Ni apa ceritanya kat sini?

Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Kemusnahan Kota Pompeii

No comments:

Pernahkah kalian dikhabarkan tentang Pompeii? Ya, sekarang sedang di tunjukkan tayangan di pawagam dunia yang menipu diatas sejarah yang terjadi.. 

Pompeii yang merupakan simbol daripada keruntuhan akhlak yang dialami kekaisaran Romawi, adalah pusat perzinaan dan homoseks. Nasib Pompeii sama seperti yang dialami oleh kaum Nabi Luth as. Kehancuran Pompeii terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius. Gunung Vesuvius adalah simbol negara Itali, khususnya kota Naples. Gunung yang telah membisu sejak dua ribu tahun yang lalu itu juga dinamai “The Mountain of Warning” (Gunung Peringatan). 

Kisah Tentera Namrud Diserang Tentera Nyamuk

No comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

700 RIBU TENTERA NAMRUD VS NYAMUK 

Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan Allah SWT dengan tentera nyamuk. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Al-Muddatsir: 31). Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.” 

Rahsia ketajaman pedang Salahuddin al-Ayyubi

No comments:

Pedang Salahuddin al-Ayyubi paling tajam di dunia? 

Pedang Salahuddin Al-Ayyubi diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur. 

Kisah cinta pasangan warga emas ini bermula sejak umur 4 tahun

2 comments:
Gambar kahwin semasa 4 tahun, ketika dewasa dan ulangtahun perkahwinan ketika berusia 70 tahun.
Gambar kahwin semasa 4 tahun, ketika dewasa dan ulangtahun
perkahwinan ketika berusia 70 tahun. 

Bercinta sejak umur 4 tahun 

Kisah cinta pasangan warga emas ini amat unik kerana mereka dipakaikan baju pengantin dalam satu karnival pada usia empat tahun dan tidak menyangka pertemuan itu menjadi titik bermulanya cinta mereka yang hingga kini mencecah usia 70 tahun. 

Lantai mozek berusia 1,500 tahun ditemui

No comments:
DUA ahli arkeologi membersihkan lantai mozek berusia 1,500 tahun yang ditemui dekat Kibbutz Beit Kama di Negev, Israel semalam.
DUA ahli arkeologi membersihkan lantai mozek berusia 1,500 tahun
yang ditemui dekat Kibbutz Beit Kama di Negev, Israel semalam. 

Sebuah lantai mozek berusia 1,500 tahun ditemui dekat Kibbutz Beit Kama di Negev, Israel, menurut Pihak Berkuasa Antikuiti Israel semalam. 

Lantai itu dibina di antara abad keempat hingga keenam Sebelum Masihi pada era pemerintahan empayar Byzantine. 

Sekumpulan ahli arkeologi Pihak Berkuasa Antikuiti Israel turut menemui beberapa struktur binaan lama di bawah sebuah padang di Kibbutz Beit. [Sumber

Bandar purba zaman Nabi Ibrahim ditemui

No comments:
DUA orang pekerja menggali di lokasi bekas sebuah kompleks pentadbiran zaman Nabi Ibrahim di Tell Khaiber pada 31 Mac lalu.
DUA orang pekerja menggali di lokasi bekas sebuah kompleks pentadbiran zaman
Nabi Ibrahim di Tell Khaiber pada 31 Mac lalu. 

Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart Campbell menyatakan, dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas sebuah kompleks bangunan berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq yang merupakan tempat tinggal Nabi Ibrahim. 

Campbell yang merupakan arkeologi dari Universiti Manchester berkata, bangunan itu dianggarkan berusia 4,000 tahun. 

Mumia Julia Pastrana disemadikan di Mexico

No comments:
Poster pameran Pastrana.
Poster pameran Pastrana. 

Mayat seorang wanita dilabel sebagai 'wanita paling hodoh di dunia' sejak 153 tahun lalu akhirnya, disemadikan di kampung halamannya di Mexico. 

Julia Pastrana mendapat gelaran 'terhodoh' apabila seluruh tubuhnya ditumbuhi bulu tebal selepas mengidap sejenis penyakit misteri. 

Sebelum kematiannya, beliau menjadi sebahagian daripada bahan pameran seluruh Eropah sehingga meninggal dunia kerana komplikasi sewaktu melahirkan anak pada 1860. Ketika beliau meninggal dunia, jasadnya diawet untuk dipamerkan ke seluruh dunia. 

Filem kisah hidup Steve Jobs ditayangkan

No comments:
ASHTON Kutcher memegang watak sebagai pengasas bersama syarikat Apple, Steve Jobs dalam filem bertajuk jOBS yang diarah oleh Joshua Michael Stern.
ASHTON Kutcher memegang watak sebagai pengasas bersama syarikat Apple,
Steve Jobs dalam filem bertajuk jOBS yang diarah oleh Joshua Michael Stern.  

Filem pertama mengenai pengasas bersama syarikat teknologi Apple, Steve Jobs ditayangkan kelmarin selepas hanya 15 bulan mendiang meninggal dunia. 

Filem bertajuk jOBS dilakonkan oleh pelakon terkenal, Ashton Kutcher itu ditayangkan di Festival Filem Sundance dan bakal menemui peminat di panggung wayang mulai April depan. 

Gambar Puteri Diana semasa remaja dilelong

No comments:
SEKEPING gambar yang akan dilelong menunjukkan Diana (kiri) berada di sebelah Russell.
SEKEPING gambar yang akan dilelong menunjukkan Diana (kiri)
berada di sebelah Russell. 

AMHERST, New Hampshire - Sekeping gambar Puteri Diana ditanda dengan tulisan yang meminta ia tidak diterbitkan akan dilelong pada bulan ini. 

Gambar tersebut menunjukkan ketika Diana belum berkahwin dengan pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles. 

Menurut firma lelongan, RR Auction, gambar berkenaan mungkin tidak pernah dipamerkan kepada media sebelum ini. 

Wordless Wednesday : Ungkapan emas Hitler

No comments:
Ungkapan emas Hitler

Individu pertama dalam Islam

No comments:
Kaabah

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : 
Nabi Sulaiman AS 

2. Orang yang pertama minum air zamzam : 
Nabi Ismail AS 

3. Orang yang pertama berkhatan : 
Nabi Ibrahim AS 

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : 
Nabi Ibrahim AS 

WW : 1912 vs 2012

No comments:

Kubur batu kapur lebih 1,000 tahun di Filipina

No comments:
SEBUAH kubur kuno yang ditemui di puncak Gunung Kamhantik di Filipina pada 26 Februari tahun lalu.
SEBUAH kubur kuno yang ditemui di puncak Gunung Kamhantik
di Filipina pada 26 Februari tahun lalu. 

Sepasukan ahli arkeologi menemui tinggalan sebuah kampung purba di puncak sebuah gunung yang dilitupi hutan di Flipina bersama beberapa keranda batu kapur yang belum pernah ditemui di negara Asia Tenggara berkenaan, kata seorang pegawai semalam. 

Pegawai Muzium Nasional, Eusebio Dizon berkata, kampung tersebut terletak di kawasan seluas lima hektar di atas Gunung Kamhantik dekat bandar Mualanay di wilayah Quezon. 

Neil Armstrong, manusia pertama ke bulan meninggal dunia

No comments:
Neil Alden Armstrong (1930-2012)
Neil Alden Armstrong (1930-2012) 

Manusia pertama menjejakkan kaki di bulan, Neil Alden Armstrong meninggal dunia pada usia 82 tahun, kata keluarga bekas angkasawan Amerika Syarikat (AS) berkenaan kelmarin. 

Armstrong menjalani pembedahan pintasan jantung awal bulan ini selepas dua hari beliau menyambut hari jadinya pada 5 Ogos lalu bagi membuka beberapa arteri yang tersumbat. 

Sebagai komander kapal angkasa Apollo 11, Armstrong merupakan manusia pertama menjejakkan kaki di bulan pada 20 Julai 1969 diikuti oleh angkasawan, Edwin Aldrin. 

Peristiwa-peristiwa dalam bulan Ramadan

1 comment:

Peristiwa-peristiwa dalam bulan Ramadan 

1. Perang Badar Al-Qubra 

Perang Badar terjadi pada tahun ke-2 setelah hijrah di bulan Ramadhan. Bagi kaum muslimin, perang Badar mempunyai arti sejarah tersendiri, sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil. Perang itu tepatnya terjadi tanggal 17 Ramadhan. 

Rangka Bot Firaun Ditemui

No comments:
SEORANG pekerja mengukur lebar rangka sebuah bot Firaun.
SEORANG pekerja mengukur lebar rangka sebuah bot Firaun. 

Rangka sebuah bot kayu yang digunakan pada zaman firaun dan berusia 5,000 tahun ditemui di kawasan arkeologi Abu Rawash, barat Kaherah oleh beberapa ahli arkeologi Perancis. 

Panjang bot solar itu ialah 6 meter (m) panjang dan 1.5m lebar. 

Pendedahan penemuan itu dibuat oleh Kementerian Antikuiti Mesir kelmarin. 

Pada kebiasaannya, bot itu ditanam dekat mumia firaun kerana ia dipercayai mampu membawanya kepada tuhan di syurga. [Sumber


Fakta Disebalik Pohon Ghorqod (Pohon Kaum Yahudi)

2 comments:
Pohon Ghorqod (Nitraria Retusa)

POHON Ghorqod memang dikenali sebagai pohon kaum Yahudi. Hal tersebut secara tegas dinyatakan Rasulullah SAW dalam salah satu haditsnya mengenai peperangan akhir zaman yang berbunyi : 

“Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon itu berkata: Hai Muslim! Hai hamba Allah! Ini Yahudi di belakangku, kemarilah, bunuhlah dia! Kecuali pohon Ghorqod, maka itu adalah dari pohon-pohonnya orang Yahudi,” (HR. Muslim VII/188, Bukhari IV/51, Lulu ‘wal-Marjan III/308). 

Rangka Tulang Mona Lisa Semakin Hampir Ditemui

No comments:
SEORANG ahli arkeologi melakukan kerja-kerja dekat rangka manusia di sebuah kubur di biara Sant'Orsola di Florence kelmarin yang dipercayai wanita dalam lukisan Mona Lisa.
SEORANG ahli arkeologi melakukan kerja-kerjadekat rangka manusia
di sebuah kubur di biara Sant'Orsola di Florence kelmarin yang
dipercayai wanita lukisan Mona Lisa. 

FLORENCE - Beberapa ahli arkeologi kelmarin menemui satu rangka manusia di bawah simen biara Sant'Orsola di sini yang dipercayai mungkin model wanita lukisan Mona Lisa yang dilukis oleh pelukis terkenal, Leonardo da Vinci. 

Sebelum ini beberapa rangka tulang manusia juga telah ditemui dalam misi mencari kubur model tersebut yang dipercayai isteri seorang pedagang sutera, Francesco del Giocondo iaitu Lisa Gherardini. 

Kerja-kerja untuk mencari rangka Gherardini itu diketuai seorang ahli arkeologi Itali, Silvano Vinceti di biara tersebut pada tahun lalu. 

Jongkong Perak Bernilai RM121 juta Ditemui Di Dasar Laut

No comments:
BEBERAPA kru Odyssey yang berada di atas 
kapal Seabed Worker kelmarin memeriksa jongkong 
perak yang ditemui dari kapal SS Gairsoppa. 
Syarikat Odyssey Marine Exploration Inc. yang terkenal kerana menemui bangkai kapal Black Swan bernilai AS$500 juta (RM1.59 bilion) di perairan Portugal pada 2007 menyatakan, pihaknya menemui 48 tan jongkong perak di dalam sebuah kapal dagang Britain yang dibedil di perairan Ireland 70 tahun lalu. 

Pada harga semasa, penemuan tersebut bernilai sekitar AS$38 juta (RM121 juta) manakala syarikat itu kelmarin memberitahu, lebih banyak harta karun bakal ditemui di dalam kapal berkenaan. 

Menurutnya, bangkai kapal tersebut terletak sekitar 4.8 kilometer di bawah permukaan laut. 

Jongkong itu ditemui daripada bangkai kapal Gairsoppa. 

Kapal kargo sepanjang 125.5 meter itu tenggelam selepas dibedil sebuah kapal selam Jerman semasa Perang Dunia Kedua. 

Di bawah satu perjanjian bersama kerajaan Britain, Odyssey dibenarkan menyimpan 80 peratus harta karun berkenaan selepas kos perbelanjaan ditolak. 

Nilai kesemua jongkong tersebut berada pada sekitar AS$190 juta (RM605.4 juta). [Sumber


Tapak Pertanian Berusia 5,600 Tahun Ditemui Di Korea Selatan

No comments:
SEBUAH kawasan dipercayai kawasan pertanian tertua di Asia Timur yang ditemui di Goseong, Korea Selatan.
SEBUAH kawasan dipercayai kawasan pertanian tertua
di Asia Timur yang ditemui di Goseong, Korea Selatan. 

Seorang ahli arkeologi, Cho Mi-soon semalam mendakwa terdapat bukti kewujudan kawasan pertanian tertua di Asia Timur terdapat di Goseong, Korea Selatan. 

Menurutnya, tapak tersebut dipercayai berusia hingga 5,600 tahun. 

Pada zaman Neolitik, manusia mula tinggal di penempatan tetap dan bercucuk tanam selepas hidup secara nomadik dengan mengembara untuk mencari makanan. 

Menurut Mi-soon, terdapat serpihan barangan tembikar dan rumah ditemui di tapak berkenaan. 

Katanya, artifak berkenaan telah diuji dan disahkan berasal dari zaman Neolitik. [Sumber]


Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...