Ni apa ceritanya kat sini?

Macam-Macam Hal Kat Timur Tengah :)


Hosni Mubarak Didenda Kerana Minum Arak


DUBAI: Seorang hakim mengenakan denda ke atas Hosni Mubarak kerana meminum arak, semalam.

Bagaimanapun, Hosni yang dihukum itu bukanlah diktator Mesir yang digulingkan rakyatnya sendiri baru-baru ini, sebaliknya seorang lelaki Pakistan yang bekerja di Dubai.

Hosni dituduh melanggar undang-undang minuman keras Dubai yang melarang orang awam meminumnya di luar hotel atau restoran.

Hakim menetapkan Hosni didenda RM826 atas kesalahan itu.

Media tempatan melaporkan, hakim tidak dapat menahan senyumnya ketika memanggil defendan untuk mendengar hukuman. - Reuters


======================================================

600 Pekerja Binaan Masjidil Haram Mogok

MAKKAH: Polis menyuraikan lebih 600 pekerja syarikat binaan yang melakukan mogok di tengah-tengah bandar Makkah, semalam.

Pekerja projek pembiayaan Raja Abdul Aziz dan peluasan laman utara Masjidil Haram itu melakukan bantahan kerana mendakwa tidak dibayar gaji, selain isu lain yang tidak memuaskan. 

Jurucakap Polis Makkah, Mejar Abdul Mohsen Al-Mayman, berkata pekerja itu berhimpun secara aman di laman Masjidil Haram menyuarakan tuntutan mereka tanpa mencetuskan kejadian tidak diingini. - AN

======================================================



Cara Baru Curi Kod Pin ATM

JEDDAH: Seorang pegawai kanan bank memberi amaran kepada pelanggan supaya berhati-hati menggunakan mesin teler automatik (ATM) berikutan ada peralatan baru yang mampu mengesan nombor pin kad ATM mereka.

Mesin itu boleh membaca dan merekodkan nombor pin kad ATM dari jarak jauh, kata Setiausaha Agung Media dan Jawatankuasa Bank Saudi mengenai Kesedaran Urusan Bank, Talat Zaki Hafez.

Taktiknya hampir sama. Selepas mendapatkan nombor pin pelanggan, pencuri akan merampas kad mereka apabila pelanggan keluar dari kaunter ATM dan melarikan diri. Pencuri kemudian menggunakan kad itu untuk mengeluarkan wang,” ujarnya. 

Talat memberitahu akhbar bisnes harian Al-Eqtisadiah bahawa Agensi Kewangan Arab Saudi (SAMA) sentiasa berhati-hati terhadap kes sedemikian. 

“SAMA sudah menggariskan peraturan mengenai pengeluaran kad ATM. Ia juga melancarkan kempen kesedaran mengenainya,” tambahnya. 

“Fasa pertama dan kedua kempen sudah tamat dan kini kempen fasa ketiga masih berjalan,” katanya.

Beliau menambah kempen seumpama itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai tahap keselamatan penggunaan kad ATM. 

Talat berkata, terdapat gesaan supaya sistem kod pin ATM dibatalkan, sebaliknya memperkenalkan teknologi optikal untuk pengeluaran wang melalui ATM.

“Memang mudah untuk memalsukan sistem imbasan cap jari, justeru itu kaedah imbasan optikal lebih selamat,” katanya lagi.

Petikan: Harian Metro


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...