Ni apa ceritanya kat sini?

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Gambar budak diacu pistol oleh wanita tersebar di Facebook

No comments:
FOTO yang dikongsi di Facebook ini mengejutkan ramai pengguna laman sosial.
FOTO yang dikongsi di Facebook ini mengejutkan ramai pengguna
laman sosial.  

Kepala budak diacu pistol 

London: Imej mengejutkan yang menunjukkan seorang wanita mengacu pistol ke kepala seorang kanak-kanak mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan mangsa. 

Foto itu dikongsi di laman media sosial ratusan kali sejak ia mula dimuat turun baru-baru ini. Pengguna laman web terdesak untuk mengenal pasti wanita dan kanak-kanak itu bagi memaklumkan kepada pihak berkuasa. 

'Puasa Facebook' kerana hormati bulan Ramadan

No comments:

'Puasa Facebook' cetus debat 

Ada pengguna tidak guna media sosial hormati Ramadan 

Dubai: Ketika umat Islam di seluruh dunia berpuasa, ada di kalangan mereka yang memperluaskannya dengan tidak menggunakan media sosial, menggelarnya 'puasa Facebook' sebagai menghormati Ramadan. 

Umumnya, penggunaan media sosial meningkat ketika Ramadan tetapi bagi mereka yang melakukan ‘puasa Facebook’, sama ada mereka tidak menggunakannya atau mengurangkan menghantar pandangan, tweet atau memperbaharui status. 

Facebook perkenal butang hashtag

No comments:


Facebook kelmarin memperkenalkan perkhidmatan baharu iaitu butang hashtag kepada penggunanya. 

Penggunaan hashtag telah digunakan secara meluas di Twitter dan laman perkongsian gambar, Instagram sebagai cara pengguna mendapatkan lebih maklumat tentang sesuatu perbincangan atau mengikutinya. 

Banduan penjara muat naik gambar ke Facebook

No comments:
Mawin memuat naik fotonya dengan kaki bergari di laman sosial.
Mawin memuat naik fotonya dengan kaki bergari di laman sosial. 

Bangkok: Seorang banduan penjara Phitsanulok yang memuat naik fotonya yang bergari di Facebook melalui telefon bimbit prosedur yang dilarang untuk tahanan akan dihukum bersama mereka yang membekalkan peralatan itu, kata Ketua Jabatan Salah Laku, Suchart Wong-anantachai. 

Berikutan penjara Phitsanulok belum diisytihar sebagai ‘penjara putih’ bermaksud bebas daripada dadah dan bahan larangan lain tahanan di situ masih ada cara untuk mengakses Internet. 

Panggilan percuma di Facebook khas untuk pengguna iPhone dan iPad

No comments:
SKRIN sebuah komputer tablet menunjukkan paparan aplikasi panggilan percuma di Facebook.
SKRIN sebuah komputer tablet menunjukkan paparan aplikasi
panggilan percuma di Facebook.  

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat - Facebook kelmarin membenarkan penggunanya membuat panggilan percuma kepada kenalan mereka di laman sosial berkenaan menggunakan aplikasi yang dibangunkan khusus untuk telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad. 

Aplikasi Facebook untuk gajet keluaran Apple itu mengeluarkan paparan apabila kenalan berada dalam talian dan memberikan pilihan untuk menghubungi mereka dengan menyentuh ikon yang tertera pada skrin iPhone atau iPad. 

Terkandung dalam versi Facebook 5.5, aplikasi tersebut turut memudahkan pengguna menghantar komen dan menyukai sesuatu kandungan di laman web itu. [Sumber

Kalau binatang ada FACEBOOK, agak-agak apa status mereka?

No comments:

Kalau binatang ada FACEBOOK, agak-agak apa status mereka? 

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajib.. kenyang beb, Alhamdulillah.. Murah rezeki malam ni.. 

CICAK : isteriku tersepit pintu.. Menduda lagi kali ke 24.. 

Simbol # 'perkataan sepanjang tahun'

No comments:

Simbol hashtag (#) dipilih sebagai 'perkataan sepanjang tahun' oleh Persatuan Dialek Amerika (ADS), sekali gus membuktikan bahawa dunia teknologi semakin dekat digunakan oleh pengamal linguistik. 

Walaupun perkataan itu telah wujud sejak beberapa dekad, pakar bahasa memutuskan bahawa simbol berkenaan bakal berpengaruh pada tahun ini. 

Datuk, nenek ketagih Facebook

No comments:
Warga tua melayari internet bersama keluarga di London.
Warga tua melayari internet bersama keluarga di London. 

Warga tua Britain mahir komunikasi dalam talian 

London: Berbanding mengangkat telefon, ramai datuk nenek masa kini menggunakan laman rangkaian sosial untuk berhubung dengan saudara mara, dengan hampir satu perempat nenek mendakwa mereka pengguna kerap Facebook. 

Kajian turut mendedahkan separuh penduduk di Britain kini berhubung dengan datuk nenek dan saudara lebih tua melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel dan Facebook. 

Hampir seorang bagi setiap 20 generasi muda mendakwa mempunyai datuk nenek dalam laman mikro blogging, Twitter. 

Facebook perkenal versi baharu 'poke'

No comments:
Ikon 'Poke' dalam Facebook

Facebook, baru-baru ini mengumumkan satu aplikasi baharu yang berupaya memadamkan gambar dan mesej dalam masa 10 saat selepas ia dihantar, tanpa dapat dikesan semula oleh penghantar atau penerima selepas ia hilang. 

Aplikasi tersebut merupakan versi terkini 'poke' yang pernah diperkenalkan Facebook sebelum ini. 

'Poke' yang boleh digambarkan seperti mengangguk atau menggeleng kepala, tidak lagi digemari pengguna Facebook setelah beberapa lama laman sosial itu beroperasi. 

WW : Facebook Emoticons

No comments:


Jaket peluk untuk pengguna Facebook

No comments:
Jaket "Like-A-Hug" ciptaan Melissa Kit Chow
Jaket "Like-A-Hug" ciptaan Melissa Kit Chow 

Sehelai jaket yang dibangunkan oleh Institut Teknologi Massachusetts (MIT) membolehkan pengguna laman sosial Facebook berpeluk antara satu sama lain tidak kira di mana pun mereka berada. 

Jaket yang dikenali sebagai Like-A-Hug itu dipamerkan pada Jumaat di laman web perekanya, Melissa Kit Chow. 

Disifatkan sebagai 'media sosial yang boleh dipakai', jaket tersebut akan mengembung dan memberikan perasaan seperti dipeluk kepada pemakainya apabila rakan-rakan di Facebook mengklik "Like" pada status yang ditulis. 

Chow bekerjasama dengan Andy Payne dan Phil Seaton di Makmal Media MIT untuk menghasilkan jaket berwarna hitam itu. 

"Like-A-Hug membolehkan kita berasa lebih rapat biar pun jarak fizikal adalah jauh," kata Chow. 

[Sumber


♥ Pantun Facebook ♥

No comments:

Dua minit sekali keluar post dia, 
Sampai nak ke jamban pun di cerita, 
Dia ingat kawan-kawan nak tahu agaknya, 
Dia tak tahu kita yang muak membaca.. 

24,000 pengguna Facebook dapat jemputan parti hari lahir

No comments:
Gambar hiasan.

THE HAGUE: Polis di bandar kecil di Belanda semalam bersedia menghadapi kebanjiran orang ramai selepas jemputan seorang pelajar untuk meraikan hari lahirnya terbesar luas di Facebook. 

Polis bandar Haren di Groningen diletakkan dalam keadaan bersedia ekoran jemputan remaja berusia ke-16 tahun itu. 

Ia menjadi masalah apabila jemputan dibuat tanpa menjelaskan majlis berkenaan bersifat tertutup. Jurucakap polis berkata, mereka mengambil langkah tambahan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. 

Akhbar De Telegraaf melaporkan, 24,000 orang menerima jemputan itu dan 2,400 daripadanya bersetuju hadir ke Haren yang didiami 18,000 penduduk. 

[Sumber


WW : Kad Jemputan Kahwin Tema Facebook

No comments:


Facebook kesan 83 juta akaun palsu

2 comments:

SAN FRANCISO - Facebook percaya setakat ini lebih 83 juta akaun palsu telah diwujudkan melalui laman sosial terkenal itu. 

 Menurut kenyataan syarikat itu yang diterbitkan pada minggu ini, sebanyak 8.7 peratus daripada 955 juta profil akaun telah menyalahi peraturan yang ditetapkan Facebook. 

Selain itu, terdapat pelbagai kesalahan lain dilakukan seperti profil kedua yang didaftar atas nama pengguna yang telah berdaftar sebelum ini dengan 4.8% kes dilaporkan. 

WW : Facebook Phone

No comments:



10 Perkara Dilarang Dalam Facebook

No comments:

1. Tarikh lahir 
Mendedahkan tarikh lahir korang sangat berisiko tinggi terutama katalah korang punya cardbank hilang atau menjadi sasaran seseorang, haaa mungkin dorang akan gunakan tarikh lahir sebagai kata kunci? 

2. Nama ibu 
Korang perlu tahu bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai korang menerusi dalam talian. Bukan setakat talian jek tapi soalan dalam yahoo mesengger pun ada. 

7 Kebodohan Yang Sering Dilakukan Facebooker

No comments:

Anda mungkin tidak sadar pernah melakukan beberapa hal berikut selama Anda aktif menggunakan akun Facebook Anda. Akan tetapi, seperti yang dikutip dari AllFacebook, beberapa perilaku yang tersebut dibawah ini sebaiknya tidak perlu Anda lakukan: 

Lelaki Sepanyol Bunuh Diri Di Depan Facebook

No comments:
Juan Andres Medin Peneiro
Juan Andres Medin Peneiro (Sumber gambar: manager.co.th

Seorang lelaki Sepanyol yang bekerja di Thailand, membunuh diri dan memaparkan kejadian itu di satu laman web sosial popular, semalam. 

Pegawai Penyiasat Balai Polis Huay Kwang, Leftenan Kolonel, Apichan Swasdibutra berkata, Juan Andres Medin Peneiro, 37, mencampur sejenis racun ke dalam bir kemudian meminumnya di depan rakan di laman web itu. 

Pineiro, adalah pekerja teknologi maklumat untuk syarikat telefon selular di Bangkok, Dia ditemui mati di biliknya di tingkat 11, sambil duduk di hadapan komputer riba, gelas dan sebotol bir. 

Swasdibutra berkata, lelaki Sepanyol itu menulis mesej di laman Facebooknya, dia mahu mati dan meminta maaf kepada rakan sekerjanya kerana tidak dapat bekerja dengan mereka lagi. [Sumber


Wordless Wednesday : Aiskrim Facebook

No comments:
aiskrim facebook


Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...