Ni apa ceritanya kat sini?
Capaian Internet Berkelajuan Tinggi
KELAJUAN capaian Internet bergantung kepada kapasiti akaun servis Internet yang dilanggan.
Namun begitu, terdapat beberapa kaedah atau panduan penggunaan komputer yang boleh diamalkan untuk dapatkan prestasi kelajuan capaian internet pada tahap optimum daripada kadar kapasiti yang dilanggan.
1. Cuba dapatkan masa yang sesuai untuk melayari Internet iaitu masa pada ketika dijangkakan tidak ramai orang-orang lain melayari internet seperti di awal pagi dan sebagainya.
2. Nyah pasangkan program-program tambahan atau add-on program pada pelayar web atau Internet yang digunakan. Program-program tambahan ini akan memberi fungsi tambahan kepada pelayar internet dan seterusnya akan memberi kesan kepada kelajuan capaian Internet.
3. Sentiasa mengemaskini sistem pengoperasian yang digunakan. Pastikan sistem pengoperasian yang digunakan adalah versi yang terkini dan stabil.
4. Sentiasa mengosongkan kandungan cache yang terdapat pada pelayar Internet. Ini akan memberikan keadaan yang bersih pada komputer digunakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)




