Ni apa ceritanya kat sini?

Wordless Wednesday : Super Mario

No comments:


Kelas Seni Menghias Haiwan Yang Diawet

No comments:
SEORANG pelajar meletakkan gitar mainan di celah kaki 
seekor tikus yang telah diawet. 


BROOKLYN, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah kelas seni yang mengajar menghias haiwan yang telah diawet dibuka kepada orang ramai di kawasan kejiranan Gowanus di sini. 

Kelas selama empat jam itu mengajar pelajar cara untuk menghias haiwan yang telah diawet dengan memakaikan pakaian. 

Para pelajar juga diajar cara untuk menjadikan tikus yang telah diawet duduk dan membuat gaya seperti manusia. 

Seni itu amat popular semasa zaman pemerintahan Ratu Victoria di Britain. 

Kelas itu diajar oleh seorang artis tatu, Susan Jeiven.- Agensi 



Wordless Wednesday : Mighty Morphin Angry Rangers

No comments:


Cipta Pesawat Di Atas Bumbung Rumah

No comments:
PESAWAT buatan sendiri yang dicipta oleh Li Jungchun dilihat 
berada di atas bumbung rumahnya di Kampung Xiahe semalam. 


KAMPUNG XIAHE, China - Seorang petani berusia 58 tahun, Li Jingchun mencipta pesawat buatan sendiri di atas bumbung rumahnya di sini. 

Dia menyembur cat pada badan pesawat itu yang sepanjang 5 meter (m) dan lebar 1.5m. 

Kebanyakan badan pesawat itu diperbuat daripada barang kitar semula dengan kos lebih 40,000 yuan (RM19,136). - Reuters 



Wordless Wednesday : Circuit of Life

1 comment:


Dosa Pahala Facebook Kita Sebelum Dan Selepas Mati

No comments:

Hari ini hampir semua orang di antara kita punyai akaun Facebook. Namun berapa orang yang menilai dan mengambil berat tentang sumbangan saham pahala atau dosa yang sedang berjalan dari profile Facebook masing-masing? Ada orang berkata, ‘Eh, aku main FB suka-suka jer, tak kan berdosa kot?’. Kita harus faham setiap saat dalam hidup, kita tidak akan terlepas dari 6 keadaan iaitu: 
  1. Halal 
  2. Haram 
  3. Wajib 
  4. Sunat 
  5. Makruh 
  6. Harus 

Bakteria Dalam Mulut Boleh Membunuh

No comments:

Sejenis bakteria yang berada dalam mulut didakwa mampu membunuh jika ia memasuki saluran darah, menurut penyelidikan saintis di Switzerland. 

Penyelidik mendapati sejenis bakteria yang dipanggil Streptococcus tigurinus, boleh memasuki saluran darah walaupun jika gusi berdarah. 

Hasil kajian yang dilakukan terhadap seorang pesakit, mendapati bakteria dalam darah pesakit itu menyebabkan dia diserang endokarditis (radang jantung), meningitis dan spondylodiscitis (radang tulang belakang). 

Kajian yang diketuai Dr Andrea Zbinden dari Universiti Zurich itu diterbitkan dalam International Journal of Systematic and Evolutionary Microbiology. 

Zbinden berkata, mereka kini sedang melakukan kajian lanjut mengenai serangan bakteria tersebut supaya ia dapat dirawat segera. 



Bayi Di Surabaya Lahir Dengan Jantung Di Luar

No comments:

JAKARTA - Doktor-doktor pakar di Hospital Dr Soetomo Surabaya sedang menangani kes seorang bayi yang dilahirkan dengan jantungnya berada di luar badan, suatu keadaan yang dikenali sebagai Pentalogy of Cantrell. 

Bayi perempuan berusia 15 hari itu, yang dirujuk ke hospital berkenaan pada Sabtu, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), untuk distabilkan keadaannya. 

Media tempatan melaporkan bahawa bayi bernama Febryana Omega Hayati itu merupakan anak kelima pasangan Ishak Manu, 44, dan Nur Hayati, 34, yang merupakan penduduk Surabaya. 

Ketua Bahagian Neonatologi hospital itu, Dr Agus Harianto berkata, kes bayi seperti itu adalah yang ketiga diterima Hospital Dr Soetomo. 

Seorang doktor pakar jantung, Yan Efrata Sembiring dilaporkan berkata, kelainan kelahiran itu sangat jarang berlaku iaitu nisbah satu berbanding lima juta kelahiran bayi. 

Bagi menangani kes seumpamanya, yang perlu dilakukan pada peringkat awal adalah mengelakkan organ yang berada di luar badan itu daripada terkena jangkitan dan setelah keadaannya bertambah baik, pasukan doktor akan segera melakukan pembedahan bagi menutup organ itu. - Bernama 



Buah-buahan Sitrus Elak Serangan Strok

No comments:

Memakan buah oren dan lemon didakwa mampu mengurangkan risiko serangan strok terhadap manusia, menurut penyelidik dari Britain. 

Pengambilan keseluruhan buah-buahan itu termasuk ketika bersarapan dalam bentuk jus dipercayai dapat mengelakkan serangan otak kerana ia kaya dengan antioksida. 

Bagaimanapun, mereka menyatakan lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk memastikan keberkesanan buah-buahan sitrus tersebut untuk melindungi manusia daripada serangan strok. 

“Semua orang sepatutnya mengamalkan gaya pemakanan yang sihat termasuk me­ngurangkan kadar pengambilan makanan berlemak dan bergaram serta melakukan aktiviti senaman dengan kerap kerana ia adalah kunci utama mengelakkan serangan pelbagai penyakit,” menurut kenyataan penyelidik di Universiti East Anglia itu. 



Rumah Persembunyian Osama Diroboh

No comments:
Penduduk tempatan memerhati kerja-kerja merobohkan bangunan yang dipercayai menjadi tempat persembunyian osama di bandar Abbottabad oleh pasukan keselamatan pakistan, semalam. - AFP 


PESHAWAR 26 Feb. - Pasukan keselamatan Pakistan, hari ini mula meruntuhkan rumah agam yang menjadi tempat persembunyian ketua al-Qaeda, Osama bin Laden yang dibunuh dalam serbuan tentera Amerika Syarikat (AS) di bandar Abbottabad pada Mei lalu. 

Seorang pegawai polis yang enggan dikenali berkata, dua jentolak digunakan untuk meruntuhkan bangunan tersebut. 

Seorang pegawai kanan pentadbiran berkata, tingkat atas bangunan tiga tingkat itu termasuk bilik Osama telah diruntuhkan. 

''Kami berharap semuanya akan selesai esok,'' katanya. 

Kawasan kediaman Osama selama beberapa tahun itu berada di bawah kawalan pasukan keselamatan Pakistan sejak ketua al-Qaeda itu dibunuh oleh komando tentera laut AS, SEAL dalam satu serbuan tanpa pengetahuan Islamabad. 

Pegawai polis itu berkata, beliau boleh melihat habuk dan debu keluar dari bangunan itu. 

''Polis dikerah untuk mengawal di luar kawasan bangunan tersebut, manakala tentera mengawal bahagian dalam,'' ujarnya. 

Saksi berkata, tentera menghalang laluan masuk ke kawasan tersebut serta membawa masuk jentera berat. 

Wartawan juga dilarang mengambil gambar atau mendekati kawasan berkenaan. - AFP 



Disebalik Wall, Facebook & Mark Zuckerberg

2 comments:


Sahabat, tahukah kamu apa makna ---> "WALL" <--- ? Ia memberi makna DINDING... 

Kenapa 'dinding'? Jap, saya teruskan pertanyaan.. 

Siapakah yang mewujudkan FACEBOOK? Mesti Mark Zuckerberg! Seorang berbangsa YAHUDI. 

Apa kaitan WALL dan YAHUDI??? 

Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA.. DINDING RATAPAN. 

Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya... 

Oleh itu, saya dan anda jangan jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka... Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang... Jadikan Wall FB Sebagai Medium Untuk Menyebarkan Dakwah.. 

Jika Anda Tidak Percaya.. 
Cuba Anda Buka www.google.com dan search "wailing wall of israel".. 

Dan anda dapat lihat pelbagai result yang dapat.. Renung-renungkan lah... 

Wallahu `Alam 

p/s : sumber pun dari Facebook...


Jepun Mahu Bina Lif Ke Angkasa

No comments:

TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan. 

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi. 

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km. 

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan. 

"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya. 

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan. 

Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter. 

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP 



Berlian Merah Jambu Ditemui

No comments:
BERLIAN merah jambu diletakkan di hujung mata sebatang pen. 


SYDNEY - Gergasi perlombongan Rio Tinto semalam menyatakan pihaknya menemui batu berlian merah jambu 12.76 karat di Australia. 

Ia merupakan berlian merah jambu terbesar pernah ditemui di negara berkenaan. 

Dinamakan Argyle Pink Jubilee, batu berlian besar itu ditemui di lombong berlian merah jambu Argyle di Kimberley, Australia Barat. 

Rio Tinto dalam satu kenyataan memberitahu, masa selama 10 hari diperlukan bagi memotong dan mengilat batu permata berkenaan. 

"Kami semua teruja dengan penemuan berlian ini yang jarang-jarang ditemui," kata Ketua Divisyen Berlian Merah Jambu Argyle, Josephine Johnson. 

"Berlian seperti ini ditemui sekali dalam tempoh 26 tahun dan mungkin tidak akan ditemui lagi. 

"Individu yang dapat memakai berlian merah jambu ini sudah tentu amat bertuah," tambahnya. 

Menurut kenyataan Rio lagi, harga berlian Argyll tersebut dianggar lebih AS$10 juta (RM30.3 juta) berdasarkan berlian merah jambu berkualiti tinggi yang dijual pada harga AS$1 juta (RM3 juta) untuk setiap karat. - AFP 



Kenali 9 Keturunan Setan

No comments:

JOM KITA KENALI 9 KETURUNAN SETAN INI. 

Setan Zalitun bertugas menggoda penghuni pasar dalam transaksi jual-beli dengan menyuruh untuk melakukan kedustaan, penipuan, memuji-muji barang dagangan, mencurangi timbangan/takaran, dan bersumpah palsu. 

Setan Watsin bertugas menggoda manusia yang tertimpa musibah agar tidak bersabar sehingga yang bersangkutan berteriak histeris, menampar-nampar pipi, dan sebagainya. 

Setan A’wan bertugas menggoda para penguasa untuk bertindak zhalim. 

Setan Haffaf bertugas membujuk dan menggoda orang untuk meneguk minuman keras. 

Setan Murrah bertugas menggoda orang agar asyik bermain seruling atau alat musik berikut nyanyiannya. 

Setan Laqus bertugas menggoda orang untuk menyembah api. 

Setan Masuth bertugas menyebarkan berita-berita dusta lewat lisan manusia sehingga tidak bisa diketemukan berita yang sebenarnya. 

Setan Dassim berada di dalam rumah. Jika seseorang tidak mengucapkan salam sewaktu memasuki rumahnya dan tidak pernah menyebut nama Allah di dalamnya, maka setan tersebut akan menimbulkan perselisihan sehingga akan terjadi thalaq, khulu’, dan pemukulan. Singkatnya, setan ini selalu ingin menciptakan ketidakharmonisan dalam rumah tangga. 

Setan Walhan bertugas menggoda dan mengacaukan manusia dalam berwudhu’, solat, dan dalam ibadah-ibadah yang lain. 



Saintis Belanda Hasilkan Hamburger Guna Daging 'Dibiak'

No comments:
Gambar hiasan. 
LONDON 21 Feb. - Saintis Belanda melahirkan harapan dapat menghasilkan hamburger pertama menggunakan daging yang 'dibiak' dalam makmal menjelang hujung tahun ini. 

Akhbar Guardian melaporkan satu pasukan pengkaji dari Universiti Maastricht menggunakan sel stem daripada lembu untuk membiakkannya bagi menghasilkan tisu otot. 

''Sampel itu kini dua sentimeter panjang, satu sentimeter lebar dan satu milimeter tebal dan berwarna putih, menyerupai hirisan sotong,'' lapor stesen televisyen BBC. 

Daging 'ujikaji' itu kemudian akan 'dicampur' dengan darah dan lemak tiruan dan dijadikan burger. 

Profesor Fisiologi, Mark Post yang mengetuai kajian itu berkata, daging dihasilkan dimakmal membawa faedah ekologi berbanding makanan 'sebenar'. 

Beliau berkata, menternak haiwan untuk makanan kini bukan lagi proses efisien kerana ia menghasilkan gas rumah hijau iaitu metana dan memerlukan kawasan penternakan yang luas. 

''Permintaan ke atas daging juga dijangka meningkat dua kali ganda dan kini kita menggunakan 70 peratus kapasiti penternakan haiwan untuk daging,'' katanya pada mesyuarat tahunan Persatuan Sains Lanjutan Amerika. - AGENSI 



Wordless Wednesday : Logo Windows OS

No comments:


Ferrari Dijadikan Kereta Polis Dipamerkan

No comments:
SEBUAH kereta Ferrari milik polis Colombia dipamerkan 
di sebuah pusat komersial di Bogota kelmarin. 


BOGOTA, Colombia - Sebuah kereta Ferrari yang dijadikan sebuah kereta polis selepas ia dirampas daripada seorang penyeludup dadah, Hernando Gomez dipamerkan kelmarin. 

Kereta Ferrari 348 model 1991 itu kini berwarna hijau dan putih berbanding warna asalnya merah. 

Kenderaan tersebut yang juga mempunyai logo polis dipamerkan kepada orang ramai di sebuah pusat komersial di sini. 

Kereta itu dirampas daripada Gomez pada satu operasi polis yang dilakukan pada 2004. 

Ferrari itu mempunyai enjin 300 kuasa kuda V8 dan mempunyai kelajuan 275.2 kilometer sejam. 

Dalam operasi itu, barang-barang yang bernilai £60 juta (RM289.12 juta), termasuk ladang, rumah dan hasil seni turut dirampas. 

Gomez telah diekstradisi ke Amerika Syarikat atas tuduhan penggubahan wang haram dan dadah. - Agensi 



Salji : Lelaki Terperangkap Dua Bulan Dalam Kereta Diselamatkan

No comments:

STOCKHOLM 19 Feb. - Seorang lelaki akhirnya diselamatkan selepas terperangkap di dalam kereta yang dilitupi salji selama dua bulan di sebuah hutan terpencil, utara Sweden, lapor polis semalam. 

"Kami menerima maklumat yang seorang mangsa terperangkap di dalam kereta yang dilitupi salji di kawasan hutan itu, kira-kira 1.5 kilometer dari jalan utama," kata Ebbe Nyberg, seorang pegawai bertugas di wilayah Vaesterbotten. 

Jelasnya, seorang lelaki yang memandu jentolak salji ternampak bahagian atas kereta di sebatang jalan di hutan terbiar itu, tidak jauh dari bandar Umea di selatan Bulatan Artik. 

"Dia perasaan sesuatu bergerak dan menyedari ada orang terperangkap di dalam kereta itu lalu menghubungi pihak polis," ujar Nyberg. 

Pasukan keselamatan dan ambulans bergegas ke tempat kejadian. 

Mereka terkejut melihat mangsa yang berusia pertengahan 40-an itu, berselimut di dalam beg tidurnya dalam keadaan yang teruk, kelaparan serta tidak dapat bergerak atau bercakap. 

Kata Nyberg, pihaknya masih belum pasti berapa lama mangsa terperangkap, namun menyatakan kereta tersebut dipandu ke kawasan hutan itu sebelum salji tebal melanda. 

"Mangsa mendakwa dia berlapar sejak Disember lalu, jadi kami rasa dia berada di kawasan itu pada Disember atau mungkin lebih awal," katanya sambil memberitahu suhu di kawasan itu kini turun sehingga 30 darjah Celsius di bawah paras beku. 

Jelasnya, mangsa kini berada di Hospital Universiti Norrlands untuk menerima rawatan. - AFP 



Api Mengalir Di Air Terjun

2 comments:
IMEJ dekat air terjun kelihatan
seperti api sedang mengalir
di Taman Perkhidmatan
Negara Yosemite. 
YOSEMITE, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan jurugambar akan berkunjung ke Taman Perkhidmatan Negara Yosemite di sini pada setiap pertengahan Februari. 

Mereka akan merakamkan fenomena alam semula jadi yang akan menunjukkan seolah-olah api mengalir dari Glasier Point. 

Fenomena itu terjadi apabila Bumi dan matahari berada dalan keadaan sejajar pada waktu matahari terbenam. 

Pada waktu tersebut, cahaya matahari akan menyinari salah satu air terjun di taman ini. 

Air terjun itu kemudian akan kelihatan seperti lahar yang mengalir. - AP 



Bila Hantu Main Facebook :)

No comments:

KALO HANTU ADA FB... APE STATUS DEPA EK ?? MEH KITE TENGOK :) 


*pocong-----> "penat la seharian lompat sini, lompat sane.. sesekali nak jugak nek monorel..." 


*langsuir-----> "aarrrhh..! balik awal la malam ni.. ngantuk la... lagipon suara da serak mengilai tadi..." 


*pelesit-----> "x puas hati btul aq dgan manusia ni.. diaowg yg mrempit kte plak dpat nama.. pelesit jalanan la, jahat macam pelesit la.. tensen !!..." 


*toyol-----> " ape pnya org kaya daa... umah je besar duet seposen haram pon xde.. jatuh maruah aku..." 


*hantu raya-----> "yaahhooo ! tuan aku out station 3 bulan.. bini dia tinggal, suruh pulak aku jage.. xkn nk tengok je kot ?" 


*pontianak-----> "ari ni ari paling bahagia sbb dapat b'lakon dgn lisa surihani.. tunggu cerita kami dipawagam.. k guys !" 


*hantu galah-----> " kurang hajau punye toyol ! kau hack akaun aku ye !! mcam mane ko taw password aku hah ?!" 


Sumber : Facebook 


Identiti Charlie Chaplin Dipersoalkan

No comments:

Apabila seorang pelakon komedi genius era 1920-an hingga 1940-an mencetuskan fenomena di seluruh dunia, ia menjadi satu kebanggaan kepada Britain. 

Tetapi, kini identiti sebenar Charlie Chaplin @ Israel Thornstein mula dipersoalkan selepas perisik negara itu, M15 gagal membongkar maklumat peribadinya termasuk nama sebenar dan negara asal kelahirannya. 

Teka-teki mula timbul selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mempersoalkan latar belakang pelakon mimik era filem bisu hitam putih tersebut yang telah meninggalkan negara itu pada 1952 selepas disyaki terlibat dengan rangkaian komunis. 

Menurut beberapa dokumen awal, Chaplin dilahirkan pada 16 April 1889 di East Street, Walworth tetapi menerusi penemuan sijil kelahirannya di Somerset House di London, M15 merumuskan bahawa dia mungkin bukan berasal dari Britain kerana nama pada dokumen tersebut juga tidak sama seperti yang diketahui umum. 

Hasil siasatan perisik M16 juga gagal mengesan tempat kelahiran sebenar Chaplin tetapi maklumat yang didedahkan oleh Arkib Kebangsaan menunjukkan pelakon yang meninggal dunia pada 1977 itu mungkin berasal dari Rusia kerana dia pernah menyatakan ‘mahu kembali semula ke Moscow’. 



Minum Teh Elak Serangan Jantung

No comments:
Pengambilan tiga cawan teh setiap sehari cukup untuk mengelak anda daripada serangan jantung dan diabetis jenis 2, menurut satu kajian terkini. 

Kajian diketuai Dr. Carrie Ruxton itu menunjukkan pengambilan teh hitam secara teratur, sama ada ditambah dengan susu atau tidak, boleh mengurangkan masalah jantung dengan memotong paras kolestrol jahat dan juga gula dalam darah. 

Beliau yang merupakan Pakar Pemakanan berkata, manfaat teh terletak pada kandungan flavonoid, iaitu bahan anti-oksidan yang berfungsi mengawal penyakit kardiovaskular. 

“Sebenarnya banyak manfaat yang terkandung dalam minuman kegemaran ramai ini daripada apa yang kita jangkakan,” kata Ruxton, yang juga merupakan anggota Panel Penasihat Teh (TAP). 

Menurutnya, secawan teh menyediakan antara 150 dan 200 miligram flavonoid dan ia merupakan sumber anti-oksidan terbaik berbanding hidangan-hidangan lain. 

Sebagai perbandingan, kandungan anti-oksidan dalam dua cawan teh bersamaan dengan lima bahagian sayur-sayuran. 

Seorang lagi anggota TAP, Dr. Tim Bond pula berkata, masalah kronik seperti sakit jantung, strok dan diabetis berkait rapat dengan proses keradangan dan kehadiran radikal bebas pro-oksidan yang berlebihan dalam badan. 

“Bahan anti-oksidan dan anti- keradangan yang terkandung dalam flavonoid teh hitam memberi kesan positif kepada tubuh,” katanya. - AGENSI 



Pokok Pisang Luar Biasa

1 comment:
POKOK pisang milik Sarman ini mempunyai tiga tandan 
dan lima jantung pisang di Wonogiri, Jawa Tengah. 


Kebiasaannya pokok pisang hanya mengeluarkan hasil setandan dan sebiji jantung pada satu-satu masa. 

Namun, sebatang pokok pisang di wilayah Wonogiri di Jawa Tengah mempunyai keajaiban tersendiri apabila mempunyai tiga tandan pisang dan lima jantung. 

Pemilik pokok pisang setinggi empat meter itu, Sarman, 64, berkata, setiap tandan pisang tersebut mempunyai tujuh hingga lapan biji pisang serta lima biji jantung. 

"Dua biji jantung ini tumbuh di bahagian paling atas, manakala dua lagi jantung di bahagian paling bawah dan bakinya di bahagian tengah pokok. 

"Saya tidak pernah bermimpi atau mendapat sebarang petanda mengenai pokok pisang aneh ini," katanya kepada suaramerdeka.com. 

Sarman berkata, dia menyedari hal itu ketika sedang membersihkan laman rumahnya dua minggu lalu. 

Keanehan pokok itu turut menarik perhatian jiran-jirannya yang tidak henti-henti datang ke rumahnya untuk melihat keajaiban tersebut. 

Dia menganggap keganjilan itu mungkin disebabkan pengaruh genetik pokok terbabit. 

"Saya bertekad untuk menjaga pokok pisang ini sehingga buahnya masak dan hasilnya boleh dimakan bersama anak dan isteri. 

"Jika ada jiran yang teringin mencuba buah itu nanti, saya tidak keberatan untuk memberikannya kepada mereka," katanya. - AGENSI 



Ayam Berkaki Empat Tarik Perhatian Penduduk

No comments:
Inilah ayam milik Carik yang berkaki empat 
di Kebonarum, Klaten, Jawa Tengah. 


Sebuah perkampungan di Kebonarum daerah Klaten, Jawa Tengah menjadi popular sejak sebulan lalu selepas kemunculan seekor ayam berkaki empat. 

Kampung Pluneng itu mendapat perhatian orang yang ingin menyaksikan sendiri kebenaran mengenai cerita ayam berkaki empat itu. 

"Setiap hari berpuluh-puluh orang datang ke rumah saya untuk melihat ayam aneh itu. 

"Selain berkaki empat, ayam saya itu juga mempunyai dua saluran najis," kata pemiliknya, Carik kepada MICOM

Ayam yang diberi nama Tinuk itu dilaporkan berusia 35 hari. 

Menurut Carik, dia tidak akan menjual ayam itu, walaupun pernah ditawarkan dengan harga 320,000 rupiah (RM108). 

"Ayam seperti ini jarang ditemui dan saya akan memeliharanya," ujar Carik. - AGENSI 



Sunnah Ketika Menguap

2 comments:

Daripada Abu Hurairah rhu, Rasulullah SAW bersabda: 

الْعُطَاسُ مِنْ اللَّهِ وَالتَّثَاؤُبُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فِيهِ وَإِذَا قَالَ آهْ آهْ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْفِهِ وَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعُطَاسَ وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ فَإِذَا قَالَ الرَّجُلُ آهْ آهْ إِذَا تَثَاءَبَ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ فِي جَوْفِهِ

“Bersin itu daripada Allah, manakala menguap itu dari Syaitan. Sekiranya salah seorang daripada kamu menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya dan jika ia mengeluarkan bunyi "aahh... aahhh..." maka syaitan ketawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Kitab al-Adab, 9/402, no. 2670. Beliau berkata: Hadis ini Hasan sahih) 

Sumber : Facebook 


Gigi Tercabut, Muka Terbakar

No comments:
Tom Holloway 
PENSACOLA (Florida): Seorang lelaki yang cuba menyingkirkan tabiat merokok dengan menyedut rokok elektronik, ditimpa malang apabila ia meletup dalam mulutnya akibat kerosakan bateri. Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depannya tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk, kata pegawai bomba, semalam. 

“Analogi terbaik adalah ia seperti meletakkan botol berisi roket dalam mulut anda lalu ia meletup,” kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker. 

“Bateri tercampak daripada tiub dan menyebabkan alat itu terbakar,” katanya. 

Pegawai bomba tidak mendedahkan identiti mangsa berikutan polisi jabatan itu, tetapi laman Facebook di bawah nama Tom Holloway, 57, dipenuhi dengan pengunjung yang memberikan komen mengenai kecederaan itu dan pencarian di pangkalan data menunjukkan alamatnya pada laporan di jabatan bomba berpadanan dengan namanya. 

Holloway berada di pejabat di kediamannya apabila alat itu meletup menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan alatan pejabat terbakar. 

Kotak bateri hangus yang ditemui di atas cebisan permaidani cair kelihatan seperti alat untuk merokok. - AFP 



Coklat Rasa Cabai, Jamu Di Pasaran Indonesia

1 comment:
JAKARTA - Coklat rasa cabai yang pedas, rasa jamu dan rasa serunding daging mungkin kedengaran aneh tetapi ia telah ada di pasaran Indonesia. 

Sebagai tarikan, coklat keluaran beberapa industri kecil dan sederhana di republik itu menggunakan jenama berciri tempatan seperti 'Monggo', 'Coklat Tolak Miskin' dan 'Sesuwatu Banged', demikian dilaporkan akhbar mingguan Kompas, Ahad. 

Kreativiti pengeluar dalam mempromosi ciri-ciri tempatan turut kelihatan dalam pemasarannya seperti iklan yang memaparkan sepasang nenek dan datuk dari sebuah kampung yang sedang tertawa sambil menggenggam sebatang coklat berjenama tempatan di tangan. 

Laporan itu menyebut coklat berjenama Monggo keluaran Kotagede, Yogyakarta misalnya yang dimulakan sejak tahun 2003, mengeluarkan coklat rasa cabai dan halia, dan dianggap perintis dalam perusahaan coklat berciri tempatan yang berkualiti baik. 

Bekas Penjual Mesin Taip Beli 230 Pesawat Boeing

No comments:
SEBUAH pesawat Boeing 747-400 milik Lion Air berada di sebuah landasan di Lapangan terbang Sukarno-Hatta di Tangerang semalam. Gambar kecil Rusdi Kirana. 


SINGAPURA - Seorang bekas penjual mesin taip, Rusdi Kirana mencipta kejutan apabila beliau membeli lebih 230 pesawat Boeing dalam satu urus niaga yang dimuktamadkan pada minggu ini. 

Beliau yang kini bergelar Ketua Eksekutif Lion Air mengasaskan syarikat penerbangan domestik dan tambang murah terbesar di Indonesia bersama abangnya, Kusnan lebih sedekad lalu. 

Selain potongan rambut pendek, misai penuh dan senyuman keanak-anakan, tidak banyak yang diketahui tentang usahawan berusia 49 tahun dari Indonesia itu. 

Wordless Wednesday : DJ Moo

No comments:


Wordless Wednesday : Generasi Yamaha RX-Z

No comments:


Katil Juruterbang Dalam Pesawat Boeing

No comments:
KATIL untuk juruterbang tidur di belakang kokpit pesawat Boeing 787 baharu yang dipamerkan pada Pertunjukan Udara Singapura di Singapura semalam. 


SINGAPURA - Pesawat penumpang baharu Boeing 787 Dreamliner mempunyai ruang rehat untuk juruterbang tidur di belakang kokpit pesawat itu. 

Ia juga mempunyai ruang rehat yang sama untuk kru penerbangan lain seperti pramugara dan pramugari. 

Menurut laporan Bernama, pesawat Dreamliner itu mempamerkan keupayaan jarak jauhnya beberapa hari lepas, terbang tanpa henti dari Boeing Field di Seattle, Amerika Syarikat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok dengan jarak 12,358 kilometer. 

Pesawat itu yang membawa hampir 300 penumpang dipamerkan pada Pertunjukan Udara Singapura yang bermula esok sehingga 17 Februari depan. - Agensi 



Whitney Houston Meninggal Dunia

No comments:

LOS ANGELES 12 Feb. - Penyanyi dan pelakon legenda, Whitney Houston yang pernah mencetuskan fenomena muzik di Amerika Syarikat pada 1980-90-an ditemui mati di bilik sebuah hotel di sini, semalam. 

Polis menerima panggilan kecemasan memaklumkan penyanyi itu ditemui terbaring di lantai bilik sebuah hotel di tingkat empat, kata jurucakap polis, Mark Rosen. 

Bintang tersebut meninggal dunia pada usia 48 tahun. 

"Pada pukul 3.55 petang waktu tempatan, Houston diumumkan meninggal dunia di hotel Beverly Hilton, kata Rosen. 

Kisah Itik dan Kura-Kura

2 comments:

Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang. 

Tupai Ungu Cetus Sensasi Di Internet

No comments:
SEEKOR tupai berwarna ungu yang diperangkap Percy Emert dan 
isterinya Connie di taman milik mereka di negeri Pennsylvania. 


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seekor tupai ungu yang dijerat sepasang suami isteri di AS mencetuskan sensasi di internet berhubung persoalan bagaimana haiwan tersebut mendapat warna pelik itu. 

"Kami pun tidak tahu. Namun, ia benar-benar berwarna ungu. Ada orang mendakwa kami mencelup warna tersebut tetapi secara jujur, kami menemui tupai ini dan ia ungu," kata Percy Emert yang menemui mamalia berkenaan bersama isterinya, Connie. 

Kata mereka, tupai itu memasuki perangkap pada Ahad lalu. Menurut laman web accuweather.com, pasangan berkenaan memasang perangkap di taman milik mereka di negeri Pennsylvania bagi melindungi burung peliharaan daripada haiwan pemangsa. 

Mengulas tentang fenomena tersebut, seorang ahli meteorologi AS, Dan Kottlowski berkata: "Tupai jantan itu mungkin telah terjatuh ke dalam cat ungu." 

Namun, pendapat tersebut disangkal oleh seorang komentator lain yang memberikan penjelasan lebih saintifik. 

"Warna ungu itu merupakan sebatian bromida yang dilihat pada spesies moluska dan jarang didapati pada haiwan darat. 

"Tupai tersebut memiliki terlalu banyak bromida dalam sistem badan, berkemungkinan besar kerana ia meminum air daripada sumber air dicemari bromida. Ini bermakna alam sekitar kita sudah tercemar dan ramai orang akan mendapat barah pundi kencing kelak," katanya. - AFP 




‎6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim

No comments:


1) Dia bekerja dengan Allah.. jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. 

2) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati, tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah... Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang,... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya. 

3) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya... lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga. 

Valentine's Day Haram

1 comment:


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada awalnya aku tak berniat nak buat entri hari kasih sayang ni tapi atas desakan keadaan semasa maka menjadi tanggungjawab untuk aku berkongsi fakta. Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan disokong oleh semua Majlis Fatwa Negeri menyambut, menyertai dan merayakan Valentine’day hukumnya adalah HARAM untuk umat Islam. 

Kematian Osama bin Laden Dipermainkan

No comments:
SALT LAKE CITY - Kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden telah dipermainkan sebuah syarikat penerbitan tidak bertanggungjawab di Utah selepas mereka menerbitkan filem zombi (mayat berjalan) menggunakan watak beliau. 

Filem berjudul Osambie: The Axis of Evil Dead itu memaparkan pertempuran antara Unit Angkatan Khas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dengan kumpulan militan zombi di kawasan gurun diketuai oleh Osama yang kononnya bangkit dari kematiannya. 

Pengarah eksekutif, Kynan Griffin berkata, skrip tersebut telah dihasilkan sebelum Osama dibunuh pada Mei lalu. 

Ia turut menggunakan tagline 'Bin Laden Will Die Again' (Osama akan mati sekali lagi) yang dianggap biadab dan dilihat bakal mencetuskan kemarahan orang Islam. 

Sementara itu, sebuah lagi filem kontroversi arahan Kathryn Bigelow yang berkisar mengenai operasi memburu Osama juga akan diterbitkan walaupun menerima kritikan banyak pihak kerana ia secara terang mendedahkan misi rahsia Agensi Penyiasatan Pusat (CIA). 



Ikan Yu Gergasi Jadi Bahan Pameran

No comments:
DUA kren digunakan untuk mengangkat seekor 
ikan yu gergasi di Karachi pada Selasa lalu. 


KARACHI - Seekor ikan yu gergasi yang ditangkap pada Selasa lalu oleh sekumpulan nelayan 128.74 kilometer di luar pantai Pakistan dibeli pada harga AS$2,200 (RM6,614) oleh seorang penjual ikan dikenali sebagai Qasim untuk dipamerkan kepada orang ramai selama tiga hari. 

"Saya telah membeli ikan itu yang pada kebiasaannya tidak mempunyai kepentingan nilai komersial, dengan bantuan rakan-rakan saya hanya untuk menghargai usaha-usaha para nelayan yang sepatutnya mendapat sedikit ganjaran selepas menghabiskan masa satu hari di laut terbuka," kata Qasim seperti dilaporkan akhbar Pakistan Dawn

Menurut akhbar The Express Tribune semalam, orang dewasa yang ingin melihat ikan yang dianggarkan seberat 7,013 kilogram dan sepanjang 12.19 meter itu dikenakan bayaran manakala kanak-kanak dibenarkan melihatnya dengan percuma. 

Ketika ditanya kenapa ikan tersebut masih berdarah, Qasim berkata, ia menunjukkan haiwan tersebut masih berada dalam keadaan segar. 

Pemilik sebuah kapal nelayan, Muhammad Yousuf menyatakan kepada akhbar The Express Tribune bahawa para pekerjanya menemui ikan tersebut yang telah mati di laut sebelum ia dibawa ke pelabuhan di sini. 

Ribuan orang telah menyaksikan ikan itu selepas dua buah kren digunakan untuk mengangkatnya di pelabuhan pada Selasa lalu. - Agensi 



Cahaya Aurora Hijau Di Kanada

No comments:
IMEJ yang dirakamkan angkasawan yang menunjukkan 
cahaya aurora pada 25 Januari lalu. 


FLORIDA - Satu cahaya hijau yang dikenali sebagai Aurora Borealis dirakamkan oleh angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa pada 25 Januari lalu. 

Imej itu dirakamkan dekat sempadan British Columbia dan negeri Washington berhampiran Pulau Vancouver di selatan Alberta berhampiran Calgary. 

Cahaya itu terjadi akibat perlanggaran partikel yang telah dicaj. - Agensi 



Gaji Suami Dipindahkan Sepenuhnya Ke Akaun Isteri Di Gorontalo, Indonesia

No comments:
JAKARTA - Setelah sering menerima keluhan daripada isteri penjawat awam yang tidak mengetahui jumlah gaji dan elaun suami mereka, Kerajaan Negeri Gorontalo, sebuah wilayah di bahagian Utara Pulau Sulawesi, membuat dasar baru berhubung gaji yang dibayar kepada petugas mereka. 

Mulai bulan depan, seluruh gaji dan elaun petugas yang sudah beristeri akan pindahkan ke akaun bank isteri masing-masing. 

Gabenor Gorontalo Rusli Habibie berkata selain menjawab keluhan para isteri, peraturan baru itu juga diharap dapat membolehkan isteri terbabit berperanan aktif dalam penggunaan pendapatan suami secara maksimum untuk keperluan keluarga. 

Pada masa ini Kerajaan Negeri Gorontalo sedang mengumpulkan data tentang para pegawainya yang telah beristeri dan apabila selesai urusan itu, gaji petugas berkenaan akan dipindahkan ke akaun bank isteri masing-masing pada setiap 1 haribulan, stesen TV, MetroTV melaporkan. 

Dasar baru itu disambut positif oleh penjawat awam yang sudah beristeri kerana mereka menganggap ia memberi peluang kepada para isteri menguruskan gaji mereka untuk keperluan keluarga.- Bernama 



Penggodam Dedah Kod Antivirus Symantec

No comments:

WASHINGTON - Seorang penggodam mendedahkan kod sumber perisian antivirus pcAnywhere, keluaran Symantec, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa pihak-pihak tidak bertanggungjawab akan menceroboh komputer pelanggan yang menggunakan produk firma itu. 

Kod perisian itu didedahkan semalam selepas perundingan menerusi e-mel dengan penggodam, yang dikenali sebagai YamaTough, diberikan bayaran AS$50,000 (RM150,000) gagal. 

Kandungan e-mel mengenai perundingan disebarkan kelmarin, lapor Reuters. 

Penggodam telah berkali-kali mengatakan akan mendedahkan kod sumber perisian tetapi pihak penguat kuasa mahu perundingan diadakan bagi membolehkan firma itu menggunakan masa yang ada untuk menyediakan kod sumber alternatif. 

"Symantec sudah bersedia untuk menghadapi situasi jika kod didedahkan," kata jurucakap firma, Cris Paden sambil menambah, pihaknya juga mengambil langkah bagi melindungi kepentingan pengguna menerusi kod sumber alternatif. 



Wordless Wednesday : Rokok Facebook

No comments:


Video : Iklan TV Action Pad Paparkan Steve Jobs Bidadari Bersayap

No comments:

Bidadari Steve Jobs Cetus Kemarahan (myMetro) 

TAIPEI: Satu iklan televisyen Taiwan yang memaparkan bidadari yang kelihatan seperti Steve Jobs, lengkap dengan kepak putih, mencetuskan kemarahan orang ramai. 

Pengkritik berkata, iklan itu menghina mendiang pengasas Apple itu. 

Iklan itu menunjukkan seorang pelawak terkenal tempatan, A-Ken berseluar jeans biru dan baju berkolar kura-kura memuji tablet buatan Taiwan yang menggunakan sistem operasi Android Google. 

“Saya ingin memperkenalkan kepada anda sebuah tablet generasi baru. Ia menakjubkan. Akhirnya saya mempunyai satu lagi Pad,” kata Ken. 

Dalam laman facebook, penulis Taiwan, Wu Ruo-Quan menyifatkan iklan itu sebagai ‘cetek’ dan tidak menghormati keluarga Jobs. Jobs meninggal dunia Oktober lalu. 

Sebahagian besar reaksi penduduk Taiwan terhadap iklan itu juga negatif. - AFP 



Tong Sampah Kalis Bom Di London

No comments:
SEBUAH tong sampah kalis bom ditempatkan di tepi 
sebatang jalan raya di London pada Khamis lalu. 


LONDON - Tong sampah kalis bom baharu akan ditempatkan di jalan raya di London menjelang Sukan Olimpik 2012 di sini pada Julai depan.

Tong sampah baharu itu adalah idea dua bekas pelajar London School of Economics.

Sebanyak 100 tong sampah itu akan ditempatkan di daerah kewangan London. - Reuters



Lelaki Mati Ketika Bermain Komputer

No comments:
Chen Rong-yu ditemui mati ketika bermain permainan komputer 
di sebuah kafe Internet di Taipei pada 1 Februari lalu. - agensi 


TAIPEI 3 Feb. - Seorang lelaki Taiwan dilaporkan mati, selepas bermain permainan komputer selama 23 jam terus-menerus di sebuah kafe Internet, kelmarin. 

Menurut laman web berita Apple Daily, anggota polis menemui mayat Chen Rong-yu, 23, tersembam pada kerusi dengan kedua-dua tangannya kaku di papan kekunci dan tetikus di kafe Internet di Taipei. 

Seorang pekerja di kafe Internet itu berkata, Rong-yu datang ke kafe tersebut lewat Selasa lalu dan duduk di hujung terminal komputer. 

Jelasnya, tindakan Rong-yu yang kerap berehat menyebabkan pekerja kafe menyangka dia sedang tidur. 

Pada malam berikutnya, seorang pekerja wanita cuba mengejutkan Rong-yu tetapi mendapati badannya sejuk lalu menghubungi polis. 

Sementara itu, keluarga mangsa berkata, Rong-yu pernah menerima rawatan bagi masalah jantung pada September lalu. 

Polis masih menyiasat punca kematian Rong-yu tetapi mengesyaki keletihan, kekurangan pergerakan dan cuaca sejuk menyebabkan darah beku dan serangan jantung. 

Rong-yu dipercayai sedang bermain permainan League of Legends yang dicipta oleh Garena, sebuah syarikat perkhidmatan permainan yang berpangkalan di Singapura. - DPA 



1,000 Pekerja Facebook Jadi Jutawan

No comments:
SEBAHAGIAN daripada pekerja Facebook yang 
bakal menjadi jutawan menjadi penghias dokumen 
tawaran IPO dikemukakan Facebook Inc kepada 
Suruhanjaya Sekuriti dan Saham AS. 


LOS ANGELES: Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk merancang pengembaraan serba mewah, mengimpikan memandu kereta sport paling mahal dan menetap di apartmen serba lengkap di California. 

Kini, ketika proses pengapungan bernilai RM15 bilion Facebook di pasaran saham semakin hampir, sekurang-kurangnya 1,000 pekerja rangkaian sosial berpangkalan di Menlo Park itu akan bakal menjadi jutawan. 

Semalam, Facebook mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan untuk penawaran penyenaraian awam (IPO) paling ditunggu-tunggu sejak langkah sama dilakukan Google pada 2004.

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...