Pihak berkuasa New Zealand semalam mengeluarkan senarai nama bayi yang ditolak kerana terlalu ganjil atau meloyakan seperti ‘Lucifer’ (Syaitan) dan ‘Mafia No Fear’.
Kenyataan yang dikeluarkan bersama-sama senarai 77 nama yang dilarang itu mendedahkan bagaimana seorang bayi hendak dinamakan ‘Anal’ (Dubur) sebelum Jabatan Hal Ehwal Dalaman menggunakan kuasa veto untuk menolak cadangan itu. Ada juga ibu bapa yang mencadangkan nama mereka sebagai ‘.’ yang bermakna tanda berhenti.
Baju dihasilkan syarikat Wool and Prince tidak perlu digosok dan dibasuh selama 100 hari, namun ia tetap kekal bersih, tidak berkedut dan tidak berbau.
Individu yang sentiasa sibuk, terutama golongan lelaki yang tidak berkesempatan membasuh atau menggosok baju sendiri dan terpaksa berbelanja besar untuk menghantar pakaian ke dobi, kini boleh berasa lega kerana sudah ada 'baju ajaib' yang memudahkan mereka.
Sebuah syarikat pakaian Amerika Syarikat (AS), Wool and Prince kini tampil menyelesaikan masalah itu apabila menghasilkan 'baju ajaib' yang tidak perlu dibasuh dan digosok selama 100 hari.