![]() |
PUTERA William dan Kate Middleton ketika memperkenalkan anak mereka yang baharu dilahirkan kepada media kelmarin. Pewaris keempat raja Britain itu diberi nama George Alexander Louis. |
George Alexander Louis nama bayi diraja Britain
LONDON - Pasangan diraja Britain, Putera William dan isterinya, Kate Middleton menamakan bayi mereka George Alexander Louis sebagai penghargaan kepada bapa Ratu Elizabeth II, iaitu Raja George VI.
Raja George VI memegang takhta dari 1936 hingga beliau meninggal dunia pada 1952.
Bayi diraja tersebut akan dikenali dengan gelaran Putera George Cambridge berikutan ibu bapanya yang memegang gelaran Duke dan Duchess of Cambridge. [Sumber]
No comments:
Post a Comment