![]() |
| Gambar hiasan. Sumber dari Google. |
LONDON - Saintis biologi, Doktor Hans-Peter Kubis yang membuat kajian mengenai kesan minuman ringan kepada manusia mendapati, minuman berkarbonat boleh menghasilkan keputusan yang sangat mengejutkan.
Malah beliau percaya keputusan yang diperolehnya itu akan menyebabkan mereka yang gemar minuman berkarbonat tidak akan menyentuhnya lagi.
Menurut kajian Kubis, walaupun hanya meminum minuman ringan dengan jumlah yang sedikit iaitu satu tin sehari atau dua tin seminggu, ia tetap akan mengubah tahap metabolisme yang akhirnya akan menyebabkan berat badan bertambah.




