Ni apa ceritanya kat sini?

Mubarak Lari Ke Sharm el-Sheikh



KAHERAH 11 Feb. – Presiden Hosni Mubarak dilapor meninggalkan Kaherah bersama keluarganya hari ini dan berada di pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah, kata jurucakap parti pemerintah, Parti Demokratik, Mohammed Abdellah.

“Mubarak telah meninggalkan Kaherah bersama ahli keluarganya. Beliau berada di Sharm el-Sheikh,” katanya kepada AFP.

Mubarak meninggalkan Kaherah pada hari ke-18 protes besar-besaran di seluruh negara yang menuntut beliau meletak jawatan.

Perhimpunan hari ini merupakan yang terbesar sejak protes tersebut berlangsung tetapi ia dilancarkan selepas solat Jumaat tanpa sebarang unsur keganasan.

Pemergian ke Sharm el-Sheikh kira-kira 570 kilometer dari Kaherah itu bagaimanapun langsung tidak meredakan tunjuk perasaan tersebut.

Mubarak dalam ucapannya kepada rakyat pagi ini berkata, beliau menyerahkan hak istimewa Presiden kepada Naib Presiden, Omar Suleiman tetapi tidak akan berundur dari jawatan tersebut.

Diktator itu berkata, beliau akan kekal sebagai Presiden hanya pada nama sehingga September ini iaitu apabila Pilihan Raya Presiden diadakan.

“Saya mengambil keputusan untuk menyerahkan kuasa kepada Naib Presiden berdasarkan Perlembagaan.

“Saya sedar akan bahaya dalam keadaan ini dan ia menyebabkan kita terpaksa memilih kepentingan negara berbanding perkara lain,’’ katanya.

Bagaimanapun sikap keras kepala beliau berakhir apabila terpaksa tunduk pada tekanan rakyat dengan mengumumkan peletakan jawatan kira-kira pukul 6 petang (12 tengah malam waktu Malaysia).

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presidennya yang turut menegaskan bahawa pemerintahan Mesir akan dilaksanakan oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera negara itu. – AFP



p/s : alhamdulillah,.... akhirnya, setelah 18 hari Mesir dalam bergolak, kini ternoktah sudah dengan perletakan jawatan presiden oleh bekas 'diktator' Hosni Mubarak. - iwan284

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...