Abu Dhabi: Nombor istimewa syarikat telekomunikasi Etisalat, 050-7777777 dijual dengan harga menakjubkan Dh7.87 juta (RM6.8 juta) dalam satu majlis pembidaan nombor telefon bimbit VIP, lapor media semalam.
Bidaan dilangsungkan firma Emirates Auction secara serentak di hotel Emirates Palace di sini, dan Hotel Armani di Dubai.
BARCELONA: Samsung menampilkan Samsung Galaxy S5 dengan sistem camera canggih, rangkaian hubungan pantas selain ciri keselamatan terkini, pada persidangan dan pameran Mobile World Congress 2014 di Barcelona, Sepanyol, awal pagi tadi.
Dengan resolusi kamera 16 megapiksel, S5 turut menawarkan sistem fokus automatik terpantas di dunia sehingga 0.3 saat selain menaik taraf kualiti High Dynamic Range (HDR) untuk menghasilkan pencahayaan serta warna yang lebih terang.
Ieropoulos mendakwa teknologi ini adalah ciptaan pertama di dunia
yang menggunakan air kencing sebagai pengecas telefon bimbit.
Air kencing pengecas telefon bimbit
SEORANG saintis dari, Universiti West England, Britain, berjaya menghasilkan pengecas bateri telefon bimbit menggunakan air kencing sebagai sumber kuasa elektrik atau sel bahan api mikrob (MFC).
Dr Ioannis Ieropoulos, juga pakar implementasi sumber pelik berkata, cecair pengecas air kencing itu adalah yang pertama kali digunakan di dunia.
"Setakat ini, bahan api yang dijana menerusi air kencing mampu menghidupkan telefon bimbit secara normal," katanya kepada MailOnline.
Bagaimanapun, beliau berkata kuasa MFC dari cecair kumbahan itu hanya menghidupkan telefon bimbit pada tempoh agak singkat. [Sumber]
Mungkinkah ini rupa Moto X ? (Sumber dari Google.)
Google kini sedang bersiap sedia membuat 'serangan' ke atas iPhone dengan mencipta gajet terbaru yang lebih peka dan bijak.
Menurut Ketua Eksekutif Google, Dennis Woodside, gajet yang dikenali sebagai Moto X itu akan direka di Amerika Syarikat (AS) dan bakal menjadi pesaing utama kepada Apple.
Secara tidak sengaja, Samsung mendedahkan butiran telefon pintar Galaxy S4 versi mini di laman sesawang syarikat gergasi alat telekomunikasi itu, semalam.
Melalui paparan itu, Samsung mempamerkan telefon berkenaan sebagai pilihan di kedai dalam taliannya.