Ni apa ceritanya kat sini?
Keranda dilengkapi sistem karaoke
![]() |
SEORANG pekerja menguji sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke di kilang milik Nogoy di wilayah Pampanga semalam. |
MANILA - Sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke dihasilkan oleh beberapa pekerja di sebuah kilang di wilayah Pampanga, utara bandar raya ini semalam.
Pemilik kilang itu, Robert Nogoy mengeluarkan keranda tersebut sempena sambutan Hari Halloween.
Nogoy menggantikan bahagian dalam keranda itu dengan sistem karaoke bagi memberi kejutan kepada para tetamu parti Halloween.
Para tetamu parti Halloween kerap memakai pakaian seperti ahli sihir dan hantu.
[Sumber]
Pesawat lama dijadikan tadika
![]() |
SEBAHAGIAN kanak-kanak yang belajar di dalam pesawat Yakovlev Yak-42. |
RUSTAVI, Georgia - Pihak pengurusan sebuah tadika membeli sebuah pesawat lama, Yakovlev Yak-42 di bandar ini.
Pesawat itu diubah suai untuk dijadikan sebuah tadika yang mempunyai 15 kanak-kanak.
Menurut Reaktor Institut Hubungan Sosial Ukraine-Georgia, Gari Chapidze, pesawat kecil tersebut akan menjadikan kanak-kanak itu berasa seronok untuk belajar di tadika.
Budak lelaki 4 tahun miliki 25 jari
![]() |
KEADAAN jari tangan Arpan (gambar atas) dan kakinya. |
Seorang budak lelaki berusia empat tahun menarik perhatian ramai apabila dia memiliki 25 jari, lapor media semalam.
Arpan Saxena, dari Bhopal, mengalami dua kecacatan genetik yang jarang berlaku.
Satu daripadanya dikenali sebagai Polydactyl yang menyebabkan jari tangan dan kakinya mempunyai jari tambahan. Arpan juga mengalami Syndactyly yang menyebabkan jari tangan dan kakinya bercantum.
Mana yang patut dimalukan ??
MANA YANG PATUT DIMALUKAN ??
◆ Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
◆ Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?
◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?
Wanita mabuk dicampak keluar dari tren komuter di Sydney (video)
![]() |
Wanita mabuk dalam tren komuter di Sydney. (Sumber gambar: The Vine) |
Bosan dengan bebelan dan tindak-tanduk seorang wanita, sekumpulan penumpang komuter di Sydney berpakat untuk mencampaknya keluar dari tren, lapor media semalam.
Sebahagian daripada insiden itu dirakam dan dimuat naik ke YouTube dan mencetuskan sensasi di laman sesawang berkenaan.
Melalui klip sepanjang empat minit itu, seorang wanita dipercayai mabuk kelihatan duduk di dalam tren berkenaan dan bertengkar dengan sekumpulan lelaki.
Seramai 3.1 juta jemaah selesai laksana ibadah haji
![]() |
SEBAHAGIAN jemaah haji mengelilingi Kaabah di Mekah semalam. |
MEKAH - Seramai 3.1 juta jemaah selesai menyempurnakan ibadah haji pada hari terakhir di sini semalam tanpa berlaku sebarang insiden besar.
Pihak berkuasa Arab Saudi menganggap musim haji tahun ini sebagai antara yang paling berjaya.
Mereka turut mengucapkan tahniah kepada para jemaah walaupun terdapat sejumlah daripada mereka memasuki kota suci ini tanpa permit yang sah.
Alasan pelik tuntut insurans telefon bimbit
![]() |
Gambar hiasan. |
London: Kita mungkin tidak pernah dengar kejadian seseorang yang hilang telefon bimbitnya selepas alat komunikasi itu termasuk ke dalam perut lembu atau memasaknya.
Namun, dua kejadian itu antara yang dimaklumkan kepada pekerja syarikat insurans oleh pelanggan yang membuat tuntutan pampasan sejak 12 bulan lalu.
Apple perkenal iPad mini dan iPad 4
![]() |
IPAD mini (kiri) dipamerkan bersama generasi keempat iPad di San Jose, California kelmarin. |
SAN JOSE – Syarikat Apple Inc. yakin kehadiran iPad mini yang diperkenalkan kelmarin mampu mengatasi pasaran komputer tablet daripada beberapa pesaing terdekatnya seperti Amazon, Google dan Samsung.
“Komputer ini bukan versi mini bagi iPad, tetapi satu gajet rekaan baharu secara keseluruhannya,” kata Timbalan Presiden Pemasaran Apple, Phil Schillernya pada majlis perasmian iPad mini di sini.
Paparan skrin sentuh iPad mini lebih kecil iaitu 20 sentimeter (sm) berbanding 24 sm untuk iPad.
Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji
![]() |
Senad Hadzic |
Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.
"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.
Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.
Apple lancar iPad Mini, tablet kecil di pasaran
SAN JOSE - Apple memperkenalkan tablet yang dinamakan, iPad Mini, yang dinanti-nantikan peminatnya di sini, semalam.
Pengenalan iPad Mini ini mengakhiri penantian hampir setahun.
Produk terbaru ini seberat 300 gram dan ketebalannya 7.2mm. Ia berada di pasaran kira-kira enam bulan selepas iPad generasi ketiga diperkenalkan.
Guru tampar murid 120 kali dalam 1/2 jam
![]() |
RAKAMAN video menunjukkan guru wanita (membelakangkan kamera) menampar seorang daripada muridnya. |
Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali.
Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.
Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi.
Singapura buka terminal kapal mewah
![]() |
GAMBAR oleh firma Communications DNA Pte Ltd menunjukkan kapal persiaran Diamond Princess dan Voyager of the Seas berlabuh di terminal Pusat Pelayaran Teluk Marina di Singapura kelmarin. |
SINGAPURA - Pemerintah di sini membuka sebuah terminal kapal persiaran baharu yang setanding dengan pusat persinggahan kapal-kapal mewah bertaraf dunia sebagai usaha menjadikan republik itu sebagai hab pelancongan serantau.
Dikenali dengan nama Pusat Pelayaran Kapal Teluk Marina, ia dibuka secara rasmi kelmarin.
Pembinaan terminal tersebut membolehkan pulau ini memenuhi peningkatan bilangan pelancong di Asia yang bercuti di atas kapal-kapal persiaran mewah.
Wajah gadis dtumbuhi misai dan jambang akibat penyakit ganjil
BEIJING: Bagi setiap gadis, usia belasan tahun adalah yang paling sukar dalam kehidupan mereka dan juga yang paling menyeronokkan dan tidak boleh dilupakan.
Tetapi tidak bagi Nana, 16, yang baru-baru ini ditumbuhi bulu lebat pada muka dan tubuhnya selepas menjalani rawatan untuk menyelamatkan nyawa.
Dia kini lebih rela menghabiskan masa bersendirian, berkurung di dalam bilik.
Kelantan Juara Piala Malaysia 2012
![]() |
Pemain pasukan Kelantan meraikan kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan ATM 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi. |
Kelantan Cipta Sejarah
SHAH ALAM - Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 dalam babak akhir, semalam.
Indra Putra Mahayuddin layak dijulang selaku wira The Red Warriors apabila jaringannya pada masa tambahan pada minit ke-96 hasil serangan pantas, menjulang Kelantan selaku juara Piala Malaysia edisi kali ke-96 sekali gus menjadikan tahun 2012 sebagai tahun paling bermakna dalam sejarah bola sepak Kelantan.
South of Sanity, filem cereka pertama dibuat di Antartika
![]() |
Poster filem "South of Sanity". |
ANTARTIKA: Dikenali dengan judul South of Sanity, filem seram ini dikeluarkan oleh jurulatih memanjat dan pembuat dokumentari, Kirk Watson ketika bekerja di benua ais untuk Tinjauan Antartika Britain.
Ia merupakan filem cereka pertama di buat di Antartika. Pelakonnya pula terdiri daripada staf dan rakan sekerja di situ, manakala skripnya pula ditulis oleh Matt Edwards, seorang doktor yang tinggal di London.
Plot filem itu berkisar mengenai 14 pekerja yang bekerja di stesen terpencil, dibunuh seorang demi seorang oleh pembunuh.
Lelaki paling tinggi di AS dapat kasut baharu
![]() |
VOVKOVINSKIY memegang kasutnya semasa dia diwawancara wartawan televisyen WCCO, Holly Wagner di Kelab Atlet Rochester di Rochester kelmarin. |
ROCHESTER, Minnesota - Lelaki paling tinggi di Amerika Syarikat (AS), Igor Vovkovinskiy memperoleh tiga pasang kasut tenis Reebok pada Khamis lalu.
Kasut itu ditempah khas oleh Vovkovinskiy, 30, yang setinggi 2.35 meter dan ia mengambil masa selama lima bulan untuk disiapkan.
Sepanjang ingatannya, dia hanya mempunyai sepasang kasut kerana ketiadaan saiz yang sesuai untuk kakinya.
Jual lembu korban dengan cara yang unik
![]() |
SEORANG jurujual wanita yang berpakaian seperti koboi mengiringi pelanggan wanita di bilik pameran jualan lembu di Depok semalam. |
DEPOK, Indonesia - Seorang ahli perniagaan, Ramdoni mengubah suai bilik pameran kereta miliknya menjadi tempat jualan sejumlah lembu untuk dikorbankan pada sambutan Hari Raya Aidiladha di sini.
Dia turut menggaji beberapa wanita yang memakai pakaian koboi untuk menjadi jurujual lembu dan melayan pelanggan-pelanggannya.
Jurujual wanita itu turut membawa komputer tablet yang mengandungi maklumat tentang lembu seperti umur, berat badan dan baka haiwan tersebut.
Para pembeli juga boleh membeli lembu itu dengan menggunakan kad kredit dan debit.
[Sumber]
Google dedah gambar pusat data
![]() |
IMEJ yang tidak bertarikh menunjukkan sebuah pusat data Google di Hamina, Finland. |
Syarikat Google kelmarin mendedahkan gambar beberapa pusat datanya yang menunjukkan sejumlah komputer memproses permintaan pengguna internet.
Pusat itu memproses permintaan klip video YouTube dan menghantar e-mel kepada berjuta-juta orang.
Imej pusat data itu boleh dilihat menerusi laman web yang baharu diperkenalkan Google iaitu www.google.com/about/ datacenters/gallery/.
Laman tersebut memaparkan lapan buah pusat data utama yang terletak di Amerika Syarikat, Finland dan Belgium.
Google juga akan membina pusat data baharu di Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Chile.
[Sumber]
Misi cipta rekod lebih laju daripada peluru
![]() |
Imej yang dihasilkan dengan menggunakan komputer menunjukkan kereta roket yang akan dipandu McGlashan. |
Seorang pelumba Australia, Rosco McGlashan mahu mencipta rekod lebih laju daripada peluru pada 2014 dengan memandu sebuah kereta.
McGlashan percaya dia mampu mencipta rekod itu dengan memandu sebuah kereta yang dilengkapi teknologi roket pada kelajuan 1,609 kilometer sejam.
PM Australia terjatuh di depan kamera di India
![]() |
KOMBINASI gambar menunjukkan detik-detik Gillard terjatuh di Memorial Mahatma Gandhi, New Delhi kelmarin. |
Perdana Menteri Australia, Julia Gillard (gambar) terjatuh selepas beliau meletakkan kalungan bunga di Memorial Mahatma Gandhi di New Delhi, India kelmarin.
Gillard terjatuh selepas kasut tinggi yang dipakainya terbenam di kawasan berumput semasa beliau berjalan ke arah pemberita dan jurugambar media.
Bagaimanapun, beliau kemudian segera bangun dan ketawa.
Pelik! Wanita ini takut kena telan dalam tandas !!
![]() |
KETAKUTAN Ney kepada tandas bermula sejak dia melihat satu daripada adegan filem Look Who’s Talking Too pada 1990. |
LONDON : Seorang wanita yang mengalami rasa takut melampau kepada tandas, mengakui dia akan melarikan diri setiap kali mengepam tandas yang digunakan.
Alasannya dia bimbang tandas berkenaan akan menyedutnya. Justeru, setiap kali Ney Decino, 20, perlu ke tandas membuang air, dia terpaksa merayu kepada ahli keluarganya untuk menjadi peneman.
Mereka juga terpaksa mengepam tandas berkenaan selepas digunakan Ney.
Buah labu seberat 849 kg direkod terbesar di dunia
![]() |
WALLACE (kiri) bercakap kepada Kelly dan Michael (kanan) tentang buah labu gergasi miliknya pada program Live with Kelly and Michael di New York kelmarin. |
NEW YORK - Seorang penanam labu, Ron Wallace dari Greene, Pulau Rhode, Amerika Syarikat diundang menghadiri program bual bicara Live with Kelly and Michael di sini kelmarin.
Dia diundang bagi menceritakan tentang buah labunya yang seberat 849 kilogram (kg).
Buah labu itu direkodkan sebagai yang terbesar di dunia.
Ungkapan "I Love You" Dalam 100 Bahasa
Ungkapan "I Love You" dalam berbagai bahasa dari seluruh dunia. :)
English - I love you
Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak (to male)
Arabic - Ana behibek (to female)
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bengali - Ami tomake bhalobashi (pronounced: Amee toe-ma-kee bhalo-bashee)
Ibarat Batang Mancis / Colok
IBARAT BATANG MANCIS / COLOK
Ilmu ni sy belajar masa umur 6 tahun, ayah saiko sy suruh solat jika nak jadi manusia.. asuhan mengunakan batang mancis 17 batang bersamaan 17 rakaat ;)
Tapir sesat dikejar anjing
![]() |
Tapir yang ditemui sesat ke perkampungan Orang Asli Bukit Payung, kelmarin. |
ALOR GAJAH – Penduduk di perkampungan Orang Asli Bukit Payung, Taboh Naning, di sini, gempar apabila seekor tapir dewasa lari lintang-pukang masuk ke kampung itu akibat dikejar sekumpulan anjing, pagi kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, tapir berkenaan ditemui dalam keadaan cedera di badan dipercayai dicederakan binatang buas sebelum tersesat di kebun getah penduduk.
Kenderaan amfibia dijual di Amerika Syarikat
![]() |
KENDERAAN Quadski dipandu ke arah permukaan air di Oxford, Michigan pada 12 Oktober lalu. |
DETROIT - Sebuah kenderaan amfibia yang boleh bergerak di permukaan air dijual di Amerika Syarikat (AS) pada harga AS$40,000 (RM122,279).
Kenderaan itu dikeluarkan oleh syarikat Gibbs Sports Amphibians Incorporation di sini.
Pihak pengurusan syarikat itu berharap kenderaan tersebut yang bernama Quadski akan dijual di seluruh dunia menjelang 2014.
Basikal kadbod dicipta
![]() |
BASIKAL kadbod Gafni lebih ringan. |
Moshav Ahituv, Israel - Seorang pencipta Israel, Izhar Gafni mencipta sebuah basikal yang hampir keseluruhan badannya diperbuat daripada kadbod.
Menurut Gafni, basikal itu dihasilkan selepas menjalani banyak ujian.
Beliau yang berusia 50 tahun berkata, pengeluaran basikal itu akan bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi dan akan dijual pada harga tidak lebih AS$20 (RM61.17).
Ukiran labu menyeramkan sempena Halloween
![]() |
MENARIK...pelbagai bentuk ukiran Villafane. |
Inilah skulptur menyeramkan yang diukir daripada buah labu.
Artis, Ray Villafane dan Andy Bergholtz menghasilkan ciptaan Halloween yang menyeramkan ini di bengkel mereka.
Bekas guru seni, Villafane mula mengukir tanpa sebarang latihan dan hanya meyedari bakatnya selepas menawarkan khidmat mengukir labu kepada seorang muridnya.
Jemaah haji bawa sekarung batu ke Makkah
![]() |
Gambar hiasan. (Sumber dari Google) |
Pihak berkuasa lapangan terbang di Jawa Timur dan Jawa Tengah minggu lalu merampas batu kecil yang dibawa jemaah haji dalam bagasi mereka untuk digunakan bagi tujuan melontar jamrah.
Mereka bimbang batu yang ada di Makkah tidak mencukupi untuk jutaan jemaah haji, lapor media, semalam.
Bank Al Hilal perkenal kad kredit berkompas
![]() |
Kad kredit MasterCard dikeluarkan Bank Al Hilal turut tidak mengenakan faedah terhadap penggunanya. |
Sebuah bank di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bank Al Hilal memperkenalkan kad kredit dilengkapi kompas yang menunjukkan arah kiblat.
Pengenalan kad kredit MasterCard baru itu adalah sempena pelaksanaan undang-undang syariah mengharamkan faedah dikenakan terhadap pinjaman di negara-negara Arab.
Berlian 400 tahun bakal dilelong
![]() |
Berlian Archduke Joseph |
Sebutir berlian berusia 400 tahun sebesar ibu jari orang dewasa yang dianggarkan bernilai lebih AS$15 juta (RM45 juta) bakal dilelong di Switzerland pada 13 November ini.
Berlian Archduke Joseph yang diberi nama sempena nama Putera Hungary, Archduke Joseph August itu dianggarkan 10 kali lebih berat berbanding cincin berlian yang dipakai aktres terkenal Hollywood, Jennifer Aniston.
Berlian milik Aniston itu dipercayai seberat 1.6 gram, manakala berlian Archduke Joseph pula seberat 15.2 gram.
Felix Baumgartner cipta rekod terjunan angkasa
![]() |
Felix Baumgartner |
Penerjun Austria Felix Baumgartner berjaya mencipta rekod dunia terjun dari pinggir angkasa awal hari ini dan mendarat dengan selamat di gurun New Mexico selepas jatuh bebas dari ketinggian 39km dari aras bumi.
Beliau membuka payung terjunnya setelah mencapai kelajuan jatuh bebas melebihi 1100 kilometer sejam.
"Kadang-kadang anda perlu naik sangat tinggi untuk menyedari betapa kecilnya anda," kata Baumgartner sebelum beliau melompat dari kapsulnya, sambil diperhatikan di seluruh dunia melalui siaran langsung.
Perlumbaan lembu di sawah padi
![]() |
SEJUMLAH penonton menyaksikan pertandingan perlumbaan Pacu Jawi. |
PADANG PANJANG, Sumatera Barat – Satu perlumbaan lembu di kawasan sawah padi diadakan di sini kelmarin.
Sukan itu dikenali sebagai Pacu Jawi dalam kalangan penduduk Minangkabau.
Ia diadakan selepas musim menuai padi berakhir. Pada perlumbaan itu, seorang lelaki akan berdiri di atas sekeping papan yang ditarik dua ekor lembu.
Lelaki itu turut memukul ekor haiwan itu supaya berlari dengan lebih pantas untuk menewaskan pesaingnya.
[Sumber]
PSY ajar pelumba F1 tarian kuda
![]() |
PSY (tengah), Webber (kiri) dan Vettel menari tarian kuda di litar perlumbaan Formula Satu di Yeongam semalam. |
YEONGAM - Penyanyi Korea Selatan yang terkenal dengan tarian kudanya, Psy, 34, mengajar pelumba Formula Satu (F1) Mark Webber dan Sebastian Vettel cara untuk menari tarian itu di Litar Antarabangsa Korea di sini semalam.
Dia mengajar kedua-dua pelumba pasukan Red Bull itu sebelum perlumbaan FI Korea Selatan bermula.
"Satu, dua, tiga, empat dan anda," kata Psy semasa dia mengajar tarian tersebut dengan menunjukkan lengannya seolah-olah seperti menunggang kuda.
Peti sejuk serba lengkap
![]() |
Peti sejuk "Meneghini La Cambusa" |
LONDON: Jika anda berminat memiliki peti sejuk untuk menempatkan koleksi magnet anda, ini mungkin bukan untuk anda.
Sebuah syarikat mengeluarkan peti sejuk canggih yang lebih mahal daripada dapur biasa.
Harganya mencecah sehingga $41,500 (RM124,500).
Bola mata gergasi ditemui di pantai Amerika Syarikat
![]() |
GAMBAR yang disiarkan Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida kelmarin menunjukkan bola mata gergasi yang ditemui di Pantai Pompano, Florida. |
PANTAI POMPANO, Florida - Beberapa saintis Amerika Syarikat (AS) cuba menyelesaikan misteri satu bola mata gergasi yang ditemui di sini.
Mata gergasi yang sebesar bola lisut itu ditemui oleh seorang lelaki semasa dia berjalan pada Rabu lalu.
Beberapa pegawai hidupan liar menyatakan mata itu mungkin milik sotong gergasi atau ikan paus kerana ia ditemui di pantai.
Mata tersebut kini disimpan di sebuah makmal Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida (AS) untuk dikaji bagi menentukan sama ada ia milik haiwan hidupan laut.
Ia disimpan dalam larutan formalin bagi mengelak berlakunya proses pereputan.
[Sumber]
Mangkuk kencing berbentuk mulut wanita di restoran akan dibuang
![]() |
MANGKUK kencing yang dipasang di restoran mewah Perancis. |
SYDNEY: Sebuah restoran baru Perancis di bandar raya ini berkata, ia akan membuang mangkuk kencing lelaki berbentuk mulut wanita berlipstik dari premis itu ekoran bantahan orang ramai.
Restoran berkenaan, Ananas Bar dan Brasserie juga memohon maaf kerana mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai. Menurutnya, mangkuk itu ciptaan artis Belanda, Meike van Schijndel, biasa digunakan di Eropah.
Ketua PBB puji PSY
![]() |
PSY (tengah) menari tarian kuda dalam program bual bicara Today di New York pada 14 September lalu. |
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon memuji penyanyi rap Korea Selatan kerana lagu Gangnam Style menjadi penggerak ke arah keamanan dunia.
"Saya telah menonton video tersebut (Gangnam Style)," katanya kepada agensi berita AFP kelmarin.
Ki-moon yang berusia 68 tahun merupakan rakyat Korea Selatan.
Petani menang pertandingan buah labu
![]() |
DANIKA STARR bergambar di tepi buah labu bapanya. |
TELUK HALF MOON, California - Seorang petani dari Oregon, Thad Starr memenangi pertandingan buah labu paling berat di sini kelmarin.
Buah labu milik Starr, 45, itu seberat 805 kilogram.
Ekoran kemenangan itu, dia memperoleh wang tunai berjumlah AS$10,650 (RM32,700).
Menurutnya, dia mahu menggunakan wang tersebut untuk membawa keluarganya melancong ke Disneyland.
[Sumber]
Jaket peluk untuk pengguna Facebook
![]() |
Jaket "Like-A-Hug" ciptaan Melissa Kit Chow |
Sehelai jaket yang dibangunkan oleh Institut Teknologi Massachusetts (MIT) membolehkan pengguna laman sosial Facebook berpeluk antara satu sama lain tidak kira di mana pun mereka berada.
Jaket yang dikenali sebagai Like-A-Hug itu dipamerkan pada Jumaat di laman web perekanya, Melissa Kit Chow.
Disifatkan sebagai 'media sosial yang boleh dipakai', jaket tersebut akan mengembung dan memberikan perasaan seperti dipeluk kepada pemakainya apabila rakan-rakan di Facebook mengklik "Like" pada status yang ditulis.
Chow bekerjasama dengan Andy Payne dan Phil Seaton di Makmal Media MIT untuk menghasilkan jaket berwarna hitam itu.
"Like-A-Hug membolehkan kita berasa lebih rapat biar pun jarak fizikal adalah jauh," kata Chow.
[Sumber]
Subscribe to:
Posts (Atom)