Ni apa ceritanya kat sini?

Showing posts with label twitter. Show all posts
Showing posts with label twitter. Show all posts

Akaun Twitter E! Online kena godam

No comments:
Paparan halaman Twitter E! Online yang menunjukkan akaun sosial laman web hiburan itu digodam oleh Tentera Elektronik Syria.
Paparan halaman Twitter E! Online yang menunjukkan akaun sosial laman web
hiburan itu digodam oleh Tentera Elektronik Syria. 

Akaun Twitter laman web hiburan, E! Online, semalam dilaporkan digodam dan dikemas kini dengan pos palsu tentang penyanyi remaja, Justin Bieber dan pelakon, Angelina Jolie. 

Mesej palsu pertama yang dipos pada kira-kira pukul 1 petang waktu tempatan (1 pagi waktu Malaysia) itu memaparkan berita eksklusif kononnya penyanyi dari Kanada itu mendedahkan dia seorang gay. 

Simbol # 'perkataan sepanjang tahun'

No comments:

Simbol hashtag (#) dipilih sebagai 'perkataan sepanjang tahun' oleh Persatuan Dialek Amerika (ADS), sekali gus membuktikan bahawa dunia teknologi semakin dekat digunakan oleh pengamal linguistik. 

Walaupun perkataan itu telah wujud sejak beberapa dekad, pakar bahasa memutuskan bahawa simbol berkenaan bakal berpengaruh pada tahun ini. 

3.6 juta tweet sempena kemerdekaan

No comments:
Logo tweet #merdeka55

KUALA LUMPUR - Dua rekod bagi kategori tweet terbanyak dan perhimpunan pengguna tweet terbesar dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi. 

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan. 

Tweet Dari Maher Zain Tentang Nur Suryani :)

No comments:
Tweet Dari Maher Zain Tentang Nur Suryani :)

Twitter Perkenal Simbol Baru

No comments:
Simbol Twitterbird (kanan) menggantikan Larry yang digunakan oleh Twitter sejak enam tahun lalu.
Simbol Twitterbird (kanan) menggantikan Larry yang digunakan
oleh Twitter sejak enam tahun lalu. 

Laman Twitter kelmarin, memperkenalkan Twitterbird sebagai simbol baru syarikat rangkaian sosial global yang semakin berkembang itu. 

Pengarah kreatif, Doug Bowman berkata, sudah sekian lama masyarakat dunia mengenali simbol kecil burung biru yang dikaitkan dengan perkhidmatan Twitter. 

"Rekaan semula simbol lebih kreatif dan ringkas ini akan menggantikan Larry yang digunakan sejak enam tahun lalu," jelasnya. 

Laman sosial yang membolehkan ahlinya berinteraksi dan memberi komen secara interaktif, didakwa kini mempunyai lebih daripada 140 juta pengguna dengan bilangan terbesar di Amerika Syarikat. [Sumber


Populariti Twitter Menurun?

2 comments:

DENGAN berita-berita terkini Facebook, kadar IPO yang rata, kepentingan peraturan dan berita perkahwinan pengasas Facebook Zurckerberg dan Chan, anda semua mungkin lupa mengenai Twitter. 

Menurut hasil selidik Pusat Internet Pew dan American Life, secara purata, hanya lapan peratus penduduk Amerika Syarikat (AS) yang memeriksa akaun Twitter mereka setiap hari. 

Menurut pakar Penyelidik Kanan, Harun Smith mereka menggunakan soalan-soalan asas yang berbeza tetapi adil untuk menganggap majoriti pengguna menggunakan akaun Facebook dalam kombinasi rangkaian sosial yang lain. 

Ini bermakna Facebook masih kekal popular di kalangan penduduk AS. Seorang penulis Forbes menyifatkan yang Twitter seolah-olah penting dalam beberapa bentuk komunikasi tetapi tidak semua pihak bersetuju mengenai kenytaan ini. 

Laman Facebook Kena Godam

1 comment:

Seramai 900 juta pengguna Facebook mengalami gangguan perkhidmatan malam tadi selepas laman rangkaian sosial itu disasarkan oleh kumpulan penggodam Anonymous. 

Meluahkan kekecewaan di Twitter, pengguna Facebook dari Amerika Syarikat hingga ke Singapura melaporkan tidak dapat mengakses masuk ke laman web itu kira-kira tiga jam dari jam 8 malam hingga 11 malam. 

Gangguan terbesar yang dihadapi laman rangkaian sosial terkenal itu mengakhiri keadaan tidak menentu selama dua minggu dihadapi pengasasnya Mark Zuckerberg selepas saham Facebook ditutup pada AS$29.60 (RM94.7) sesaham kelmarin, jatuh 22 peratus daripada harga ditawarkan iaitu AS$38 (RM121.5). 

Kempen Sokong Tahanan Palestin Di Facebook

No comments:
Antara halaman ‘Perpaduan Antara Tahanan Palestin’ yang berperanan untuk menyokong perjuangan orang Islam di penjara Israel.
Antara halaman ‘Perpaduan Antara Tahanan Palestin’ yang berperanan 
untuk menyokong perjuangan orang Islam di penjara Israel. 

Tindakan nekad kira-kira 1,600 tahanan Palestin mogok lapar secara besar-besaran pada 17 April lalu sebagai protes terhadap ketidakadilan rejim Zionis berjaya mendapat perhatian ‘netizen’ (komuniti pengguna dalam talian) yang prihatin dengan nasib mereka. 

Ini kerana, ratusan ribu pengguna laman sosial, Facebook dan laman blog mikro, Twitter di seluruh dunia telah menukar gambar profil mereka sejak awal minggu ini sempena dengan Hari Tindakan Antarabangsa untuk Tahanan Palestin anjuran Kesatuan Perdagangan Bebas dan Persekutuan Am di Genting Gaza. 

Ia bertujuan untuk menggesa media dalam talian bagi menyokong tahanan Palestin menerusi kempen elektronik, ‘Perpaduan antara Tahanan Palestin’. 

Gambar berlatarbelakangkan warna coklat memaparkan tahanan lelaki dan wanita Palestin dengan mata tertutup itu didakwa sebagai simbol kepada ribuan orang Islam yang teraniaya di penjara Israel. 

Pelbagai halaman yang menyokong perjuangan tahanan Palestin turut diwujudkan dan mendapat reaksi positif pengguna. 

Kempen dalam talian tersebut dimaklumkan akan diteruskan sehingga semua tahanan Palestin menamatkan mogok lapar. 

Dalam perkembangan terbaru, dua tahanan Palestin dilaporkan masih tetap meneruskan mogok lapar walaupun Israel telah menandatangani perjanjian untuk memenuhi beberapa tuntutan hak asas termasuk menghentikan hukuman kurungan seorang diri (solitary confinement) yang diperjuangkan oleh mereka sebelum ini. [Sumber


Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...