Ni apa ceritanya kat sini?

Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

'Heartbleed' jejaskan keselamatan Internet

No comments:
Heartbleed: Aplikasi turut terjejas 

Anda menyimpan kata laluan di Internet seperti e-mel, laman sosial, setor ‘online’ dan sebagainya dengan harapan ia selamat disimpan agensi berkaitan yang menggunakan kaedah ketat me­ngawal keselamatan data daripada terjejas. 

Namun, harapan yang disandarkan 100 peratus terbabit mungkin silap apabila baru-baru ini dunia dikejutkan dengan pepijat atau ‘bug’ yang dikenali sebagai Heartbleed menjangkiti sistem keselamatan berasaskan lapisan soket selamat terbuka (OpenSSL).  

Wordless Wednesday : Heartbleed Bug

No comments:
Click this image for more information.

[Video] Drone curi data peribadi dari handphone

No comments:
Drone kawalan jauh, Snoppy yang digunakan oleh pakar keselamatan siber, Glenn Wilkinson semasa menjalankan ujian untuk mencuri maklumat peribadi pengguna telefon pintar.
Drone kawalan jauh, Snoppy yang digunakan oleh pakar keselamatan siber,
Glenn Wilkinson semasa menjalankan ujian untuk mencuri maklumat
peribadi pengguna telefon pintar. 

Drone curi maklumat peribadi 

LONDON - Kumpulan penggodam di Amerika Syarikat mempunyai kemampuan untuk mencuri maklumat peribadi termasuk data bank, kata laluan dan alamat rumah menggunakan alat permainan kawalan jauh drone me­lalui akses jalur lebar yang terdapat pada telefon pintar, lapor rangkaian televisyen CNN. 

Senarai 25 password Internet paling teruk pada tahun 2013

No comments:

25 kata laluan Internet paling teruk 

California: Jika kata laluan Internet anda semudah satu, dua, tiga awas kerana kemungkinan besar orang lain juga akan dapat menjangkanya. 

Pembuat aplikasi kata laluan Splashdata yang mendedahkan 25 kata laluan paling teruk 2013 mendedahkan ‘123456’ paling mudah diagak pihak tidak bertanggungjawab. 

HyppTV ditawarkan untuk pengguna Streamyx

No comments:

Pengguna Streamyx boleh akses HyppTV 

Telekom Malaysia Bhd (TM) memperluaskan jangkauan perkhidmatan televisyen protokol internet (IPTV), HyppTV, dengan membuka perkhidmatan itu kepada pengguna Streamyx. 

Pengerusinya, Datuk Sri Dr Halim Shafie, berkata HyppTV yang sebelum ini hanya boleh diakses menerusi perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi UniFi, kini boleh dinikmati di mana saja di seluruh negara menerusi Streamyx dan pada peranti pelbagai skrin. 

Cabaran pengguna internet hari ini : mencari kata laluan terbaik dan selamat

No comments:
Kemunculan iPad menambahkan lagi ruang untuk penggodam bergiat.
Kemunculan iPad menambahkan lagi ruang untuk penggodam bergiat. 

Pengguna letih cari kata laluan terbaik 

Penggodam mudah atasi kawalan ceroboh bank, e-mel 

Washington: Anda mencari kata laluan yang selamat? Apa kata anda pakai kata laluan ini –

HQbgbiZVu9AWcqoSZmChwgtMYTrM7HE3ObVWGepMeOsJf4iHMyNXMT1BrySA4d7

Selamat berjaya untuk anda mengingati 63 huruf dan nombor itu yang dianggap antara kata laluan terbaik. 

[WW] The Privacy Triple-Whammy

No comments:

Google lancar belon internet di New Zealand (video)

No comments:
Belon internet Google (Sumber: techeblog.com)
Belon internet Google (Sumber: techeblog.com) 

Google lancar belon udara bekal internet 

CHRISTCHURCH - Gergasi enjin carian internet, Google melepaskan sejumlah belon udara panas dilengkapi pencawang internet ke stratosfera Bumi bagi bagi menyalurkan perkhidmatan dalam talian ke seluruh dunia. 

Mengambil masa 18 bulan untuk dibangunkan, pelancaran projek rahsia itu dibuat di New Zealand kelmarin. 

Sebagai permulaan, sekitar 50 isi rumah mula menerima perkhidmatan internet yang dipancarkan daripada belon berisi gas helium tersebut. 

Pengaruh hashtag, retweet dan topik trending dalam media sosial

No comments:
TWITTER antara medium terbaik menyebarkan maklumat.
TWITTER antara medium terbaik menyebarkan maklumat. 

JADUAL kerja Siti Azlyana Azmi bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Kadangkala, atas tuntutan kerja, dia pulang lewat sehingga mencecah pukul 9 malam. 

Begitupun, tugasnya agak unik iaitu eksekutif media sosial yang memerlukan dia sentiasa memegang gajet sama ada tablet atau telefon pintar bagi mengemas kini maklumat. 

Wanita berusia 24 tahun itu bertugas dengan syarikat Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai TV3. 

Layari internet di dinding

No comments:
TEKNOLOGI Openarch mengubah dinding ruang tamu menjadi paparan komputer. (Gambar kecil, Cuervas-Monshe)
TEKNOLOGI Openarch mengubah dinding ruang tamu menjadi paparan komputer.
(Gambar kecil, Cuervas-Monshe) 

Penghuni sebuah kediaman futuristik di Sepanyol boleh melayari paparan internet di dinding ruang tamu, mematikan jam loceng atau menukar latar belakang bilik tidur kepada pemandangan tepi pantai atau suasana jalanan hanya dengan pergerakan tangan. 

Teknologi canggih itu yang sebelum ini digunakan dalam permainan video telah dipasang di sebuah apartmen prototaip di Fuenterrabia, utara Sepanyol. 

Simbol # 'perkataan sepanjang tahun'

No comments:

Simbol hashtag (#) dipilih sebagai 'perkataan sepanjang tahun' oleh Persatuan Dialek Amerika (ADS), sekali gus membuktikan bahawa dunia teknologi semakin dekat digunakan oleh pengamal linguistik. 

Walaupun perkataan itu telah wujud sejak beberapa dekad, pakar bahasa memutuskan bahawa simbol berkenaan bakal berpengaruh pada tahun ini. 

Datuk, nenek ketagih Facebook

No comments:
Warga tua melayari internet bersama keluarga di London.
Warga tua melayari internet bersama keluarga di London. 

Warga tua Britain mahir komunikasi dalam talian 

London: Berbanding mengangkat telefon, ramai datuk nenek masa kini menggunakan laman rangkaian sosial untuk berhubung dengan saudara mara, dengan hampir satu perempat nenek mendakwa mereka pengguna kerap Facebook. 

Kajian turut mendedahkan separuh penduduk di Britain kini berhubung dengan datuk nenek dan saudara lebih tua melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel dan Facebook. 

Hampir seorang bagi setiap 20 generasi muda mendakwa mempunyai datuk nenek dalam laman mikro blogging, Twitter. 

Kempen Sokong Tahanan Palestin Di Facebook

No comments:
Antara halaman ‘Perpaduan Antara Tahanan Palestin’ yang berperanan untuk menyokong perjuangan orang Islam di penjara Israel.
Antara halaman ‘Perpaduan Antara Tahanan Palestin’ yang berperanan 
untuk menyokong perjuangan orang Islam di penjara Israel. 

Tindakan nekad kira-kira 1,600 tahanan Palestin mogok lapar secara besar-besaran pada 17 April lalu sebagai protes terhadap ketidakadilan rejim Zionis berjaya mendapat perhatian ‘netizen’ (komuniti pengguna dalam talian) yang prihatin dengan nasib mereka. 

Ini kerana, ratusan ribu pengguna laman sosial, Facebook dan laman blog mikro, Twitter di seluruh dunia telah menukar gambar profil mereka sejak awal minggu ini sempena dengan Hari Tindakan Antarabangsa untuk Tahanan Palestin anjuran Kesatuan Perdagangan Bebas dan Persekutuan Am di Genting Gaza. 

Ia bertujuan untuk menggesa media dalam talian bagi menyokong tahanan Palestin menerusi kempen elektronik, ‘Perpaduan antara Tahanan Palestin’. 

Gambar berlatarbelakangkan warna coklat memaparkan tahanan lelaki dan wanita Palestin dengan mata tertutup itu didakwa sebagai simbol kepada ribuan orang Islam yang teraniaya di penjara Israel. 

Pelbagai halaman yang menyokong perjuangan tahanan Palestin turut diwujudkan dan mendapat reaksi positif pengguna. 

Kempen dalam talian tersebut dimaklumkan akan diteruskan sehingga semua tahanan Palestin menamatkan mogok lapar. 

Dalam perkembangan terbaru, dua tahanan Palestin dilaporkan masih tetap meneruskan mogok lapar walaupun Israel telah menandatangani perjanjian untuk memenuhi beberapa tuntutan hak asas termasuk menghentikan hukuman kurungan seorang diri (solitary confinement) yang diperjuangkan oleh mereka sebelum ini. [Sumber


Puisi Ahli Internet

No comments:

Puisi Ahli Internet... 

Segalanya ada di hujung jari 
Maklumat dengan mudah diperolehi 
Jadilah internet sebagai mufti 
Google sebagai kitab yang berkualiti 
Youtube menjadi guru yang dipercayai 
Kemudian merasakan apa yang ada sudah mencukupi 

Yahoo Saman Facebook

No comments:
Syarikat enjin pencari gergasi, Yahoo telah memfailkan saman terhadap laman sosial Facebook di Mahkamah California, kelmarin selepas mendakwa rangkaian sosial terbesar itu mencabuli 10 hak cipta termasuk kaedah dan sistem pengiklanan yang dihasilkan oleh perintis Internet itu. 

Difahamkan, Yahoo telah melabur dalam jumlah besar untuk penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan pelbagai hak cipta teknologi seperti syarikat pesaing lain. 

“Teknologi ini adalah asas kepada perniagaan kami yang telah berjaya memperoleh 700 juta pelawat sebulan dan semangat inovasi serta kreativiti dipaparkan menerusi Yahoo,” menurut kenyataan syarikat tersebut yang berpusat di California. 

Sementara itu, jurucakap Facebook yang telah diasaskan pada 2004, sedekad selepas Yahoo bertapak di dunia siber menyatakan mereka kecewa dengan tindakan syarikat tersebut. 



Penggodam Dedah Kod Antivirus Symantec

No comments:

WASHINGTON - Seorang penggodam mendedahkan kod sumber perisian antivirus pcAnywhere, keluaran Symantec, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa pihak-pihak tidak bertanggungjawab akan menceroboh komputer pelanggan yang menggunakan produk firma itu. 

Kod perisian itu didedahkan semalam selepas perundingan menerusi e-mel dengan penggodam, yang dikenali sebagai YamaTough, diberikan bayaran AS$50,000 (RM150,000) gagal. 

Kandungan e-mel mengenai perundingan disebarkan kelmarin, lapor Reuters. 

Penggodam telah berkali-kali mengatakan akan mendedahkan kod sumber perisian tetapi pihak penguat kuasa mahu perundingan diadakan bagi membolehkan firma itu menggunakan masa yang ada untuk menyediakan kod sumber alternatif. 

"Symantec sudah bersedia untuk menghadapi situasi jika kod didedahkan," kata jurucakap firma, Cris Paden sambil menambah, pihaknya juga mengambil langkah bagi melindungi kepentingan pengguna menerusi kod sumber alternatif. 



Lelaki Mati Ketika Bermain Komputer

No comments:
Chen Rong-yu ditemui mati ketika bermain permainan komputer 
di sebuah kafe Internet di Taipei pada 1 Februari lalu. - agensi 


TAIPEI 3 Feb. - Seorang lelaki Taiwan dilaporkan mati, selepas bermain permainan komputer selama 23 jam terus-menerus di sebuah kafe Internet, kelmarin. 

Menurut laman web berita Apple Daily, anggota polis menemui mayat Chen Rong-yu, 23, tersembam pada kerusi dengan kedua-dua tangannya kaku di papan kekunci dan tetikus di kafe Internet di Taipei. 

Seorang pekerja di kafe Internet itu berkata, Rong-yu datang ke kafe tersebut lewat Selasa lalu dan duduk di hujung terminal komputer. 

Jelasnya, tindakan Rong-yu yang kerap berehat menyebabkan pekerja kafe menyangka dia sedang tidur. 

Pada malam berikutnya, seorang pekerja wanita cuba mengejutkan Rong-yu tetapi mendapati badannya sejuk lalu menghubungi polis. 

Sementara itu, keluarga mangsa berkata, Rong-yu pernah menerima rawatan bagi masalah jantung pada September lalu. 

Polis masih menyiasat punca kematian Rong-yu tetapi mengesyaki keletihan, kekurangan pergerakan dan cuaca sejuk menyebabkan darah beku dan serangan jantung. 

Rong-yu dipercayai sedang bermain permainan League of Legends yang dicipta oleh Garena, sebuah syarikat perkhidmatan permainan yang berpangkalan di Singapura. - DPA 



Wordless Wednesday : Internet Gate - Powered By SOPA

No comments:

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.) 


Amerika Syarikat Tutup Laman Megaupload

No comments:
LAMAN web Megaupload. 


MCLEAN, Amerika Syarikat (AS) - Salah sebuah laman perkongsian fail yang popular di dunia, Megaupload.com telah ditutup. 

Pengasas laman itu dan beberapa pegawai syarikat laman berkenaan dituduh menyediakan kemudahan kepada berjuta-juta muat turun filem, muzik dan kandungan lain secara haram. 

Satu pendakwaan oleh pihak berkuasa AS kelmarin menuduh laman berkenaan menyebabkan para pemilik hak cipta kerugian sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM1.5 bilion). 

Menurut Jabatan Keadilan AS dalam satu kenyataan, Kim Schmitz atau lebih dikenali sebagai Kim Dotcom, 37, yang merupakan pengasas Megaupload.com dan kini Ketua Pegawai Inovatif laman itu serta tiga lagi kakitangan laman berkenaan telah ditangkap kelmarin di New Zealand atas permintaan beberapa pegawai AS. 

Schmitz merupakan seorang jutawan Jerman. 

Yayasan Perbatasan Elektronik yang mempertahankan hak kebebasan bersuara dan digital di online menyatakan dalam satu kenyataan bahawa: "Pelaksanaan prosedur jenayah antarabangsa seperti ini ke atas isu dasar-dasar Internet telah menetapkan satu contoh duluan yang menggerunkan." 

"Jika AS boleh menangkap seorang rakyat Belanda di New Zealand berhubung satu dakwaan hak cipta, apakah yang akan berlaku seterusnya?" 

Laman Megaupload adalah unik bukan hanya kerana ia mempunyai kandungan muat turun yang besar tetapi juga kerana ia mendapat sokongan daripada selebriti berprofil tinggi, pemuzik dan penerbit kandungan yang kerap menjadi mangsa pelanggaran hak cipta serta cetak rompak. 

Sebelum laman itu ditutup, ia mendapat sokongan daripada bintang realiti televisyen AS, Kim Kardashian, penyanyi Alicia Keys dan Kanye West dan beberapa selebriti lain. 

Syarikat Megaupload itu menyenaraikan suami Keys, Swizz Beatz yang merupakan seorang pemuzik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. 

Namun, Beatz yang berkahwin dengan Keys pada 2010 tidak dinamakan dalam pendakwaan itu. - Agensi 



Perang Siber Ke Atas Israel

No comments:

TEL AVIV - Dua minggu selepas Israel dikejutkan dengan insiden pendedahan maklumat peribadi kad kredit 400,000 orang Yahudi, sekali lagi kumpulan penggodam berpangkalan di Arab Saudi, OxOmar melancarkan perang siber ke atas dua laman utama di negara itu. 

Dua laman sesawang rasmi yang menjadi sasaran, kelmarin dan tidak dapat beroperasi selama beberapa jam adalah laman sesawang sistem penerbangan El Al dan laman Bursa Saham Tel Aviv (Tase). 

Jurucakap Tase menyatakan serangan tersebut tidak menjejaskan sistem dagangan saham sebaliknya hanya melumpuhkan laman utama. 

Minggu lalu, aktivis berpusat di Gaza turut melancarkan serangan siber ke atas laman sesawang timbalan menteri luar, Danny Ayalon dan laman Perkhidmatan Pemadam Kebakaran dan Penyelamat Israel sehingga menyebabkan operasi kedua-duanya tergendala. 

Sementara itu, jurucakap kerajaan Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, kerajaan memuji tindakan berani kumpulan penggodam tersebut dan menyifatkannya sebagai simbol kreativiti golongan pemuda di rantau Arab yang menyerang Israel secara senyap menggunakan kepakaran mereka. 

Dalam satu mesej yang dihantar oleh OxOmar, mereka telah memberi amaran bahawa ia adalah permulaan perang siber ke atas Israel dan turut berikrar untuk membocorkan segala maklumat mengenai rejim Zionis pada masa akan datang. 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...