Ni apa ceritanya kat sini?

[Gambar] Kek berbentuk seperti kanak-kanak

No comments:
ALFIE ROSE (kiri) bergambar bersama replika kek yang menyerupai dirinya.
ALFIE ROSE (kiri) bergambar bersama replika kek yang menyerupai dirinya. 

Kek berbentuk seperti kanak-kanak 

BIRMINGHAM - Seorang pembuat kek, Lara Clarke telah menghasilkan kek luar biasa yang berbentuk seorang kanak-kanak, lapor akhbar Birmingham Mail kelmarin. 

Dia dengan menggunakan campuran coklat dan krim mentega untuk membuat kek seberat 13 kilogram itu yang ditempah oleh seorang pelanggan. 

[Kajian] Lelaki memandu pikap, wanita memandu kereta sports dianggap menarik

No comments:

Jenis kereta boleh bantu pikat kekasih 

London: Seseorang “gagalis” yang sukar mendapat kekasih mungkin bukan sekadar perlu menilai diri sendiri, sebaliknya wajar melihat kepada kereta yang dipandu. 

Satu kaji selidik mendapati tarikan seseorang boleh dipengaruhi jenis kenderaan dimiliki. 

Guru sekolah denda murid jadi ‘lembu’ kerana tak siap kerja rumah

2 comments:
MUHAMMAD Nasvinder Muhammad Amit (kanan) dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith yang dihukum secara melampau oleh guru Bahasa Inggeris di SJKC Khai Meng, Sungkai, Perak, baru-baru ini.
MUHAMMAD Nasvinder Muhammad Amit (kanan) dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith
yang dihukum secara melampau oleh guru Bahasa Inggeris di SJKC Khai Meng,
Sungkai, Perak, baru-baru ini. 

Guru paksa murid makan rumput 

SUNGKAI - Hanya kerana gagal menyiapkan tugasan sekolah yang diberi, dua murid tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng dekat sini dilayan seperti seekor lembu apabila digantung loceng di leher dan dipaksa memakan rumput oleh seorang guru sekolah itu, Khamis lalu. 

Guru lelaki berusia 26 tahun yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris itu bukan sahaja menggelarkan Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith masing-masing 10 tahun sebagai ‘lembu’ malah turut mengugut akan memuat naik gambar mereka yang diambil menggunakan telefon bimbit di laman sosial Facebook. 

Saintis dedahkan implan cas bateri handphone guna denyutan jantung

No comments:

Manusia jadi implan cas bateri 

NEW YORK - Jangan bimbang jika terlupa membawa pengecas telefon atau sering kehabisan bateri telefon kerana, anda sendiri boleh menjadi implan yang boleh dilekatkan pada mana-mana bahagian tubuh anda untuk mengecas gajet. 

Teknologi itu yang masih belum diberi nama, sedang dibangunkan oleh sepasukan saintis dari Amerika Syarikat (AS) dan China dari Universiti Illinois dan Universiti Arizona, yang pada mulanya menggunakan implan kecil untuk mengecas alat pengawal denyutan jantung yang tidak normal. 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...