Ni apa ceritanya kat sini?

Showing posts with label jepun. Show all posts
Showing posts with label jepun. Show all posts

Profesor universiti di Jepun cipta robot kaligrafi (video)

No comments:
SEORANG budak lelaki mencuba robot kaligrafi di sebuah bengkel sains untuk murid sekolah rendah di Universiti Keio, Yokohama, dekat Tokyo, Jepun kelmarin.
SEORANG budak lelaki mencuba robot kaligrafi di sebuah bengkel sains
untuk murid sekolah rendah di Universiti Keio, Yokohama, dekat Tokyo,
Jepun kelmarin. 

Robot ajar tulisan kaligrafi di Jepun 

TOKYO - Khuatir seni kaligrafi Jepun akan pupus, seorang saintis di sini mencipta sebuah robot kaligrafi bagi memudahkan rakyat negara itu menguasai tulisan tersebut. 

Robot itu dibina dengan beberapa enjin dan satu tangan mekanikal yang disertakan sebatang berus. Ia mampu menulis seperti seorang pakar kaligrafi. 

Wanita Jepun 'sewa' paha untuk ruang iklan (video)

No comments:

Paha jadi papan iklan 

Tokyo: Sebuah syarikat pengiklanan di bandar raya ini menemui cara terbaru dan unik untuk menarik perhatian orang ramai - menggunakan paha wanita muda sebagai tempat menyiarkan iklan. 

Pengguna di Jepun memang terkenal sebagai kumpulan yang sukar untuk membaca iklan kerana terlalu banyak papan iklan dan skrin gergasi televisyen di sekitar bandar negara itu. 

Kereta api laju terapung di atas landasan

No comments:
SEJUMLAH orang menyaksikan sebuah kereta api yang terapung di atas landasan di Tsuru, wilayah Yamanashi, kira-kira 100 kilometer dari barat Tokyo semalam.
SEJUMLAH orang menyaksikan sebuah kereta api yang terapung di atas landasan
di Tsuru, wilayah Yamanashi, kira-kira 100 kilometer dari barat Tokyo semalam. 

TSURU, Jepun - Orang ramai berpeluang melihat prototaip kereta api laju yang bergerak secara terapung di atas landasan di sini, lapor akhbar The Asahi Shimbun semalam. 

Syarikat Central Japan Railway Company menyatakan, kereta api itu menghasilkan medan magnet yang menyebabkan kenderaan tersebut bergerak dalam keadaan terapung di atas landasan. 

[Unik] Fesyen rambut 'Kanjuku Tomato' dari Jepun

No comments:
Fesyen "Kanjuku Tomato" atau Tomato Ranum (Ripe Tomato)
Fesyen "Kanjuku Tomato" atau Tomato Ranum (Ripe Tomato) 

Sebuah salun rambut di Jepun mentafsirkan semula makna “cutting edge” selepas mengambil inspirasi fesyen daripada buah tomato. 

Rekaan inovatif itu muncul di daerah Amemura di Osaka dan sudah pun tersebar di Internet. 

Bas amfibia Tokyo mula beroperasi

No comments:
Sky Duck
Sky Duck 

Bas amfibia pelancong pertama di Tokyo mula beroperasi semalam membawa 40 penumpang mengitari jalan raya di kawasan timur bandar raya itu sebelum menyusuri Sungai Naka untuk sesi ‘Perjalanan Air Tokyo’ selama 100 minit. 

Dua bas berkenaan yang bergelar ‘Sky Ducks’ berlepas dari mercu tanda baru Tokyo iaitu Skytree, menara komunikasi tertinggi di dunia dengan ketinggian 634 meter. 

Rumah sewa seluas 'keranda' di Jepun

No comments:
Golongan ekspatriat muda Jepun memilih untuk tinggal di pangsapuri 'keranda' dengan bayaran sewa sebanyak 400 pound sebulan.
Golongan ekspatriat muda Jepun memilih untuk tinggal di pangsapuri
'keranda' dengan bayaran sewa sebanyak 400 pound sebulan. 

TOKYO - Kebanyakan ekspatriat muda Jepun di sini didapati memilih untuk tinggal di rumah pangsapuri yang mempunyai keluasan seperti 'keranda'. 

Pendedahan itu dibuat oleh sebuah stesen televisyen tempatan yang mengadakan program di satu daripada kediaman penyewa berkenaan di daerah Shibuya. 

Gigi taring berlapis (yaeba) jadi kegilaan wanita Jepun

No comments:

Wanita di Jepun kini sanggup membelanjakan wang ribuan ringgit untuk memiliki gigi taring berlapis semata-mata mengikut trend terkini dan kelihatan cantik. 

Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai 'yaeba'. Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel. 

Pertandingan robot menari di Jepun

No comments:
SEJUMLAH orang menyaksikan beberapa robot yang menari.
SEJUMLAH orang menyaksikan beberapa robot yang menari. 

Satu pertandingan robot menari diadakan di Yokohama, Jepun, semalam. 

Sebanyak enam kategori dipertandingkan termasuk acara persembahan bebas. 

Para pemilik robot itu merebut Piala Atlet Robot pada pertandingan berkenaan. [Sumber

Wordless Wednesday : Lawak Nama Jepun

No comments:
Lawak Nama Jepun

Seluar dalam cegah bau kentut laris di Jepun

No comments:

Tokyo: Seluar dalam yang didakwa dapat meneutralkan bau 'kentut' terbukti mendapat sambutan hangat dalam kalangan ahli perniagaan rajin bekerja di sini yang gemarkan idea melepaskan bau tanpa masalah. 

Sebuah syarikat tekstil tempatan membangunkan rangkaian seluar dalam yang dikatakannya mencegah bauan tidak diingini. 

“Ia mengambil masa beberapa tahun untuk membangunkan seluar dalam deodoran pertama yang cukup selesa dipakai dalam kehidupan seharian malah segera menghapuskan bau busuk,” kata Nami Yoshida, seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk itu. 

Jurutera Jepun bina robot kumbang

No comments:
HIDUNG robot RX-03 boleh mengeluarkan asap.
HIDUNG robot RX-03 boleh mengeluarkan asap. 

TOKYO - Seorang jurutera Jepun, Hitoshi Takahashi membina sebuah robot berbentuk seperti seekor kumbang gergasi dinamakan Kabutom RX-03. 

Robot sepanjang 11 meter dengan berat 17 tan itu diperkenalkan kepada orang ramai dalam satu demonstrasi di sini semalam. 

RX-03 boleh bergerak dengan menggunakan enam kakinya. 

Dijana enjin diesel berkuasa tinggi, robot berkenaan turut mengeluarkan asap daripada hidungnya. - AFP  

[Sumber


iPet Ganti Haiwan Peliharaan

1 comment:
Haiwan abad ke-21. robot anjing SmartPet diperkenalkan dalam Pameran Permainan Tokyo ini boleh mempamerkan emosi.
Haiwan abad ke-21. robot anjing SmartPet diperkenalkan dalam
Pameran Permainan Tokyo ini boleh mempamerkan emosi. 

Kira-kira 20 tahun lalu, Gameboy dianggap antara sebagai permainan berteknologi tinggi dalam kalangan remaja. 

Tetapi, kini telefon pintar adalah produk permainan terbaik yang boleh dijadikan sebagai haiwan peliharaan. 

iPhone yang tersenarai sebagai pilihan utama pengguna telefon pintar telah melalui transformasi untuk menjadi iPet atau haiwan peliharaan di Pameran Permainan Tokyo, baru-baru ini. 

Syarikat Bandai mengeluarkan produk inovatif itu untuk kanak-kanak yang berminat untuk memiliki haiwan peliharaan secara maya. iPet atau Smart Pet tersebut boleh diprogramkan untuk memaparkan pelbagai ekspresi haiwan itu menerusi skrin telefon pintar terbabit. 

Ia bakal menjadi pilihan utama pengguna yang mengalami alahan dengan bulu kucing atau anjing. [Sumber


Saintis Jepun Cipta Gogal Perdaya Minda

2 comments:
HIROSE (kanan) duduk di sebelah seorang penyelidik yang melihat biskut kecil yang dipegangnya kelihatan besar menerusi gogal yang dipakainya di sebuah makmal di Tokyo pada Sabtu lalu.
HIROSE (kanan) duduk di sebelah seorang penyelidik yang melihat
biskut kecil yang dipegangnya kelihatan besar menerusi gogal
yang dipakainya di sebuah makmal di Tokyo pada Sabtu lalu. 

Sekumpulan penyelidik Universiti Tokyo, Jepun berjaya mencipta gogal untuk digunakan semasa diet bagi tujuan untuk menguruskan badan. 

Gogal tersebut akan menyebabkan si pemakainya mendapati sekeping biskut kecil yang dipegangnya mempunyai saiz lebih besar. 

Terdapat kamera pada gogal itu yang menghantar imej biskut kecil tersebut kepada komputer. 

Komputer tersebut kemudian akan membesarkan imej biskut yang kecil itu. 

Dalam beberapa eksperimen yang diadakan, sejumlah sukarelawan didapati berjaya mengurangkan pengambilan biskut hampir 10 peratus. 

Keadaan itu berlaku kerana biskut yang dimakan mereka kelihatan 50 peratus lebih besar. 

Seorang penyelidik di universiti tersebut, Profesor Michitaka Hirose berkata, teknologi itu menunjukkan komputer boleh digunakan untuk memperdayakan minda manusia. 

Namun, pasukan penyelidik tersebut masih belum memutuskan untuk mengkomersialkan ciptaan mereka itu. [Sumber


Kerusi Bergerak Ciptaan Honda

No comments:
BEKAS angkasawan Jepun, Mamoru Mori menguji sebuah kerusi bergerak keluaran syarikat Honda Motor di Tokyo semalam.
BEKAS angkasawan Jepun, Mamoru Mori
menguji sebuah kerusi bergerak keluaran
syarikat Honda Motor di Tokyo semalam. 
Syarikat Honda Motor mencipta kerusi bergerak dengan menggunakan teknologi robotik yang dikenali sebagai Uni-Cub. 

Kerusi itu mempunyai sebuah roda utama di bahagian depan dan roda kecil di bahagian belakang yang membantu ia berpusing. 

Para pengguna perlu menyengetkan badan mereka ke kiri jika mahu ia bergerak mengikut arah tersebut. 

Jika mahu ke kanan, pengguna perlu melakukan pergerakan yang sama dengan menyengetkan badan ke arah itu. 

Setakat ini syarikat itu tidak mempunyai rancangan untuk menjual kerusi tersebut. [Sumber


Bola Hanyut Dari Jepun ke Alaska

No comments:
BAXTER (kiri) memegang bola sepak manakala isterinya menunjukkan bola tampar yang hanyut dari Jepun.

Seorang pelajar sekolah di Tokyo, Misaki Murakami akan mendapat kembali sebiji bolanya yang dihanyutkan ke Alaska selepas bencana tsunami melanda Jepun pada Mac tahun lalu. 

Murakami, 16, kehilangan rumah dan semua barangan di dalam kediamannya semasa ombak besar menghancurkan kampung Rikuzentakata di timur laut Jepun. 

Pemilik bola itu diketahui kerana terdapat contengan mesej 'semoga berjaya' oleh bekas rakan sekolahnya. 

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA) Amerika Syarikat menyatakan seorang lelaki, David Baxter, 51, menemui bola itu. 

Kaca Mata Diet

2 comments:
Kaca mata diet

Bagi mereka yang selalu mengalami masalah untuk mengehadkan kuantiti pengambilan makanan, ciptaan alat ini sememangnya dapat membantu mereka. 

Pereka di Universiti Tokyo telah mencipta prototaip dua kaca mata untuk ‘menipu’ otak bahawa mereka sedang mengambil makanan dalam kuantiti besar sehingga 50 peratus daripada saiz asal. 

Fungsi kedua-dua alat ini adalah untuk mengurangkan selera makan dengan cara menipu minda sedar mereka. 

Salah satu kaca mata itu, MetaCookies+ turut dilengkapi alat untuk mengesan bau makanan yang mereka ingin makan walaupun sebenarnya ia hanyalah khayalan. 

Kaca mata kanta biru tersebut berfungsi untuk menjadikan makanan nampak tidak menyelerakan. 

Menurut Syarikat Yumetai, hasil kajian sains mendapati warna biru dapat menenangkan pusat selera di otak manusia. 

[Sumber


Saintis Jepun Cipta Sut Robot

No comments:
SEORANG pekerja Cyberdyne mengangkat beg jerami yang mengandungi beras seberat 65 kilogram di sebuah pejabat di Niigata semalam.
SEORANG pekerja Cyberdyne mengangkat beg jerami yang mengandungi 
beras seberat 65 kilogram di sebuah pejabat di Niigata semalam. 


NIIGATA - Seorang saintis Jepun telah mencipta sut robot yang boleh membantu pemakainya mengangkat beban berat. 

Sut robot berkenaan yang dikenali sebagai Tangan Bantuan Hibrid (HAL) dihasilkan oleh seorang saintis Universiti Tsukuba, Profesor Yoshiyuki Sankai yang juga presiden syarikat Cyberdyne. 

Keupayaan sut HAL terbukti apabila seorang pekerja Cyberdyne dapat mengangkat beg jerami yang mengandungi beras seberat 65 kilogram dengan mudah pada satu sesi demonstrasi di sini semalam. 

Sut berkenaan yang bercantum dengan tangan robot akan diuji di beberapa buah hospital dan rumah orang tua di sini pada Jun depan. - AFP 

Sumber : Kosmo 


Angry Birds Season v2.3.0 (Cherry Blossom)

2 comments:

Salam semua kepada semua follower blog dan peminat game Angry Birds.. Jika sebelum ini, game Angry Birds Season versi terdahulu menampilkan game terbaru ketika itu, Year of the Dragon, bersempena perayaan Tahun Baru Cina. Kali ini, dengan versi terbaru, iaitu v2.3.0, menampilkan game Cherry Blossom, yang bersempena dengan Pesta Melihat Bunga di Jepun. 


Keperluan Sistem:

  • Windows XP/Vista/7 
  • RAM 512MB 
  • CPU 1 GHz 
  • Graphic OpenGL 1.3 compatible 




Doktor Jepun Tunjuk Hebat Ferrari Di YouTube Bawa Padah

2 comments:
TOKYO - Gara-gara hendak menunjukkan 'kehebatan dan keindahan' Ferrari berharga sekitar RM800,000, seorang doktor Jepun berhadapan dengan kontroversi apabila rakaman dia memandu laju kereta mewah itu, yang dimuatkan di YouTube, mencetuskan kemarahan orang ramai. 

Doktor itu kini berhadapan dengan tuduhan memandu terlalu laju di kawasan larangan. 

Rakaman YouTube menunjukkan dia memandu pada kelajuan 124km/j (77mpj) di zon yang hanya membenarkan 40km/j (25mpj). 

Pengguna YouTube yang marah dengan sikap doktor berusia 50 tahun, dari Okawa, ini membuat laporan polis. 

Laporan media memetik dia sebagai berkata, dia hanya mahu orang ramai mengetahui keindahan sebuah Ferrari. 

Jepun, Setahun Selepas Tsunami

No comments:

TOKYO - Setahun selepas bencana berganda melanda Jepun dan menyebabkan kemusnahan teruk, negara itu kini sedang berusaha untuk memulihkan semula dan membina infrastruktur serta menstabilkan loji nuklear yang didakwa telah mencetuskan krisis nuklear terburuk sejak bencana Chernobyl pada 1986. 

Pada 11 Mac 2011, negara matahari terbit itu digemparkan dengan kejadian gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang turut mencetuskan tsunami paling dahsyat dalam sejarah negara itu. 

Lebih 15,000 orang terkorban manakala 3,271 lagi dilaporkan masih hilang dalam insiden tersebut. 

Wilayah di timur laut Jepun, Iwate, Fukushima dan Miyagi adalah paling teruk terjejas. 

Pengendali loji nuklear, Tokyo Electric Power (Tepco) turut dikecam kerana didakwa gagal menangani masalah di beberapa reaktor sehingga berlaku kebocoran radiasi pada tahap kritikal beberapa bulan selepas kejadian bencana berganda tersebut. 

Usaha pemulihan secara berperingkat oleh kerajaan juga dilihat gagal memuaskan hati banyak pihak kerana ratusan ribu penduduk dilaporkan masih lagi hidup seperti pelarian kerana tidak dapat pulang ke rumah masing-masing atas faktor-faktor keselamatan terutamanya mereka yang tinggal di zon lingkungan kebocoran radiasi. 

Sektor ekonomi dan pasaran saham Jepun juga pulih secara perlahan selepas mengalami kemerosotan mendadak pada tahun lalu. 

Kebanyakan syarikat pembuatan dan pengeluar barangan elektronik terkemuka telah mula beroperasi seperti biasa pada tahun ini walaupun mengalami kerugian mencecah berbilion ringgit akibat bencana berganda tersebut. 



Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...