Ni apa ceritanya kat sini?

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Gambar budak diacu pistol oleh wanita tersebar di Facebook

No comments:
FOTO yang dikongsi di Facebook ini mengejutkan ramai pengguna laman sosial.
FOTO yang dikongsi di Facebook ini mengejutkan ramai pengguna
laman sosial.  

Kepala budak diacu pistol 

London: Imej mengejutkan yang menunjukkan seorang wanita mengacu pistol ke kepala seorang kanak-kanak mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan mangsa. 

Foto itu dikongsi di laman media sosial ratusan kali sejak ia mula dimuat turun baru-baru ini. Pengguna laman web terdesak untuk mengenal pasti wanita dan kanak-kanak itu bagi memaklumkan kepada pihak berkuasa. 

'Puasa Facebook' kerana hormati bulan Ramadan

No comments:

'Puasa Facebook' cetus debat 

Ada pengguna tidak guna media sosial hormati Ramadan 

Dubai: Ketika umat Islam di seluruh dunia berpuasa, ada di kalangan mereka yang memperluaskannya dengan tidak menggunakan media sosial, menggelarnya 'puasa Facebook' sebagai menghormati Ramadan. 

Umumnya, penggunaan media sosial meningkat ketika Ramadan tetapi bagi mereka yang melakukan ‘puasa Facebook’, sama ada mereka tidak menggunakannya atau mengurangkan menghantar pandangan, tweet atau memperbaharui status. 

Facebook perkenal butang hashtag

No comments:


Facebook kelmarin memperkenalkan perkhidmatan baharu iaitu butang hashtag kepada penggunanya. 

Penggunaan hashtag telah digunakan secara meluas di Twitter dan laman perkongsian gambar, Instagram sebagai cara pengguna mendapatkan lebih maklumat tentang sesuatu perbincangan atau mengikutinya. 

Banduan penjara muat naik gambar ke Facebook

No comments:
Mawin memuat naik fotonya dengan kaki bergari di laman sosial.
Mawin memuat naik fotonya dengan kaki bergari di laman sosial. 

Bangkok: Seorang banduan penjara Phitsanulok yang memuat naik fotonya yang bergari di Facebook melalui telefon bimbit prosedur yang dilarang untuk tahanan akan dihukum bersama mereka yang membekalkan peralatan itu, kata Ketua Jabatan Salah Laku, Suchart Wong-anantachai. 

Berikutan penjara Phitsanulok belum diisytihar sebagai ‘penjara putih’ bermaksud bebas daripada dadah dan bahan larangan lain tahanan di situ masih ada cara untuk mengakses Internet. 

Panggilan percuma di Facebook khas untuk pengguna iPhone dan iPad

No comments:
SKRIN sebuah komputer tablet menunjukkan paparan aplikasi panggilan percuma di Facebook.
SKRIN sebuah komputer tablet menunjukkan paparan aplikasi
panggilan percuma di Facebook.  

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat - Facebook kelmarin membenarkan penggunanya membuat panggilan percuma kepada kenalan mereka di laman sosial berkenaan menggunakan aplikasi yang dibangunkan khusus untuk telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad. 

Aplikasi Facebook untuk gajet keluaran Apple itu mengeluarkan paparan apabila kenalan berada dalam talian dan memberikan pilihan untuk menghubungi mereka dengan menyentuh ikon yang tertera pada skrin iPhone atau iPad. 

Terkandung dalam versi Facebook 5.5, aplikasi tersebut turut memudahkan pengguna menghantar komen dan menyukai sesuatu kandungan di laman web itu. [Sumber

Kalau binatang ada FACEBOOK, agak-agak apa status mereka?

No comments:

Kalau binatang ada FACEBOOK, agak-agak apa status mereka? 

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajib.. kenyang beb, Alhamdulillah.. Murah rezeki malam ni.. 

CICAK : isteriku tersepit pintu.. Menduda lagi kali ke 24.. 

Simbol # 'perkataan sepanjang tahun'

No comments:

Simbol hashtag (#) dipilih sebagai 'perkataan sepanjang tahun' oleh Persatuan Dialek Amerika (ADS), sekali gus membuktikan bahawa dunia teknologi semakin dekat digunakan oleh pengamal linguistik. 

Walaupun perkataan itu telah wujud sejak beberapa dekad, pakar bahasa memutuskan bahawa simbol berkenaan bakal berpengaruh pada tahun ini. 

Datuk, nenek ketagih Facebook

No comments:
Warga tua melayari internet bersama keluarga di London.
Warga tua melayari internet bersama keluarga di London. 

Warga tua Britain mahir komunikasi dalam talian 

London: Berbanding mengangkat telefon, ramai datuk nenek masa kini menggunakan laman rangkaian sosial untuk berhubung dengan saudara mara, dengan hampir satu perempat nenek mendakwa mereka pengguna kerap Facebook. 

Kajian turut mendedahkan separuh penduduk di Britain kini berhubung dengan datuk nenek dan saudara lebih tua melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel dan Facebook. 

Hampir seorang bagi setiap 20 generasi muda mendakwa mempunyai datuk nenek dalam laman mikro blogging, Twitter. 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...