London: Seorang lelaki kini bertarung dengan maut apabila sebatang kayu snuker tertusuk ke matanya, menembusi sehingga otak sebelum terhenti di dinding tengkorak.
Sam Willers, 23, sedang leka bermain snuker dengan kawan-kawannya apabila seorang rakan menujah kayu itu ke mata mangsa.
Gambar x-ray menunjukkan besi keluli terpacak di kepala Liu Fenghe.
Besi terpacak di kepala
Beijing: Ini ialah batang keluli yang tertusuk dalam kepala seorang pekerja selepas ia jatuh di tapak bangunan.
Liu Fenghe sedang berbual dengan rakan sekerjanya di tingkat bawah sebuah bangunan dalam pembinaan apabila tiba-tiba dia rebah ke lantai dengan batang keluli itu tercacak di kepalanya.
TAMIL NADU - Pergaduhan suami isteri di Madurai, India, berakhir dengan tragedi menyakitkan apabila si suami yang begitu marah bertindak menusuk sebatang pemutar skru bersaiz sederhana ke kepala isterinya.
Pakar bedah saraf, D.K. Selvamuthukumaran memberitahu, wanita berumur 35 tahun itu dalam keadaan separa sedar dan tidak mampu bertutur ketika dimasukkan ke Pusat Penyelidikan dan Hospital Madurai Meenakshi, dua minggu lalu.
Selain menembusi otak mangsa, pemutar skru sepanjang 22 sentimeter (cm) itu turut menikam tengkorak sebelah kirinya.
“Doktor mengambil masa kira-kira lima jam untuk mengeluarkan pemutar skru yang ditusuk melalui lubang hidungnya,” katanya yang turut menambah mangsa masih hidup selepas sekumpulan doktor berjaya merawat pendarahan di kepalanya itu.
JAKARTA - Doktor-doktor pakar di Hospital Dr Soetomo Surabaya sedang menangani kes seorang bayi yang dilahirkan dengan jantungnya berada di luar badan, suatu keadaan yang dikenali sebagai Pentalogy of Cantrell.
Bayi perempuan berusia 15 hari itu, yang dirujuk ke hospital berkenaan pada Sabtu, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), untuk distabilkan keadaannya.
Media tempatan melaporkan bahawa bayi bernama Febryana Omega Hayati itu merupakan anak kelima pasangan Ishak Manu, 44, dan Nur Hayati, 34, yang merupakan penduduk Surabaya.
Ketua Bahagian Neonatologi hospital itu, Dr Agus Harianto berkata, kes bayi seperti itu adalah yang ketiga diterima Hospital Dr Soetomo.
Seorang doktor pakar jantung, Yan Efrata Sembiring dilaporkan berkata, kelainan kelahiran itu sangat jarang berlaku iaitu nisbah satu berbanding lima juta kelahiran bayi.
Bagi menangani kes seumpamanya, yang perlu dilakukan pada peringkat awal adalah mengelakkan organ yang berada di luar badan itu daripada terkena jangkitan dan setelah keadaannya bertambah baik, pasukan doktor akan segera melakukan pembedahan bagi menutup organ itu. - Bernama
PENSACOLA (Florida): Seorang lelaki yang cuba menyingkirkan tabiat merokok dengan menyedut rokok elektronik, ditimpa malang apabila ia meletup dalam mulutnya akibat kerosakan bateri. Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depannya tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk, kata pegawai bomba, semalam.
“Analogi terbaik adalah ia seperti meletakkan botol berisi roket dalam mulut anda lalu ia meletup,” kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker.
“Bateri tercampak daripada tiub dan menyebabkan alat itu terbakar,” katanya.
Pegawai bomba tidak mendedahkan identiti mangsa berikutan polisi jabatan itu, tetapi laman Facebook di bawah nama Tom Holloway, 57, dipenuhi dengan pengunjung yang memberikan komen mengenai kecederaan itu dan pencarian di pangkalan data menunjukkan alamatnya pada laporan di jabatan bomba berpadanan dengan namanya.
Holloway berada di pejabat di kediamannya apabila alat itu meletup menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan alatan pejabat terbakar.
Kotak bateri hangus yang ditemui di atas cebisan permaidani cair kelihatan seperti alat untuk merokok. - AFP