Ni apa ceritanya kat sini?

Keluarga 'Rapunzel' bergenetik rambut panjang

No comments:
Russel dan anak-anaknya menunjukkan rambut mereka yang hampir mencecah lantai serta menjadi perhatian penduduk setempat di Illinois, Amerika Syarikat.
Russel dan anak-anaknya menunjukkan rambut mereka yang hampir
mencecah lantai serta menjadi perhatian penduduk setempat di Illinois,
Amerika Syarikat. 

"Keluarga Rapunzel" 

ILLINOIS - Seorang ibu bersama tiga anak perempuannya dikurniakan genetik rambut panjang hingga digelar Rapunzel oleh penduduk setempat. 

Terelynn Russel, 43, berasal dari luar Chicago berkata, rambutnya kini berukuran 1.8 meter panjang, melebihi ketinggiannya. 

"Ketiga-tiga anak saya juga dikurniakan rambut panjang hampir mencecah lantai," katanya dalam laporan MailOnline. 

Bina arca bangunan dengan gula-gula getah

No comments:
Gula-gula getah ini disusun dan dipasang dengan teliti bagi mendapatkan bentuk geometri bangunan.
Gula-gula getah ini disusun dan dipasang dengan teliti
bagi mendapatkan bentuk geometri bangunan. 

Seorang guru sanggup meluangkan masa tiga bulan untuk menyiapkan struktur bangunan geometri dengan menggunakan 4,000 keping gula-gula getah. 

Jeremy Laffon, 34, dari Marseilles, Perancis membina struktur kompleks geometri berukuran dua meter lebar dan hampir tiga meter panjang sebelum diruntuhkan secara perlahan. 

“Gula-gula getah ini disusun dan dipasang dengan penuh teliti. Saya menggunakan air liur dan gam sebagai pelekat untuk mencantumkan kepingan gula-gula getah ini,” katanya menurut laporan DailyMail. 

Wanita ketagih minum darah

No comments:

Seorang wanita mengaku, dia memerlukan 36 liter darah babi setiap minggu untuk memuaskan dirinya yang sentiasa dahagakan darah. 

Dikenali hanya sebagai Michelle, wanita itu berkata, sejak 10 tahun lalu, dia meminum darah - termasuk darah manusia - setiap minggu dan jumlah itu jika dikumpulkan boleh memenuhi 23 tab mandi. 

Wordless Wednesday : The Cake for the Engineer

No comments:

Wordless Wednesday : Funny Baby Nipples

No comments:

Kesan restoran halal dengan aplikasi telefon pintar

No comments:
Shafiq melihat Jamil Khir (kanan) melancarkan Halal Sqaure dan Halal Inside, di Kuala Lumpur, semalam.
Shafiq melihat Jamil Khir (kanan) melancarkan Halal Sqaure dan
Halal Inside, di Kuala Lumpur, semalam.  

Penggunaan teknologi ‘Near Field Communication’ (NFC), membolehkan umat Islam mengesan restoran yang memiliki sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui telefon pintar. 

Teknologi NFC melalui aplikasi ‘Halal Square’ dan rangkaian sosial ‘Halal Inside’ bukan saja membolehkan pengguna mengesan restoran di negara ini yang memiliki sijil halal, malah turut mampu mengenal pasti premis makanan halal di 58 negara luar yang bekerjasama dengan JAKIM. 

Wordless Wednesday : 'Pejabat Bergerak'

No comments:

Apa korang nak buat selepas SPM ?

1 comment:
Klik banner ini untuk maklumat lanjut.
Klik banner ini untuk maklumat lanjut. 

Temui dekan, menangi hadiah cabutan bertuah, temui artis jemputan seperti Sazzy Falak, Hunny Madu dan Phat Fabes, dan banyak lagi ... Semua ini pada Hari Terbuka SEGi pada 29 - 31 Mac!

Saksikan video berkaitan di SINI. :) 

Gambar : Cermin mata berdarah milik John Lennon

No comments:
GAMBAR cermin mata milik John Lennon yang dipenuhi darah dikongsi oleh balunya, Yoko Ono sempena ulang tahun perkahwinan pasangan tersebut yang ke-44.
GAMBAR cermin mata milik John Lennon yang dipenuhi darah dikongsi oleh balunya,
Yoko Ono sempena ulang tahun perkahwinan pasangan tersebut yang ke-44. 

Balu penyanyi John Lennon, Yoko Ono memuat naik gambar cermin mata yang mempunyai kesan darah milik Lennon di laman Twitter, lapor akhbar New York Daily News kelmarin. 

Gambar lama itu dimuat naik oleh Ono, 80, untuk tatapan lebih 3.6 juta pengikut Twitternya pada Rabu lalu sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-44. 

ANTV Live Streaming

No comments:

Singa laut berjalan di lintasan pejalan kaki (video)

No comments:
GAMBAR yang dirakamkan dari YouTube semalam menunjukkan seekor singa laut menyeberangi sebatang jalan raya di Balneario Camboriu, Brazil.
GAMBAR yang dirakamkan dari YouTube semalam menunjukkan seekor
singa laut menyeberangi sebatang jalan raya di Balneario Camboriu, Brazil. 

Seekor singa laut berjalan di atas lintasan untuk pejalan kaki di sebatang jalan raya di Balneario Camboriu, Brazil pada Sabtu lalu. 

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut terkejut apabila mereka melihat haiwan itu menyeberangi jalan. 

Wanita cuba seludup berudu dalam mulut? Yeakks!

2 comments:

Seorang wanita Korea Selatan ditahan di Lapangan Terbang Guangzhou selepas cuba menyeludup puluhan berudu di dalam mulutnya. 

Kejadian aneh itu bermula apabila pengawal mendapati wanita itu membawa sebotol cecair dalam bagasi tangan ketika hendak menaiki pesawat untuk pulang ke Seoul. 

Kerana mematuhi peraturan penerbangan antarabangsa yang melarang penumpang membawa cecair menaiki pesawat, pengawal berkenaan mengarahkan wanita itu minum cecair yang dibawanya atau membuangnya. 

Mangkuk 'Ding' bernilai RM7 juta

No comments:

Sebiji mangkuk yang dibeli dengan harga kurang AS$3 (RM9) dilelong pada harga AS$2.23 juta (RM6.69 juta) di Sotheby, semalam. 

Mangkuk kecil China itu yang dikenali sebagai ‘Ding’ berusia 1,000 tahun dan dibuat ketika pemerintahan dinasti Song yang mentadbir China dari 960 hingga 1279. 

Awas, makan Panadol boleh bahayakan kesihatan !

No comments:

Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan 

Jangan ambil PANADOL Actifast atau Soluble jika anda rasa demam atau sakit kepala. Pengambilan Panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang. 

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati.". 

Makanan ringan tingkat kemurungan

No comments:
Gambar hiasan. (Sumber dari Google)
Gambar hiasan. (Sumber dari Google) 

Sajian sihat lebih berkesan atasi sedih 

NEW YORK: Amalan memakan makanan ringan ketika seseorang di dalam keadaan sedih tidak akan membantu membaiki perasaan seseorang sebaliknya semakin meningkatkan kemurungan mereka, lapor satu kajian baru. 

Hasil kajian dibentangkan oleh pasukan penyelidik Universiti Penn State di persidangan Persatuan Psikosomatik Amerika di Miami. 

Kisah hidup si pembunuh kacak, Ted Bundy

No comments:
Ted Bundy
Ted Bundy 

DIA mempunyai perwatakan menarik dan bijak yang didakwa mampu memikat golongan wanita. Tetapi, di sebalik wajah kacaknya, lelaki dikenali sebagai Ted Bundy ini sebenarnya adalah seorang penculik, perogol, pembunuh bersiri yang pernah menggemparkan Amerika Syarikat (AS) pada era 1970-an. 

Pemilik nama sebenar Theodore Robert Cowell ini dilahirkan pada 24 November 1946 di Elizabeth Lund Home di Burlington, Vermont. 

Dia dibesarkan di rumah datuk dan neneknya di Philadelphia. 

Pada 1951, Bundy berpindah ke Tacoma, Washington selepas ibunya, Louise Cowell berkahwin dengan seorang tukang masak Johnny Culpepper Bundy. 

Penumpang terapung di dalam pesawat

No comments:
BEBERAPA penumpang gembira semasa mereka membuat pelbagai pergerakan ketika terapung.
BEBERAPA penumpang gembira semasa mereka membuat pelbagai pergerakan
ketika terapung.  

Sejumlah penumpang mengalami pengalaman terapung di dalam sebuah pesawat Airbus A330 Zero-G di Perancis pada Jumaat lalu. 

Mereka mengalami pengalaman itu dalam tempoh 22 saat selepas pesawat tersebut terbang dalam keadaan mendongak sebelum ia menurun semula ke arah bumi. 

Racun lebah mampu bunuh virus HIV ?

No comments:
Ilustrasi tindak balas melittin terhadap virus HIV.
Ilustrasi tindak balas melittin terhadap virus HIV. 

Sekumpulan saintis dari Universiti Washington di St Louis, Amerika Syarikat berjaya membuktikan bahawa racun lebah mampu membunuh dan menyembuhkan pesakit dijangkiti virus Human Immunodeficiency Virus (HIV). 

Saintis, Joshua L Hood berkata, penggunaan racun lebah melittin dan partikel nano mampu membunuh virus ini dengan tindak balas darah manusia. 

Bas amfibia Tokyo mula beroperasi

No comments:
Sky Duck
Sky Duck 

Bas amfibia pelancong pertama di Tokyo mula beroperasi semalam membawa 40 penumpang mengitari jalan raya di kawasan timur bandar raya itu sebelum menyusuri Sungai Naka untuk sesi ‘Perjalanan Air Tokyo’ selama 100 minit. 

Dua bas berkenaan yang bergelar ‘Sky Ducks’ berlepas dari mercu tanda baru Tokyo iaitu Skytree, menara komunikasi tertinggi di dunia dengan ketinggian 634 meter. 

Lembu duduk tanda hujan akan turun?

No comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

Tanggapan bahawa lembu akan duduk apabila hari hampir hujan dan berdiri lebih lama bila keadaan panas, membuktikan ada kaitan rapat antara tindak tanduk haiwan itu dan cuaca, menurut kajian terbaru saintis. 

Kajian itu memberi kredibiliti kepada cerita rakyat Britain yang mengisahkan ‘sekawan haiwan’ yang berbaring adalah petanda hujan akan turun. 

Wanita tak yakin wajah tanpa mekap

2 comments:
Gambar hiasan. (Sumber dari Google)
Gambar hiasan. (Sumber dari Google) 

80 peratus tunggu sebulan izin kekasih tengok wajah tanpa mekap 

London: Sebanyak 80 peratus wanita akan menunggu selama sebulan sebelum membenarkan teman lelaki melihat mereka tanpa solekan. 

Sama ada mengenakan bedak asas keseluruhan wajah atau sekadar mencalit pelembap bibir, kebanyakan wanita memerlukan bantuan untuk kelihatan cantik, terutama bagi menarik perhatian pada temu janji pertama. 

Bahaya kepak ayam pada wanita

No comments:

KISAH BENAR 

Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim dan dia menjalani pembedahan untuk membuang cyst tersebut. Cyst yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap. 

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau. 

Video : Suara Merdu Seorang Budak Jerteh Besut

2 comments:
Malam tadi, layan FB, terbaca status kat fanpage Ustaz Don Daniyal, di-sharenya video ni...masya Allah... nak tahu kenapa? Layan jer video ni. Tu jer. 



Kontena kapal jadi rumah sewa di Shanghai

No comments:
Kontena ini diubah suai menjadi sebuah apartmen lengkap dengan kemudahan termasuk bilik air.
Kontena ini diubah suai menjadi sebuah apartmen lengkap dengan
kemudahan termasuk bilik air. 

China menggunakan pelbagai cara mengatasi masalah kekurangan rumah di Shanghai termasuk menggunakan kontena kapal sebagai alternatif baru untuk dijadikan tempat berteduh penduduk miskin di kawasan itu. 

Di bawah program rumah kos rendah, sewa untuk setiap kontena yang diubah suai menjadi apartmen tersebut hanya AS$80 (RM250) sebulan. 

Kereta lasak enam roda dari Mercedes Benz

No comments:
Mercedes G63 AMG 6x6
Mercedes G63 AMG 6x6 

Mercedes Benz semalam mendedahkan keluaran terbaru - kereta lasak enam roda, yang pertama sejak model sama dikeluarkan untuk pemimpin Nazi di Jerman pada 1930-an. 

Mercedes G63 AMG 6x6 ini adalah model edisi terhad berdasarkan G-Wagon. 

Samsung Galaxy S4 diperkenalkan

No comments:
Samsung Galaxy S4. (Sumber dari Google)
Samsung Galaxy S4. (Sumber dari Google) 

Samsung memperkenalkan Galaxy S4 yang nipis dan canggih kelmarin sebagai gajet terbaharu untuk menyaingi Apple dalam segmen telefon pintar. 

Gergasi kepenggunaan elektronik itu memperkenalkan Galaxy S4 di pentas Dewan Radio City Music di New York. 

Menurut firma Korea Selatan tersebut, S4 akan dipasarkan di 155 buah negara April depan tetapi harganya belum didedahkan. 

"Bagi setiap manusia, hidup ini satu perjalanan," kata Ketua Divisyen Komunikasi Samsung, JK Shin. 

Jom sertai peraduan terbaru dari Volkswagen !

No comments:
--- Klik pada gambar ini untuk maklumat lanjut. ---

Ayuh! Jom kita ambil bahagian dalam peraduan ini sekarang, untuk memenangi barangan eksklusif ini dari Volkswagen.  

--- Klik pada gambar di atas untuk maklumat lanjut. --- 


Kisah Ular Tunggu Mayat Di Kubur

No comments:

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah..  

Kisah Benar…, kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukan yang datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah. 

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. 

Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. 

Kapal persiaran terbesar di dunia jalani ujian pelayaran

No comments:
Norwegian Breakway
Norwegian Breakway 

Sebuah kapal persiaran terbesar di dunia menjalani ujian pelayaran kelmarin apabila ia belayar dari limbungan Meyer Werft di Papenburg, utara Jerman. 

Kapal yang bernama Norwegian Breakway itu milik syarikat Norwegian Cruise Line itu boleh membawa kira-kira 4,000 penumpang. 

Ingin memiliki Samsung Galaxy SIII mini dengan harga RM999?

No comments:
Nak handphone Samsung Galaxy SIII mini ? Klik sini !

Kalau nak handphone Samsung Galaxy SIII mini tu, klik jer gambar kat atas tu. Itu jer. 


Angry Birds Toons bakal bersiaran di TV

No comments:

Angry Birds jadi siri kartun 

HELSINKI - Permainan aplikasi Angry Birds yang menjadi kegilaan ramai bakal disiarkan dalam bentuk siri kartun, hujung minggu ini. 

Jurucakap syarikat yang menghasilkan aplikasi mudah alih popular Rovio berkata, pelancaran siri itu bertujuan memberikan hiburan kepada peminat dan pengikut setia permainan tersebut. 

Fakta menarik tentang Durian Belanda

No comments:

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu? 

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. 

Dengan siapa kita bergaul?

No comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

Dengan siapa kita bergaul, itulah sifat kita. 

1. Bergaul dengan orang kaya, akan bertambah kecintaan kepada harta. 

2. Bergaul dengan orang miskin, akan bertambah sifat redha. 

3. Bergaul dengan para penguasa, akan bertambah sifat takabur. 

Komet dilihat berada di sebelah bulan sabit

No comments:
GAMBAR menunjukkan komet Pan-STARRS (dalam bulatan) berada di sebelah bulan sabit dekat Magdalena, New Mexico kelmarin.
GAMBAR menunjukkan komet Pan-STARRS (dalam bulatan) berada
di sebelah bulan sabit dekat Magdalena, New Mexico kelmarin. 

Komet kelihatan di sebelah bulan sabit 

CAPE CANAVERAL, Florida - Penduduk di Hemisfera Utara termasuk Amerika Syarikat (AS) dapat melihat kemunculan sebuah komet di sebelah bulan sabit kelmarin. 

Komet yang bernama Pan-STARRS itu juga dapat dilihat berada di sebelah bulan sabit dekat Magdalena, New Mexico dan di Las Vegas, AS. 

Gambar : Bermacam-macam rupa Johnny Deep

No comments:

Tablet pengganti buku teks di Amerika Syarikat

No comments:
Penggunaan iPad di dalam bilik darjah dikatakan dapat menarik minat dan memperbaiki cara pembelajaran mereka.
Penggunaan iPad di dalam bilik darjah dikatakan dapat menarik minat
dan memperbaiki cara pembelajaran mereka. 

WASHINGTON - Buku teks merupakan bahan penting dalam proses pengajaran di sekolah. 

Bagaimanapun, pelajar di Amerika Syarikat (AS) kini didedahkan dengan alat bantu mengajar yang lebih canggih dan ringan. 

Kebanyakan sekolah kini menggunakan iPad sebagai cara untuk menarik minat pelajar dalam kelas, ganjaran terhadap pencapaian cemerlang mereka selain dapat mengurangkan kos. 

Ketua program pendidikan tablet di bawah News Corp, Joel Klein berkata, pihak sekolah mesti mengambil peluang untuk menggunakan teknologi itu untuk memperkasakan guru dan memperbaiki cara pembelajaran murid. 

Promosi Hari Pendaftaran di KDU University College

No comments:
Klik gambar ini untuk maklumat lanjut.
Klik gambar ini untuk maklumat lanjut. 

KDU University College kini dibuka untuk pendaftaran bagi pengambilan baru. Daftar dari sekarang hingga 14 April 2013 untuk menikmati pengecualian 30% untuk semua program diploma, dan pengecualian yuran pendaftaran RM1600-RM2000. Terma & syarat dikenakan. (Klik sini untuk maklumat lanjut.) 

Bunyi gempa bumi sampai ke angkasa lepas

No comments:
Impak gempa bumi di Jepun yang dikesan oleh satelit GOCE. (Kredit gambar: ESA)
Impak gempa bumi di Jepun yang dikesan oleh satelit GOCE. (Kredit gambar: ESA) [Sumber

Paris: Bunyi gempa bumi besar disusuli tsunami di Jepun dua tahun lalu begitu kuat hingga dikesan satelit di angkasa lepas. 

Sebuah satelit khas Eropah yang mengelilingi bumi mengesan bunyi frekuensi rendah ombak tsunami yang berpunca daripada gerakan kerak bumi apabila gempa magnitud 9.0 itu bermula. 

Hampir 19,000 orang maut kerana tsunami yang berlaku memusnahkan penempatan awam dan melanda loji nuklear Fukushima menyebabkan reaktornya lebur selain memaksa berpuluh ribu penduduk hilang tempat tinggal. 

Wordless Wednesday : Sedihnya Firefox...

No comments:

Buaya pertama pakai ekor tiruan

No comments:
DENGAN bantuan ekor tiruan, Mr Stubbs belajar berenang semula selepas ekornya dibaham ketika masih muda.
DENGAN bantuan ekor tiruan, Mr Stubbs belajar berenang semula
selepas ekornya dibaham ketika masih muda. 

Phoenix: Seekor buaya bernama Mr Stubbs akan melakar sejarah tersendiri apabila dipasang ekor tiruan bagi membantunya hidup normal tidak lama lagi. 

Berusia sembilan tahun, reptilia itu adalah buaya pertama dilengkapi ekor buatan manusia. Mr Stubbs mengalami kecacatan bahagian belakang badannya selepas digigit ketika bergaduh dengan buaya lain. 

Kek berupa bayi baru lahir

No comments:
KEK bayi baru lahir, lengkap dengan tali pusat.
KEK bayi baru lahir, lengkap dengan tali pusat. 

Kek sambut 'orang baru'  

London: Bagaimana dengan kek hari jadi ini? Tukang masak kini meraikan keajaiban hidup dengan membuat kek berupa bayi yang baru dilahirkan. 

Rekaan aneh itu kelihatan seolah-olah hidup termasuk bayi yang masih mempunyai tali pusat melekat pada tubuhnya. 

Sebilah gunting yang dibuat daripada gula aising melengkapkan hadiah selamat datang ke dunia yang cukup pelik itu. 

Layari internet di dinding

No comments:
TEKNOLOGI Openarch mengubah dinding ruang tamu menjadi paparan komputer. (Gambar kecil, Cuervas-Monshe)
TEKNOLOGI Openarch mengubah dinding ruang tamu menjadi paparan komputer.
(Gambar kecil, Cuervas-Monshe) 

Penghuni sebuah kediaman futuristik di Sepanyol boleh melayari paparan internet di dinding ruang tamu, mematikan jam loceng atau menukar latar belakang bilik tidur kepada pemandangan tepi pantai atau suasana jalanan hanya dengan pergerakan tangan. 

Teknologi canggih itu yang sebelum ini digunakan dalam permainan video telah dipasang di sebuah apartmen prototaip di Fuenterrabia, utara Sepanyol. 

Pameran batu di atas batu di London

No comments:
SEBONGKAH batu yang diletakkan di atas sebuah lagi bongkah batu dipamerkan di Galeri Serpentine, Hyde Park, London semalam.
SEBONGKAH batu yang diletakkan di atas sebuah lagi bongkah batu
dipamerkan di Galeri Serpentine, Hyde Park, London semalam. 

Para pengunjung di Galeri Serpentine di Hyde Park di sini kini boleh melihat sebongkah batu diletakkan di atas sebuah bongkah lagi batu.

Artis seni terkenal dari Switzerland, Peter Fischli dan David Weiss menghasilkan kerja seni unik itu yang mula dipamerkan semalam. [Sumber]

Wow ! Russell Crowe rakam imej 'UFO' di Sydney (video)

No comments:
GAMBAR objek terbang tidak dikenali yang dirakamkan oleh Crowe disiarkan di YouTube sejak semalam.
GAMBAR objek terbang tidak dikenali yang dirakamkan oleh Crowe
disiarkan di YouTube sejak semalam.  

Imej UFO dirakam Crowe dibincang dengan meluas 

SYDNEY - Gambar objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dirakamkan oleh aktor terkenal Hollywood, Russell Crowe dibincangkan dengan hangat di internet, lapor akhbar The Sydney Morning Herald semalam. 

Crowe sebelum ini menyatakan imej UFO itu dirakamkan di luar pejabatnya di sini. 

Klip video yang disiarkan di laman perkongsian sosial YouTube menunjukkan objek berwarna merah dengan cahaya berwarna kuning melintasi luar tingkap pejabatnya. 

'Little Psy' mahu cipta populariti

No comments:
GAMBAR yang dirakamkan dari muzik video Oppa Gangnam Style di YouTube menunjukkan Hwang Min-woo menari bersama Psy.
GAMBAR yang dirakamkan dari muzik video Oppa Gangnam Style
di YouTube menunjukkan Hwang Min-woo menari bersama Psy. 

Budak menari dalam muzik video Psy mahu cipta populariti 

Seorang budak lelaki yang menari di sebelah Psy menerusi muzik video Oppa Gangnam Style berhasrat mahu mencipta populariti seperti yang dikecapi penyanyi rap Korea Selatan itu. 

Little Psy atau nama sebenarnya Hwang Min-woo bakal melancarkan sebuah lagu pop elektro pada minggu depan melalui iTunes. 

Ayat-ayat Kelakar Sepanjang Zaman Oleh Samy Vellu

9 comments:
Samy Vellu

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju: 
"Besoh kirim, hari ini juga sampai" 

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu: 
"Ini perkara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar" 

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah: 
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai” 

WeChat For Malaysia - English

No comments:
Click HERE for more info.
WeChat is the new way to connect with friends across platforms - whether iPhone, Android, Blackberry or Windows Phone! Over 1 million Malaysian users are on WeChat. With voice chat, video calling, custom emoticons, 'look around' to find nearby friends, WeChat is the most feature packed smartphone messenger with over 300 million users worldwide. 

--> Click HERE for more info. 

Arnab gergasi mampu berenang

No comments:
Arnab boleh berenang sama seperti anjing.
Arnab boleh berenang sama seperti anjing. 

LONDON - Tidak ramai yang tahu sebenarnya arnab boleh berenang sama seperti anjing. 

Hal itu dapat dilihat apabila seorang wanita yang memiliki arnab gergasi telah memaksa haiwan itu berenang di dalam kolam hidroterapi bagi merawat penyakit artritis. 

Hotel Panda pertama di dunia

No comments:

SICHUAN - Sebuah hotel bertemakan beruang Panda telah dibuka di bandar ini, di barat daya China pada minggu ini, lapor akhbar Huffington Post. 

Hotel tersebut dibina untuk menarik kehadiran pelancong asing ke negara itu. 

Menurut akhbar China Daily, hiasan dalam hotel tersebut dipenuhi dengan beraneka perhiasan yang berkaitan dengan beruang Panda. 

Bahaya duduk terlalu lama

No comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

Adakah anda duduk dengan selesa? Lebih baik jangan, kerana bukti perubatan mendapati duduk terlalu selesa boleh mengurangkan jangka hayat anda. 

Kerusi yang boleh meletak tangan, kerusi pejabat dan sofa sebenarnya boleh mengundang bahaya. 

Duduk yang lama di kerusi berkenaan boleh meningkatkan bahaya kerana ia dikaitkan dengan beberapa wabak moden yang bertoksik daripada kanser, sakit jantung dan tekanan darah tinggi sehinggalah kepada angin ahmar. 

Wordless Wednesday : Weird Stuff

No comments:

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...