Ni apa ceritanya kat sini?

Showing posts with label angkasa. Show all posts
Showing posts with label angkasa. Show all posts

Skylon, pesawat penumpang angkasa lepas dalam pembinaan (video)

No comments:
Rupa pesawat Skylon yang masih dalam pembinaan.
Rupa pesawat Skylon yang masih dalam pembinaan. 

Skylon terbang 4 jam ke mana-mana destinasi di dunia 

LONDON - Sebuah syarikat aeroangkasa di Britain sedang membangunkan pesawat baharu yang mampu sampai ke mana-mana destinasi di dunia dalam masa singkat. 

Selain itu, pesawat berteknologi tinggi itu juga boleh terbang ke angkasa lepas. 

Ceramah angkasa lepas dari angkasawan China (video penuh)

No comments:



Komet dilihat berada di sebelah bulan sabit

No comments:
GAMBAR menunjukkan komet Pan-STARRS (dalam bulatan) berada di sebelah bulan sabit dekat Magdalena, New Mexico kelmarin.
GAMBAR menunjukkan komet Pan-STARRS (dalam bulatan) berada
di sebelah bulan sabit dekat Magdalena, New Mexico kelmarin. 

Komet kelihatan di sebelah bulan sabit 

CAPE CANAVERAL, Florida - Penduduk di Hemisfera Utara termasuk Amerika Syarikat (AS) dapat melihat kemunculan sebuah komet di sebelah bulan sabit kelmarin. 

Komet yang bernama Pan-STARRS itu juga dapat dilihat berada di sebelah bulan sabit dekat Magdalena, New Mexico dan di Las Vegas, AS. 

Bunyi gempa bumi sampai ke angkasa lepas

No comments:
Impak gempa bumi di Jepun yang dikesan oleh satelit GOCE. (Kredit gambar: ESA)
Impak gempa bumi di Jepun yang dikesan oleh satelit GOCE. (Kredit gambar: ESA) [Sumber

Paris: Bunyi gempa bumi besar disusuli tsunami di Jepun dua tahun lalu begitu kuat hingga dikesan satelit di angkasa lepas. 

Sebuah satelit khas Eropah yang mengelilingi bumi mengesan bunyi frekuensi rendah ombak tsunami yang berpunca daripada gerakan kerak bumi apabila gempa magnitud 9.0 itu bermula. 

Hampir 19,000 orang maut kerana tsunami yang berlaku memusnahkan penempatan awam dan melanda loji nuklear Fukushima menyebabkan reaktornya lebur selain memaksa berpuluh ribu penduduk hilang tempat tinggal. 

Peluang kembara ke planet Marikh

No comments:
Lakaran pelukis menunjukkan kapal angkasa yang akan digunakan untuk membawa sepasang suami isteri ke planet Marikh lima tahun lagi.
Lakaran pelukis menunjukkan kapal angkasa yang akan digunakan
untuk membawa sepasang suami isteri ke planet Marikh lima tahun lagi. 

Misi dijangka menelan belanja lebih AS$1 bilion 

Cape Canaveral: Sebuah yayasan mahu merekrut seorang lelaki dan wanita, atau pasangan berkahwin, bagi satu perjalanan 501 hari ke Marikh dan kembali semula ke bumi yang dijangka bermula kurang dari lima tahun lagi, kata penganjur projek, semalam. 

Misi dijangka menelan belanja lebih AS$1 bilion (RM3.09 bilion) yang akan dibiayai secara persendirian melalui derma dan tajaan. 

Pengasas projek, Dennis Tito, seorang jutawan yang membayar AS$20 juta (RM61.8 bilion) pada 2001 untuk perjalanan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) berkata, beliau akan membayar kos permulaan selama dua tahun untuk memulakan pembangunan sistem sokongan hayat dan teknologi kritikal lain. 

Saintis dakwa temui serpihan tahi bintang

No comments:
KOMBINASI gambar rakaman sebuah kamera video menunjukkan sebutir tahi bintang meluncur di langit Chelyabinsk, sekitar 1,500 kilometer ke timur Moscow, Rusia pada Jumaat lalu.
KOMBINASI gambar rakaman sebuah kamera video menunjukkan
sebutir tahi bintang meluncur di langit Chelyabinsk, sekitar
1,500 kilometer ke timur Moscow, Rusia pada Jumaat lalu.  

Sepasukan saintis semalam mendakwa yang mereka telah menemui serpihan tahi bintang yang jatuh di Pergunungan Ural, Rusia selepas mencetuskan gelombang yang menyebabkan 1,200 orang cedera dan beribu-ribu buah rumah rosak. 

Batu angkasa lepas gergasi itu meluncur di langit bandar Chelyabinsk, tengah Rusia pada Jumaat lalu dengan tenaga bersamaan 30 butir bom atom yang digugurkan ke bandar Hiroshima, Jepun pada Perang Dunia Kedua. 

Tahi bintang tersebut meletup beberapa kilometer dari Bumi tetapi serpihan-serpihannya dipercayai bertaburan di serata rantau tersebut. 

Kenderaan robotik gerudi batu di planet Marikh

No comments:
KENDERAAN Curiosity di Marikh pada 3 Februari lalu.
KENDERAAN Curiosity di Marikh pada 3 Februari lalu. 

Kenderaan robotik Curiosity menggerudi permukaan batu yang diberi nama John Klein di planet Marikh pada 8 Februari lalu, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin. 

Gambar-gambar yang dihantar semula ke Bumi menunjukkan terdapat lubang selebar 1.6 sentimeter (sm) dan sedalam 6.4sm pada permukaan batu tersebut. 

Gempar!! Asteroid akan mendekati bumi pada Februari 2013 !! (video)

No comments:
Lakaran asteroid yang bakal merentasi bumi.
Lakaran asteroid yang bakal merentasi bumi. 

Sebuah asteroid dikatakan bakal mendekati bumi pada pertengahan Februari ini. 

Asteroid dianggarkan bersaiz kecil itu dikenali sebagai 2012 DA14 dijangka mendekati Bumi pada 15 Februari ini. 

Ahli Astronomi berpendapat asteroid itu akan berada dalam orbit bulan sekitar 38,6243 kilometer (km) dan dalam orbit satelit Geosynchronous sejauh 418,429 km. 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...