Ni apa ceritanya kat sini?

Doktor Cabut Semua Gigi Bekas Kekasih

2 comments:
Gambar hiasan. Sumber dari Google.
Gambar hiasan. (Sumber dari Google) 

Seorang doktor gigi di Poland berdepan hukuman penjara kerana mencabut semua gigi bekas teman lelakinya selepas lelaki itu meninggalkannya hanya beberapa hari sebelum itu. 

Mangsa, Marek Olszewski, 45, ke klinik gigi tempat bekas teman wanitanya, Anna Mackowik, 34, bekerja akibat sakit gigi kerana menyangkakan wanita itu akan bertindak profesional dan melupakan tindakannya meninggalkannya, lapor akhbar Daily Mail. 

Mackowiak memberi Olszewski ubat bius yang kuat dan memberitahu mulutnya akan berasa kebas dan tidak mampu merasa apaapa. 

Niat Dalam Hati 8 Perkara Ketika Berwuduk

6 comments:

Sebelum bercerita pasal niat dalam hati 8 perkara ketika berwuduk, terlebih dulu, hendaklah kita lafaz niat wuduk, kemudian, barulah niat dalam hati 8 perkara ketika berwuduk, dan akhir sekali, doa selepas wuduk

Bayi Tiga Tangan Dilahirkan di Pakistan

No comments:
Bayi perempuan yang baru berusia lima hari ini dilahirkan dengan tiga tangan, kes yang berlaku satu dalam sejuta kelahiran. - AGENSI

Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di sini (Multan, Pakistan) menjadi tumpuan penduduk tempatan kerana memiliki tiga tangan, kes yang hanya berlaku satu dalam sejuta kelahiran. 

Bayi yang baru berusia lima hari itu mempunyai sepasang tangan sempurna di sebelah kiri dan kanan serta satu lagi tangan yang bersambung di bahagian belakang berdekatan saraf tunjang. 

Bapanya, Waqar Ahmed, dari perkampungan Tuansa Sharif, daerah Dera Ghazi Khan, di sini membawa bayi itu ke hospital selepas dilahirkan Isnin lalu. 

Ucapan Buat Diri Sendiri

4 comments:
Alamak, baru terfikir plak nak buat entri 'syok sendiri' ni.... Bukan apa, cuma nak ucap buat diri sendiri jer.... 

"HAPPY BIRTHDAY DAY TO ME" 



Tu jer... malas nak bebel banyak banyak.... hehehe... 


Didier Montalvo Kini Bukan Lagi 'Budak Penyu'

No comments:
KEADAAN belakang Montalvo sebelum pakar bedah membuang tahi lalat gergasi.
KEADAAN belakang Montalvo sebelum pakar
bedah membuang tahi lalat gergasi. 
Nasib ‘budak penyu’ yang mempunyai tahi lalat gergasi pada badannya kini berubah selepas dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan, lapor media semalam. 

Berasal dari Colombia, Didier Montalvo, 6, lahir dengan masalah itu - dikenali dalam istilah perubatan sebagai Congenital Melanocytic Nevus - dan berpotensi membahayakan dirinya. 

Bagaimanapun, disebabkan keadaan ekonomi ibunya, Luz, tidak mengizinkan, mereka gagal mengumpul wang mencukupi bagi membolehkan dia menjalani pembedahan membuang tahi lalat berkenaan. 

Hidup di kawasan pedalaman juga menyebabkan keluarga Montalvo terikat dengan kepercayaan tahyul. 

Berdasarkan pandangan pawang, budak itu dipercayai mula menjadi janin ketika gerhana. 

Mereka juga bimbang Montalvo mungkin diganggu roh jahat dan ia akan menghalangnya untuk bersekolah atau dibaptiskan. 

Tips Menjaga Buah Pinggang

No comments:

Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana. 

Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). 

Pengakuan Tentara : Israel Hancur Jika Jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat

1 comment:
Pengakuan Tentara : "Israel Hancur Jika Jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat"

Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi dakwah di Jordania. ketika di Jordania Beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan. 

Wordless Wednesday : The Wheels of Life

No comments:


Letupan Kuat Meteor Cetus Panik Di Dua Negeri di Amerika Syarikat

No comments:
Foto meteor yang dirakam seorang penduduk tempatan di Nevada.

Beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS) mengalami keadaan agak cemas selepas satu letupan kuat berlaku disebabkan batu meteor yang jatuh, semalam. 

Letupan yang turut menggegarkan kediaman di kawasan kejiranan Reno ke Winnemucca, Nevada dan Sacramento ke Bakersfield wilayah California, mencetuskan panik sehingga penduduk bertindak menghubungi agensi pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka. 

Sebahagian penduduk di kedua-dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi. 

Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno. 

Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi. 

[Sumber


Saintis China Hasilkan Biri-biri Daripada Gen Cacing

No comments:
SEEKOR biri-biri yang bernama Peng Peng cuba berdiri di sebuah ladang di Urumqi, Xinjiang pada 26 Mac lalu.

Sekumpulan saintis China mengklonkan seekor biri-biri modifikasi genetik bercirikan lemak 'baik' yang ditemui secara semula jadi dalam kacang, biji benih, ikan dan sayur-sayuran hijau. 

Biri-biri berkenaan, Peng Peng yang mempunyai gen cacing bulat dilahirkan dengan berat 5.74 kilogram di sebuah makmal dalam wilayah Xinjiang, barat China pada 26 Mac lalu. 

"Ia membesar dengan baik dan sihat seperti seekor biri-biri biasa," kata Ketua Saintis Institut Genom Beijing, Du Yutao di Shenzhen, selatan China. 

Yutao dan beberapa saintis lain memasukkan gen yang memiliki ciri pengeluaran asid lemak politaktepu ke dalam sel penderma yang diambil daripada telinga seekor biri-biri Merino China. 

Sel tersebut kemudian dimasukkan ke dalam sebiji telur yang belum disenyawakan dan dipindahkan ke dalam rahim seekor biri-biri tumpang. 

"Gen berkenaan berasal daripada C. elegans (cacing bulat) yang didapati dapat meningkatkan kandungan asid lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan manusia," kata Yutao. 

China perlu membekalkan makanan kepada rakyatnya. 

Namun, hanya tujuh peratus daripada tanah subur di dunia terdapat di China. 

Bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan, Beijing giat meningkatkan pengeluaran gandum, daging dan produk makanan lain untuk bekalan domestik sejak beberapa tahun lalu. - Reuters 

[Sumber


Wordless Wednesday : What Is HTML ?

No comments:


Bola Hanyut Dari Jepun ke Alaska

No comments:
BAXTER (kiri) memegang bola sepak manakala isterinya menunjukkan bola tampar yang hanyut dari Jepun.

Seorang pelajar sekolah di Tokyo, Misaki Murakami akan mendapat kembali sebiji bolanya yang dihanyutkan ke Alaska selepas bencana tsunami melanda Jepun pada Mac tahun lalu. 

Murakami, 16, kehilangan rumah dan semua barangan di dalam kediamannya semasa ombak besar menghancurkan kampung Rikuzentakata di timur laut Jepun. 

Pemilik bola itu diketahui kerana terdapat contengan mesej 'semoga berjaya' oleh bekas rakan sekolahnya. 

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA) Amerika Syarikat menyatakan seorang lelaki, David Baxter, 51, menemui bola itu. 

Klangit - Sesal Mendua (Video/Lirik/MP3)

2 comments:


Lirik Lagu Sesal Mendua – Klangit 

Dulu
Aku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta

Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu

Tapi
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Batang Pokok Betik Berwajah Manusia

No comments:
MD. JUDYAR menunjukkan batang pokok betiknya yang berwajah manusia sedang marah di Pontian, Johor semalam.

Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini (Pontian) yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia. 

Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah. 

Ladang tersebut menjadi lokasi persinggahan Sultan Ibrahim sempena program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan. 

Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urus setia program tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika mengunjungi ladang tersebut kelmarin. 

"Saya terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk sama-sama melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik ini," katanya kepada Kosmo! semalam. 

[Sumber


Kaca Mata Diet

2 comments:
Kaca mata diet

Bagi mereka yang selalu mengalami masalah untuk mengehadkan kuantiti pengambilan makanan, ciptaan alat ini sememangnya dapat membantu mereka. 

Pereka di Universiti Tokyo telah mencipta prototaip dua kaca mata untuk ‘menipu’ otak bahawa mereka sedang mengambil makanan dalam kuantiti besar sehingga 50 peratus daripada saiz asal. 

Fungsi kedua-dua alat ini adalah untuk mengurangkan selera makan dengan cara menipu minda sedar mereka. 

Salah satu kaca mata itu, MetaCookies+ turut dilengkapi alat untuk mengesan bau makanan yang mereka ingin makan walaupun sebenarnya ia hanyalah khayalan. 

Kaca mata kanta biru tersebut berfungsi untuk menjadikan makanan nampak tidak menyelerakan. 

Menurut Syarikat Yumetai, hasil kajian sains mendapati warna biru dapat menenangkan pusat selera di otak manusia. 

[Sumber


Ketam Berwarna Ungu Ditemui

No comments:
SALAH seekor daripada empat spesies baharu ketam yang berwarna ungu yang ditemui di Kepulauan Palawan, Filipina.

Empat spesies baharu ketam yang berwarna ungu ditemui di kawasan terpencil di Kepulauan Palawan, Filipina, menurut kajian yang disiarkan dalam buletin The Raffles Bulletin of Zoology. 

Ketam itu ditemui oleh satu pasukan yang diketuai oleh penyelidik Hendrik Freitag dari Muzium Zoologi Senckenberg, Jerman. 

Menurut kajian yang disiarkan buletin itu, ketam tersebut bersembunyi dalam lubang tanah di tepi sungai. 

Ia kerap dijumpai di bawah batu dan akar pokok. 

Sekumpulan saintis mula melakukan penyelidikan tentang ketam di kawasan yang sama pada tahun 1980-an. - AFP 

[Sumber


Follower Ke 333

1 comment:
Assalamualaikum pada semua. Time ni, aku malas nak taip panjang-panjang. Cuma nak bagitau kat sini, masa post ini ditaip, follower blog ini dah menunjukkan nombor 333.... cantik tak nombor tu? hehehe.... Bertuah la sapa yang jadi follower yang ke-333 ini. ---->> [KLIK SINI

apa? tak nampak? rabun? ala... klik jer gambar kat atas tu, kalau nak tengok lebih besar dan jelas.

[ apa? tak nampak? rabun? ala... klik jer gambar kat atas tu, kalau nak tengok lebih besar dan jelas. ] 


Rahsia Solat 5 Waktu

No comments:

SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. 

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. 
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma. 


ZOHOR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. 

Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan. 
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. 
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. 
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas. 

Laga Lembu Jantan di Korea Selatan

2 comments:
DUA ekor lembu jantan berlaga di Cheongdo pada Rabu lalu.

Pertandingan laga lembu jantan di Korea Selatan tidak melibatkan matador seperti yang terdapat di Sepanyol. 

Lembu jantan yang bertanding itu mempunyai berat antara 600 kilogram (kg) hingga lebih 800kg. 

Haiwan-haiwan itu berlaga di gelanggang pasir di bandar Cheongdo, dua jam pemanduan dari bandar raya Seoul. 

Wanita New Zealand Maut Terlebih Minum Coke

No comments:
Natasha Harris mati akibat sakit jantung yang disebabkan oleh terlalu banyak minum Coca Cola sebanyak 8 - 10 liter sehari.
Minum lapan liter minuman ringan setiap hari membawa padah kepada seorang wanita New Zealand kerana tabiat itu menjadi punca kematiannya disebabkan pengambilan air minuman berkenaan pada kadar itu adalah keterlaluan dan berlebihan. 

Suri rumah dan ibu kepada lapan cahaya mata, Natasha Harris, 30, dari Invercargill, mati akibat serangan jantung pada Februari 2010.  

Fairfax Media melaporkan pakar patologi, Dr Dan Mornin, memberi keterangan dalam siasatan rasmi kelmarin bahawa wanita itu mungkin mengalami hipokalemia atau kadar potassium rendah disebabkan pengambilan berlebihan Coca Cola dan tabiat pemakanan tidak sihat. 

Tanda hipokalemia termasuk degupan jantung tidak normal, menurut Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat. 

Mornin berkata, tahap toksid terlalu tinggi dalam kafein, unsur rangsangan yang ditemui dalam Coke, mungkin menyumbang kepada kematiannya. 

‎10 Storyline/Scene Yang Wajib Ada Pada Setiap Sinetron Indon

5 comments:
Gambar hiasan : Bawang Merah Bawang Putih


1. Baru tau yang anak orang kaya tu sebenarnya anak orang miskin (tertukar anak)

2. Masuk hospital keluar hospital 

3. Menangis setiap masa 

4. Anak orang kaya jatuh cinta dengan anak orang miskin 

5. Hampir dilanggar pastu ada orang selamatkan 

6. Kamera zoom, slow motion, mata terbeliak... kamera fokus sebijik2 kat pelakon 

7. 2 beradik satu jahat satu baik dan lurus bendul 

8. Jatuh cinta kat si dia rupanya mereka adalah adik beradik 

9. Lari rumah pastu mai hujan (bodoh saje menangis dalam hujan) 

10. Bila orang jahat buat jahat tak kantoi tapi kalau org baik wat jahat kantoi 

[Sumber dari Facebook


Petua Tidur Nabi S.A.W

No comments:
Gambar hiasan.

PETUA TIDUR NABI S.A.W 

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. 

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi. 

Pesanan Syeikh Ahmad Yassin Kepada Pemuda dan Pemudi

No comments:
SYEIKH AHMAD YASSIN (1938-2004)

PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN (1938-2004) KEPADA PEMUDA DAN PEMUDI 

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw. 

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung. 

Ancaman Keselamatan Android

No comments:
Logo Android OS

Kadang-kala peralatan canggih boleh diubah menjadi perumah kepada penjenayah keselamatan maya. 

Tetapi bagaimana pengguna dapat mengelakkan ‘jangkitan’ dan ‘perebakan’ yang berlaku dalam telefon pintar atau komputer tablet? 

Biasanya apabila anda berfikir mengenai virus, spyware atau apa-apa ancaman keselamatan siber, tentu saja anda terfikirkan mengenai komputer peribadi. 

Kerana majoriti serangan siber biasanya berlaku dalam komputer peribadi. 

Malware di telefon mudah alih? Atau komputer tablet? Bolehkah berlaku? 

Sememangnya boleh berlaku terutamanya jika peralatan mudah alih anda menggunakan sistem operasi seperti Android. 

Wanita Rebah 20 Kali Sehari

No comments:
KELLY bersama anak lelakinya, Ronnie. Gambar kanan, Kelly terlelap secara tiba-tiba ketika duduk di sofa.

Seorang wanita yang menghidap penyakit ganjil iaitu dia rebah setiap kali ketawa bimbang dia mungkin menurunkan sakit aneh itu kepada anak lelakinya. 

Kelly Timson, 25, tidak boleh menyaksikan pertunjukan jenaka atau malah pergi ke pub bersama temannya kerana setiap kali dia ketawa, dia akan rebah. Kelly mengalami keadaan neurologi yang jarang berlaku dipanggil Cataplexy bermaksud tubuhnya mencapai tahap lumpuh sepenuhnya akibat tindak balas emosi seperti geli hati, terkejut, marah dan malah, sayang. 

Hanya merenung dengan penuh kasih sayang kepada dua anaknya, Charlie, lima dan Ronnie, dua tahun menyebabkan Kelly tidak dapat bergerak atau bercakap. Dia sering rebah di lantai dan mencederakan dirinya. Pada satu ketika dia hampir lemas selepas jatuh dengan muka tersembam di sofa. 

Bayi Berkaki Enam di Pakistan

1 comment:
Gabenor Sindh mengumumkan akan menanggung perbelanjaan perubatan Farooq.

Para doktor di hospital Pakistan kini bertungkus-lumus menyelamatkan bayi yang berkeadaan genetik luar biasa iaitu dilahirkan dengan enam kaki. 

Pengarah Institut Kesihatan Kanak-kanak Kebangsaan Karachi, Jamal Raza berkata, bayi berumur tujuh hari itu adalah kembar berparasit di mana, kembar siamnya tidak sempat membesar dengan lengkap sehingga menyebabkan Umar Farooq memiliki dua pasang kaki tambahan. 

Kata Raza, pihaknya kini merancang untuk melakukan pembedahan ke atas Farooq dan memerlukan bantuan pakar luar berpengalaman terhadap kes satu dalam sejuta itu. 

“Pembedahan ini bukan perkara mudah kerana beberapa taksiran yang sesuai perlu diselesaikan terlebih dahulu. Perkembangan organ dalamannya harus dipantau untuk mengelak sebarang komplikasi terhadapnya,” kata Raza. 

[Sumber


Wordless Wednesday : Meme Faces

No comments:


Gambar dan Spesifikasi Proton Preve

No comments:
Rekabentuk luaran Proton Preve.

Satu Abad Tragedi Titanic, Mangsa Diperingati

No comments:
Sekuntum bunga ros diletakkan di atas plak memorial bagi memperingati 1,500 mangsa tragedi Titanic.

Satu taman peringatan yang mengandungi monumen semua nama mangsa yang maut dalam tragedi kapal pelayaran Titanic yang karam 100 tahun lalu di bina di Belfast City Hall.  

Pengerusi Persatuan Titanic 100, Andrew Murphy berkata, acara memperingati 1,500 mangsa yang meninggal dunia itu dimulakan dengan menaburkan bunga ke di tapak bangkai kapal dari MS Balmoral iaitu sebuah kapal pelayaran yang telah merentasi Lautan Atlantik dan diikuti dengan berdiri senyap oleh kira-kira 300 orang awam yang dihadiri. 

Sementara itu, di Halifax, sebuah bandar pelabuhan Kanada pula, 1,000 penduduk tempatan dan pelancong berpakaian klasik yang ditempah menghadiri satu acara keagamaan di tanah perkuburan di mana 121 mangsa Titanic disemadikan. 

Tiket Kapal Titanic Dilelong

No comments:
Tiket kapal Titanic.

Firma Bonham di sini melelong sekeping tiket kapal penumpang Titanic yang karam pada 15 April 1912. 

Lelongan itu dibuat kelmarin sempena ulang tahun ke-100 kapal Titanic karam di Lautan Atlantik selepas ia melanggar sebuah bongkah ais. 

Tiket bersejarah itu dilelong pada harga AS$56,250 (RM172,237) termasuk harga premium yang dikenakan firma lelongan tersebut. 

Menu makanan malam untuk pelanggan kapal malam itu turut dilelong pada harga AS$31,250 (RM95,687) termasuk harga premium. 

Tiket dan menu itu dibeli oleh pembeli dari Amerika Syarikat.- Agensi 

[Sumber]


P/S : Nak tahu lebih banyak cerita pasal TITANIC, klik SINI. :)


Lokasi Tempat Mangsa Titanic Tertanam Ditemui

2 comments:
IMEJ menunjukkan sehelai kot dan kasut dekat bangkai kapal Titanic yang karam di dasar Lautan Atlantik.

Rangka tulang mangsa kapal penumpang Titanic yang karam di Lautan Atlantik mungkin tertanam dalam lumpur di dasar laut itu, kata seorang pegawai persekutuan kelmarin. 

Satu gambar yang dirakamkan pada tahun 2004 tetapi didedahkan buat kali pertama pada minggu lalu menunjukkan sehelai kot dan kasut but di dalam kawasan berlumpur di lokasi kapal tersebut karam. 

Pegawai itu, James Delgado yang merupakan Pengarah Warisan Maritim di Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA) memberitahu agensi berita AP, kasut yang terdapat pada dasar laut tersebut bukan terkeluar dari sebuah beg milik penumpang lain. 

Facebook Mampu Undang Ketagihan

No comments:
Laman sosial dijadikan sebagai hidangan harian mereka.

Laman sosial Fecebook dipercayai mendatangkan ketagihan dan pengguna yang menghabiskan masa dengannya bakal mengalami kurang keyakinan dalam kehidupan. 

Pakar di Universiti Gothenburg, Sweden, memberitahu, kebanyakan pengguna log masuk sebaik sahaja mereka menghidupkan komputer, sekali gus bertukar kepada ketagihan. 

Kumpulan individu berpendapatan rendah dan kurang pendidikan adalah golongan berisiko tinggi dengan situasi ini. 

Sehingga kini, kajian mendapati, 85 peratus individu melayari laman sosial itu setiap hari dan separuh daripadanya membuka Facebook sebaik sahaja melayari laman pengguna. 

Sebanyak 25 peratus pengguna mengakui berasa kurang selesa jika meninggalkan laman itu walaupun sehari. 

[Sumber


Pengasas WikiLeaks Jadi Hos Program TV Rusia

No comments:
Julian Assange dijadual muncul dalam program bual bicara berjudul 'The World Tomorrow' minggu depan.

Pengasas WikiLeaks, Julian Assange sedang membuat persiapan untuk menghoskan program bual bicara berjudul 'The World Tomorrow', yang akan disiarkan menerusi rangkaian televisyen Rusia dibiayai kerajaan, minggu depan. 

Assange dan RT, saluran berita satelit antarabangsa Bahasa Inggeris tidak mahu mendedahkan nama tetamu program terlebih dahulu, sebaliknya membayangkan bahawa temu bual pertama  sudah pasti akan mencetuskan kontroversi. 

WikiLeaks telah meminta pengikut akaun Twitternya meneka siapa kemungkinan tetamu sulung mereka. 

Program yang dijadual dilancarkan Selasa ini mencetuskan tanda tanya dalam arena media, lapor CNN

Domain Percuma Dari Encik Kai

4 comments:
Domain Percuma Dari Encik Kai
Syarat-syarat dan cara-cara penyertaan, klik SINI 
(Tarikh tutup: 15 April 2012

“Encik Kai Mesti Bagi Saya Domain Percuma Kerana… 

I. Bagi sesebuah blog, nama domain yang dimilikinya sudah cukup untuk dijadikan satu 'cap dagangan' (trademark) bagi sesebuah blog tersebut. Berkemungkinan besar, ia boleh mempengaruhi penampilan dan populariti sesebuah blog tersebut di pentas dunia siber yang tiada batasannya. 

II. Setiap domain yang ada di seluruh dunia, mempunyai nama yang unik dan tersendiri, bagi menggambarkan pendirian dan halatuju sesebuah blog tersebut. 

III. Memiliki domain sendiri, adalah impian terbesar bagi setiap blogger di seluruh dunia. Dan jika sudah dapat memiliki domainnya sendiri, bermakna, ia merupakan satu kebanggaan peribadi bagi seseorang blogger, dan menjadikannya lebih bersemangat untuk terus berjuang dalam dunia blogging. 


- Korang sudah kena TAG, masa korang baca post ini. Jadi, korang boleh la join, itu pun kalau korang nak. :) 

- Domain yang saya inginkan: 

--- >  www.redzuanali.com 


14 Tahun Makan Gaji Buta

No comments:
Gambar hiasan. Sumber dari Google.
Gambar hiasan. Sumber : Google 
Seorang pesara Jerman yang menamatkan perkhidmatannya baru-baru ini menghantar e-mel kepada 500 rakan sekerjanya memberitahu mereka bahawa dia tidak melakukan apa-apa tugas selama 14 tahun. 

Ucapan terakhir lelaki berusia 65 tahun itu ialah menghebahkan kepada rakan sekerjanya mengatakan dia meraih lebih 600,000 pound (RM3 juta) tanpa menggerakkan satu jari pun. 

“Sejak 1998, saya datang ke tempat kerja tetapi bukan ada di pejabat dalam erti kata sebenar. Jadi, saya memang telah bersedia untuk bersara - Selamat Tinggal,” tulisnya. 

Namun, dia tidak terfikir e-mel itu bukan hanya berlegar di pejabat di North Rhine-Westphalia saja, tetapi ia turut didedahkan kepada media. “Saya tidak mahu katakan apa-apa lagi,” katanya kepada akhbar tempatan ketika petugas media menemuinya di depan pintu rumahnya di Minden. 

“E-mel itu bukan untuk tatapan umum,” katanya. Lelaki yang tidak didedahkan identitinya dan bekerja sebagai juruukur sejak 1974 itu berkata, situasi terbabit berlaku kerana kesilapan majlis perbandaran yang melantik dua orang untuk satu tugas dan rakannya melakukan semua tugas itu. - Agensi 

[Sumber


Joy Jadi Lelaki

No comments:
JOY berwajah perempuan (kiri) dan lelaki (kanan).

Muhammad Prawirodijoyo, yang selama 19 tahun dianggap wanita kerana keabnormalan kongenital atau kemaluannya, akhirnya sah menjadi lelaki selepas menjalani pembedahan penyesuaian kelamin, semalam. 

Pembedahan itu membabitkan 24 pakar perubatan, diketuai oleh Dr Kariadi di Hospital Besar Semarang. 

Jurucakap hospital, Darwito, berkata Muhammad yang selama ini dikenali sebagai Siti Maimunah dan juga Joy, menghadapi masalah keabnormalan kongenital iaitu lubang kencing berada jauh di belakang. 

“Ia menyebabkan air kencingnya meleleh sedikit demi sedikit dari kemaluannya setiap kali dia membuang air kecil,” kata Darwito. 

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan pakar perubatan itu mendapati Joy mempunyai zakar. 

Venus Palermo, Gadis ‘Patung’ Popular Di Internet

No comments:
Venus Palermo a.k.a Venus Angelic, the 15 years old 'living doll' girl from London.

Sambil bergaya di hadapan kamera komputer, dengan bibir seperti kudup mawar dan kulit wajah yang licin, Venus Palermo bercerita di hadapan berjuta peminatnya. 

Venus bukanlah bintang pop atau model. Dia yang berusia 15 tahun, berasal dari London dan berpakaian seperti patung. 

Mekap dan bedak berwarna putih menjadikan warna kulitnya seperti porselin dan matanya kelihatan seperti anak patung kerana dia memakai kanta lekap berbintik berwarna coklat dan bulu mata palsu. 

Dia memilih warna pastel untuk pakaiannya dan sering dilihat mengenakan gaun yang biasanya sesuai untuk kanak-kanak perempuan. 

Penampilannya menjadikan remaja Britain itu terkenal di internet. Lebih 30,000 orang melanggan saluran Youtube rasminya, ditambah lagi 20,000 pengikut di laman sosial Twitter dan Facebook. 

Dia mempunyai 85 video tutorial di laman Youtube, VenusAngelic, dan ditonton 10 juta kali. Satu videonya mengajar sesiapa yang mahu kelihatan seperti patung, ditonton 1.6 juta kali. - Agensi 

[Sumber


Wordless Wednesday : Pendrive Angry Birds

2 comments:
pendrive 'kepala' red bird, usb drive di sebelah atas

300 Tatu Bendera Pada Tubuh

No comments:
GUINNESS ada 305 bendera pelbagai negara di tubuhnya.

Seorang lelaki yang terlalu obses untuk memecahkan rekod dunia akhirnya terpaksa berhenti melakar tatu bendera pada tubuh dan kepalanya selepas isterinya mengancam meninggalkannya. 

Guinness Rishi, 70, dari Delhi dilitupi 305 bendera pelbagai negara, 185 peta negara, 165 bendera mini dan 2,985 karektor. 

Isterinya yang sudah sekian lama menderita akhirnya memujuknya supaya berhenti selepas meyakinkan Guinness bahawa tidak ada orang yang ingin memecahkan rekodnya. 

Rekod rasmi yang dipegangnya ketika ini dicatat pada 2009 dengan 220 tatu bendera. 

Wordless Wednesday : Different Minds

No comments:
Different Minds


Asyik TV Online

No comments:
Asyik TV

Ratusan Pengamal Voodoo Berhimpun

No comments:
BEBERAPA pengamal voodoo mandi di sebuah kolam yang dianggap suci di Souvenance, Haiti.

Beratus-ratus pengamal voodoo mengadakan upacara ilmu hitam itu di sebuah kampung di Souvenance, Haiti, kelmarin. 

Upacara yang berlangsung itu diadakan bagi menunjukkan kesetiaan ke atas roh. 

Pada hari tersebut, pengamal-pengamal voodoo itu menari, menyembelih haiwan sebagai korban dan mandi di sebuah kolam yang dianggap suci oleh mereka. 

Voodoo menular ke Haiti disebabkan kedatangan hamba dari Afrika Barat. 

Ia diiktiraf sebagai agama di negara tersebut. - Agensi 

[Sumber


Ayat Pembatal Sihir

No comments:
Ayat Pembatal Sihir - Surah Yunus, ayat 81-82

(Klik gambar untuk paparan lebih jelas.) 

[Sumber : Facebook


Pengacara TV Dibaling Dengan Telur

No comments:
VOURHAS (kiri) cuba mengelak balingan telur dan yogurt di studio televisyen Epiros TV1 di Ioannina, utara Greece pada Jumaat lalu.

ATHENS - Seorang pengacara stesen televisyen swasta, Epiros TV1, Panagiotis Vourhas dibaling dengan telur dan yogurt oleh sekumpulan penceroboh di bandar Ioannina, utara Greece pada Jumaat lalu. 

Menurut pihak pengurusan televisyen itu, seramai 17 orang menceroboh masuk dengan sebahagian muka mereka ditutup dengan sapu tangan. 

Ketika kejadian, Vourhas sedang mewawancara seorang ahli politik tempatan di studio televisyen itu. 

Baju dan muka pengacara tersebut terkena balingan telur dan yogurt itu. 

Para penceroboh itu merupakan sebuah kumpulan dari tenggara Greece yang marah kerana Vourhas mewawancara jurucakap parti Golden Dawn yang menyokong Nazi baru-baru ini. 

Jurucakap itu diwawancara Vourhas dalam program bual bicaranya. - Agensi 

[Sumber

Video dari Youtube : 



Kapal Mewah Ikut Laluan Titanic

No comments:
GAMBAR fail menunjukkan kapal Titanic pada 4 April 1912.


LONDON - Hampir 100 tahun selepas kapal Titanic karam, sebuah kapal pesiaran mewah, MS Balmoral dengan jumlah penumpang yang sama memulakan pelayaran semalam. 

Kapal itu belayar dengan mengikut laluan yang sama Titanic dari pelabuhan di Southampton. 

Ia membawa 1,309 penumpang. 

Kapal itu turut menuju ke lokasi Titanic yang tenggelam pada 15 April 1912 di Lautan Atlantik. Titanic karam semasa pelayaran sulung menuju ke New York, Amerika Syarikat. 

Pelayaran selama 12 malam itu adalah sempena ulang tahun ke-100 tragedi kapal terbabit. 

10 Golongan Manusia Yang Diusir Dari Padang Mahsyar

No comments:

10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR 

1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba. 

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram. 

3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta. 

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong. 

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya. 

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur. 

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran. 

8. Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum. 

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya. 

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt. 

Sumber : Facebook 


Aaron Aziz Dinobatkan Bintang Paling Popular 2011

No comments:
Aaron Aziz yang baru saja dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) malam tadi, bersama kereta Nissan Teana.

Hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz, 36, menepati ramalan apabila dinobatkan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) yang berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands, malam tadi. 

SENARAI PEMENANG ABPBH 2011 

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz 
Anugerah Seri Perak – Datuk Siti Nurhaliza 
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid 
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz 
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin 
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz 
Penyanyi Wanita Popular – Yuna 
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz 
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha 
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah 
Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak 
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias 
Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari 
Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla 
Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan 
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana 
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail 
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana 

[Sumber


Remaja Jual Ginjal Kerana Mengidam iPad

No comments:
New iPad image

Pihak berkuasa mendakwa lima orang di Chenzhou, tengah China kerana terbabit dalam perniagaan organ secara haram selepas seorang remaja menjual satu ginjalnya bagi mendapatkan wang untuk membeli sebuah telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad. 

Agensi berita rasmi Xinhua kelmarin melaporkan, lima individu terbabit didakwa kerana menyebabkan kecederaan dengan mengatur pemindahan ginjal daripada seorang pelajar sekolah tinggi berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Wang. 

Menurut Xinhua, kelima-lima tertuduh termasuk seorang doktor bedah, seorang kontraktor hospital dan beberapa broker mencari penderma organ di Internet sebelum mereka menyewa dewan bedah bagi melakukan prosedur tersebut pada April tahun lalu. 

Seorang defendan berkenaan menerima bayaran 220,000 yuan (RM107,310) untuk pembedahan mengeluarkan ginjal tersebut. Dia menyerahkan 22,000 yuan (RM10,731) kepada pelajar berkenaan dan berkongsi baki wang itu dengan defendan lain. 

Tambah Xinhua, sekitar 1.5 juta penduduk di China memerlukan transplan organ tetapi cuma sekitar 10,000 pembedahan itu dilakukan setiap tahun, sekali gus mendorong kepada perniagaan organ secara haram. - AP 

[Sumber


Kapal Hanyut Ditenggelamkan Di Perairan Alaska

No comments:
 ASAP menjulang dari kapal Ryou-Un Maru.

'Kapal Hantu' Ditenggelamkan 

Pelayaran kapal nelayan Jepun, Ryou-Un Maru berakhir di perairan Alaska kelmarin apabila ia ditenggelamkan dengan menggunakan bedilan meriam dari kapal Pengawal Pantai AS. 

Kapal sepanjang sekitar 50 meter itu hanyut di Lautan Pasifik sehingga ke perairan Alaska ekoran bencana tsunami yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac tahun lalu. 

Seorang pegawai pengawal pantai, Kip Wadlow dalam satu kenyataan memberitahu, 'kapal hantu' itu terbakar dan tenggelam dalam tempoh empat jam. 

Ia tenggelam ke dasar laut pada kedalaman lebih 1,830 meter, 290 kilometer ke barat daya perairan Alaska. 

Pihak berkuasa AS memutuskan untuk menenggelamkan kapal berkenaan bagi mengelakkan ia membahayakan kapal-kapal lain. - Agensi 

[Sumber


Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam

No comments:

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam. 

1. Dua rakaat solat wanita yg hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 

2. Wanita yg hamil mendapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari. 

3. Wanita yg bersalin mendapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah memberi satu pahala haji. 

4. Sekiranya wanita meninggal dunia pada masa 40 hari selepas bersalin, semasa bersalin, ia dikira sebagai mati syahid. 

5. Wanita yg beri minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yg diberikannya. 

6. Wanita yg memberi minum susu badan kepada anaknya yg menangis maka Allah memberi pahala satu tahun pahala solat & puasa. 

7. Jika wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 

8. Seorang ibu yg menghabiskan masa malamnya dengan tidur yg tidak selesa kerana menjaga anaknya yg sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 

9. Wanita yg tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yg sakit akan di ampunkan oleh Allah dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah menberi 12 tahun pahala ibadat. 

Sumber : Facebook  


Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Menyala !

2 comments:

Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin. 

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya. 

Serbuk Tanduk Sumbu Popular di Vietnam

2 comments:
Nguyen Huong Giang menenyeh-nenyeh tanduk badak sumbu pada pinggang seramik.

Seorang wanita, Nguyen Huong Giang gemar berparti tetapi dia benci kesan alkohol yang menyebabkan kepalanya berasa sakit. 

Bagi menghilangkan kesakitannya, dia menenyeh-nenyeh tanduk badak sumbu di atas permukaan pinggan seramik sehingga menjadi serbuk dan meminum ramuan itu bersama air. 

Giang memiliki tanduk berwarna coklat sepanjang 10 sentimeter itu yang diberikan oleh bapanya. 

Ia dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk sakit kepala dan kanser. 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...