Seorang doktor gigi di Poland berdepan hukuman penjara kerana mencabut semua gigi bekas teman lelakinya selepas lelaki itu meninggalkannya hanya beberapa hari sebelum itu.
Mangsa, Marek Olszewski, 45, ke klinik gigi tempat bekas teman wanitanya, Anna Mackowik, 34, bekerja akibat sakit gigi kerana menyangkakan wanita itu akan bertindak profesional dan melupakan tindakannya meninggalkannya, lapor akhbar Daily Mail.
Mackowiak memberi Olszewski ubat bius yang kuat dan memberitahu mulutnya akan berasa kebas dan tidak mampu merasa apaapa.