![]() |
Adakah ini rupa "iWatch", jam tangan pintar yang bakal dibangunkan oleh Apple? |
Syarikat teknologi, Apple Inc. dipercayai membangunkan jam tangan pintar dengan ciri-ciri skrin sesentuh.
Laman-laman web China melaporkan syarikat gergasi itu bekerjasama dengan pembuat cip teknologi, Intel untuk membangunkan gajet tersebut.
Gajet dengan skrin sebesar 3.81 sentimeter dan menggunakan rangkaian Bluetooth membolehkannya untuk berkomunikasi dengan gajet lain termasuk telefon pintar iPhone.