Ni apa ceritanya kat sini?

Hotel Ais Di Belanda

No comments:
DUA pengunjung duduk di dalam sebuah hotel ais 
di bandar Zwolle, Belanda pada 15 Disember lalu. 


ZWOLLE, Belanda - Sebuah hotel ais menawarkan harga untuk satu malam sebanyak penginapan AS$259 (RM821) termasuk sarapan pagi bermula pada 3 Disember hingga 29 Januari ini. 

Hotel itu dilengkapi dengan jubah mandi, dua pasang selipar, sebuah katil dan bar mini. 

Suhu hotel itu adalah di antara enam hingga lapan darjah Celcius. 

Seorang pengunjung, Van Heijst berkata, dia memakai tiga pasang seluar semasa berada di dalam bilik hotel tersebut. 

"Ia merupakan satu pengalaman yang menarik tetapi pastinya hanya untuk satu malam sahaja," katanya. - AFP 



Cara-Cara Nak Cover Malu

No comments:

1. Kalo tersepak batu: jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai... lepas tu baru bangun bila takde orang nampak.. 

2. Kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje2 buat lawak... 

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus... 

4.Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah2 dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.... 

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat2.."oi! apa tolak2 ni?" walaupun tiada orang di belakang anda.... 



Lelaki Banyak Senyum Kurang Menawan Wanita

1 comment:
Gambar hiasan. Sumber: Google 
LONDON: Jika anda lelaki, berhenti berharap untuk menggoda wanita kontemporari, dengan senyuman. 

Kajian terbaru menunjukkan, wanita kini tidak lagi menganggap lelaki yang gemar tersenyum sebagai pasangan yang menarik. 

Menurut penyelidikan pakar psikologi Universiti British Columbia di Kanada, wanita lebih berminat kepada lelaki yang menunjukkan ciri ego dan pemalu. 

Kajian itu dibuat bagi mengetahui sama ada nasihat supaya sentiasa senyum ketika bertemu seseorang dibuat hasil keputusan ujian makmal. 

Penyelidik menggunakan lebih 1,000 gambar lelaki dan wanita dengan pelbagai ekspresi muka dan ditunjukkan kepada responden. 

Mereka kemudian diminta memberi markah berdasarkan kepada daya tarikan ditunjukkan setiap wajah berkenaan. 

Seorang daripada penyelidik berkata, sikap ego yang dipaparkan lelaki mungkin menyebabkan dia kelihatan lebih meyakinkan dan mampu menjadi pelindung wanita. - DM 



Samoa Paling Awal Sambut Tahun Baharu 2012

No comments:
ORANG ramai memenuhi kawasan sepanjang laluan Beach Road di Apia, 
Samoa ketika waktu menghampiri pukul 12 tengah malam Khamis lalu untuk berpesta. 



APIA, Samoa - Samoa menjadi negara pertama di dunia meraikan sambutan tahun baharu 2012 kerana garis masa antarabangsa meletakkan negara yang terletak di kepulauan Pasifik itu 24 jam lebih awal berbanding masa di negara-negara lain. 

Samoa dan negara jirannya, Takelau terletak hampir dengan Garisan Tarikh Antarabangsa yang merentasi Lautan Pasifik secara menegak. 

Kedua-dua set gugusan pulau itu mengambil keputusan untuk menjajar semula diri mereka dari bahagian Amerika ke arah bahagian Asia pada tahun ini. 

Langkah itu sekali gus membuatkan Samoa menjadi negara pertama yang menyambut tahun baharu. Rakyat Samoa mengadakan sambutan tahun baharu pada tengah malam Khamis, 29 Disember 2011. 

Samoa juga melepasi hari Jumaat dan terus berada dalam zon waktu 12:01 tengah malam pada malam tahun baharu. Maka tidak hairanlah jika pantai-pantai di negara tersebut dipenuhi oleh pengunjung dan rakyat tempatan yang ingin berpesta. - Agensi 



Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...