1. BAIK UNTUK JANTUNG
Bayam kaya dengan antioksidan. Ia mampu mencegah plak kolesterol daripada berkumpul di saluran arteri jantung sekaligus mengurangkan risiko terkena penyakit jantung.
2. TULANG LEBIH KUAT
Bayam dapat mencegah osteoporosis dikalangan individu yang lanjut usia. Ini kerana bayam mengandungi vitamin K yang membantu dalam penyerapan kalsium oleh tulang.








