Ni apa ceritanya kat sini?

Duit Palsu Jadi Hantaran Kahwin

1 comment:
Gambar hiasan. Sumber dari Google. 


BANDAR SERI BEGAWAN: Kegembiraan seorang ibu tunggal menerima menantu baru, bertukar peristiwa pahit apabila mendapati wang hantaran belanja hangus yang diterimanya adalah kepingan wang kertas palsu. 

Wanita yang mahu dikenali sebagai Juli berkata, dia tidak menyangka perkara ini boleh berlaku, apatah lagi urusan perkahwinan anak perempuannya dibuat secara teratur dan mengikut adat. 

Katanya, majlis perkahwinan anak perempuannya itu diadakan secara serentak dengan majlis menghantar tanda, tunang dan akad nikah pada 1 Januari, lalu. 

Katanya, setelah menerima barang hantaran dan wang belanja sebelum akad nikah dilangsungkan, dia membawa barang itu ke dalam bilik untuk diperiksa. 

Ikan Tuna Gergasi Dilelong Di Jepun

No comments:
KIYOSHI KIMURA (kanan) bergambar di sebelah 
ikan tuna gergasi di pasar ikan Tsukiji, Tokyo semalam. 


TOKYO - Seekor ikan tuna gergasi sirip biru seberat 269 kilogram (kg) yang ditangkap di luar perairan wilayah Aomori, utara Jepun mencipta rekod apabila dilelong dengan harga 56.49 iuta yen (RM2.3 juta) pada lelongan pertama hidupan laut itu dalam tahun ini. 

Menurut agensi berita AFP, ikan itu dibeli oleh presiden sebuah syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Zushi-Zanmai, Kiyoshi Kimura. 

"Saya mahu memenangi ikan tuna yang terbaik supaya pelanggan Jepun dan bukan pelanggan dari luar negara yang akan menikmatinya," kata Kimura. 

Dia merujuk kepada seorang pemilik restoran sushi di Hong Kong yang membeli seekor ikan tuna sirip biru yang dilelong pada harga 32.49 juta yen (RM1.32 juta) di Tsukiji, Jepun. 

Penduduk Jepun makan tiga suku daripada ikan tuna yang ditangkap di seluruh dunia. - AFP 



Cicak Gerakkan Ekor Supaya Lancar Mendarat

No comments:
SEEKOR cicak agama menggunakan ekornya untuk menstabilkan 
kedudukannya semasa ia melompat ke permukaan menegak. 


PARIS, Perancis - Cicak mengubah posisi ekor ketika ia berada di udara supaya haiwan itu dapat mendarat dengan lancar manakala aksi serupa turut dilakukan beberapa spesies dinosaur seperti velociraptor. 

Pendedahan tersebut dibuat oleh sepasukan penyelidik Universiti California yang mengkaji pergerakan cicak agama di dalam makmal. 

Saintis-saintis berkenaan merakam reptilia Afrika itu semasa ia melompat dari platform landai dan mendarat di sebuah dinding. 

Rakaman gerak perlahan menunjukkan cicak agama membengkokkan ekor semasa berada di udara bagi memastikan ia dapat mendarat dengan sempurna. - AFP 



Tanda-Tanda Hati Yang Mati

3 comments:

Diantara TANDA-TANDA HATI yang MATI :- 

1. "Tarkush sholah" - Berani meninggalkan sholat fardhu 
  
2. "Adzdzanbu bil farhi" - Tenang tanpa merasa berdosa padahal sedang melakukan dosa besar (QS 7:3) 
  
3. "Karhul Qur'an" - Tidak mahu membaca bahkan menjauhi ayat-ayat Al Qur'an 

4. "Hubbul ma'asyi" - Terus menerus melakukan maksiat 

5. "Asikhru" - Sibuknya hanya mempergunjing (mengumpat) & buruk sangka & merasa dirinya selalu lebih suci 

6. "Ghodbul ulamai" - Sangat benci dengan nasihat baik & sangat benci dengan ulama 

7. "Qolbul hajari" - Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian, kuburan & akhirat 

8. "Himmatuhul buthnu" - Gilanya pada dunia tanpa peduli halal haram, yang penting kaya 

9. "Anaaniyyun" - Sama sekali merasa bodoh keadaan orang lain, saudara bahkan boleh jadi keluarganya sekalipun menderita 

10. "Al intiqoom" - Pendendam hebat 
  
11. "Albukhlu" - sangat pelit (sangat sukar untuk bersedekah) 
  
12. "Ghodhbaanun" - cepat marah kerana keangkuhan & dengki. 
  

"Semoga ALLAH selalu menghiasi hati kita dgn keindahan, kekuatan & kenikmatan iman... Aamiin". 




Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...