Ni apa ceritanya kat sini?
Wordless Wednesday : The Malaysian Doodle From Google
Unknown | Wednesday, August 31, 2011 |
1malaysia
gambar
wednesday
wordless
wordless wednesday
No comments:


Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke-54
Salam 1Malaysia pada semua rakan blogger dan pembaca blog ini.....Sebenarnya, saya tak berapa pandai sangat nak buat ucapan penting macam hari raya ni..... tapi sebabkan ada rakan-rakan blogger dah buat ucapan raya dorang dalam blog dorang sendiri, jadi, tak boleh tidak, buat jer la ucapan raya dengan cara saya yang sempoi ini....haa, siap dengan ucapan merdeka lagi......hehehe....
Planet Berlian Ditemui
PLANET berlian seperti yang digambarkan oleh penyelidik
Pusat Astrofizik Institut Harvard Smithsonian di Amerika Syarikat (AS).
MANCHESTER, Britain – Ia mungkin planet idaman wanita. Sekumpulan ahli astronomi percaya mereka telah menemui sebuah planet yang terbentuk sepenuhnya daripada berlian.
Bangunan Tergantung Saingi Taj Mahal
STRUKTUR mirip stesen angkasa lepas ini
memiliki 80 unit rumah kediaman.
CALCUTTA, India – Sebuah struktur menyerupai stesen angkasa lepas lengkap dengan taman di atas bumbungnya merupakan antara lebih 12 rekaan unik yang tersenarai dalam pertandingan Festival Arkitek Dunia di bandar raya Barcelona, Sepanyol pada tahun depan.
UFO Didakwa Mendarat Di Siberia
KLIP video menunjukkan lima makhluk asing (bulatan)
berjalan keluar selepas piring terbang mereka mendarat.
IRKUTSK, Rusia – Rantau sejuk beku di Siberia pastinya bukan lokasi pendaratan paling menarik untuk makhluk asing yang mahu menerokai Bumi.
Google TV Di Eropah
EDINBURGH 27 Ogos – Google Inc akan melancarkan perkhidmatan televisyennya di Eropah awal tahun depan, kata Pengerusi Eksekutif Google, Inc Eric Schmidt.
Llama Diajar Seperti Anjing
TERRI CROWFOOT mengajar seekor llama melompat
ke dalam gelung plastik di Southampton baru-baru ini.
SOUTHAMPTON - Sekumpulan tujuh ekor llama dan seekor alpaka diajar untuk mematuhi arahan manusia menyebabkan haiwan itu menurut perintah seperti anjing, lapor sebuah akhbar semalam.
Gaddafi Peminat Rahsia Bekas Setiausaha AS
TRIPOLI - Kumpulan pemberontak yang menggeledah kediaman pemimpin Libya, Muammar Gaddafi kelmarin terkejut dengan penemuan sebuah album mengandungi koleksi gambar bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice.
Laluan Basikal Yang Unik Di Britain
LALUAN basikal yang unik di Warrington, Cheshire, Britain.
CHESHIRE, Britain - Para penunggang basikal di Warrington terpaksa menggunakan laluan separuh bulat bagi mengelakkan mereka dilanggar, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Lebih membingungkan, laluan tersebut amat pendek dan direka dengan menggunakan kapur putih.
Menurut seorang pengajar kenderaan, Dave Horgan, pihak majlis perbandaran perlu memikirkan dengan teliti sebelum membuat lambang yang mengelirukan seperti laluan basikal itu. - Agensi
Petikan: KOSMO
Apple Diramal Hadapi Era Suram Tanpa Steve Jobs
STEVE JOBS menunjukkan iPad baru ketika mengumumkan produk itu di San Francisco, Januari lalu. |
SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Steve Jobs, meletakkan jawatan itu semalam atas alasan beliau tidak lagi mampu meneruskan tugas tetapi akan terus terbabit dalam mengemudi syarikat, salah sebuah firma teknologi paling berpengaruh dunia.
Kapsul Belon Untuk Pelancong Lihat Bumi
KAPSUL yang bergerak ke lapisan stratosfera Bumi dengan belon.
BARCELONA - Sebuah syarikat Sepanyol mencipta sebuah kapsul yang akan membawa pelancong ke stratosfera Bumi dengan menggunakan belon helium pada 2013, lapor sebuah akhbar kelmarin.
CEO Apple, Steve Jobs Meletak Jawatan
PENGASAS Apple, Steve Jobs berdiri di hadapan foto dirinya
dan rakan sejawatnya, Steve Wozniak (kanan) ketika zaman awal
pembabitannya sebelum muncul sebagai syarikat kedua gergasi dunia
dalam bidang teknologi ketika melancarkan tablet iPad di San Francisco,
California pada Januari tahun lalu. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Pengasas Apple, Steve Jobs meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif (CEO) hari ini selepas sekian lama tercetus spekulasi dia akan berundur berikutan penyakit kanser yang dihidapinya.
Kereta Seperti F1 Bergerak Di Jalan Raya
FURORE F1 ciptaan Russ Bost sah digunakan di atas jalan raya di Britain.
BENFLEET, Britain - Seorang peminat kereta lumba, Russ Bost (gambar kecil) yang berusia 54 tahun membelanjakan hanya £10,000 (RM49,146) untuk mencipta sebuah kereta seperti Formula Satu, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Lembu Tersangkut Pada Penghadang Jalan
SEEKOR lembu tersangkut pada penghadang jalan dekat
kampung Montecorvino Rovella-Salerno di Itali baru-baru ini.
ROM - Seekor lembu tersangkut pada penghadang jalan dekat kampung Montecorvino Rovella-Salerno di Itali, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Nelayan Tangkap Ketam Ganjil
RUPA bentuk ketam ganjil yang kini dipelihara
di Akuarium Blue Reef, Southsea, Hampshire, Britain.
SOUTHSEA - Seorang nelayan menangkap seekor ketam ganjil yang wajahnya dikatakan mirip makhluk asing dalam filem Predator yang dibintangi pelakon Arnold Schwazenegger pada tahun 1980-an, lapor sebuah akhbar semalam.
Wordless Wednesday : 'Rambut' Irish Guard Pun Kena Gunting...
Unknown | Wednesday, August 24, 2011 |
gambar
lucu
wednesday
wordless
wordless wednesday
No comments:


Wordless Wednesday : Funny Cats
Unknown | Wednesday, August 24, 2011 |
gambar
haiwan
kucing
wednesday
wordless
wordless wednesday
No comments:


Daki Gunung Tanpa Guna Tali
AKSI Alex Honnold mendaki Half Dome di Taman Negara Yosemite,
Amerika Syarikat tanpa menggunakan tali semasa dia berumur 23 tahun.
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Digelar sebagai bintang 'rock' dalam dunia pendaki, Alex Honnold menjelajah ke seluruh dunia tanpa berasa takut apabila memanjat gunung tanpa menggunakan tali, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kanggaru Curi Seluar Dalam Wanita Dari Ampaian
BENJI yang merupakan seekor kanggaru ditangkap polis selepas ia
mencuri beberapa helai seluar dalam wanita di Prague baru-baru ini.
PRAGUE, Republik Czech - Seekor kanggaru yang terlepas daripada jagaan seorang pemiliknya ditangkap kerana mencuri beberapa helai seluar dalam wanita di ampaian di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Lamborghini Tersangkut Di Padang Golf
MONTEREY, California - Sebuah kereta sport mewah Lamborghini tersangkut di kawasan berpasir di sebuah padang golf di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu semasa satu pameran kereta dari Itali sedang berlangsung.
Salah seorang pemandu Lamborghini itu memandu kereta tersebut ke padang golf.
Namun, dia tidak menyedari terdapat kawasan berpasir yang mempunyai cerun.
Ramai orang yang mengerumuni kereta itu selepas ia tersangkut.
Sebuah trak tunda kemudian tiba untuk membantu mengeluarkan kereta tersebut dari kawasan tersebut dengan menggunakan peralatan mengangkat kenderaan. - Agensi
Petikan: KOSMO
Patung Monyet Diguna Untuk Cegah Pandu Laju
BEBERAPA patung monyet yang memakai jaket bercahaya
diletakkan di sebatang pokok di tepi jalan raya di Changsa, China.
CHANGSA - Polis China menggunakan patung-patung monyet yang dipakaikan dengan jaket pemantul cahaya sebagai usaha untuk menghalang pemandu memandu kenderaan dengan laju, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Patung-patung itu diletakkan di tepi jalan raya di bandar ini.
Beberapa pegawai undang-undang di bandar ini berharap patung yang ganjil itu akan dapat memberi peringatan kepada pemandu supaya jangan melanggar undang-undang.
Salah satu daripada idea unik itu dilaksanakan di sebatang pokok.
Beberapa patung monyet yang memakai jaket tersebut berlonggok di pokok tersebut.
Salah satu patung tersebut dilihat bergayut pada dahan pokok itu. - Agensi
Petikan: KOSMO
Kolam Renang Paling Padat Di Dunia
BEBERAPA orang penari menari di depan sejumlah orang yang
memenuhi kolam renang gergasi di Daying baru-baru ini.
DAYING, China – Lebih sejuta orang telah mengunjungi sebuah kolam renang gergasi yang dikenali dengan nama Laut Mati China dan terletak di sebuah taman tema air di sini, wilayah Sichuan.
Ramai pengunjung mandi di kolam tersebut walaupun ia dipenuhi dengan orang ramai pada cuti hujung minggu baru-baru ini.
Taman tema dalam bangunan itu merupakan taman tema air terbesar di China merangkumi kawasan seluas 30,000 meter persegi.
Laut buatan itu mengandungi 43 bahan mineral.
Ekoran kadar kemasinan kolam itu lebih 22 peratus, orang ramai akan mudah terapung sama seperti di Laut Mati di Asia Barat. – Agensi
Petikan: KOSMO
Rekod Baharu Dunia Hula Hoop
SERAMAI 2,496 orang memecah rekod dunia
bermain dengan gelung plastik di Taipei, Taiwan kelmarin.
TAIPEI - Seramai 2,496 orang berhimpun di sini kelmarin untuk memecahkan rekod dunia bermain gelung plastik atau lebih dikenali sebagai hula hoop.
Orang ramai menggoyangkan gelung plastik masing-masing selama tiga minit di pinggang mereka untuk dicatatkan dalam rekod Guinness World of Record.
Rekod sebelum ini menampilkan penyertaan 2,290 orang pada tahun 2000 yang diadakan di bandar Kaohsiung.
Acara itu dianjurkan oleh syarikat makanan kesihatan untuk meraikan seratus tahun penubuhan Republik China selain memberi inspirasi kepada orang ramai untuk melakukan banyak senaman. - Agensi
CCTV Rakam Kumpulan Perusuh Mencuri Skuter
PENUNGGANG skuter itu kemudian terjatuh.
CROYDON, selatan London - Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan detik-detik sekumpulan samseng mencuri sebuah skuter yang ditunggang pemiliknya di sini baru-baru ini.
Guna Seluar Dalam Rompak Kedai
SEORANG perompak menggunakan sehelai seluar dalam
berwarna putih untuk menutup wajahnya semasa dia merompak
di sebuah kedai serbaneka di Dallas pada Sabtu lalu.
DALLAS, Amerika Syarikat - Seorang perompak menggunakan seluar dalam untuk menutup wajahnya semasa dia merompak di sebuah kedai di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Polis kini sedang memburu lelaki berkenaan selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menyiarkan aksi lelaki tersebut merompak sebuah kedai serbaneka.
Rompakan itu berlaku pada Selasa lalu dan dia meminta lelaki di kaunter pembayaran menyerahkan kepadanya sejumlah wang tunai.
Perompak itu menggunakan sehelai seluar dalam berwarna putih dan pakaian lain untuk menutup wajahnya semasa dia merompak. - Agensi
Petikan: KOSMO
Awan Debu 'Telan' Bandar
GUMPALAN awan debu gergasi 'menelan'
bandar raya Phoenix pada Khamis lalu.
PHOENIX, Amerika Syarikat (AS) - Awan debu gergasi menyelubungi bandar raya ini, buat kali ketiga dalam tempoh kurang dua bulan, lapor sebuah akhbar semalam.
Tembok debu menyelimuti kota metropolitan berkenaan Khamis lalu dengan langit bertukar warna coklat manakala jarak penglihatan pula berkurangan sekali gus menjadikan keadaan merbahaya untuk memandu.
Awan debu dikenali sebagai 'Habook' itu turut menyebabkan beberapa penerbangan tergendala selama hampir sejam tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan akibat fenomena tersebut. - Agensi
Petikan: KOSMO
Bayi Baru Lahir Ada Gigi
SUMMER WHELAN tersenyum
menampakkan dua batang gigi depannya.
NEWCASTLE, Britain - Tangisan seorang bayi beberapa minit selepas dia dilahirkan mengejutkan sepasang suami isteri apabila mereka melihat dia memiliki dua batang gigi kacip, lapor sebuah akhbar semalam.
Golongan Beriman Tetap Berusaha Menunggu Malam Lailatul Qadar
MALAM istimewa dalam Islam biasanya menjanjikan keberkatan tersendiri seperti malam kelahiran Baginda SAW, malam Baginda SAW dimikrajkan, malam Arafah, malam Jumaat, malam Nisfu Syaaban dan malam hari raya.
Namun, bagi Ramadan yang penuh keberkatan, pada setiap tahun akan diserikan dengan malam istimewa iaitu malam lailatul qadar. Firman Allah yang bermaksud: “Malam lailatul qadar adalah lebih baik dari seribu bulan.” (Surah Al-Qadar, ayat 3).
Bekas Juruterbang Cipta Kereta Terbang
EMPAT sayap dilekatkan pada badan kereta ZAZ Tvria.
KALUGA, Rusia - Seorang bekas juruterbang, Valery Bulgakov mengubah suai sebuah kereta untuk dijadikan latihan untuk juruterbang, lapor sebuah akhbar semalam.
Datuk Bandar Letak Bongkah Batu Di Rumah Bekas Isteri
BONGKAH batu yang diletakkan oleh Dany Lariviere
di rumah bekas isterinya di Quebec, Kanada pada Sabtu lalu.
MONTREAL, Kanada - Datuk bandar di bandar kecil Quebec disiasat polis kerana membuang sebuah bongkah batu seberat 20 tan di halaman rumah bekas isterinya pada awal Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakam Gambar Kapal Angkasa Dari Belakang Rumah
GAMBAR kapal angkasa Atlantis melintasi matahari yang berjaya dirakamkan Thierry Legault.
EMDEN, Jerman - Seorang jurutera berusia 49 tahun dari Perancis, Thierry Legault berjaya merakamkan gambar kapal angkasa Atlantis milik Amerika Syarikat (AS) melintasi matahari dari belakang rumahnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Perihal Nuzul Al-Quran
Nuzul Al-Quran
Sejarah al-Quran:
Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Pelajar Bedah Lidah Fasih Bahasa Korea
RHIANNON menunjukkan lidahnya selepas dibedah.
LONDON: Seorang pelajar, Rhiannon Brooksbank-Jones, 19, sanggup menjalani pembedahan memanjangkan lidah bagi membolehkan beliau mengusai dan mampu bertutur bahasa Korea dengan fasih berikutan minatnya yang mendalam terhadap budaya dan bahasa negara itu.
Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 1432 / 2011
Di sini, disenaraikan kadar zakat fitrah mengikut negeri-negeri di seluruh Malaysia, dan lafaz niat bagi mereka yang membayar zakat fitrah ini.
Bekas Kapal Perang Jadi Hotel
Bentuk kapal perang Kiev.
BEIJING - Sebuah kapal pengangkut pesawat milik Kesatuan Soviet yang kini sudah dibubarkan dan menjadi sebahagian Rusia, Kiev kini diubah suai menjadi sebuah hotel mewah di China, lapor sebuah akhbar semalam.
Wordless Wednesday : Kenderaan Polis Angkasa Gaban
Unknown | Wednesday, August 10, 2011 |
gambar
hiburan
jepun
kenderaan
tv
wednesday
wordless
wordless wednesday
No comments:


Wordless Wednesday : Motosikal Kamen Rider Black (Kesatria Baja Hitam)
Unknown | Wednesday, August 10, 2011 |
gambar
hiburan
jepun
motor
tv
wednesday
wordless
wordless wednesday
No comments:


Wordless Wednesday : Funny Signs
Unknown | Wednesday, August 10, 2011 |
gambar
Jenaka
lucu
wednesday
wordless
wordless wednesday
No comments:


Wordless Wednesday : The Likability of Angry Birds
Unknown | Wednesday, August 10, 2011 |
angry birds
gambar
game
wednesday
wordless
wordless wednesday
No comments:


Awan Cerut Gergasi
AWAN menyerupai cerut yang terbentuk di kaki langit di Devon,
barat daya England baru-baru ini. - Agensi
DARTMOUTH, Britain - Sekumpulan nelayan menyangka mereka berada dalam filem seram klasik, The Fog apabila melihat formasi awan luar biasa di kaki langit, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Lady Gaga Kelihatan Seperti Lelaki
WAJAH LADY GAGA seperti lelaki dalam kulit single terbaharunya, You and I.
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Lady Gaga beraksi seperti seorang lelaki dalam kulit single terbaharunya, You and I, lapor sebuah akhbar semalam.
Wordless Wednesday : Wallpaper Ramadhan
Unknown | Wednesday, August 03, 2011 |
gambar
puasa
wednesday
wordless
wordless wednesday
No comments:


Wordless Wednesday : Ramadhaan Highway Code
Unknown | Wednesday, August 03, 2011 |
gambar
puasa
wednesday
wordless
wordless wednesday
No comments:


Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Tahun 1432 / 2011
Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh kawasan di Malaysia, tahun 1432 / 2011 ini, ialah dalam bentuk gambar. Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas. (^_^)
Kecoh Hidangan Sotong Menari
HIDANGAN sotong menari di Jepun.
TOKYO - Klip video menunjukkan sotong menari di dalam pinggan semasa dihidangkan kepada pelanggan di restoran-restoran Jepun mencetuskan kemarahan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Ramai pengguna yang menonton klip video berkenaan di laman perkongsian video YouTube berang kerana percaya haiwan tersebut dimakan hidup-hidup.
Bagaimanapun, seorang pengusaha restoran memberitahu, aksi luar biasa itu berpunca daripada perbuatan menitikkan sos kacang soya ke atas sesungut sotong yang baru mati.
Bahan kimia sodium dalam sos berkenaan mencetuskan kejutan elektrik pada sel-sel sotong yang belum mati yang menyebabkan sotong itu menggelupur atau kelihatan seperti sedang menari.
Setakat ini, klip video berkenaan yang dirakam oleh seorang pelancong di Hokkaido, Jepun telah ditonton sebanyak sejuta kali. - Agensi
Petikan: KOSMO
Subscribe to:
Posts (Atom)