Ni apa ceritanya kat sini?

Mandian garam punca ganas, halusinasi

2 comments:
Gambar hiasan.

Saintis menemui kekuatan mengejutkan bahan utama dalam mandian garam yang membuatkan pengguna berdepan kesan selepasnya selama beberapa hari. 

♥ Pantun Facebook ♥

No comments:

Dua minit sekali keluar post dia, 
Sampai nak ke jamban pun di cerita, 
Dia ingat kawan-kawan nak tahu agaknya, 
Dia tak tahu kita yang muak membaca.. 

Anggota tentera laut Thai menari tarian kuda (video)

No comments:
GAMBAR rakaman video yang tidak bertarikh menunjukkan beberapa anggota tentera laut menari tarian kuda di Pulau Phuket.
GAMBAR rakaman video yang tidak bertarikh menunjukkan
beberapa anggota tentera laut menari tarian kuda di Pulau Phuket. 

Beberapa anggota Tentera Laut Diraja Thailand menari tarian kuda yang sebelum ini dipopularkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Psy dalam muzik video Gangnam Style, lapor agensi berita AP semalam. 

Klip video yang menunjukkan anggota tentera itu menari tarian tersebut dimuat naik di laman YouTube pada Khamis lalu. 

Ostrich Pillow, bantal ciptaan baru (video)

No comments:
Ostrich Pillow
Ostrich Pillow 

Syarikat reka bentuk, Kawamura Ganjavian Studios mencipta sejenis produk bantal yang boleh digunakan untuk tidur dengan selesa tidak kira di mana-mana sahaja. 

Kebiasaannya, orang ramai yang sering tidur di platform kereta api, lapangan terbang atau di atas meja di pejabat akan mengalami sakit tengkuk. 

Samsung lancar Galaxy Note II

2 comments:
DUA orang model menunjukkan beberapa buah telefon pintar Galaxy Note II pada majlis pelancarannya di Seoul, Korea Selatan semalam.
DUA orang model menunjukkan beberapa buah telefon pintar
Galaxy Note II pada majlis pelancarannya di Seoul, Korea Selatan
semalam. 

SEOUL - Syarikat gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics semalam melancarkan model telefon pintar terbaharunya, Galaxy Note II hanya seminggu selepas telefon pintar iPhone 5 keluaran Apple Inc. dipasarkan. 

Galaxy Note II yang diperkenalkan buat pertama kali di Berlin bulan lalu akan dijual di 128 buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi. 

Buang dosa ke dalam air

1 comment:
SEJUMLAH penduduk ortodoks Yahudi berdoa di depan  kolam plastik yang mengandungi beberapa ekor ikan di Bnei Brak, dekat Tel Aviv kelmarin.

BNEI BRAK, Israel - Sejumlah penduduk ortodoks Yahudi mengelilingi sebuah kolam plastik yang mengandungi beberapa ekor ikan di sini kelmarin. 

Mereka kemudian berdoa bagi membuang dosa masing-masing ke dalam air. 

Cebisan roti kemudian dibaling ke dalam kolam tersebut sebagai lambang keluarnya dosa-dosa penganut agama Yahudi itu. 

[Sumber


WW : Angry Birds Eggs

1 comment:


Cubaan hasilkan salad terbesar di dunia

No comments:
SEORANG sukarelawan menambahkan kandungan sayur-sayuran sebagai usaha untuk menghasilkan salad terbesar di dunia di Pantelimon semalam.
SEORANG sukarelawan menambahkan kandungan sayur-sayuran
sebagai usaha untuk menghasilkan salad terbesar di dunia
di Pantelimon semalam. 

BUCHAREST, Romania - Sekumpulan sukarelawan berusaha untuk menghasilkan salad terbesar di dunia di Pantelimon dekat sini semalam. 

Antara sayur-sayuran yang digunakan untuk membuat salad itu ialah 20 tan tomato, timun, bawang dan lobak. 

[Sumber


Pertandingan misai, janggut di timur Perancis

No comments:
KOMBINASI gambar menunjukkan beberapa peserta yang menyertai pertandingan misai dan janggut di Mulhouse kelmarin.
KOMBINASI gambar menunjukkan beberapa peserta yang menyertai
pertandingan misai dan janggut di Mulhouse kelmarin. 

MULHOUSE - Lebih 100 orang menyertai pertandingan misai dan janggut peringkat Eropah di sini, timur Perancis kelmarin. 

Pertandingan peringkat Eropah itu diadakan buat kali pertama. 

Panel juri akan menilai dan memilih pemenang pertandingan tersebut. 

[Sumber


Pengurus Justin Bieber ramal PSY boleh jadi bintang besar

No comments:
PSY membuat persembahan pada Festival Muzik iHeart Radio di Arena Grand Garden, Las Vegas pada Jumaat lalu.
PSY membuat persembahan pada Festival Muzik iHeart Radio
di Arena Grand Garden, Las Vegas pada Jumaat lalu. 

LOS ANGELES - Pengurus penyanyi Justin Bieber, Scooter Brown menunjukkan keyakinan bahawa penyanyi rap Korea Selatan, Psy akan memperoleh kejayaan besar pada masa depan, lapor portal hiburan KpopStarz semalam. 

Psy terkenal dengan tarian kuda menerusi muzik video Gangnam Style

Penyanyi rap tersebut juga pernah membuat persembahan untuk program televisyen Today Show terbitan stesen NBC. 

Tukang besi bina badan helikopter

No comments:

SHENYANG, China - Seorang tukang besi, Tian Shengying membina badan sebuah helikopter hanya dalam tempoh setengah bulan.

Shengying, 55, turut menghasilkan ekor dan kipas helikopter tersebut.

Dia tidak menggunakan sebarang pelan ketika membuat badan dan peralatan tersebut.

Tukang besi tersebut menghasilkan ciptaannya itu selepas mendapat permintaan daripada sebuah pusat penyelidikan pesawat tanpa juruterbang.

[Sumber]

Hakim tolak permohonan aktres filem hina Nabi

No comments:

LOS ANGELES - Hakim sebuah mahkamah di sini menolak permohonan seorang aktres filem yang menghina Nabi Muhamaad SAW kelmarin.

Aktres itu, Cindy Lee Garcia memohon supaya sedutan filem Innocence of Muslims selama 14 minit dikeluarkan daripada laman YouTube.

Bagaimanapun, Hakim Luis Lavin menolak permohonan itu kerana dia tidak mengemukakan sebarang perjanjian bertulis bahawa dia ditipu untuk berlakon dalam filem yang sebenarnya menghina Nabi Muhammad.

Garcia menyaman syarikat Google yang memiliki YouTube.

Menurut aktres itu, dia mendapat ancaman bunuh ekoran filem berkenaan.

Peguam bela Garcia, Cris Armenta memberitahu pemberita, dia akan mengemukakan bukti untuk kes tersebut.


24,000 pengguna Facebook dapat jemputan parti hari lahir

No comments:
Gambar hiasan.

THE HAGUE: Polis di bandar kecil di Belanda semalam bersedia menghadapi kebanjiran orang ramai selepas jemputan seorang pelajar untuk meraikan hari lahirnya terbesar luas di Facebook. 

Polis bandar Haren di Groningen diletakkan dalam keadaan bersedia ekoran jemputan remaja berusia ke-16 tahun itu. 

Ia menjadi masalah apabila jemputan dibuat tanpa menjelaskan majlis berkenaan bersifat tertutup. Jurucakap polis berkata, mereka mengambil langkah tambahan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. 

Akhbar De Telegraaf melaporkan, 24,000 orang menerima jemputan itu dan 2,400 daripadanya bersetuju hadir ke Haren yang didiami 18,000 penduduk. 

[Sumber


Kubur batu kapur lebih 1,000 tahun di Filipina

No comments:
SEBUAH kubur kuno yang ditemui di puncak Gunung Kamhantik di Filipina pada 26 Februari tahun lalu.
SEBUAH kubur kuno yang ditemui di puncak Gunung Kamhantik
di Filipina pada 26 Februari tahun lalu. 

Sepasukan ahli arkeologi menemui tinggalan sebuah kampung purba di puncak sebuah gunung yang dilitupi hutan di Flipina bersama beberapa keranda batu kapur yang belum pernah ditemui di negara Asia Tenggara berkenaan, kata seorang pegawai semalam. 

Pegawai Muzium Nasional, Eusebio Dizon berkata, kampung tersebut terletak di kawasan seluas lima hektar di atas Gunung Kamhantik dekat bandar Mualanay di wilayah Quezon. 

Aktres saman penerbit filem Innocence of Muslims

2 comments:
Cindy Lee Garcia
Cindy Lee Garcia 
Aktres yang berlakon dalam filem anti-Islam dan mencetuskan kemarahan di seluruh dunia, Cindy Lee Garcia menyaman penerbit filem berkenaan atas tuduhan menipu dan fitnah. 

Garcia turut menggesa supaya Google mengeluarkan klip filem itu dari dalam talian. Saman yang difailkan pada Rabu di Los Angeles menyatakan bahawa dia ditipu oleh Nakoula Basseley Nakoula, individu yang bertanggungjawab menghasilkan filem Innocence of Muslims. 

Dia mendakwa tidak menyedari filem itu mengandungi unsur anti-Islam dan menyatakan skrip yang diterimanya langsung tidak menyebut mengenai Nabi Muhammad SAW. 

Saman itu menjelaskan bahawa Garcia mengetahui mengenai filem terbabit melalui satu iklan dan akan muncul dalam sebuah filem Mesir purba yang kemudiannya berubah menjadi mesej anti-Islam. 

"Filem ini keji dan patut dikecam. Saman ini bukanlah serangan terhadap hak rakyat Amerika meluahkan apa yang mereka fikir. Saman ini juga menggesa supaya kandungan yang menghina sebegini dikeluarkan daripada internet," kata peguam Garcia, M. Cris Armenta dalam satu kenyataan. 

Peguam Garcia turut merancang untuk mendapatkan injunksi terhadap filem itu di sebuah mahkamah di Los Angeles. 

Sejak filem Innocence of Muslims tersebar, wanita itu menerima banyak ugutan bunuh dan tidak lagi boleh melawat cucunya. Filem tersebut juga memburukkan reputasinya, selain menyebabkan dia berasa malu, terhina dan terluka. 

[Sumber


William dan Kate saman majalah Closer

2 comments:
William & Kate

Isteri Putera William, Catherine semalam berdepan dengan tindakan yang akan memalukannya lagi berhubung gambar separuh bogelnya apabila satu lagi majalah Itali berkata, ia akan menyiarkan gambar berkenaan. 

Pasangan diraja Britain itu itu sudahpun memulakan tindakan undang-undang terhadap majalah Closer, selepas ia menyiarkan gambar yang dirakam paparazi menunjukkan Catherine berjemur bersama-sama suaminya dalam keadaan separuh bogel. 

PSY rayu datuk bandar ambil semula pekerja dipecat

No comments:
PSY
PSY 

LOS ANGELES – Penyanyi rap dari Korea Selatan yang kini terkenal dengan tarian kuda, PSY meminta supaya 13 anggota penyelamat di sebuah kolam renang di bandar El Monte yang dipecat diambil semula bekerja, lapor akhbar Los Angeles Times kelmarin. 

Semua anggota penyelamat itu dipecat kerana mereka menari tarian kuda berdasarkan muzik video Gangnam Style yang dipopularkan PSY. 

Kod Rahsia Dalam Telefon Pintar Android

2 comments:
Android OS

Kod Rahsia Dalam Telefon Pintar Android 

Assalamualaikum dan Selamt sejahtera, bagi korang yang memiliki telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, kemungkinan besar ada antara korang yang tidak tahu menahu mengenai kod-kod rahsia OS Android di dalam telefon pintar korang tu..Hal ini kerana, kod-kod ini tidak disediakan dalam manual pembelian telefon pintar dan ada sesetengah daripadanya amat sukar untuk ditemui di dalam Internet.. 

WW : Aiskrim bunga ros

No comments:


Video : Breakdance (by Faradyable)

No comments:



Lumba traktor di Jerman

No comments:
SEBUAH traktor yang diubah suai beraksi pada pertandingan traktor di bandar Fuechtorf, Jerman kelmarin.
SEBUAH traktor yang diubah suai beraksi pada pertandingan traktor
di bandar Fuechtorf, Jerman kelmarin. 

Traktor berentap di Jerman 

FUECHTORF - Satu pertandingan traktor diadakan di sini, barat Jerman kelmarin. 

Dinamakan Tractor Pulling Euro Championships, acara tersebut disertai oleh 80 buah pasukan dari seluruh benua Eropah. 

Pertandingan selama dua hari itu menyaksikan penyertaan pelbagai jenis traktor yang diubah suai dan berkuasa tinggi. 

Traktor yang dapat menarik beban sejauh mungkin di atas trek sejauh 100 meter akan memenangi pertandingan tersebut. 

[Sumber


PSY mahu jadi penyanyi Korea terhebat di AS

No comments:
PENYANYI rap Korea Selatan, Psy bergambar di belakang pentas selepas menyampaikan satu anugerah pada Anugerah Muzik Video MTV di Los Angeles pada Khamis lalu.
PENYANYI rap Korea Selatan, Psy bergambar di belakang pentas
selepas menyampaikan satu anugerah pada Anugerah Muzik Video
MTV di Los Angeles pada Khamis lalu. 

Artis rap Korea Selatan, PSY kini popular di Amerika Syarikat (AS) ekoran video muzik lagunya Gangnam Style kini melepasi 130 juta tontonan di YouTube. 

Klip video lagu berkenaan mula disiarkan di laman perkongsian video tersebut pada pertengahan Julai lalu. 

Lelaki Arab sorok monyet dalam seluar

No comments:
Slender Loris (Sumber dari Google)

NEW DELHI: Kastam India menahan seorang lelaki yang cuba menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi bersama seekor monyet terancam disorok dalam seluar dalamnya, kata pegawai agensi itu, semalam. 

Suspek berasal dari Emiriah Arab Bersatu kini ditahan bersama dua rakannya. 

Menara Lego tertinggi di dunia

No comments:
KREN digunakan untuk menyiapkan menara Lego itu.
KREN digunakan untuk menyiapkan menara Lego itu. 

PRAGUE, Republik Czech - Sebuah menara yang diperbuat daripada bongkah kecil Lego dibina oleh sejumlah peminat permainan itu di sini kelmarin. 

Menara itu setinggi 32.5 meter sekali gus mencipta rekod dunia mengatasi ketinggian binaan yang sama di Britain. 

Pertandingan tebang batang pokok di Norway

No comments:
SEORANG peserta menunjukkan kemahirannya pada pertandingan akhir Kejohanan Dunia Menebang Batang Pokok Stihl di Lillehammer kelmarin.
SEORANG peserta menunjukkan kemahirannya pada
pertandingan akhir Kejohanan Dunia Menebang
Batang Pokok Stihl di Lillehammer kelmarin. 
LILLEHAMMER, Norway - Lebih 100 peserta mengambil bahagian pada pertandingan akhir Kejohanan Dunia Menebang Batang Pokok Stihl di sini kelmarin. 

Para peserta dari 24 buah negara itu menunjukkan kemahiran mereka menebang batang pokok dengan menggunakan kapak dan gergaji rantai. 

[Sumber


Padah tiru video Gangnam Style (video)

No comments:
Video Lifeguard Style undang kemarahan majikan penyelamat kolam renang di El Monte.
Video Lifeguard Style undang kemarahan majikan
penyelamat kolam renang di El Monte. 

El Monte: Sekumpulan penyelamat kolam renang di sini menyangka usaha mereka beraksi menggunakan rakaman video rap muzik Korea Selatan akan mendapat pujian, tetapi sangkaan mereka meleset. 

Majikan mereka tidak bersetuju dengan usaha itu dan memecat 14 penyelamat kolam renang berkenaan yang bertugas di sini, minggu lalu. 

Doa Jauh Dari Santau

No comments:

Hias komputer cara mewah (video)

No comments:
Dua buah komputer yang dihias dengan gaya zaman Raja Perancis Louis XVl, hasil rekaan Georges Chirita.
Dua buah komputer yang dihias dengan gaya zaman
Raja Perancis Louis XVl, hasil rekaan Georges Chirita. 

Adakah anda dapati komputer anda tidak menepati gaya mewah seperti hiasan dalaman kediaman anda? Semua tiada masalah apabila seorang usahawan Perancis mengupah sekumpulan tukang tradisional untuk mengubah komputer peribadi anda mengikut cita rasa istana Eropah. 

Bosan dengan warna plastik kelabu pejabat, bengkel milik Georges Chirita di luar Paris mengubah satu-satunya komputer yang dihiasi dengan loyang berkilat dan daun emas, dipasang pada marmar lengkap dengan papan kekunci dan tetikus disaluti kulit. 

“Apabila orang mula memasang chandelier Louis XV dengan mentol lampu, semua orang terperanjat. Kini mereka tidak lagi hairan,” kata usahawan kelahiran Romania, yang juga seorang jurutera elektrik yang tinggal di Perancis sejak 22 tahun lalu.  

Kembar 4 dicam dengan nombor di kepala (video)

No comments:
Tindakan kreatif ibu kanak-kanak ini bagi memudahkan mereka dicam di sekolah

Nombor pemudah kenal kembar 

Seorang ibu kreatif bertindak mencukur kepala anak kembar empatnya dengan meninggalkan sebahagian rambut di tengah-tengah kepala berbentuk nombor bagi memudahkan kanak-kanak itu dicam guru di sekolah. 

Angry Birds Space v1.3.0 (PC Version)

No comments:

Untuk game Angry Birds Space versi 1.3.0 ini, terdapat 20 level pada "Red Planet". Dalam 20 level tersebut, mempunyai 2 Space Egg Level dan 3 Golden Eggs Steroids. (Fakta dari dytoshare.us

Nak download game ini, klik jer button kat bawah ini. 



Angry Birds Season v2.5.0 (Back To School)

No comments:
Angry Birds Season v2.5.0 (Back To School)

Sesudah 2 bulan game Angry Birds Season v2.4.1 dikeluarkan, kini sudah ada versi terbaru... Versi kali ini, 2.5.0... Juga dikenali Angry Birds Season Back To School

Neil Armstrong akan disemadi di laut

No comments:
Neil Armstrong (1930-2012)
Neil Armstrong (1930-2012) 

Manusia pertama yang memijakkan kaki di bulan akan disemadikan di laut, kata jurucakap keluarga Neil Armstrong. 

“Saya jangka ia adalah majlis tertutup,” kata jurucakap, Rick Miller. 

Beliau berkata, maklumat lanjut tentang persemadian itu tidak dapat diperoleh. 

Majlis pengebumian itu akan berlangsung pada 13 September ini. 

[Sumber


Lelaki telan berlian ditahan

No comments:
Berlian yang ditelan Chou berjaya dikeluarkan dari perutnya.
Berlian yang ditelan Chou berjaya dikeluarkan dari perutnya. 

Seorang lelaki yang melawat satu pameran permata di Sri Lanka dilaporkan menelan sebutir berlian di hadapan pemiliknya menyebabkan beliau terpaksa dibawa ke hospital oleh pihak polis. 

Hasil X-ray menunjukkan permata berharga AS$13,000 (RM45,530) itu berada di dalam perut lelaki berkenaan. 

Gambar Itali 'bercahaya' dari angkasa lepas

No comments:
SEORANG angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa merakamkan imej Itali termasuk Pulau Sicily (kiri) yang dipenuhi dengan cahaya lampu kelmarin.
SEORANG angkasawan di Stesen Angkasa Lepas
Antarabangsa merakamkan imej Itali termasuk
Pulau Sicily (kiri) yang dipenuhi dengan
cahaya lampu kelmarin. 
Itali dipenuhi cahaya lampu 

Salah seorang angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa merakamkan gambar di kawasan pesisiran Laut Mediterranean kelmarin. 

Gambar itu menunjukkan negara Itali terutamanya di bandar raya Rom, Naples dan di Pulau Sicily dipenuhi dengan limpahan cahaya lampu. 

Angkasawan itu merakamkan gambar tersebut pada ketinggian 386.24 kilometer dari permukaan Laut Mediterranean. 

[Sumber


PSY menari bersama hos Anugerah MTV

No comments:
HART menari tarian kuda bersama PSY pada Anugerah Muzik Video MTV di Pusat Staples, Los Angeles kelmarin.
HART menari tarian kuda bersama PSY pada Anugerah Muzik Video MTV
di Pusat Staples, Los Angeles kelmarin. 

LOS ANGELES - Penyanyi rap Korea Selatan yang menjadi terkenal dengan mendadak di Amerika Syarikat (AS), PSY menari tarian kuda bersama hos Anugerah Muzik Video MTV, Kevin Hart di Pusat Staples sini kelmarin. 

Tarian kuda itu kini menjadi popular ekoran ia dipersembahkan menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube sejak 15 Julai lalu. 

Ibu dua anak terkejut temui telur bulat

No comments:
Cassie Greenhill menunjukkan telur ayam berbentuk bulat miliknya.

Ketika Cassie Greenhill bersiap-siap memasak telur dadar untuk dua anaknya minggu lalu, dia tahu ada yang tidak kena dengan telur ayam berkenaan. 

Bagi Cassie, 32, dia bagaikan tidak percaya apabila melihat telur itu berbentuk bulat sepenuhnya - berbeza daripada telur biasa. 

‎4 Jenis Lelaki Yang Ditarik Perempuan ke Neraka

2 comments:

4 Jenis Lelaki Yang Ditarik Perempuan ke Neraka 

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul. 

Anggota polis berpaut pada cermin kereta (video)

No comments:
HYUN-CHEOL kemudian berpaut pada cermin kereta itu.
HYUN-CHEOL kemudian berpaut pada cermin kereta itu. 

BUSAN, Korea Selatan - Seorang anggota polis trafik di sini digelar sebagai John McClane Korea Selatan selepas dia meniru aksi hero filem Die Hard itu ketika menangkap seorang penjenayah, menurut media semalam. 

Saluran berita Amerika Syarikat, CNN melaporkan Kim Hyun-cheol, 33, disanjung sebagai wira kerana keberaniannya berpaut pada cermin hadapan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang suspek selama 25 minit bagi menghalang lelaki berkenaan daripada melepaskan diri. 

Windows 8 masuk pasaran 26 Oktober

No comments:
Windows 8 bakal menjadi sistem operasi pertama Microsoft direka untuk komputer desktop dan juga tablet
Windows 8 bakal menjadi sistem operasi pertama Microsoft
direka untuk komputer desktop dan juga tablet. 

Windows 8, yang akan berada di pasaran 26 Oktober ini, bakal menjadi sistem operasi pertama Microsoft direka untuk komputer desktop dan juga tablet. 

Pengguna yang kini menggunakan sistem Windows XP, Vista atau Windows 7 juga boleh menaik taraf kepada Window 8 Profesional dengan harga AS$9.99 melalui pembelian atas talian. 

WW : Lain Orang, Lain Pendapat

No comments:


WW : No Gangnam Style

No comments:


WW : Bayar ikut bunyi

No comments:


Pembaca berita tv Mesir tampil bertudung

2 comments:
Imej daripada televisyen kerajaan Mesir menunjukkan Fatma Nabil memakai tudung semasa membaca berita melalui Channel 1 di Kaherah, kelmarin.
Imej daripada televisyen kerajaan Mesir menunjukkan Fatma Nabil memakai
tudung semasa membaca berita melalui Channel 1 di Kaherah, kelmarin. 

Buat pertama kalinya, penyampai berita wanita di negara ini muncul di kaca televisyen dengan memakai tudung, semalam selepas kerajaan baru Mesir menarik balik larangan pengharaman yang dilaksanakan sejak beberapa dekad lalu. 

Larangan tersebut berakhir apabila pembaca berita Fatma Nabil muncul dalam buletin berita stesen rasmi televisyen tengah hari semalam, dengan memakai tudung kepala berwarna krim dipadankan dengan suit hitam. 

Singapura sedia garaj dalam rumah

No comments:
Apartmen Hamilton menyediakan garaj di dalam kediaman penduduk.
Apartmen Hamilton menyediakan garaj di dalam kediaman penduduk. 

Pemilik rumah apartmen atau kondominium sering mengalami masalah untuk memakir kereta mewah mereka kerana khuatir ia mungkin akan menjadi objek vandalisme pihak tidak bertanggungjawab. 

Bagaimanapun, penduduk di Singapura tidak lagi akan menghadapi masalah itu kerana sebuah apartmen eksklusif 30 tingkat yang menelan kos antara 6 juta pound (RM30 juta) dan 15 pound (RM74 juta) telah siap menyediakan garaj di dalam kediaman mereka. 

Cucu pencipta Red Bull disyaki langgar polis

No comments:
VORAYUTH diiringi seorang anggota polis di Bangkok semalam.
VORAYUTH diiringi seorang anggota polis di Bangkok semalam. 

BANGKOK - Seorang cucu pencipta minuman bertenaga Red Bull disyaki memandu sebuah kereta Ferrari yang melanggar dan membunuh seorang anggota polis di sini sebelum dia melarikan diri. 

Polis menahan cucu pencipta Red Bull itu, Vorayuth Yoovidhya untuk disoal siasat semalam. 

Dia ditahan selepas terdapat titisan minyak kereta tersebut yang bocor dilihat berada di atas jalan menuju ke kediaman datuknya, Chaleo Yoovidhya di kawasan perumahan mewah. 

Kerusi gergasi diiktiraf terbesar di dunia

No comments:
DUA orang berjalan di depan kerusi terbesar di dunia di sebuah pusat beli-belah di Shanghai semalam.
SHANGHAI - Sebuah kerusi setinggi 6.8 meter (m) dan lebar 7.7m telah diiktiraf sebagai yang terbesar di dunia. 

Pengiktirafan itu dibuat oleh Persatuan Rekod Dunia yang beribu pejabat di Hong Kong. 

Kerusi itu ketika ini dipamerkan di sebuah pusat beli-belah di sini. 

[Sumber


10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Dunia Tahu

No comments:

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom Kita nak dedahkan 10 daripadanya! 

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!. 

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian. 

Ikan 'unicorn' mirip manusia?

No comments:
Nimrod atau ikan 'unicorn' kini dipamerkan di pusat akuatik di Weymouth dan mampu mengubah warna tubuhnya. (Gambar kecil) Pesawat yang didakwa mirip wajah Nimrod.
Nimrod atau ikan 'unicorn' kini dipamerkan di pusat akuatik
di Weymouth dan mampu mengubah warna tubuhnya.
(Gambar kecil) Pesawat yang didakwa mirip wajah Nimrod. 

Salah satu ikan paling unik di planet ini adalah ikan 'unicorn' yang dianggap mirip wajah manusia kerana memiliki hidung yang besar. 

Malah, para saintis berpendapat seluruh kepala hidupan akuatik itu aneh kerana seakan-akan wajah manusia yang sedang marah. 

Kawal TV dengan kelipan mata

No comments:
Kelip sahaja mata anda, siaran tv pasti bertukar mengikut mode mata.

Satu lagi inovasi teknologi kali ini menyebelahi mereka yang gemar melepak dan menonton televisyen (TV) dan hanya perlu mengelipkan mata jika mahu mengubah siaran atau sebagainya. 

TV Kawalan Mata yang dikeluarkan di bawah jenama Haier China itu, dilengkapi dengan alat peranti besar yang diletakkan di hadapan tv kemudian pengguna hanya perlu mengelipkan matanya bagi menukar saluran, mengubah nada suara, mematikan atau membuka siaran tv mereka. 

Set kepala 'godam' otak manusia dicipta

No comments:
Set kepala ini dikatakan boleh mendapatkan maklumat rahsia menerusi interaksi dengan komputer.
Set kepala ini dikatakan boleh mendapatkan maklumat
rahsia menerusi interaksi dengan komputer. 

Ia mungkin kelihatan seperti ciptaan yang sering digunakan di dalam filem sains fiksyen. 

Bagaimanapun, kumpulan saintis dari Universiti California, Oxford dan Geneva berjaya merealisasikannya ke dalam dunia realiti. 

Menurut mereka, alat menyerupai set kepala itu mampu untuk 'menggodam' otak manusia untuk mendapatkan maklumat rahsia termasuk nombor pin mereka menerusi interaksi dengan komputer. 

Keanehan dan keajaiban Telaga Zam Zam

2 comments:

-Keanehan dan keajaiban Telaga Zam Zam- 

Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali. 

Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir. 

PSY dedah kisah tarian kuda

No comments:
Aksi tarian kuda dari PSY dalam muzik video Gangnam Style di YouTube

Penyanyi rap Korea Selatan, PSY yang melonjak popular hanya kerana tarian kuda dalam muzik video Gangnam Style di YouTube mendedahkan kisah tentang tarian tersebut, lapor portal hiburan kpopstarz.com semalam. 

Menurutnya, tarian itu dihasilkan selepas parti untuk konsertnya diadakan di Daegu pada tahun lalu. 

Dia yang berbadan gempal dan berusia 34 tahun memberitahu, selepas partinya, terdapat satu persembahan bakat dengan wang sebagai ganjaran untuk pemenang. 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...