Ni apa ceritanya kat sini?

Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Al-Azhar keluar fatwa haram tayangan filem 'Noah'

No comments:

Filem Noah diharamkan 

Kaherah: Universiti Al-Azhar mengeluarkan fatwa mengharamkan tayangan filem epik Hollywood yang mengisahkan kehidupan Nabi Nuh (AS) dengan alasan ia bercanggah dengan ajaran Islam. 

“Islam melarang segala bentuk penggambaran fizikal rasul, nabi, rasul dan sahabat Rasulullah (SAW),” menurut kenyataan yang dikeluarkan universiti itu. 

'Bandar fiksyen' Star Wars, Mos Espa berdepan ancaman timbunan pasir

No comments:

Set penggambaran Star Wars bakal tenggelam 

TUNIS - Bandar fiksyen, Mos Espa yang dibina di gurun Tunisia untuk menjadi set penggambaran bagi filem Star Wars Episode I, kini mengalami ancaman akan tenggelam oleh timbunan pasir dikenali sebagai barchan. 

Barchan yang merupakan timbunan pasir berbentuk bulan sabit dijangka menenggelamkan bandar yang menjadi tempat di mana watak utama filem itu, Anakin Skywalker membesar. 

[WW] Superman 2013

1 comment:

Wordless Wednesday : 2 Slow 2 Curious

No comments:

Filem kisah hidup Steve Jobs ditayangkan

No comments:
ASHTON Kutcher memegang watak sebagai pengasas bersama syarikat Apple, Steve Jobs dalam filem bertajuk jOBS yang diarah oleh Joshua Michael Stern.
ASHTON Kutcher memegang watak sebagai pengasas bersama syarikat Apple,
Steve Jobs dalam filem bertajuk jOBS yang diarah oleh Joshua Michael Stern.  

Filem pertama mengenai pengasas bersama syarikat teknologi Apple, Steve Jobs ditayangkan kelmarin selepas hanya 15 bulan mendiang meninggal dunia. 

Filem bertajuk jOBS dilakonkan oleh pelakon terkenal, Ashton Kutcher itu ditayangkan di Festival Filem Sundance dan bakal menemui peminat di panggung wayang mulai April depan. 

South of Sanity, filem cereka pertama dibuat di Antartika

No comments:
Poster filem "South of Sanity".
Poster filem "South of Sanity". 

ANTARTIKA: Dikenali dengan judul South of Sanity, filem seram ini dikeluarkan oleh jurulatih memanjat dan pembuat dokumentari, Kirk Watson ketika bekerja di benua ais untuk Tinjauan Antartika Britain. 

Ia merupakan filem cereka pertama di buat di Antartika. Pelakonnya pula terdiri daripada staf dan rakan sekerja di situ, manakala skripnya pula ditulis oleh Matt Edwards, seorang doktor yang tinggal di London. 

Plot filem itu berkisar mengenai 14 pekerja yang bekerja di stesen terpencil, dibunuh seorang demi seorang oleh pembunuh. 

Patung Emas Kapten Jack Sparrow Dijual

No comments:
SEORANG pekerja melihat patung emas Kapten Jack Sparrow 
dipamerkan di sebuah pusat beli-belah di Tokyo semalam. 


TOKYO - Sebuah patung emas watak Kapten Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean dijual pada harga AS$435,000 (RM1.3 juta). 

Ia dijual di sebuah pusat beli-belah di sini sempena ulang tahun kelahiran ke-110 tahun Walt Disney yang merupakan pengasas bersama The Walt Disney Company. 

Patung emas seberat 1,800 gram itu setinggi 26 sentimeter. 

Watak Sparrow itu dilakonkan oleh aktor terkenal Johnny Depp. - Agensi 

Sumber : Kosmo 


Kematian Osama bin Laden Dipermainkan

No comments:
SALT LAKE CITY - Kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden telah dipermainkan sebuah syarikat penerbitan tidak bertanggungjawab di Utah selepas mereka menerbitkan filem zombi (mayat berjalan) menggunakan watak beliau. 

Filem berjudul Osambie: The Axis of Evil Dead itu memaparkan pertempuran antara Unit Angkatan Khas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dengan kumpulan militan zombi di kawasan gurun diketuai oleh Osama yang kononnya bangkit dari kematiannya. 

Pengarah eksekutif, Kynan Griffin berkata, skrip tersebut telah dihasilkan sebelum Osama dibunuh pada Mei lalu. 

Ia turut menggunakan tagline 'Bin Laden Will Die Again' (Osama akan mati sekali lagi) yang dianggap biadab dan dilihat bakal mencetuskan kemarahan orang Islam. 

Sementara itu, sebuah lagi filem kontroversi arahan Kathryn Bigelow yang berkisar mengenai operasi memburu Osama juga akan diterbitkan walaupun menerima kritikan banyak pihak kerana ia secara terang mendedahkan misi rahsia Agensi Penyiasatan Pusat (CIA). 



Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...