Ni apa ceritanya kat sini?

Google mahu cabar iPhone dengan gajet Moto X

No comments:
Mungkinkah ini rupa Moto X ? (Sumber dari Google.)
Mungkinkah ini rupa Moto X ? (Sumber dari Google.) 

Google kini sedang bersiap sedia membuat 'serangan' ke atas iPhone dengan mencipta gajet terbaru yang lebih peka dan bijak. 

Menurut Ketua Eksekutif Google, Dennis Woodside, gajet yang dikenali sebagai Moto X itu akan direka di Amerika Syarikat (AS) dan bakal menjadi pesaing utama kepada Apple. 

Pensel tertanam dalam kepala lelaki selama 15 tahun

No comments:
GAMBAR yang didedahkan Hospital Universiti Aachen di Aachen, Jerman menunjukkan pensel yang dikeluarkan daripada kepala seorang pemuda Afghanistan.
GAMBAR yang didedahkan Hospital Universiti Aachen di Aachen,
Jerman menunjukkan pensel yang dikeluarkan daripada kepala
seorang pemuda Afghanistan. 

Sebatang pensel yang terdapat di dalam kepala seorang pemuda selama 15 tahun telah berjaya dikeluarkan, kata beberapa doktor Jerman, lapor agensi berita AFP kelmarin. 

Pemuda berusia 24 tahun dari Afghanistan itu sebelum ini mengadu mengalami masalah penglihatan di mata kanan, sakit kepala dan selesema. 

Pihak Universiti Aachen di Aachen menyatakan, lelaki tersebut kemudian meminta pertolongan berhubung masalah tersebut pada tahun 2011. 

[Unik] Gambar pasangan pengantin 'dikejar' T-Rex

No comments:

Sepasang pengantin mengambil keputusan untuk mengambil gambar seolah-olah dikejar oleh T-Rex pada hari bersejarah mereka dan ia merupakan gambar perkahwinan yang paling unik pernah dirakamkan. 

Uniknya, gambar yang diambil itu disertakan bersama para tetamu yang seakan-akan sedang dikejar haiwan ganas berkenaan yang menggunakan teknik ‘photoshop’ oleh jurugambar Quinn Miller. 

Petani ketagih makan kala jengking hidup (video)

No comments:
Ismail Jasim Mohammed
Ismail Jasim Mohammed 

Seorang petani muda mendakwa dia memakan kala jengking hidup setiap hari sejak 15 tahun lalu kerana ketagih. 

Ismail Jasim Mohammed, 34, berkata, pada awalnya dia bosan kerana sentiasa menjadi sasaran sengat haiwan berbisa itu. 

Lintah merah jambu ditemui di Australia

No comments:
GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan seekor lintah berwarna merah jambu di kawasan sekitar Gunung Kaputar, New South Wales, Australia.
GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan seekor lintah berwarna merah
jambu di kawasan sekitar Gunung Kaputar, New South Wales, Australia. 

Lintah-lintah berwarna merah jambu hanya terdapat di kawasan Gunung Kaputar di negeri New South Wales, Australia. 

Sebelum ini, sejumlah penduduk tempatan telah melaporkan tentang penemuan lintah gergasi itu selepas hujan turun. 

Lintah tersebut boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang. 

Haiwan itu bersembunyi di sebalik daun-daun. 

Beberapa pengkaji spesies haiwan baru-baru ini mengesahkan, haiwan tersebut merupakan spesies lintah merah yang dikenali secara rasmi sebagai Triboniophorus graeffi. [Sumber

[Unik] Kereta kayu dari Hungary (video)

No comments:
Kereta daripada kayu yang direka Istvan Puskas.
Kereta daripada kayu yang direka Istvan Puskas.  

Lelaki Hungary cipta kereta daripada kayu 

TISZAORS - Istvan Puskas, 51 mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mereka hampir keseluruhan kereta menggunakan kayu. 

Kereta itu direka sejak empat bulan lalu di bengkelnya. 

Main 'Burung Pipit'

1 comment:

Seorang pemuda hensem yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya. 

Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, “Abang, apa abang tutup dengan buku tu?” tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku. 

Bomba selamatkan bayi dibuang dalam saluran paip kumbahan (video)

No comments:
KEDUDUKAN bayi itu di dalam saluran paip yang telah dipecahkan.
KEDUDUKAN bayi itu di dalam saluran paip yang telah dipecahkan. 

Beberapa anggota bomba dan paramedik telah menyelamatkan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan yang terperangkap di dalam saluran paip pembentungan sebuah lubang tandas, menurut laman berita Zhejiang News

Menurut laman itu, seorang penduduk mendengar tangisan seorang bayi berusia dua hari dari dalam tandas awam tingkat empat sebuah bangunan kediaman di bandar Jinhua, daerah Puijian, China pada Sabtu lalu. 

Wordless Wednesday : 2 Slow 2 Curious

No comments:

Gambar Samsung Galaxy S4 mini terdedah di Internet

No comments:

Secara tidak sengaja, Samsung mendedahkan butiran telefon pintar Galaxy S4 versi mini di laman sesawang syarikat gergasi alat telekomunikasi itu, semalam. 

Melalui paparan itu, Samsung mempamerkan telefon berkenaan sebagai pilihan di kedai dalam taliannya. 

Hotel Angkasa pertama di dunia

1 comment:
REKA bentuk Hotel Angkasa di Pulau Barcelona mengikut gambaran artis.
REKA bentuk Hotel Angkasa di Pulau Barcelona mengikut gambaran artis. 

Abu Dhabi: Timur Tengah bakal menjadi pusat hotel konsep baru yang membawa perubahan besar kepada industri pelancongan dengan pengenalan Hotel Angkasa. 

Dubai, Abu Dhabi dan Doha adalah tiga bandar raya yang berpotensi menempatkan Hotel Angkasa pertama di rantau itu. 

Syarikat Mobilona Space Hotels yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkata, konsep yang dibawa mereka adalah mudah. 

Apa nombor plate KL terbaru selepas WYY 9999 ?

No comments:

Nombor pendaftaran baru KL mula W1A, akhir W9999A - Hishammuddin 

PUTRAJAYA - Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan siri nombor baru iaitu W (nombor 1 sehingga 9999) dan berakhir A, dijangka pada Julai depan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini. 

Beliau berkata nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini mencapai nombor siri WYK 6xxx dan ia akan berakhir dengan siri nombor WYY 9999 dalam tempoh terdekat, berkemungkinan Julai ini. 

Pelik! Wanita basuh pinggan, kemas rumah ketika TIDUR !

No comments:
Claire Bartlett
Claire Bartlett 
Cambridgeshire: Seorang wanita mengalami keadaan ganjil - membasuh dan mengemas rumah ketika tidur. 

Claire Bartlett, 50, membasuh pinggan mangkuk, menyapu dan menggilap tingkap ketika nyenyak tidur.

Kejadian ganjil itu bermula pada Claire Oktober lalu. 

Bagaimanapun, kerana kerja yang dilakukan itu baik, dia mahupun suami, Crispin, 63, tidak berusaha untuk mencari rawatan bagi mengatasi masalah berkenaan. 

[Info] Cara Nabi duduk semasa makan cegah penyakit appendiks

2 comments:

Apendiks terletak di sebelah kanan perut (Belly), Ini adalah gelembung tambahan yang biasanya tutup tetapi kadangkala makanan yang masuk ke dalam & ini menjadi keras terlalu banyak dan boleh menyebabkan pecah, seterusnya menyebabkan kematian ... Sebelum ini, Nabi (saw) memberi kita cara Bagaimana untuk duduk semasa makan makanan ... (lihat cara yang betul untuk makan makanan dalam gambar). kini, ia juga turut diakui oleh sains moden .... [Sumber

Wordless Wednesday : Angry Birds Fish Cake

No comments:

[Lawak] Dialog pelik si pekerja IT tegar

2 comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

Ajoi seorang pekerja IT yang hardcore, satu hari dia terlambat datang ke ofis. 

Ajoi : (mengetuk pintu) “Selamat pagi, boss. Maaf, saya terlambat.” 

Boss : “Ya, silakan masuk. Kenapa lambat?” 

Ajoi : (duduk di kerusi yang terletak di depan meja bossnya) “Habis booting, boss.” 

[Gempar] Kepala tikus ditemui dalam nasi goreng

No comments:
Sumber dari Google.
Sumber dari Google. 

Seorang pelajar sekolah menengah dari Rui’an, China, menemui kepala tikus dalam hidangan nasi gorengnya ketika sarapan di kantin sekolah kelmarin. 

Penemuan itu menjadi sensasi apabila foto kepala haiwan itu dimuat naik di laman blog mikro Weibo. 

Kebanyakan pengguna Internet negara itu menyatakan rasa terkejut ekoran penemuan menjijikkan itu. 

WeChat - Interview (Lisa Surihani & Shaheizy Sam)

No comments:
Klik gambar ini untuk menonton video.
Tau tak apa tu WeChat? Jom tengok video "behind the scenes" TVC WeChat bersama Lisa Surihani & Shaheizy Sam, di mana mereka memberitahu tentang fungsi-fungsi WeChat yang seronok dan mantap! 

<<---- Nak tengok video, klik gambar kat sebelah ini. :)


Kisah Susu Ibu

No comments:

Kisah Menarik | Kisah Susu Ibu 

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. 

Maka ada lah dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak perempuan. 

Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! 

[Lawak] Nama saya, "W. TAUFIK WWWW"

No comments:
Taufik Batishah (Sekadar gambar hiasan saja, takde kena mengena dengan post di bawah ini. hehe)
(Sekadar gambar hiasan saja, takde kena mengena dengan post di bawah ini. hehe)  

Cikgu Ajoi : cikgu nak tahu , siapa yang bernama W.TAUFIK WWWW ? 

Taufik : saya cikgu (taufik menjawab dan berdiri) 

Cikgu Ajoi : Taufik , saya nak tahu nama panjang kamu apa ? 

Taufik : maap cikgu ajoi . panjang sangat . 

Cikgu Ajoi : takpe Taufik , cakap jea . 

Taufik : baik cikgu .nama penuh saya ialah: 
Wabillahi TAUFIK Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Cikgu Ajoi : -,- 

[Sumber

A new Acer Ultrabook™ inspired by Intel is COMING SOON!

No comments:
Click HERE for more info !

Something will be revealed on 22nd May From Acer & Intel. Find out more right HERE

Cinta 20sen [2013] - Razali Aripin & Izyan Halim

No comments:
Razali Aripin Izyan Halim  
Razali Aripin & Izyan Halim 

Kisah benar perjuangan Razali menawan hati dan bernikah dengan pasangan yang diidam-idamkan melalui internet, sehinggakan beliau sanggup... (selanjutnya, klik SINI). 

[Bangang] Wanita kena turun dari pesawat kerana menyanyi (video)

No comments:

Seorang wanita diarah turun daripada penerbangan dari Los Angeles ke New York kerana dia enggan berhenti menyanyikan lagu Whitney Houston, I Will Always Love You. 

Penumpang yang tidak dinamakan itu mula menyanyikan lagu nombor satu dalam senarai carta klasik itu sejurus selepas pesawat berkenaan berlepas dari Los Angeles. Dia kemudian mengulang persembahannya selama hampir tiga jam. 

Wordless Wednesday : Funny Transport

1 comment:

Pesara bina Taj Mahal sendiri untuk isteri tercinta

No comments:
Faizul Hasan Kadari membina replika Taj Mahal untuk isterinya Begum Tajmulli yang meninggal dunia pada tahun 2011.
Faizul Hasan Kadari membina replika Taj Mahal untuk isterinya
Begum Tajmulli yang meninggal dunia pada tahun 2011. 

Taj Mahal dianggap simbol keunggulan cinta dan kesedihan seorang suami kepada isteri. 

Ketika maharaja kerajaan Mogul, Shah Jahan kehilangan isteri ketiga yang dicintainya, Mumtaz pada 1631, dia membina Taj Mahal, bangunan makam marmar putih. 

Justeru, apabila dia bersara, Ketua Pos India, Faizul Hasan Kadari, 77, yang turut kehilangan isteri juga memutuskan untuk membina Taj Mahal sendiri untuk wanita terbabit, lapor akhbar The Telegraph. 

Heboh jutawan kena jadi ‘pramugari’ (video)

No comments:
Muahhh!  - 'Flying kiss' dari 'pramugari' berjambang AirAsia, Sir Richard Branson.

Pemilik Virgin Group tewas pertaruhan kepada CEO AirAsia 

Jutawan dan Pemilik Virgin Group dari Britain, Sir Richard Branson, 63 terpaksa ‘berkhidmat’ sebagai pembantu penerbangan dengan pesawat AirAsia dari Perth ke Kuala Lumpur selepas kalah dalam pertaruhan dengan Ketua Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes semalam. 

Beliau terpaksa mencukur bulu kakinya, memakai gincu dan skirt merah bagi menunaikan janjinya.

Branson, bagaimanapun dikenakan tindakan disiplin oleh Ketua Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes, selepas sengaja menjatuhkan dulang jus oren ke atas paha Fernandes. 

Lantai mozek berusia 1,500 tahun ditemui

No comments:
DUA ahli arkeologi membersihkan lantai mozek berusia 1,500 tahun yang ditemui dekat Kibbutz Beit Kama di Negev, Israel semalam.
DUA ahli arkeologi membersihkan lantai mozek berusia 1,500 tahun
yang ditemui dekat Kibbutz Beit Kama di Negev, Israel semalam. 

Sebuah lantai mozek berusia 1,500 tahun ditemui dekat Kibbutz Beit Kama di Negev, Israel, menurut Pihak Berkuasa Antikuiti Israel semalam. 

Lantai itu dibina di antara abad keempat hingga keenam Sebelum Masihi pada era pemerintahan empayar Byzantine. 

Sekumpulan ahli arkeologi Pihak Berkuasa Antikuiti Israel turut menemui beberapa struktur binaan lama di bawah sebuah padang di Kibbutz Beit. [Sumber

Alasan paling pelik untuk berhenti kerja

No comments:

Kebanyakan pekerja berfikir dua kali ketika menulis surat apabila memohon pekerjaan. 

Ramai juga yang menderita di pejabat sering melepaskan kekecewaan apabila bercadang berhenti kerja. 

Sesetengah surat peletakan jawatan paling pelik diedarkan di tempat kerja dan sering dibincangkan walaupun selepas individu itu meninggalkan syarikat. 

Putus cinta era digital lebih teruk

No comments:
California: Kecewa bercinta lebih teruk dirasakan pada zaman digital kerana sejarah perhubungan wujud dalam bentuk gambar dan mesej yang dihantar ke laman web sosial, kata penyelidik. 

Pada masa lalu, ketika pasangan kekasih yang sudah berpisah boleh mengoyak gambar dan membakar surat cinta, rekod yang disimpan di laman seperti Facebook lebih sukar dibuang kerana jumlah yang banyak. 

“E-mel dan gambar digital boleh dipadam dengan mudah tetapi lagu, gambar dan mesej yang dihantar ke laman sosial sukar dibuang, terutama jika dikirim secara online oleh orang lain,” kata kajian itu. 

Lelaki awet muda dengan Manotox

No comments:
Lelaki kini semakin peka terhadap produk antipenuaan.
Lelaki kini semakin peka terhadap produk antipenuaan. 

Bahan liftonin dipercayai minimumkan garis halus, kedutan 

London: Wanita sudah lama memonopoli produk menegangkan kulit seperti Crease Release atau ‘botox dalam botol,’ namun kini tidak lagi. 

Dandanan lelaki adalah satu daripada sektor paling pantas berkembang dalam perniagaan kecantikan. 

Kereta pertama John Lennon bakal dilelong

No comments:
FERRARI 33 GT coupe tahun 1965 ini dibeli oleh John Lennon pada harga AS$9,984 selepas lulus ujian memandu pada usia 24 tahun.
FERRARI 33 GT coupe tahun 1965 ini dibeli oleh John Lennon pada
harga AS$9,984 selepas lulus ujian memandu pada usia 24 tahun. 

Kereta pertama penyanyi kumpulan legenda The Beatles, John Lennon (gambar) iaitu sebuah Ferrari 330 GT coupe tahun 1965 akan dilelong pada acara Goodwood Festival of Speed di Chichester, England Julai depan. 

Nilai lelongan kereta itu dijangka mencecah AS$337,950 (RM1 juta), kata rumah lelongan Bonhams. 

Tempat khas untuk tidur di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi

No comments:
GoSleep yang direka dengan bentuk futuristik, menawarkan tempat tidur yang selesa kepada para penumpang pesawat di balai berlepas, dengan kadar RM36.80 bagi tempoh satu jam.
GoSleep yang direka dengan bentuk futuristik, menawarkan tempat tidur yang selesa kepada
para penumpang pesawat di balai berlepas, dengan kadar RM36.80 bagi tempoh satu jam. 

Pelancong yang 'terperangkap' di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), kini boleh berehat dengan selesa di sebuah tempat tidur berunsur futuristik sebelum meneruskan penerbangan mereka. 

Tempat tidur yang direka khas itu diberi nama 'GoSleep' dan ia akan memastikan pelancong dapat tidur dengan selesa tanpa bunyi bising dan diganggu sinaran cahaya di balai berlepas. 

Air masin di bandar Epecuen surut

No comments:
DERETAN runtuhan bangunan yang terdapat di Epecuen yang dirakamkan pada 7 Mei lalu.
DERETAN runtuhan bangunan yang terdapat di Epecuen yang dirakamkan pada 7 Mei lalu. 

Bandar peranginan Epecuen di negara Argentina yang dibanjiri dengan air masin selama suku abad kini kembali menjadi daya tarikan pelancong. 

Ia menjadi daya tarikan pelancong selepas air yang memenuhi bandar itu kembali surut. 

Bandar itu dipenuhi dengan air masin selepas berlaku ribut yang membawa hujan lebat pada 10 November 1985. 

Fenomena gerhana matahari separa di utara Australia

No comments:
KOMBINASI gambar menunjukkan fenomena gerhana matahari separa yang dilihat di Balai Cerap Sydney di Sydney semalam.
KOMBINASI gambar menunjukkan fenomena gerhana matahari separa
yang dilihat di Balai Cerap Sydney di Sydney semalam. 

Sejumlah peminat astronomi berkunjung ke utara Australia untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari separa semalam. 

Fenomena itu berlaku apabila bulan bergerak di antara bumi dan matahari. 

Sebelum ini, gerhana penuh dapat dilihat di utara Australia pada November tahun lalu menyebabkan pemandangan menjadi gelap selama dua minit. 

[Serius] Jarum dalam kapas lap bayi

No comments:
Sumber gambar : AsiaOne 

Singapura: Seorang ibu semalam terkejut apabila mendapati terdapat objek dua sentimeter panjang seperti jarum dalam kapas ketika mengelap perut anak lelakinya yang berusia lima bulan. 

Isabel Fernandez, 40, sedang mengelap bayinya di kondominium mereka di Paya Lebar petang kelmarin apabila bayinya tiba-tiba menjerit kesakitan. 

[Kreatif] Selipar terbuang dikitar semula jadi barang bernilai

2 comments:
ANAK patung haiwan yang dihasilkan daripada selipar terpakai di Nairobi, Kenya.
ANAK patung haiwan yang dihasilkan daripada selipar terpakai di Nairobi, Kenya. 

Sebuah syarikat kitar semula di Nairobi, Kenya, mengambil inisiatif mengumpul selipar terpakai di sekitar perairan pantai Timur Afrika bagi menghasilkan pelbagai produk kitar semula yang menarik. 

Syarikat itu, Kenya's Ocean Sole turut berperanan membersihkan beberapa kawasan pantai di Timur Afrika dan mengumpul barangan terpakai untuk dikitar semula terutama selipar getah. 

Wordless Wednesday : Eh? Kenapa Pulak Ni ??

No comments:

3 wanita hilang ditemui selepas 10 tahun diculik

No comments:
Sumber dari Google.
Sumber dari Google. 

Tiga wanita yang diculik sedekad lalu ditemui dalam keadaan masih hidup di sebuah rumah di Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat, kelmarin. 

Polis berkata, pihaknya menahan tiga adik-beradik lelaki termasuk seorang pemandu bas berhubung kehilangan mereka. 

Wordless Wednesday : Waking Up

No comments:

Akaun Twitter E! Online kena godam

No comments:
Paparan halaman Twitter E! Online yang menunjukkan akaun sosial laman web hiburan itu digodam oleh Tentera Elektronik Syria.
Paparan halaman Twitter E! Online yang menunjukkan akaun sosial laman web
hiburan itu digodam oleh Tentera Elektronik Syria. 

Akaun Twitter laman web hiburan, E! Online, semalam dilaporkan digodam dan dikemas kini dengan pos palsu tentang penyanyi remaja, Justin Bieber dan pelakon, Angelina Jolie. 

Mesej palsu pertama yang dipos pada kira-kira pukul 1 petang waktu tempatan (1 pagi waktu Malaysia) itu memaparkan berita eksklusif kononnya penyanyi dari Kanada itu mendedahkan dia seorang gay. 

[PRU13] 18 Menteri Kabinet menang, 4 kalah

No comments:
KUALA LUMPUR - Lapan belas menteri kabinet menang manakala empat lagi kalah pada pilihan raya umum ini. 

Barisan kabinet yang menang pula diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan dengan majoriti 35,613 undi menewaskan Mohd Fariz Abd Talib @ Musa dari PKR yang memperoleh 15,665 undi. 

[PRU13] BN kekal berkuasa di Pahang

No comments:
KUANTAN - Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerajaan negeri Pahang apabila memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13. 

BN menang 30 daripada 42 kerusi yang dipertandingkan manakala DAP menang tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Parti Keadilan Rakyat (dua kerusi) dan PAS (tiga kerusi). 

Bagi Parlimen, BN menang 10 daripada 14 kerusi Parlimen. BN tewas di Kuantan dan Indera Mahkota kepada PKR, manakala PAS menang di Temerloh dan DAP di Raub. 

Arab Saudi benarkan pelajar perempuan bersukan

No comments:
Kumpulan bola sepak wanita Saudi sedang melakukan latihan di lokasi rahsia di Riyadh.
Kumpulan bola sepak wanita Saudi sedang melakukan
latihan di lokasi rahsia di Riyadh. 
Arab Saudi akan membenarkan pelajar perempuan di sekolah swasta bersukan untuk pertama kali dalam sejarah di negara itu. 

Dipetik AP, bagaimanapun, menurut laporan agensi berita SPA, kebenaran tersebut perlu diselaraskan mengikut undang-undang Islam dan mematuhi kod pakaian ditetapkan Kementerian Pendidikan. 

Pokok 'menjerit' bila dahaga?

No comments:
Pokok adalah sebahagian ekosistem utama dan hidup dengan menyerap air, karbon dioksida serta cahaya matahari.
Pokok adalah sebahagian ekosistem utama dan hidup dengan
menyerap air, karbon dioksida serta cahaya matahari. 

SEKUMPULAN saintis Eropah percaya, mereka berjaya merakamkan bunyi jeritan pokok yang sedang dahaga. 

Seorang pakar mendedahkan, hasil kajian mereka mendapati, pokok-pokok yang hidup menghasilkan bunyi ultrasonik sewaktu menyerap lembapan di musim kering. 

[Pelik] Sajian dari tong sampah

No comments:
Sumber : DailyMail 

Sejak empat tahun lalu, tempat pembuangan sampah adalah lokasi kegemaran bagi Kelly Athena kerana ia membekalkan pelbagai bahan keperluan untuk hidangan sehariannya. 

Dia mempelajari amalan itu selepas menonton sebuah filem dokumentari mengenai sekumpulan orang yang menyelongkar bahan buangan di luar kedai, restoran dan pasar raya untuk mendapatkan makanan luput tarikh. 

Bayi bertuah dapat naik kereta api percuma seumur hidup di Mexico

No comments:
GAMBAR menunjukkan imej bayi bertuah yang dilahirkan di stesen keretapi Mexico kelmarin.
GAMBAR menunjukkan imej bayi bertuah yang dilahirkan
di stesen keretapi Mexico kelmarin.  

Datuk Bandar Mexico, Miguel Angel Mancera mengumumkan bahawa seorang bayi yang dilahirkan di stesen kereta api bawah tanah bandar itu akan dibenarkan menaiki perkhidmatan kereta api tersebut secara percuma seumur hidupnya. 

Pengumuman itu dibuat selepas seorang ibu yang sarat mengandung telah bersalin di stesen tersebut ketika dalam perjalanan ke hospital menggunakan perkhidmatan keretapi terbabit. 

Patung itik getah gergasi di pelabuhan Hong Kong (video)

No comments:

Sebuah patung permainan itik getah gergasi setinggi bangunan enam tingkat dilihat terapung menyusuri sepanjang pelabuhan Hong Kong semalam. 

Kehadiran itik getah gergasi itu menceriakan beratus-ratus orang yang hadir berhimpun di pelabuhan tersebut. Mereka ingin melihat secara dekat patung yang diinspirasikan daripada permainan di bilik mandi itu. 

[Unik] Fesyen rambut 'Kanjuku Tomato' dari Jepun

No comments:
Fesyen "Kanjuku Tomato" atau Tomato Ranum (Ripe Tomato)
Fesyen "Kanjuku Tomato" atau Tomato Ranum (Ripe Tomato) 

Sebuah salun rambut di Jepun mentafsirkan semula makna “cutting edge” selepas mengambil inspirasi fesyen daripada buah tomato. 

Rekaan inovatif itu muncul di daerah Amemura di Osaka dan sudah pun tersebar di Internet. 

New Zealand larang namakan anak ‘Lucifer’, 'Anal'

No comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

Pihak berkuasa New Zealand semalam mengeluarkan senarai nama bayi yang ditolak kerana terlalu ganjil atau meloyakan seperti ‘Lucifer’ (Syaitan) dan ‘Mafia No Fear’. 

Kenyataan yang dikeluarkan bersama-sama senarai 77 nama yang dilarang itu mendedahkan bagaimana seorang bayi hendak dinamakan ‘Anal’ (Dubur) sebelum Jabatan Hal Ehwal Dalaman menggunakan kuasa veto untuk menolak cadangan itu. Ada juga ibu bapa yang mencadangkan nama mereka sebagai ‘.’ yang bermakna tanda berhenti. 

Baju ajaib untuk golongan sibuk

No comments:
Baju dihasilkan syarikat Wool and Prince tidak perlu digosok dan dibasuh selama 100 hari, namun ia tetap kekal bersih, tidak berkedut dan tidak berbau.
Baju dihasilkan syarikat Wool and Prince tidak perlu digosok dan dibasuh selama 100 hari,
namun ia tetap kekal bersih, tidak berkedut dan tidak berbau. 

Individu yang sentiasa sibuk, terutama golongan lelaki yang tidak berkesempatan membasuh atau menggosok baju sendiri dan terpaksa berbelanja besar untuk menghantar pakaian ke dobi, kini boleh berasa lega kerana sudah ada 'baju ajaib' yang memudahkan mereka. 

Sebuah syarikat pakaian Amerika Syarikat (AS), Wool and Prince kini tampil menyelesaikan masalah itu apabila menghasilkan 'baju ajaib' yang tidak perlu dibasuh dan digosok selama 100 hari. 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...