Ni apa ceritanya kat sini?

Showing posts with label seni. Show all posts
Showing posts with label seni. Show all posts

Cowasaki - Replika motosikal tulang lembu

No comments:
REPLIKA motosikal yang diperbuat daripada tulang haiwan.
REPLIKA motosikal yang diperbuat daripada tulang haiwan. 

Motosikal tulang haiwan 

Florida: “Cowasaki” bukanlah kesilapan ejaan pada bagi satu nama pengeluar motosikal sebaliknya ia nama yang diberikan bagi replika motosikal yang dibuat dari tulang binatang. 

Reese Moore, 65, dari Orange City mempunyai kemahiran unik menggunakan tulang binatang untuk membina replika motosikal selama lebih 10 tahun. 

WW : Susunan Sudu & Garfu Yang Kreatif

No comments:

Motosikal kulit udang karang dari Taiwan (video)

1 comment:
PENGUNJUNG terpesona dengan motosikal udang karang Huang Mingbo.
PENGUNJUNG terpesona dengan motosikal udang karang
Huang Mingbo. 

Motosikal guna kulit udang karang 

Taipei: Seorang tukang masak menghasilkan ciptaan menarik menggunakan kulit udang karang untuk menghasilkan motosikal miniatur sempena pameran seni makanan Fujian. 

Mantiq Al-Tayr (Musawarah burung) Tujuh Tahapan Menuju Hakikat

No comments:

Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makan dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti. 

Lukisan jalanan 3D tampilkan imej 'gayat' (3 gambar)

2 comments:
Pengunjung melalui jambatan ilusi dengan di bawahnya adalah sebuah bandar jauh ke bawah.
Pengunjung melalui jambatan ilusi dengan di bawahnya adalah sebuah
bandar jauh ke bawah. 
Impak gayat seni jalanan 

KELIHATAN seolah-olah sebuah jambatan sebenar yang berada di ruang udara sebuah bandar, namun jangan mudah tertipu dengan sekilas pandangan anda kerana ia adalah lukisan jalanan dihasilkan seniman Perancis, Francois Abelanet. 

Seni kopi 3D dari Kazuki Yamamoto (video)

No comments:
Antara hasil seni buih susu yang dihasilkan oleh Kazuki Yamamoto dalam masa lima minit sahaja yang hanya menggunakan tangan dan pencungkil gigi.
Antara hasil seni buih susu yang dihasilkan oleh Kazuki Yamamoto
dalam masa lima minit sahaja yang hanya menggunakan tangan dan
pencungkil gigi. 

Kopi buih pelbagai bentuk jadi tarikan di Cafe10g 

OSAKA - Pelbagai cara digunakan oleh pemilik kafe untuk menarik orang ramai berkunjung ke kedai mereka, termasuk sebuah kafe di sini yang menyajikan minuman kopi disertakan buih susu bermacam bentuk untuk menarik pelanggan. 

Seorang artis, Kazuki Yamamoto diberi tanggungjawab untuk menghasilkan pelbagai bentuk buih susu di Cafe10g, di sini dalam setiap cawan kopi yang dihidangkan di kafe itu. 

[Kreatif] Selipar terbuang dikitar semula jadi barang bernilai

2 comments:
ANAK patung haiwan yang dihasilkan daripada selipar terpakai di Nairobi, Kenya.
ANAK patung haiwan yang dihasilkan daripada selipar terpakai di Nairobi, Kenya. 

Sebuah syarikat kitar semula di Nairobi, Kenya, mengambil inisiatif mengumpul selipar terpakai di sekitar perairan pantai Timur Afrika bagi menghasilkan pelbagai produk kitar semula yang menarik. 

Syarikat itu, Kenya's Ocean Sole turut berperanan membersihkan beberapa kawasan pantai di Timur Afrika dan mengumpul barangan terpakai untuk dikitar semula terutama selipar getah. 

Wordless Wednesday : Kuala Lumpur skyline in a plate of Nasi Lemak

No comments:

Bina arca bangunan dengan gula-gula getah

No comments:
Gula-gula getah ini disusun dan dipasang dengan teliti bagi mendapatkan bentuk geometri bangunan.
Gula-gula getah ini disusun dan dipasang dengan teliti
bagi mendapatkan bentuk geometri bangunan. 

Seorang guru sanggup meluangkan masa tiga bulan untuk menyiapkan struktur bangunan geometri dengan menggunakan 4,000 keping gula-gula getah. 

Jeremy Laffon, 34, dari Marseilles, Perancis membina struktur kompleks geometri berukuran dua meter lebar dan hampir tiga meter panjang sebelum diruntuhkan secara perlahan. 

“Gula-gula getah ini disusun dan dipasang dengan penuh teliti. Saya menggunakan air liur dan gam sebagai pelekat untuk mencantumkan kepingan gula-gula getah ini,” katanya menurut laporan DailyMail. 

Pameran batu di atas batu di London

No comments:
SEBONGKAH batu yang diletakkan di atas sebuah lagi bongkah batu dipamerkan di Galeri Serpentine, Hyde Park, London semalam.
SEBONGKAH batu yang diletakkan di atas sebuah lagi bongkah batu
dipamerkan di Galeri Serpentine, Hyde Park, London semalam. 

Para pengunjung di Galeri Serpentine di Hyde Park di sini kini boleh melihat sebongkah batu diletakkan di atas sebuah bongkah lagi batu.

Artis seni terkenal dari Switzerland, Peter Fischli dan David Weiss menghasilkan kerja seni unik itu yang mula dipamerkan semalam. [Sumber]

Seni perut boyot

No comments:
LEILA asyik melukis pada perut pelanggannya.
LEILA asyik melukis pada perut pelanggannya. 

London: Ia sudah lama popular di Amerika Syarikat selepas Mariah Carey melukis pada perut boyotnya. 

Kini, kegilaan itu merebak ke Britain dengan bakal ibu berusaha meraikan kehamilan mereka dengan fesyen artistik. 

Leila Searle, 27, pelukis wajah dari Upton di Poole, Dorset, meluaskan perniagaan melukisnya kepada seni lukisan tubuh pada perut boyot selepas menerima permintaan daripada bakal ibu. 

Potret Kate Middleton dikritik nampak tua

No comments:
Potret Kate Middleton yang dilukis oleh Paul Emsley.
Potret Kate Middleton yang dilukis oleh Paul Emsley. 

London: Potret rasmi diraja pertama Duchess of Cambridge, Kate Middleton dipamerkan kelmarin di Galeri Potret Nasional di sini. 

Meskipun isteri Putera William itu gembira dengan sentuhan akhir karya itu, tetapi ulasan mengenai lukisan berkenaan bercampur baur. 

Ukiran lembu jantan di sawah padi

No comments:
DUA petani berjalan melintasi ukiran lembu jantan di Kampung Nitiprayan, Bantul dekat Yogyakarta, Indonesia kelmarin.
DUA petani berjalan melintasi ukiran lembu jantan di Kampung Nitiprayan,
Bantul dekat Yogyakarta, Indonesia kelmarin. 

Seorang artis seni, Budi Barnabas menghasilkan ukiran berjudul lembu jantan mendapat kecederaan di kawasan sawah padi di Kampung Nitiprayan, Bantul dekat Yogyakarta, Indonesia. 

Ukiran kayu itu merupakan sebahagian daripada pameran ukiran di luar bangunan yang dikenali sebagai Tuaian Terakhir. 

Pameran tersebut yang akan berakhir pada 31 Disember ini mempamerkan hasil kerja 30 artis seni yang menyuarakan tentang kemerosotan kawasan tanah pertanian. [Sumber

WW : Vege Face

No comments:


Hasilkan lukisan dengan darah sendiri

4 comments:
VINCENT CASTIGLIA bergambar bersama beberapa lukisan yang dihasilkan dengan darahnya di Galeri Sacred, New York.
VINCENT CASTIGLIA bergambar bersama beberapa lukisan
yang dihasilkan dengan darahnya di Galeri Sacred, New York. 

Seorang pelukis Amerika Syarikat, Vincent Castiglia menggunakan darah sendiri untuk menghasilkan karya lukisannya. 

Pelukis berkenaan melancarkan pameran lukisan terbaharunya, Resurrection yang dibuka kepada orang ramai sejak semalam hingga akhir bulan ini. 

Pameran tersebut menampilkan sejumlah lukisan Castiglia yang dihasilkan sejak sepuluh tahun lalu. 

Semua karya tersebut dihasil menggunakan darahnya sendiri. 

[Sumber


Kelas Seni Menghias Haiwan Yang Diawet

No comments:
SEORANG pelajar meletakkan gitar mainan di celah kaki 
seekor tikus yang telah diawet. 


BROOKLYN, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah kelas seni yang mengajar menghias haiwan yang telah diawet dibuka kepada orang ramai di kawasan kejiranan Gowanus di sini. 

Kelas selama empat jam itu mengajar pelajar cara untuk menghias haiwan yang telah diawet dengan memakaikan pakaian. 

Para pelajar juga diajar cara untuk menjadikan tikus yang telah diawet duduk dan membuat gaya seperti manusia. 

Seni itu amat popular semasa zaman pemerintahan Ratu Victoria di Britain. 

Kelas itu diajar oleh seorang artis tatu, Susan Jeiven.- Agensi 



Artis Kenya Hasilkan Cermin Mata Pelik

No comments:
SALAH satu ciptaan Cyrus Kabiru. 


NAIROBI - Artis seni Kenya, Cyrus Kabiru menunjukkan hasil kerja seninya yang menggunakan pelbagai objek untuk menghasilkan pelbagai reka bentuk bingkai seperti cermin mata. Cermin mata unik itu diberi nama c-stunners. 

Dia menghasilkan kerja seni unik itu dengan menggunakan pelbagai serpihan barang yang ditemuinya semasa menuju ke studionya. 

Kabiru mendapat ilham untuk menghasilkan kerja seni itu selepas mendengar cerita bapanya yang menyayangi cermin mata. 

Bapanya telah dipukul oleh keluarganya kerana cermin matanya pecah. - AFP 



Rumah Dihasilkan Dari Wang Kertas Euro

No comments:

DUBLIN - Seorang penganggur warga Ireland mendapat idea baru dan lebih kreatif untuk membina rumahnya dari carikan wang kertas bernilai 1.4 bilion euro (RM5.6 bilion) yang dipinjam dari kilang pencetak wang kebangsaan di negara itu. 

Frank Buckley mendakwa dia mengambil masa selama empat tahun untuk menyiapkan apartmen kecil di lobi sebuah bangunan pejabat di Dublin dengan hanya menggunakan carikan wang kertas dalam bentuk batu-bata. 

“Siapa sangka dinding dan lantai rumah kecil ini bernilai berbilion euro. Saya mahu mencipta sesuatu yang berbeza dan unik,” menurutnya. 

Buckley kini sedang menyiapkan projek menambah bahagian dapur untuk melengkapkan apartmen ‘mewahnya’. 

Dalam satu kenyataan, dia turut berharap masalah krisis hutang Eropah dapat diselesaikan, tetapi jika gagal Buckley berhasrat menggunakan carikan wang kertas tersebut untuk projek baru pada masa akan datang. 



WW : Seni Dari Kulit Buah Limau

2 comments:


Perancis Mahu Lukisan 32,000 Tahun Jadi Warisan

No comments:
GAMBAR fail menunjukkan beberapa lukisan yang berusia di antara 
30,000 hingga 32,000 tahun lalu di Gua Chauvet, selatan Perancis. 


CHAUVET - Pemerintah Perancis menyarankan supaya sebuah gua di negara berkenaan dijadikan tapak warisan utama dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO). 

Gua Chauvet yang terletak di sini, selatan Perancis memiliki pelbagai lukisan gua yang diiktiraf tertua di dunia. 

Lukisan di gua berkenaan yang kebanyakannya bermotifkan binatang seperti kuda dipercayai berusia antara 30,000-32,000 tahun dahulu. - AFP 



Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...