya di India sanggup membelanjakan sebanyak £14,000 (RM68,526) bagi menempah sehelai kemeja emas tulen dengan harapan ia akan menarik perhatian golongan wanita.
Orang ramai melihat perkhidmatan bank bergerak yang dirasmikan
Ismail Sabri di FELDA Bukit Mendi.
Bera: Tujuh bank bergerak disediakan Bank Rakyat bagi memenuhi permintaan pelanggannya yang tinggal di kawasan luar bandar, termasuk Sabah dan Sarawak.
Bank Rakyat membelanjakan RM2.59 juta untuk menyediakan perkhidmatan bank bergerak itu, sekali gus menjadikannya melangkah setapak dalam menawarkan perkhidmatan berinovasi kepada pelanggan.