![]() |
| Rumah dibina daripada pencetak 3D adalah lebih cepat dan murah |
Bina 10 rumah dalam 24 jam
SEBUAH syarikat pembinaan dari China telah menggunakan pencetak 3D gergasi untuk membina 10 buah rumah teres dalam masa hanya 24 jam.
WinSun New Material menggunakan pencetak setinggi 6.6 meter, 10 meter lebar dan 150 meter panjang serta dakwat yang digunakan diperbuat daripada gabungan simen dan kaca gentian.








