Ni apa ceritanya kat sini?

Showing posts with label handphone. Show all posts
Showing posts with label handphone. Show all posts

Nombor telco Etisalat, 050-7777777 dibida RM6.8 juta

No comments:

Nombor 7777777 dibida RM6.8j 

Abu Dhabi: Nombor istimewa syarikat telekomunikasi Etisalat, 050-7777777 dijual dengan harga menakjubkan Dh7.87 juta (RM6.8 juta) dalam satu majlis pembidaan nombor telefon bimbit VIP, lapor media semalam. 

Bidaan dilangsungkan firma Emirates Auction secara serentak di hotel Emirates Palace di sini, dan Hotel Armani di Dubai. 

Samsung Galaxy S5 dilancarkan

No comments:
Samsung Galaxy S5

Samsung lancar Galaxy S5 

BARCELONA: Samsung menampilkan Samsung Galaxy S5 dengan sistem camera canggih, rangkaian hubungan pantas selain ciri keselamatan terkini, pada persidangan dan pameran Mobile World Congress 2014 di Barcelona, Sepanyol, awal pagi tadi. 

Dengan resolusi kamera 16 megapiksel, S5 turut menawarkan sistem fokus automatik terpantas di dunia sehingga 0.3 saat selain menaik taraf kualiti High Dynamic Range (HDR) untuk menghasilkan pencahayaan serta warna yang lebih terang. 

Air kencing boleh cas telefon bimbit ? (video)

No comments:
Ieropoulos mendakwa teknologi ini adalah ciptaan pertama di dunia yang menggunakan air kencing sebagai pengecas telefon bimbit.
Ieropoulos mendakwa teknologi ini adalah ciptaan pertama di dunia
yang menggunakan air kencing sebagai pengecas telefon bimbit. 

Air kencing pengecas telefon bimbit 

SEORANG saintis dari, Universiti West England, Britain, berjaya menghasilkan pengecas bateri telefon bimbit menggunakan air kencing sebagai sumber kuasa elektrik atau sel bahan api mikrob (MFC). 

Dr Ioannis Ieropoulos, juga pakar implementasi sumber pelik berkata, cecair pengecas air kencing itu adalah yang pertama kali digunakan di dunia. 

"Setakat ini, bahan api yang dijana menerusi air kencing mampu menghidupkan telefon bimbit secara normal," katanya kepada MailOnline. 

Bagaimanapun, beliau berkata kuasa MFC dari cecair kumbahan itu hanya menghidupkan telefon bimbit pada tempoh agak singkat. [Sumber



Google mahu cabar iPhone dengan gajet Moto X

No comments:
Mungkinkah ini rupa Moto X ? (Sumber dari Google.)
Mungkinkah ini rupa Moto X ? (Sumber dari Google.) 

Google kini sedang bersiap sedia membuat 'serangan' ke atas iPhone dengan mencipta gajet terbaru yang lebih peka dan bijak. 

Menurut Ketua Eksekutif Google, Dennis Woodside, gajet yang dikenali sebagai Moto X itu akan direka di Amerika Syarikat (AS) dan bakal menjadi pesaing utama kepada Apple. 

Gambar Samsung Galaxy S4 mini terdedah di Internet

No comments:

Secara tidak sengaja, Samsung mendedahkan butiran telefon pintar Galaxy S4 versi mini di laman sesawang syarikat gergasi alat telekomunikasi itu, semalam. 

Melalui paparan itu, Samsung mempamerkan telefon berkenaan sebagai pilihan di kedai dalam taliannya. 

Pencuri berbasikal sasar telefon bimbit

No comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

London: Peningkatan dalam kes kejadian meragut kebanyakannya membabitkan pencuri berbasikal yang menyasarkan telefon bimbit mewah. 

Jumlah kejadian itu di jalan raya semakin meningkat, menurut angka rasmi dan tahun lalu, hampir 300 orang menjadi mangsa sehari. 

Samsung Galaxy S4 dah berada dipasaran sekarang !

No comments:
Klik banner ini untuk maklumat lanjut.

Nak tahu apa ciri-ciri menarik Samsung Galaxy S4 ini, klik la kat SINI. :) 

Spesifikasi BlackBerry Z10

No comments:
Nak beli Blackberry Z10 ?? Klik gambar ini. :)

(Nak beli BlackBerry Z10 macam gambar kat atas tu ke? Nak? Kalau nak, klik SINI, atau gambar di atas tu. :)) 

Samsung Galaxy S4 diperkenalkan

No comments:
Samsung Galaxy S4. (Sumber dari Google)
Samsung Galaxy S4. (Sumber dari Google) 

Samsung memperkenalkan Galaxy S4 yang nipis dan canggih kelmarin sebagai gajet terbaharu untuk menyaingi Apple dalam segmen telefon pintar. 

Gergasi kepenggunaan elektronik itu memperkenalkan Galaxy S4 di pentas Dewan Radio City Music di New York. 

Menurut firma Korea Selatan tersebut, S4 akan dipasarkan di 155 buah negara April depan tetapi harganya belum didedahkan. 

"Bagi setiap manusia, hidup ini satu perjalanan," kata Ketua Divisyen Komunikasi Samsung, JK Shin. 

WeChat For Malaysia - English

No comments:
Click HERE for more info.
WeChat is the new way to connect with friends across platforms - whether iPhone, Android, Blackberry or Windows Phone! Over 1 million Malaysian users are on WeChat. With voice chat, video calling, custom emoticons, 'look around' to find nearby friends, WeChat is the most feature packed smartphone messenger with over 300 million users worldwide. 

--> Click HERE for more info. 

WeChat untuk Malaysia - Bahasa Melayu

No comments:
Klik gambar ini untuk maklumat lanjut.
WeChat adalah cara baru untuk bersembang dengan kawan - walaupun iPhone, Android, Blackberry, Nokia Symbian atau Windows Phone! Ada lebih dari 1 juta pengguna WeChat di Malaysia! Dengan 'voice chat', 'video call', 'look around' untuk cari kawan berdekatan, WeChat adalah messenger telefon pintar yang paling banyak fungsi dengan lebih dari 300 juta pengguna di seluruh dunia. 

---> Klik SINI untuk maklumat lanjut. 

Pengecas handphone berbentuk pelapik minuman

No comments:
Alat ini boleh diterbalikkan kepada dua bahagian berlainan mengikut suhu minuman pengguna.
Alat ini boleh diterbalikkan kepada dua bahagian berlainan
mengikut suhu minuman pengguna. 

Pengguna tidak lagi akan berhadapan kesukaran untuk mengecas telefon bimbit pada masa akan datang dengan terhasilnya ciptaan dari sebuah syarikat berpusat di New Castle, Pennsylvania. 

Alat pengecas mudah alih digelar Epiphany One Puck kelihatan seperti pelapik untuk minuman panas atau sejuk yang terdiri daripada dua bahagian berlainan. 

Telefon pintar Alcatel paling nipis di dunia

No comments:
TELEFON pintar Alcatel One Touch Idol Ultra dipamerkan pada pameran CES di Las Vegas, Amerika Syarikat kelmarin.
TELEFON pintar Alcatel One Touch Idol Ultra dipamerkan pada
pameran CES di Las Vegas, Amerika Syarikat kelmarin. 

PARIS - Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile. 

Setebal cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari pertama pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) kelmarin. 

Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9 sentimeter dan dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz dan perisian Android 4.1 Jelly Bean. 

Model terbaharu itu akan mula dijual di China pada hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran lain di dunia termasuk AS dan Eropah. [Sumber

iPhone 5S atau iPhone 6?

No comments:

CALIFORNIA - Apple Inc. dikatakan kini sedang menguji iPhone keluaran terbaharu di ibu pejabatnya di Cupertino, di sini. 

Pembuat aplikasi bagi iPhone mendakwa, mereka telah mengesan gajet itu dimuat turun dengan menggunakan perisian mereka, sekali gus meningkatkan harapan ia akan diedarkan dalam masa beberapa bulan lagi. 

Pemilik telefon pintar berisiko kena rompak

No comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

Kuala Lumpur: Pemilik telefon pintar yang gemar mengemas kini sistem geolocation mereka melalui laman sosial, berisiko mendedahkan diri mereka kepada jenayah harta benda dan jenayah korporat. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata penggunaan aplikasi yang mempunyai akses kepada 'geolocation' di mana pengguna memaklumkan kedudukan dan aktiviti mereka, dikhuatiri membuka ruang kepada jenayah pecah rumah dan rompakan. 

Telefon bimbit khas untuk warga emas

2 comments:
Telefon bimbit khas untuk warga emas dari Age UK.

LONDON - Kebiasaannya telefon bimbit terkini mempunyai ciri-ciri moden dan canggih bagi memenuhi kehendak dan menarik perhatian golongan muda. 

Bagaimanapun, sebuah syarikat telekomunikasi di United Kingdom (UK), Age UK memperkenalkan telefon bimbit khas untuk warga emas. 

Kod Rahsia Dalam Telefon Pintar Android

2 comments:
Android OS

Kod Rahsia Dalam Telefon Pintar Android 

Assalamualaikum dan Selamt sejahtera, bagi korang yang memiliki telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, kemungkinan besar ada antara korang yang tidak tahu menahu mengenai kod-kod rahsia OS Android di dalam telefon pintar korang tu..Hal ini kerana, kod-kod ini tidak disediakan dalam manual pembelian telefon pintar dan ada sesetengah daripadanya amat sukar untuk ditemui di dalam Internet.. 

Hukum Menggunakan Ayat Suci Al-Quran Sebagai Ringtone

No comments:

Penggunaan Ayat Suci Al-Quran Sebagai Nada Dering Adalah Haram 

Saya dapati masih ramai lagi di kalangan kita yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai ringtone/nada dering. Niat mereka mungkin baik iaitu mungkin mendapat pahala apabila mendengar ayat-ayat suci tersebut.  

Tetapi, tanpa mereka sedari amalan tersebut sebenarnya dilarang dalam Islam. 

Satu mesyuarat Majlis Fatwa Ulama’ Saudi telah diadakan pada 17 Nov 2007 membincangkan perkara ini. Majlis ini dihadiri oleh 70 org perwakilan figh dunia dan ianya dipengerusikan oleh Mufti besar Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz Ali Al-Syeikh. Hasil daripada perbincangan, ulama-ulama berpendapat: 

Samsung Galaxy Note 2 Bakal Dilancar Oktober Ini

No comments:
Galaxy Note 2 akan diperkenalkan Oktober ini selepas telefon pintar dan komputer tablet generasi pertamanya menerima sambutan memberansangkan.
Galaxy Note 2 akan diperkenalkan Oktober ini selepas telefon pintar dan
komputer tablet generasi pertamanya menerima sambutan memberansangkan. 

Samsung merancang untuk mengeluarkan telefon pintar Galaxy Note 2 pada Oktober ini selepas komputer tablet itu berjaya mengenepikan produk keluaran Apple dengan jualan tujuh juta unit. 

Galaxy Note 2 dilaporkan bakal memiliki skrin yang lebih besar iaitu 5.5 inci dengan skrin resolusi super tinggi, 1680x1050. 

Sebelum ini Galaxy Note menjadi kegilaan ramai dan model baru itu juga dijangka akan mengenepikan produk keluaran telefon pintar akan datang Apple iaitu iPhone 5 yang dilaporkan turut akan menggunakan skrin besar. 

Model terbaru itu dilengkapi dengan kamera 12 mega pixel dan menggunakan sistem quad core processor, spesifikasi yang mengekalkannya mendahului teknologi yang akan digunakan oleh iPhone 5. 

Telefon pintar Galaxy Samsung kini menjadi produk utama kepada syarikat Korea Selatan itu dan menyumbang kepada hasil pendapatan yang tinggi. 

Galaxy telah mengenepikan pesaing hebatnya, sekali gus menyebabkan Samsung mencatat rekod jualan tertinggi. [Sumber


Ancaman Keselamatan Android

No comments:
Logo Android OS

Kadang-kala peralatan canggih boleh diubah menjadi perumah kepada penjenayah keselamatan maya. 

Tetapi bagaimana pengguna dapat mengelakkan ‘jangkitan’ dan ‘perebakan’ yang berlaku dalam telefon pintar atau komputer tablet? 

Biasanya apabila anda berfikir mengenai virus, spyware atau apa-apa ancaman keselamatan siber, tentu saja anda terfikirkan mengenai komputer peribadi. 

Kerana majoriti serangan siber biasanya berlaku dalam komputer peribadi. 

Malware di telefon mudah alih? Atau komputer tablet? Bolehkah berlaku? 

Sememangnya boleh berlaku terutamanya jika peralatan mudah alih anda menggunakan sistem operasi seperti Android. 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...