Ni apa ceritanya kat sini?

Replika Ular Titanoboa Dipamerkan

No comments:
ORANG ramai melihat replika ular raksaksa Titanoboa. 


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah replika ular prasejarah raksaksa sepanjang sebuah bas sekolah dipamerkan kepada orang ramai di sini semalam. 

Titanoboa ialah ular prasejarah terbesar di dunia dengan memiliki panjang sekitar 16 meter. 

Reptilia pemangsa itu dipamerkan di Muzium Nasional Sejarah Semulajadi bersama haiwan bertulang belakang lain hingga Januari 2013. 

Fosil Titanoboa pertama kali ditemui di sebuah lombong arang batu di Colombia pada 2004. 

"Ular ini ini menjadi bukti betapa ajaibnya alam semula jadi," kata seorang saintis yang turut membantu membuat penemuan tersebut, Carlos Jaramillo. 

Menurutnya, ular itu memiliki berat lebih 1,000 kilogram. 

Ia ditemui berhampiran beberapa fosil pokok, penyu gergasi sebesar meja makan dan haiwan lain yang dipercayai berusia lebih 60 juta tahun dahulu iaitu era selepas kewujudan dinosaur. - AGENSI 

Sumber : Kosmo 


Lembu Berkaki Enam Hidup Normal

2 comments:
ANAK lembu berkaki enam, Lilli di Weissenburg, Switzerland kelmarin. 


Seekor anak lembu betina berkaki enam menyangkal ramalan doktor haiwan bahawa ia tidak akan dapat hidup lama. 

Lilli yang kini berusia tujuh minggu menjadi selebriti di Switzerland selepas media tempatan menyiarkan gambar ia bermain-main di padang. 

Petani, Andreas Knutti dari Weissenburg yang terletak 30 kilometer ke selatan ibu kota Switzerland, Bern memberitahu, dia tidak sampai hati untuk menghapuskan anak lembu peliharaannya kerana ia bersemangat untuk hidup. 

Dia memberitahu akhbar tempatan, Blick kelmarin bahawa kecacatan tulang belakang menyebabkan Lilly tidak dapat mengeluarkan susu seperti lembu susu lain. 

Namun, kata Knutti, jika anak lembu itu kekal sihat, ia akan dibenarkan menyertai lembu-lembu lain di padang ragut pergunungan Alpine pada musim panas ini. - AGENSI 

Sumber : Kosmo 


TV AlHijrah Online

No comments:
(Nota: Jika korang ingin menonton TV AlHijrah online kat sini, silakan matikan dahulu (OFF) radio Era.FM kat tepi sebelah kanan, kerana TV AlHijrah akan start secara automatik.) 


Video : Angry Birds Versi Game Komputer 80an

No comments:
Macam mana agaknya, kalau Angry Birds, dalam bentuk game komputer zaman 80an, yer? Lebih-lebih lagi, kalau game itu seolah-olah, dah wujud pada zaman itu, dan boleh pulak dimainkan? :D 





Warga Emas Di China Teruja Pam Tandas

2 comments:
Seorang warga emas luar bandar berumur 68 tahun yang pertama kali menjejakkan kaki ke bandar telah membazirkan 98 tan air, hanya dengan mengepam tandas sejak dua bulan lalu, semasa dia tinggal di rumah anak lelakinya di Dalian, wilayah timur laut Liaoning, menurut akhbar Bandao Morning Post pada awal minggu ini. 

Menurut akhbar itu, akibat terlalu teruja, wanita dikenali sebagai Song tersebut telah mengepam tandas setiap lima minit. 

Song berkata, dia tidak tahu perbuatannya itu telah menyebabkan pembaziran. 

Sumber : Sinar Harian 


Ikan Flowerhorn Berbonggol Merah Di Thailand

No comments:
BENTUK bonggol yang terdapat
pada ikan itu. 
 
BANGKOK - Seekor ikan flowerhorn yang mempunyai bonggol berwarna merah pada kepala menjadi tumpuan para pengunjung pada satu festival ikan di sini semalam. 

Diadakan pada setiap tahun di Thailand, festival yang dikenali sebagai Pramong Nomjai Thai Tuala itu mempamerkan pelbagai jenis ikan eksotik dan mahal seperti flowerhorn dan arowana. 

Pada tahun ini, pameran yang diadakan di sebuah pusat beli-belah itu akan berakhir pada 1 April depan. - Agensi 

Sumber : Kosmo 


Video : Greatest Ever Motorcycles: # 1 - Honda Cub

No comments:
Percaya atau tidak, motorcub Honda diiktiraf sebagai motosikal terhebat sepanjang zaman? Nak tahu siapa yang cakap gitu? Diskaberi Chenel (Discovery Channel) la yang cakap gitu... Tak percaya?? Haa... tengok video kat bawah ni, itu ler buktinya..... 




Pelancong Sewa Kereta Kebal

No comments:
KERETA itu remuk teruk semasa dilenyek kereta kebal. 


CHRISTCHURCH, New Zealand - Sebuah syarikat di sini, menawarkan kemudahan untuk pelancong asing menyewa kereta kebal dan memusnahkan kereta. 

Antara kereta kebal yang ditawarkan untuk disewa itu ialah Centurion buatan Britain yang seberat 52 tan dan menggunakan enjin Rolls-Royce V-12. 

Kereta kebal itu digunakan di Vietnam pada awal tahun 1970-an. 

"Saya berpendapat, ia akan melegakan tekanan dengan menggunakan kereta kebal untuk memusnahkan sesuatu," kata pemilik kereta kebal berkenaan, Jonathan Lahy-Neary. 

"Jika anda menempuh hari yang buruk, ia merupakan pelega tekanan yang baik," tambahnya. 

TV2 RTM Online

No comments:

Wordless Wednesday : Kalau Dah Sayang...

2 comments:


Wang Kertas Baharu Kanada Yang Tahan Lasak

No comments:
GAMBAR menunjukkan bahagian depan dan belakang 
wang kertas 50 dolar Kanada. 


Wang kertas 50 dolar Kanada (RM154.18) baharu yang tahan lasak diperkenalkan di negara berkenaan kelmarin. 

Ia diperbuat daripada plastik polimer buatan Australia yang sukar untuk dikoyakkan dengan menggunakan tangan dan dipalsukan. 

Gabenor Bank Negara Kanada, Mark Carney dalam satu sidang media kelmarin menyatakan selain tahan lasak, wang tersebut memiliki banyak ciri keselamatan termasuk nombor tersembunyi dan hologram. 

Wang kertas itu tertera gambar kapal Pengawal Pantai Amundsen dan William Lyon Mackenzie King yang merupakan perdana menteri paling lama menerajui Kanada. - Bernama 

Sumber : Kosmo 


Cebisan Otak Albert Einstein Dipamerkan

2 comments:
GAMBAR otak Einstein (kiri) dan replika otaknya. 


LONDON - Dua cebisan otak saintis legenda, Albert Einstein dipamerkan kepada orang ramai pada satu pameran di Britain. 

Cebisan otak saintis yang memperkenalkan teori relatif itu diletakkan dalam bekas kaca pada pameran Brains-The Mind as Matter di sini semalam. 

Spesimen itu disediakan oleh Doktor Thomas Harvey yang bertugas di hospital tempat Einstein meninggal dunia pada 1955. 

Einstein merupakan ahli fizik dan ahli sains yang bepengaruh. 

Beliau dianggap sebagai bapa fizik moden dan menerima Hadiah Nobel pada tahun 1921. 

Selain cebisan otak Einstein, beberapa sampel otak individu terkenal lain termasuk ahli matematik Britain, Charles Babbage dan pembunuh kejam, William Burke turut dipamerkan. 

Para saintis menyatakan otak manusia mengandungi 100 bilion sel saraf dan sekitar 100 trilion sinap atau sambungan saraf. - Agensi 

Sumber : Kosmo 


Wordless Wednesday : Bueekkk...

2 comments:


TV1 RTM Online

3 comments:

Jual Sabun Buih Gergasi

3 comments:
SEORANG budak lelaki bermain dengan buih sabun gergasi. 


MANILA - Seorang penjual buih sabun gergasi, Andrew Ang menjadi tumpuan kanak-kanak di Taman Luneta di sini semalam. 

Dia berjaya menghasilkan buih itu dengan menggunakan cecair khas. 

Namun, formula bagi mencipta buih tersebut dirahsiakan. 

Ang menjual buih tersebut kepada para pengunjung yang membawa anak-anak mereka di taman berkenaan. - AFP 

Sumber : Kosmo 


Angry Birds Space v1.0.0

4 comments:

Salam pada semua follower blog dan rakan-rakan blogger, khususnya peminat Angry Birds. Cerita pasal Angry Birds ni, rasanya, korang sendiri pun sudah maklum pasal game Angry Birds versi terbaru, iaitu Angry Birds Space. Dilancarkan pada 22 Mac yang lalu, oleh Rovio selaku pembangun asal game paling popular di dunia, Angry Birds Space tampak jauh berbeza daripada versi Angry Birds sebelumnya. Apakah perbezaannya? 

Kereta Tergantung Jadi Daya Tarikan

2 comments:
SEORANG pekerja, Maik Dannewitzsch berdiri di dalam kereta yang digantung dengan menggunakan kabel di sebuah taman di Moritzburg pada Selasa lalu. 


MORITZBURG, Jerman - Sebuah kereta kecil digantung dengan menggunakan kabel di sebuah taman di sini. 

Kereta itu digunakan dalam kursus memanjat di dalam hutan. Kursus itu ditawarkan kepada orang ramai di taman tersebut. 

Dalam kursus itu, kereta Trabant itu menjadi pilihan untuk digantung kerana badan kenderaan tersebut diperbuat daripada plastik. 

Kereta itu akan menjadi daya tarikan terbaharu di taman tersebut. - Agensi 

Sumber : Kosmo 


TV9 Online

No comments:
(Nota: Jika korang ingin menonton TV9 online kat sini, silakan matikan dahulu (OFF) radio Era.FM kat tepi sebelah kanan.) 

Astro Ceria Online

No comments:
(Nota: Jika korang ingin menonton Astro Ceria kat sini, silakan matikan (OFF) radio Era.FM kat tepi sebelah kiri, kerana Astro Ceria online start secara automatik.) 

Doktor Psikik Bedah Pesakit Tanpa Ubat Bius

No comments:
GAMBAR 23 Februari 2012 menunjukkan Joao Teixeira de Faria 
menggunakan pisau ketika membedah mata seorang wanita. 


ABADIANIA, Brazil - Seorang lelaki berusia 69 tahun, Joao Teixeira de Faria dikenali sebagai pakar bedah psikik ekoran dia melakukan pembedahan ke atas pesakit tanpa menggunakan ubat bius. 

Baru-baru ini, Faria cuma menggunakan sebilah pisau dapur untuk membuang sesuatu seperti selaput pada kedua-dua belah mata seorang lelaki Colombia, Juan Carlos Arguelles. 

Arguelles, 29, kabur penglihatan selama 12 tahun kerana menghidap penyakit keratokonus yang menyebabkan kornea matanya menipis. 

Menurut Arguelles, penglihatannya pulih sebanyak 80 peratus seminggu selepas menjalani prosedur tersebut dan bertambah baik pada setiap hari. 

Follower Ke 300

2 comments:


Salam kepada semua follower blog dan rakan-rakan blogger sekelian.... Hari ni sahaja, follower blog ini sudah mencapai 300 orang (pagi tadi, baru masuk sorang, jadi 301, tapi takpe la...). Masa untuk review blog milik follower bertuah yang ke 300 ini.... 


Gambar di atas ini ialah header blog milik Hana Izzati [ http://www.choco-mine.blogspot.com ] dari Terengganu. Berwarna pink dan putih, dengan rupa blog yang lebih kemas dan simple, itu saja la yang boleh aku katakan tentang blog peribadi milik cik Hana ini... Jadi, malas aku nak bebel banyak-banyak, maka sudi-sudikan la korang follow blog ini, dengan rela hati... Sekian. Wassalam  :) 


Angry Birds Land

No comments:

Taman Tema Angry Birds akan dibuka di United Kingdom, Amerika Syarikat (AS) dan China, sekali gus meluaskan empayar permainan komputer popular itu. 

Ketika ini, pencipta permainan tersebut, Rovio Mobile dilaporkan sedang mengadakan perbincangan untuk melaksanakan projek pembinaan taman tema itu di negara-negara terlibat. 

Rancangan itu diumumkan kira-kira sebulan sebelum Angry Birds Land dibuka secara rasmi di Taman Tema Särkänniemi di Tampere, Finland, hujung bulan depan. 

Sama seperti Taman Tema Disney yang mempunyai bahagian tertentu berdasarkan watak-watak kartun, Angry Birds Land itu akan dibina di dalam taman tema sedia ada. 

Sumber : Utusan 


Air Liur Bayi Bertukar Kristal

No comments:
RAFAEL memegang air liurnya yang telah bertukar 
menjadi kristal di Malang, Jawa Timur. 


Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur heboh selepas tersebar berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal. 

Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal. 

Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara. 

Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu. 

"Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal," katanya kepada Kompas.com. 

Sumber : Utusan 


Saintis Cipta Robot Ubur-Ubur

No comments:
GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan robot ubur-ubur. 


BLACKSBURG, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan saintis AS mencipta robot ubur-ubur, Robojelly yang bergerak dengan menggunakan kuasa air laut. 

Badan Robojelly boleh mengembang dan menguncup untuk memancut keluar air laut yang akan menghasilkan momentum untuk ia bergerak. 

Robot berkenaan dibina oleh penyelidik Universiti Virgina Tech di sini. Penyelidikan itu disokong Tentera Laut AS. 

Badan robot itu perbuat daripada logam aloi yang dapat kembali kepada bentuk asal selepas ia direnyuk. 

"Sepanjang pengetahuan kami, ia merupakan robot dalam laut yang menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar," kata seorang jurutera mekanikal di universiti tersebut, Yonas Tadesse. - AFP 

Sumber : Kosmo 


4 Jam Terpaku Di Lantai

No comments:
WILLIAMS dirawat selepas doktor menghabiskan masa sejam 
untuk mencabut paku dari tangannya. 


Seorang lelaki ‘terpaku’ di lantai rumah kira-kira empat jam apabila sebatang paku sepanjang 12.7 sentimeter menusuk tangannya secara tidak sengaja. 

Alan Williams, 46, sedang cuba membaiki sesuatu di rumahnya apabila dia terjatuh dari tangga dan pemicu alat pemaku automatik di tangannya terpelantik tiba-tiba. 

Nasib Williams menjadi lebih malang apabila ketika itu dia bersendirian di rumah dan tidak mampu bergerak untuk mendapatkan bantuan. 

Keadaan Williams hanya berubah apabila pasangannya, Suzanne Amos, seorang jururawat, pulang kira-kira jam 11 malam dan mendapati dia menggigil dan dalam keadaan terkejut.

Gaun Pengantin Paling Panjang Di Dunia

2 comments:
EMMA DUMITRESCU memakai gaun pengantin yang 
paling panjang di dunia di Bucharest kelmarin. 


BUCHAREST - Seorang model berusia 17 tahun, Emma Dumitrescu memakai gaun pengantin yang paling panjang di dunia kelmarin. 

Dia memakai gaun sepanjang tiga kilometer (km) yang mengambil masa selama 100 hari untuk dijahit dengan melibatkan 10 penjahit. 

Gaun itu direka oleh syarikat fesyen Salun Andree di sini. 

Pihak Guinness Book of World Records mengiktiraf gaun tersebut sekali gus mengatasi rekod gaun terdahulu dari Belanda yang sepanjang 2.48km. - Agensi 

Sumber : Kosmo 


Pakaian Malu

2 comments:

Tanda-tanda orang yang memakai pakaian malu adalah seperti berikut: - 

  1. Hatinya bersih dari sifat iri hati, dengki dan dendam 
  2. Lidahnya jujur, terpelihara daripada mencela, mengumpat dan seumpamanya 
  3. Matanya jauh dari memandang perkara yang dilarang oleh syariat 
  4. Perutnya tidak diisi dengan makanan yang haram atau dari sumber yang haram 
  5. Tangannya terpelihara dari menjamah apa-apa yang bukan haknya 
  6. Kakinya tidak memijak tempat larangan 
  7. Amalanya jauh dari mencari sanjungan dan pujian masyarakat 

Segala sesuatu yang dilakukan kerana patuh dan baktinya kepada ALLAH semata-mata, cuba kita renung diri kita. Adakah tanda malu dalam diri kita? Dan adakah pakaian malu itu menjadi pakaian kita? 

Sumber : Facebook


Menteri Berang Kesesakan Di Pintu Tol, Arah Kenderaan Lalu Tanpa Bayaran

No comments:
Dahlan Iskan 
JAKARTA: Menteri Perusahaan Milik Negara, Dahlan Iskan akan “mengambil alih” Tol Semanggi semalam kerana “berang” dengan syarikat Jasa Marga kerana membiarkan kenderaan beratur panjang di tol. 

“Saya bukan saja marah, tapi sangat berang,” katanya. 

Menteri itu yang dalam perjalanan ke pejabat Garuda Indonesia apabila dia melihat 30 kereta menunggu untuk melepasi tol di Slipi, Jakarta Barat, pada jam 6 pagi. 

Marah kerana terlewat, Dahlan keluar dari kereta dan menyiasat pondok tol dan mendapati hanya satu daripada empat pondok itu dijaga, satu secara automatik dan dua lagi, kosong.

Hotel Di China Persenda Askar Jepun Di Dalam Tandas

No comments:
BEBERAPA mangkuk untuk membuang air kecil yang direka 
supaya kelihatan seperti mulut seorang askar Jepun 
sedang ternganga di sebuah hotel di Harbin, China. 


HARBIN - Sebuah hotel di sini menyediakan mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya mempunyai bentuk seperti mulut seorang askar Jepun yang sedang ternganga. 

Gambar mangkuk di dalam tandas itu pernah disiarkan di laman web Weibo di China. 

Hubungan antara Beijing dengan Tokyo kerap tegang berhubung perbalahan tentang pemilikan beberapa buah pulau di Laut China Timur. - AFP 

Sumber: Kosmo 


Wordless Wednesday : Funny Emoticons In Real Life

No comments:


Wordless Wednesday : Kona Baring

No comments:


Tutorial : Display Time of Last Visit

No comments:
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia pada semua follower blog, dan juga rakan blogger sekalian. Dah lama aku tak buat tutorial pasal blog. Hah,... Kali ini, agak spesial sikit.... Nak tanya kat korang semua... Dalam banyak-banyak blog yang korang pernah singgah, pernah tak korang jumpa ayat seperti kat bawah ni ? 


Rupa Kucing Seperti Makhluk Asing

No comments:
WAJAH menakutkan kucing Don Sphynx dengan 
empat taring dan telinga runcing seperti tanduk. 


Dengan wajah seperti ini anda mungkin ingin bersembunyi di dalam rumah saja. 

Rupa kucing Don Sphynx yang kelihatan seperti makhluk asing ET ataupun Gremlin menarik perhatian ratusan pengunjung dalam pameran kucing. Kucing dengan wajah menakutkan dalam foto ini yang seolah-olah mengalami hari malang dipamerkan di Bishkek, Kyrgyzstan hujung minggu lalu.

Kira-kira 100 haiwan dari Kazakhstan dan Kyrgyzstan mengambil bahagian dalam acara itu, memberikan peluang kepada pemiliknya untuk mempamerkan haiwan peliharaan mereka yang cantik mahupun pelik. 

Anak kucing ini menarik perhatian dengan giginya yang berbentuk seperti empat taring dan lidah merah menyala.

Dengan berkulit hitam berkedut ia menunjukkan matanya yang hijau kehitaman serta telinga runcing seperti tanduk. Kucing kacukan ini disifatkan sebagai manja, suka berkawan dan bermain, selain cerdik. 

Kucing Don Sphynx tanpa bulu berasal dari Russia. Pembiakan pertama bermula pada 1987 di bandar raya Rostov-on-Don di Russia. 

Profesor di Institut Pedagogi Negeri, Elena Kovaleva menemui beberapa kanak-kanak lelaki bermain bola sepak dengan sebuah beg. Di dalam beg itu ada seekor kucing yang ketakutan dibawanya pulang dan dipelihara, tetapi ia membesar kehilangan banyak bulu dan kemudian melahirkan anak kucing tanpa bulu. - DM 



Laga Itik Di Rusia

No comments:
SEJUMLAH orang menyaksikan dua ekor itik berlaga 
di Pavlovsk kelmarin. 


PAVLOVSK - Satu pertandingan laga itik diadakan di bandar ini, 450 kilometer dari Moscow, Rusia kelmarin. 

Semua itik yang bertanding perlu diperiksa oleh veterinar sebelum pertandingan tersebut dibenarkan. 

Pertandingan itu diadakan ketika musim salji. - Agensi 



Status "In A Relationship With" Di Facebook

No comments:

Apakah makna yang tersirat di sebalik status "in a relationship with"? 
Adakah ia haram atau merupakan satu andaian "ZINA INTERNET"? 
Adakah ini salah satu cara orang Yahudi mengalpakan orang Islam dan apabila berterusan ia akan mengundang bala daripada Allah tanpa kita sedari telah melakukan kemurkaanNya? 

Soalnya salahkah? Kenapa pula benda macam ni pun nak dijadikan isu? 

KERANA KAMU ADALAH CINTA HATIKU 

"In a Relationship With" sama maksud dengan "bercouple dengan" atau "bercinta dengan". Tak kisahlah couple islamik atau tidak. 

Biasanya yang buat status ini mungkin : 

1. Jujur 
2. Suka berterus terang 
3. Tak nak orang lain ganggu pasangan dia 
4. Serius sangat dalam perhubungan mereka 
5. Bangga dapat bercouple dengan si dia 
6. Nak tunjuk dekat semua orang bahawa dirinya sudah berpunya 
7. Atau mungkin ada jawpan mereka yang tersendiri 

Anda boleh pilih, anda yang mana satu? 

The Spider - Gadget Unik

No comments:
Ia mungkin kelihatan seperti sebuah pengisar lada berteknologi tinggi, tetapi sebenarnya alat elektronik tiga dalam satu ini didakwa bakal menggantikan telefon bimbit, komputer riba dan mungkin juga televisyen. 

Projektor kecil, The Spider hasil ciptaan Nikolaus Frank dilengkapi pelbagai fungsi termasuk boleh mengeluarkan papan kekunci di atas meja dengan menggunakan pancaran laser beresolusi tinggi. 

Produk unik tersebut dicipta untuk syarikat pereka Franketc dan berfungsi sebagai peranti bagi generasi akan datang, yang dijangka mampu bersaing dengan alat elektronik sedia ada keluaran Apple seperti iPhone dan iPad. 



Payudara Meletup

No comments:
Lina Hellqvist 
STOCKHOLM: Seorang peserta siri realiti televisyen Sweden terpaksa dikejarkan ke hospital apabila implan dalam buah dadanya meletup gara-gara aksinya bergusti dalam lumpur, lapor media semalam. 

Lina Hellqvist (gambar) menyertai siri Djungelns Drottning (Ratu Hutan) yang mengisahkan kehidupan sekumpulan 10 peserta hidup dalam hutan tanpa bantuan sebarang teknologi. 

Ketika kejadian, Lina, 24, sedang bergusti dengan beberapa peserta lain apabila dia berasa satu daripada buah dadanya berbunyi. 

Sumber berkata, bimbang dengan keadaan itu, kakitangan produksi Djungelns Drottning menggunakan helikopter untuk memindahkan Lina ke hospital. 

Menurut Lina, dia tidak menyangka sama sekali implan pada buah dadanya boleh meletup tiba-tiba. 

Ini Bukan Gambar Dalam Google Maps !!

1 comment:

Macam nak perli Google Maps jer... hahaha 

Sumber : Google+ 


Fakta Tentang Kucing

4 comments:

1. Kucing mempunyai kebolehan menenangkan manusia (apabila seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil). 

2. Kucing mandi (menjilat dirinya) setelah melalui kejadian berbahaya untuk menenangkan diri. 

3. Kucing boleh melompat tujuh kali tinggi tubuhnya. 

4. Penglihatan kucing adalah enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana pada mata kucing terdapat taperum lucidum, satu sel khusus yang menyerap cahaya. 

5. Kucing mempunya ingatan yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan. 

6. Jantung kucing berdegup dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan seminit). 

7. Kucing jantan mula mengawan setelah berumur antara 7-10 bulan, manakala kucing betina antara 5-9 bulan. 

8. Air kencing kucing bersinar dalam cahaya yang samar atau gelap. 

9. Catnip (sejenis herba) sangat disukai kucing kerana baunya sama dengan bau kucing betina dominan. 

10. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, kemudian baru kaki kanan. 

Sumber dari Facebook 


Penduduk Kampung Di Sulawesi Selatan Hanya Ada Tiga Jari

No comments:
Kebanyakan penduduk di kampung Ulutaue, Bone, 
Sulawesi Selatan hanya mempunyai tiga jari. 


Kebanyakan penduduk di kampung Ulutuae Desa Maria di daerah Bone, Sulawesi Selatan mempunyai kecacatan yang sama iaitu memiliki hanya tiga jari. 

Orang normal memiliki lima jari bagi setiap belah tangan dan kaki. 

Hampir kesemua penduduk kampung itu mempunyai tiga jari, tidak kira jari kaki atau jari tangan dan keganjilan itu dialami oleh golongan muda mahupun tua. 

Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Umbang berkata, kelainan fizikal yang dimilikinya sudah berlaku sejak turun-temurun dan dia pasrah dengan apa yang diwarisi daripada nenek moyangnya. 

"Kecacatan ini disebabkan keturunan tetapi ada juga yang lahir secara normal. 

Walaupun memiliki kekurangan jari, namun penduduk di kampung itu tetap menjalankan aktiviti harian sebagai nelayan. 

Mereka turut mengakui tidak mendapat perhatian daripada pemerintah setempat dan tiada pemeriksaan kesihatan dijalankan terhadap penduduk yang mengalami kecacatan tersebut. - AGENSI 



Kereta Pelajar Terkandas Di Laut

No comments:
SEBUAH feri melintasi sebuah kereta yang terkandas di laut 
di Oyster Point, Brisbane semalam.


Sebuah kereta sewa yang dinaiki tiga pelancong Jepun terkandas di laut di Oyster Point, di sini semalam. 

Menurut laporan akhbar The Redland Times, tiga pelancong itu terpedaya dengan maklumat daripada sistem penentu kedudukan global (GPS). 

Mereka percaya kereta tersebut dapat melalui laluan berlumpur sepanjang 15 kilometer ke Pulau Stradbroke Utara berdasarkan maklumat GPS. 

Namun, kereta itu yang dinaiki pelajar dari Tokyo, Jepun terkandas dalam lumpur. 

Ketiga-tiga pelajar tersebut terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan kereta berkenaan kerana air laut mula pasang. – Agensi 



iPad 3 Jadi Rebutan

No comments:

Peminat kembali membanjiri kedai-kedai komputer Apple di Asia dan Eropah semalam bagi mendapatkan versi terbaharu komputer tablet syarikat berkenaan, iPad 3. 

Peminat gajet berbaris panjang bagi mendapatkan komputer tablet terbaharu itu di Britain, Perancis, Jepun, Hong Kong dan Singapura,. 

Di Tokyo, sekitar 450 orang beratur di luar sebuah kedai Apple. 

Sebahagian mereka sanggup bermalam di luar premis berkenaan kerana mahu menjadi antara kumpulan pertama yang memiliki iPad 3. 

"Saya mahu menunjukkan komputer ini kepada rakan-rakan," kata seorang perunding komputer berusia 33 tahun, Norio Nakayama di luar kedai tersebut. 

"Saya akan memberikan iPad lama saya kepada isteri saya," tambahnya.

Cara Prosessor Intel Dihasilkan (Video)

No comments:

Nak tahu lebih lanjut klik ini : From Sand to Processor or How a CPU is made 


Logo KFC Dalam Google Maps

1 comment:
Siapa biasa main Google Maps? Eh, silap, pakai la... Ada tak? Kalau yang biasa pakai Google Maps tu, no hal punya la.... Hehehe... Yang tak pernah tu, try la sekali... Sebab ini ada kaitan dengan apa yang aku nak kongsikan disini.... 

Cuba korang buat ni: 

1. Go to Google Maps
2. Copy " 37°38'46.31"N 115°45'1.41"W "
3. Paste > search bar
4. Satellite view
5. See

Edit or real ? 

Sumber: Facebook Oh! Lawak


Yahoo Saman Facebook

No comments:
Syarikat enjin pencari gergasi, Yahoo telah memfailkan saman terhadap laman sosial Facebook di Mahkamah California, kelmarin selepas mendakwa rangkaian sosial terbesar itu mencabuli 10 hak cipta termasuk kaedah dan sistem pengiklanan yang dihasilkan oleh perintis Internet itu. 

Difahamkan, Yahoo telah melabur dalam jumlah besar untuk penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan pelbagai hak cipta teknologi seperti syarikat pesaing lain. 

“Teknologi ini adalah asas kepada perniagaan kami yang telah berjaya memperoleh 700 juta pelawat sebulan dan semangat inovasi serta kreativiti dipaparkan menerusi Yahoo,” menurut kenyataan syarikat tersebut yang berpusat di California. 

Sementara itu, jurucakap Facebook yang telah diasaskan pada 2004, sedekad selepas Yahoo bertapak di dunia siber menyatakan mereka kecewa dengan tindakan syarikat tersebut. 



Wordless Wednesday : The New Facebook Search Box

No comments:


Bilik Pameran Unik Volkswagen

No comments:
SEBUAH kereta Volkswagen dimasukkan ke dalam ruang 
penyimpanan di menara unik itu. - Reuters 


WOLFSBURG, Jerman - Bilik pameran futuristik di kilang Volkswagen di sini memiliki menara setinggi 60.96 meter bagi menyimpan kenderaan baharu yang disusun secara bertingkat. 

Dua menara kaca bersebelahan bilik pameran berkenaan boleh menyimpan sebanyak 800 kenderaan menjadikan ia pusat penghantaran kereta terbesar di dunia. 

Pada setiap hari, sebanyak 600 kereta baharu dikeluarkan dari menara berkenaan untuk diserahkan kepada pembeli. - Agensi 



Wordless Wednesday : The Life Cycle

No comments:


Topeng Cas Telefon Bimbit

No comments:
Seorang model menggunakan topeng tersebut semasa tidur. - Agensi 


Topeng muka yang sebelum ini digunakan untuk menapis udara tercemar kini mampu mengecas telefon bimbit. 

Seorang pencipta, Joco Paulo Lammoglia berjaya mencipta sejenis peralatan pintar dengan mengubah udara yang terhasil daripada paru-paru manusia kepada tenaga, sekali gus memberi manfaat kepada pengguna telefon bimbit yang sebelum ini bergantung kepada tenaga elektrik. 

Gajet yang diberi nama topeng AIRE itu, sebenarnya mengandungi turbin angin kecil, dan tenaga yang terhasil daripadanya dipindahkan melalui kabel ke peralatan elektronik pengguna. 

Menurut pencipta yang berasal dari Rio de Janeiro, Brazil itu, topeng AIRE boleh digunakan dalam sebarang situasi sama ada semasa berlari mahu pun tidur. 

''Ia boleh digunakan untuk aktiviti di dalam, mahu pun di luar sama ada ketika kita tidur, berjalan, berlari hatta membaca buku sekali pun. 

''Selain menjimatkan tenaga, ia mampu membantu memelihara alam sekitar dan menggalakkan aktiviti bersenam. 

''Tenaga yang terhasil daripada alat itu juga boleh didapati setiap 24 jam dan tujuh hari seminggu,''katanya. 

Lammoglia berkata, walaupun kebanyakan gajet moden pada masa ini menawarkan banyak kemudahan kepada pengguna, namun ia masih terlalu bergantung kepada penggunaan tenaga elektrik yang banyak. 

''Justeru, dengan memanfaatkan tenaga yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti manusia dan menukarnya kepada tenaga elektrik adalah tidak mustahil, maka, ia merupakan penyelesaian yang baik (daripada terlalu bergantung kepada tenaga elektrik),'' katanya. - AGENSI 



Saintis Hasil Gandum Tahan Air Masin

No comments:
SEBUAH kawasan yang ditanam dengan gandum jenis durum. 


Sekumpulan saintis mengumumkan kelmarin bahawa mereka membiak sejenis gandum yang boleh hidup di tanah berair masin. 

Ketua penyelidikan berkenaan, Matthew Gilliham daripada University Adelaide, selatan Australia memberitahu, tanaman baharu itu dibiak daripada gandum jenis durum. 

Saintis-saintis terbabit memasukkan gen yang dinamakan TmHKT1;5-A untuk membolehkan gandum tersebut tahan terhadap persekitaran masin. 

Gen tersebut dimasukkan dengan menggunakan teknik-teknik pembiakbakaan kacuk dan bukan teknologi kejuruteraan genetik. 

Tanaman tersebut digunakan untuk membuat pasta dan kuskus. 

Menurut Gilliham, gandum baka baharu itu dapat membantu petani Jepun selepas tanaman mereka ditenggelami air laut dalam bencana tsunami tahun lalu. 

Sekitar 20,000 hektar sawah padi di timur laut Jepun digenangi air laut dalam bencana tersebut yang menyebabkan ramai petani hilang mata pencarian. - AFP 



Angry Birds Season v2.3.0 (Cherry Blossom)

2 comments:

Salam semua kepada semua follower blog dan peminat game Angry Birds.. Jika sebelum ini, game Angry Birds Season versi terdahulu menampilkan game terbaru ketika itu, Year of the Dragon, bersempena perayaan Tahun Baru Cina. Kali ini, dengan versi terbaru, iaitu v2.3.0, menampilkan game Cherry Blossom, yang bersempena dengan Pesta Melihat Bunga di Jepun. 


Keperluan Sistem:

  • Windows XP/Vista/7 
  • RAM 512MB 
  • CPU 1 GHz 
  • Graphic OpenGL 1.3 compatible 




Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...