Ni apa ceritanya kat sini?

Penumpang terapung di dalam pesawat

BEBERAPA penumpang gembira semasa mereka membuat pelbagai pergerakan ketika terapung.
BEBERAPA penumpang gembira semasa mereka membuat pelbagai pergerakan
ketika terapung.  

Sejumlah penumpang mengalami pengalaman terapung di dalam sebuah pesawat Airbus A330 Zero-G di Perancis pada Jumaat lalu. 

Mereka mengalami pengalaman itu dalam tempoh 22 saat selepas pesawat tersebut terbang dalam keadaan mendongak sebelum ia menurun semula ke arah bumi. 

Setiap penumpang membayar tiket yang berharga kira-kira 6,000 euro (RM24,482) untuk menaiki pesawat tersebut yang berlepas dari Lapangan Terbang Bordeaux-Merignac di Bordeaux. 

Ia merupakan penerbangan graviti sifar pertama pernah dibuat di Eropah. 

Para penumpang itu bukan terdiri daripada angkasawan dan saintis sebaliknya merupakan orang awam. 

Penerbangan graviti sifar itu sebelum ini pernah ditawarkan kepada orang awam di Amerika Syarikat dan Rusia. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...