Ni apa ceritanya kat sini?

Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

Ketaksuban wanita 'pontianak' menghisap darah

No comments:
WESLEY membenarkan Julia minum darahnya.
WESLEY membenarkan Julia minum darahnya. 

Wanita pontianak 

Seorang ibu dua anak mendedahkan dia minum darah manusia dengan ‘gaya pontianak,’ kadang kala sehingga dua liter sebulan. 

Julia Caples, 45, menghisap darah daripada penderma sukarela sejak lebih 30 tahun lalu. 

Dia bertemu rakan peminat pontianak di satu majlis tempatan, tempat dia mengelar mereka dengan pisau ala zaman jahiliah sebelum menghisap darah mereka. 

Simpan 6 juta tulang manusia

No comments:
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan seorang pengkaji  terowong itu berjalan di barisan tulang dan tengkorak manusia.
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan seorang pengkaji terowong
itu berjalan di barisan tulang dan tengkorak manusia. 

PARIS - Bandar raya ini mempunyai daya tarikan pelancong di bawah tanah iaitu sebuah tempat simpanan tinggalan enam juta tulang manusia. 

Menurut akhbar dalam talian MailOnline kelmarin, terowong bawah tanah itu dikenali sebagai Empayar Kematian Paris. 

Terowong bawah tanah itu dijadikan tempat menyimpan rangka manusia sejak abad ke-18 bagi menyelesaikan masalah kawasan kubur yang terhad di Paris. 

Wordless Wednesday : Macam Real Jer...

2 comments:

Gua Menyerupai Tengkorak?

2 comments:


LONDON - Beranikah anda memasuki gua mirip tengkorak manusia? Gua di kuari Hodge Close ini dikatakan gua ngeri di Britain. 

Sinonim dengan rupa dan bentuknya, gua di tasik kuari terbengkalai berhampiran Coniston, Cumbria, juga dipercayai berbahaya kerana telah menelan nyawa beberapa penyelam. 

Kolam tersebut mencapai kedalaman 25 meter dan mempunyai terowong sepanjang dua meter persegi. Tempat yang popular di kalangan penyelam itu difahamkan menelan sekurang-kurangnya tiga nyawa sehingga tahun lalu. 

Jurugambar, Peter Bardsley memberitahu, mangsa-mangsa yang terbunuh di situ menemui ajal di dalam terowong yang dipenuhi air selain menyebabkan mereka tergelincir ke bawah. 

"Saya hanya sedar refleksi imej tengkorak ini sewaktu menghasilkan gambar selepas pulang dari menyelam," kata Bardsley. 



Video : CCTV Rakam Gambar Hantu

No comments:

GAMBAR yang disiarkan dimuat naik oleh Andrew Dasilva 
di YouTube menunjukkan kelibat hantu (dalam bulatan) di sebuah 
kedai telefon yang dibina di bekas tapak rumah anak yatim Yorkshire. 

LONDON - Seorang lelaki, Andrew Dasilva memuat naik imej kelibat seorang gadis yang dipercayai sebagai hantu di YouTube. 

Pisau Tertusuk Di Bawah Mata

No comments:
(AMARAN: Kalau korang ada penyakit lemah jantung atau lemah semangat, jangan tengok entri ini)

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...