Ni apa ceritanya kat sini?

Peluang kembara ke planet Marikh

No comments:
Lakaran pelukis menunjukkan kapal angkasa yang akan digunakan untuk membawa sepasang suami isteri ke planet Marikh lima tahun lagi.
Lakaran pelukis menunjukkan kapal angkasa yang akan digunakan
untuk membawa sepasang suami isteri ke planet Marikh lima tahun lagi. 

Misi dijangka menelan belanja lebih AS$1 bilion 

Cape Canaveral: Sebuah yayasan mahu merekrut seorang lelaki dan wanita, atau pasangan berkahwin, bagi satu perjalanan 501 hari ke Marikh dan kembali semula ke bumi yang dijangka bermula kurang dari lima tahun lagi, kata penganjur projek, semalam. 

Misi dijangka menelan belanja lebih AS$1 bilion (RM3.09 bilion) yang akan dibiayai secara persendirian melalui derma dan tajaan. 

Pengasas projek, Dennis Tito, seorang jutawan yang membayar AS$20 juta (RM61.8 bilion) pada 2001 untuk perjalanan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) berkata, beliau akan membayar kos permulaan selama dua tahun untuk memulakan pembangunan sistem sokongan hayat dan teknologi kritikal lain. 

Wanita Negeri Sembilan tertua di dunia?

No comments:
Chumi (kiri) bersama ibunya, Sariah yang masih sihat.
Chumi (kiri) bersama ibunya, Sariah yang masih sihat. 
Jika benarlah tarikh yang dicatat dalam MyKad, Sariah Marjo, yang dilahirkan pada tanggal 28 April 1899 mungkin boleh dikatakan wanita tertua di dunia ketika ini, hanya setahun lebih muda daripada Misao Okawa, 114, yang diiktiraf wanita paling tua di dunia dalam Rekod Dunia Guinness, kelmarin. 

Sariah yang berasal dari Kampung Bukit Tembok di Port Dickson, Negeri Sembilan, akan menyambut hari lahirnya ke-114 pada 28 April depan. Walaupun umur Sariah sudah mencecah ratusan tahun, dia tidak mengidap penyakit kronik, malah masih mampu menguruskan dirinya sendiri.

Tanduk bola pun boleh rosakkan otak ??

No comments:
Cristiano Ronaldo tanduk bola. (Gambar hiasan.)

Satu kajian saintis di Texas, Amerika Syarikat, mendapati, tindakan menanduk bola boleh menyebabkan kerosakan otak hingga menjejaskan tahap pemikiran seseorang. 

Dr. Anne Serrano dari Universiti Texas berkata, golongan belia yang suka bermain bola sepak didapati kurang mampu melaksanakan tugasan yang memerlukan teknik pemikiran asas, berbanding mereka yang tidak menceburi sukan itu. 

SpareOne Plus - Telefon bimbit tak perlu caj 15 tahun

No comments:
SPARONE PLUS cuma memerlukan sebiji bateri saiz AA untuk bertahan selama 15 tahun.
SPARONE PLUS cuma memerlukan sebiji bateri saiz AA untuk
bertahan selama 15 tahun.  

BARCELONA - Tidak dapat membuat panggilan kecemasan kerana telefon pintar anda kehabisan bateri? Jangan bimbang, Xpal ada penyelesaiannya. 

Telefon bimbit baharu firma berkenaan, SpareOne Plus boleh bertahan sekitar 15 tahun menggunakan hanya sebiji bateri bersaiz AA. 

Gajet tersebut turut didatangkan dengan pek kalis air supaya anda dapat menyimpannya untuk kegunaan kecemasan bagi dekad akan datang. 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...