Ni apa ceritanya kat sini?

5 Larangan Dalam Tidur

4 comments:

1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN 

Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya. 


2. JANGAN TIDUR MEMAKAI COLI (buat perempuan) 

Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara. 


3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE 

Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem saraf kita. 


4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP 

Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas.  


5. JANGAN TIDUR DENGAN BINI ORANG (buat lelaki) 

Ini kerana anda mungkin akan tidur selamanya. 


Sumber : LahTube 


Teh Mampu Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

No comments:

SYDNEY - Berita baik kepada penggemar teh, bahawa kajian dari Universiti Australia Barat dan Unilever mendapati dengan mengamalkan pengambilan tiga cawan teh sehari mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. 

Bagaimanapun, berdasarkan penemuan itu, ketua penyelidik, Profesor Jonathan Hodgson masih tidak dapat memastikan keberkesanannya jika individu memilih untuk meminum teh hitam atau menambah susu dalam minuman tersebut. 

Teh merupakan minuman kedua pilihan masyarakat dunia selepas air kosong kerana ia kaya dengan zat kimia polifenol, antioksida yang mampu menghentikan pertumbuhan sel kanser. 

Kajian dari Universiti Harvard mendapati minuman itu juga mampu meningkatkan sistem imun seseorang. 

“Pada masa yang sama, kita juga perlu mengurangkan pengambilan garam dan memakan lebih banyak buah dan sayur-sayuran bagi mengekalkan kesihatan fizikal di samping berkesan untuk menurunkan tekanan darah,” jelas Hodgson. 



Rumah Dihasilkan Dari Wang Kertas Euro

No comments:

DUBLIN - Seorang penganggur warga Ireland mendapat idea baru dan lebih kreatif untuk membina rumahnya dari carikan wang kertas bernilai 1.4 bilion euro (RM5.6 bilion) yang dipinjam dari kilang pencetak wang kebangsaan di negara itu. 

Frank Buckley mendakwa dia mengambil masa selama empat tahun untuk menyiapkan apartmen kecil di lobi sebuah bangunan pejabat di Dublin dengan hanya menggunakan carikan wang kertas dalam bentuk batu-bata. 

“Siapa sangka dinding dan lantai rumah kecil ini bernilai berbilion euro. Saya mahu mencipta sesuatu yang berbeza dan unik,” menurutnya. 

Buckley kini sedang menyiapkan projek menambah bahagian dapur untuk melengkapkan apartmen ‘mewahnya’. 

Dalam satu kenyataan, dia turut berharap masalah krisis hutang Eropah dapat diselesaikan, tetapi jika gagal Buckley berhasrat menggunakan carikan wang kertas tersebut untuk projek baru pada masa akan datang. 



Video Cemuh Putin Popular Di YouTube

No comments:
Gambar yang dipetik dari video berjudul Nobody But Us karya 
bekas tentera Rusia yang mencemuh Vladimir Putin. - AGENSI 


MOSCOW 30 Jan. - Satu lagu oleh kumpulan rock dianggotai bekas tentera dari unit payung terjun yang melabel Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin sebagai seorang yang 'zalim', mendapat sambutan hangat apabila ditonton setengah juta kali di YouTube. 

Video mengutuk Putin tersebut memaparkan lima bekas anggota tentera berbadan tegap, bertatu dan memakai beret. Dua daripadanya merupakan penyanyi utama, sementara tiga lagi bertindak sebagai penyanyi latar. 

Perdana Menteri itu berhasrat bertanding semula jawatan Presiden pada pilihan raya 4 Mac ini. 

"Kamu memusnahkan tentera, pasukan ini berpecah-belah kerana kamu, kamu memaki tentera dan menyebabkan pegawai dihantar pulang. 

"Kami dengan baik mahu kamu berambus si zalim!," demikian lirik lagu tersebut. 

Di bahagian korus lagu tersebut, mereka menyanyi: 'Kami adalah tentera payung terjun bebas dan negara ini bersama kami. Kamu hanya seorang pekerja awam, bukan 'Tsar' atau Tuhan." 

Semalam, video itu telah ditonton sebanyak 445,000 kali sejak ia dimuat naik di YouTube pada Khamis lalu. 

Lagu bertajuk Nobody But Us yang juga moto unit pasukan payung terjun itu, turut dimuat naik di laman web saluran televisyen Dojd dan telah ditonton sebanyak 150,000 kali. 

Seorang daripada penyanyi lagu itu berkata, dia membantah kepimpinan bekas ejen KGB itu kerana pemerintahan rejim yang keji. 

"Kami sama seperti rakyat lain. Kami tidak mahu hidup dalam negara yang ada individu menipu," katanya. - AFP 


Ala - Vogue Turki Tanpa Seks dan Pornografi

2 comments:
Muka depan edisi pertama Ala. 
ANKARA: Sebuah majalah untuk Muslimah moden dan peka terhadap fesyen membuktikan ia boleh dijual tanpa memaparkan gambar seksi atau mendedahkan tubuh. 

Semuanya bermula apabila Ibrahim Burak Birer berang melihat gambar pondan dalam sebuah majalah dan memutuskan untuk mencipta majalah di Istanbul yang ‘mencabar’ gambar lucah. 

Bersama rakannya, Mehmet Volkan Atay, 32, Ibrahim menerbitkan majalah Ala yang digambarkan sebagai penerokaan baru terhadap fesyen bertudung. 

Ala - bermaksud “paling cantik” - hanya memaparkan model bertudung dan mengiklankan pakaian yang bersesuaian dengan kehendak Islam. 

Menurut Ibrahim, majalah Barat seperti Cosmopolitan, Elle, Vogue dan Marie Claire hanya memaparkan isu seks dan gambar lucah. 

“Slogan mereka ialah: Seks boleh melariskan. 

“Bagaimanapun, kami dan jutaan wanita di seluruh dunia percaya, fesyen tidak semestinya begitu,” katanya. 

Walaupun baru mengeluarkan enam edisi, majalah Ala begitu berjaya dan Ibrahim, 31, dan rakannya memutuskan untuk meningkatkan pengedaran beberapa kali ganda. 

Ketika ini, Ala mempunyai edaran 30,000 naskhah setiap edisi dan kira-kira 5,000 dilanggan dari luar Turki. 

Mehmet berkata, mereka tidak mempunyai pengalaman menerbitkan majalah sebelum ini. 

“Kami berkecimpung dalam bidang pemasaran. Kami mahir memahami kehendak pasaran,” katanya kepada SpiegelOnlilne, semalam. 

Menurut Mehmet, 1,500 langganan itu dihantar ke Jerman dan mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk keturunan Turki. 

Menyedari keadaan itu, Ibrahim dan Mehmet bercadang untuk menerbitkan Ala edisi Jerman pada masa depan. 

“Ia bukan produk untuk Muslim saja, sebaliknya akan dipasarkan kepada wanita pelbagai agama kerana gerakan ‘memerangi kelucahan’ penting kepada wanita,” katanya. 

Dijual pada harga 9 lira (RM15.30), Ala dianggap sebagai majalah Vogue untuk wanita bertudung oleh majalah Radikal Jerman. - DM 



Pameran Festival Keranda Bentuk Unik

1 comment:
PARA pelawat melihat keranda berbentuk kasut balet. 


LONDON - Satu pameran tentang pelbagai bentuk keranda unik bagi memenuhi permintaan orang ramai apabila mereka meninggal dunia diadakan di London. 

Pelbagai bentuk keranda seperti kapal terbang, gerabak kereta api lama, biola dan singa dipamerkan yang dihasilkan oleh pembuat keranda Crazy Coffins yang beribu pejabat di Nottingham, Britain. 

"Saya tidak berfikir bahawa tiada benda yang kami tidak boleh lakukan," kata Pengarah Urusan Crazy Coffins, David Crampton. 

"Para pelanggan merupakan pereka, kami hanya membuat apa yang mereka mahu. 

"Kami menyatakan kepada mereka (para pelanggan), terdapat satu pilihan terakhir," katanya. 

Firmanya itu membuat keranda dalam pelbagai bentuk seperti bot Viking, kereta Rolls-Royce, papan luncur dan layang-layang. - AFP 



Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi

No comments:

Mungkin ramai orang Islam tidak tahu bahawa label bertulis 'This product contain substance from porcine'; sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi'. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi'

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi: 

1. Pork - Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.  

2. Swine - Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.  

3. Pig - Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg. 

4. Hog - Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.  

5. Porcine - Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.  

6. Boar - Babi liar. 

7. Lard - Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

8. Bacon - Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

9. Ham - Daging pada bahagian paha babi.

10. Sow - Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

11. Sow Milk - Susu babi.


Sumber gambar: Buku Resepi  


Nyamuk Gergasi Gemparkan Penduduk

No comments:
Nyamuk gergasi yang berjaya ditangkap penduduk 
Kampung Sumarran di Sulawesi Barat. - AGENSI 


POLEWALI - Penduduk di Kampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter. 

Haiwan tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk itu beramai-ramai. 

Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia dan haiwan tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk. 

Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang haiwan tersebut membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi berdarah dan cikungunya. 

"Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini," katanya kepada news.okezone.com. 

Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk. 

Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan. - AGENSI 



Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

No comments:

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah dilemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum. Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu, saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal. 

Di sini, saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sikit. Puas saya fikirkan macamana nak memperjelaskan lagi rasanya. 

OK la, pernah tak buat Spong Cake? 
  • Sponge Cake Mix 100 gram, 
  • Air 100 ml, Telur 100 ml dan 
  • Minyak 100 ml 

Kalau pernah, cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya, kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubalah buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi di masa akan datang, dan beritahu rakan-rakan atau saudara mara. 

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek. 

Sekian

Chef Farid 


Sumber gambar: Buku Resepi  


Bila Orang Putih Nak Cakap Bahasa Melayu

1 comment:

Hahaha !! Cam lawak jer bila ejaan Melayu di'English'kan... Hei.... entah la.... 

Kredit gambar: Oh! Lawak 


Lelaki Jepun Palsukan Kematian Sendiri Dengan Mayat Abangnya

2 comments:
Gambar hiasan. Sumber dari Google. 

TOKYO: Seorang lelaki memalsukan kematiannya dengan menggunakan identiti abang yang sudah meninggal dunia kerana cuba mengelak membayar hutang, kata polis dan media semalam. 

Tsukasa Oizumi sentiasa memandu menggunakan lesen abangnya sebelum dia meninggal dunia, untuk pergi ke mana-mana tempat. 

Ini disebabkan lesen Oizumi, 58, sudah dibatalkan kerana dia didapati berulang kali melakukan kesalahan lalu lintas, lapor akhbar Mainichi. 

Apabila abangnya jatuh sakit dan menemui ajal dalam usia 56 tahun pada 2008, Oizumi memutuskan untuk menggunakan identiti itu sepenuhnya. 

Pada masa itu, dia memberitahu pihak berkuasa bahawa mayat itu adalah dirinya. Malah, doktor yang berurusan dengan mayat abangnya tidak mengesyaki apa-apa, kata akhbar Asahi Shimbun. 

Mayat abangnya kemudian dibakar, sesuatu yang biasa di Jepun. Oizumi terus menuntut manfaat keselamatan sosial menggunakan nama abangnya bagi menjaga ibu mereka yang sudah tua dan uzur di rumah. 

Namun, selepas tiga tahun, Oizumi menyerah diri di pejabat kebajikan tempatan Jun lalu kerana ‘rasa bersalah,” kata Asahi. 

Polis yang mengambil masa beberapa bulan membuktikan kebenaran pengakuan Oizumi, menahannya kelmarin. 

“Dia didakwa menyamar sebagai abangnya yang sudah mati dan mendaftarkan data palsu untuk sijil rasmi,” kata jurucakap polis. 

Akta Daftar Banci menetapkan, sijil kematian mesti ditandatangani dan diperakui seorang doktor. 

Apapun, doktor yang melakukan pembedahan bedah siasat terhadap abangnya percaya Oizumi apabila dia berkata: “Saya abangnya dan orang yang mati adalah adik saya,” katanya. 

Seorang pegawai kanan di pusat perubatan Adachi, berkata: “Sijil kematian adalah berdasarkan pemeriksaan dan laporan doktor. 

“Jadi, adalah sukar untuk mengesan penipuan itu,” katanya. – AFP/Agensi 



Ikan Spesis Baharu di Surinam

2 comments:
IKAN spesies Pseudacanthicus 
yang hidup bersama ikan piranha. 
PARAMARIBO, Surinam - Sungai Sipaliwini di Surinam menempatkan spesies ikan baharu yang dikenali sebagai Pseudacanthicus. 

Ikan itu ditemui oleh beberapa saintis yang bekerja dengan Program Penilaian Pantas Pemuliharaan Antarabangsa di sungai tersebut pada Ogos dan September 2010. 

Keistimewaan ikan itu adalah kerana ia mempunyai perisai yang melindungi tulang. 

Ikan itu hidup bersama dengan sejumlah ikan piranha menyebabkan ia perlu mempunyai pertahanan badan yang baik. - Reuters 



Wordless Wednesday : Eee.. Takut La !!

2 comments:


Menara Big Ben di London Mula Condong

No comments:
Bangunan jam Big Ben (kanan) di London kelihatan 
dalam gambar yang dirakamkan pada Isnin lalu. 


LONDON, Britain - Menara jam yang terletak di Istana Westminster dan digelar Big Ben didapati condong manakala media tempatan kelmarin melaporkan bangunan Parlimen Britain pula semakin menggelincir ke dalam Sungai Thames di sini. 

Menara setinggi 96 meter itu yang menjadi mercu tanda bandar raya ini didapati condong sekitar 46 sentimeter ke kiri puncaknya. 

Perkembangan membimbangkan itu mendorong suruhanjaya Dewan Perwakilan yang bertanggungjawab menyelia bangunan Parlimen dan kawasan sekitarnya sejak kurun ke-19 mengadakan satu pertemuan pada Isnin depan bagi membincangkan isu tersebut. 

Media tempatan melaporkan suruhanjaya berkenaan akan membincangkan laporan juruukur yang mencadangkan anggota-anggota Parlimen berpindah manakala kerja-kerja membaiki kerosakan tersebut dianggar mencecah £1 bilion (RM4.8 bilion). 

Namun, seorang jurucakap suruhanjaya itu menafikan terdapat laporan juruukur manakala pertemuan tersebut diadakan bagi menubuhkan satu kumpulan untuk menyelidik proses membaiki dan menyelia bangunan tersebut pada masa panjang. 

Jurucakap berkenaan turut memberitahu, bangunan tersebut dipercayai condong sejak ia dibina pada tahun 1859. 

Mengulas tentang isu sama, seorang pakar pembinaan pula berkata, perkara tersebut tidak membimbangkan kerana ia mengambil masa 1,000 tahun sebelum Big Ben condong pada sudut yang menyebabkan menara berkenaan berisiko untuk tumbang. - Reuters 



WW : Seni Dari Kulit Buah Limau

2 comments:


WW : Gambar Burung Mirip Angry Birds

No comments:


Alat Kawalan Permainan Video Terbesar Dunia

No comments:

LONDON - Alat kawalan permainan video terbesar dunia bersaiz 30 kali besar dari joypad biasa yang dipamerkan di Stesen St. Liverpool, London, menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness edisi permainan, baru-baru ini. 

Rekaan bombastik pelajar kejuruteraan Universiti Teknologi Delft, Netherland, sebenarnya boleh digunakan dan bukan sekadar perhiasan. 

Alat kawalan permainan video itu mempunyai fungsi peranti sepenuhnya, dan jika mahu menggunakannya seperti alat kawalan biasa pengguna perlu mempunyai ketinggian 51 meter bersamaan ketinggian mercu tanda ‘London Column Nelson’. 

Salah seorang dariipada tiga pelajar, Ben Allen, 23, yang membina peranti sebagai salah sebuah projek universiti mereka memberitahu, mereka begitu mengharapkan peranti Sistem Hiburan Nintendo (NES) yang dicipta menerima penghormatan. 

“Kami bergabung idea dalam sebuah kelab dan membuat keputusan menghasilkan ciptaan yang tidak munasabah ini dalam versi besar. 

Alat kawalan video atau joypad berukuran 366 sentimeter (cm) x 159cm, dengan seberat 120 kilogram (kg) itu, mengambil masa hampir lima bulan untuk disiapkan dengan kos pembinaan 4,000 pound (RM19,341). 



Perancis Mahu Lukisan 32,000 Tahun Jadi Warisan

No comments:
GAMBAR fail menunjukkan beberapa lukisan yang berusia di antara 
30,000 hingga 32,000 tahun lalu di Gua Chauvet, selatan Perancis. 


CHAUVET - Pemerintah Perancis menyarankan supaya sebuah gua di negara berkenaan dijadikan tapak warisan utama dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO). 

Gua Chauvet yang terletak di sini, selatan Perancis memiliki pelbagai lukisan gua yang diiktiraf tertua di dunia. 

Lukisan di gua berkenaan yang kebanyakannya bermotifkan binatang seperti kuda dipercayai berusia antara 30,000-32,000 tahun dahulu. - AFP 



Angry Birds Seasons v2.2.0 (Year of the Dragon)

No comments:
Baru seminggu aku sharekan link download Angry Birds Seasons v2.1.0, kini sudah ada versi baru, iaitu versi 2.2.0. Juga dikenali sebagai Angry Birds Seasons: Year of the Dragon, diterbitkan bersempena Tahun Baru Cina pada tahun ini (2012), yang mana, tahun ini, merupakan tahun naga air, mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Sebab itu la, kenapa ada gambar naga kat logo Angry Birds Seasons nih, seperti yang korang nampak kat bawah nih. :) 


Klik Sini Untuk Download ]

Keperluan Sistem:
  • Windows XP/Vista/7 
  • RAM 512MB 
  • CPU 1 GHz 
  • Graphic OpenGL 1.3 compatible 


Rujukan ]


Kisah Jemaah Haji Wanita Koma Di Tanah Suci

No comments:

Untuk renungan bersama.....

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. 

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. 

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji. 

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. 

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. 

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. 

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. 

Lelaki Tinggi Kurang Risiko Jantung

2 comments:
NEW YORK 21 Jan. - Lelaki tinggi sebelum ini lebih mudah mencari jodoh dan lebih berjaya, namun satu kajian yang disiarkan di America Journal of Cardiology mendedahkan, lelaki tinggi juga kurang berisiko menghidapi masalah jantung. 

Menurut satu kajian oleh penyelidik Universiti Harvard, lelaki yang mempunyai ketinggian lebih 1.8 meter adalah 24 peratus kurang berisiko menghidapi masalah jantung berbanding lelaki pendek. 

Kajian itu dilakukan terhadap 22,000 doktor lelaki dalam lingkungan usia pertengahan 50-an dan kesihatan responden dipantau dalam tempoh 22 tahun. 

Responden terlibat diminta mengisi borang soal selidik mengenai ketinggian, berat badan dan kesihatan am serta perlu mengemaskini maklumat itu setiap tahun. 

Kajian tersebut mendapati, seramai 1,444 atau tujuh peratus daripada responden menghidapi masalah jantung. 

Bagaimanapun, lelaki yang mempunyai ketinggian 1.8 meter atau lebih, didapati 24 peratus kurang cederung menghidapi masalah jantung berbanding lelaki yang mempunyai ketinggian 1.72 meter atau kurang daripadanya. 

Keputusan itu diperoleh selepas mengambil kira beberapa kriteria lain seperti umur, berat badan dan tekanan darah tinggi. 

Kumpulan penyelidik itu berpendapat, antara punca risiko sakit jantung di kalangan lelaki pendek disebabkan oleh penyakit zaman kanak-kanak yang membantutkan pertumbuhan mereka. 

Oleh itu, ia boleh membawa kepada pengumpulan plak di arteri dan menyebabkan tekanan darah tinggi ketika dewasa. 

Penyelidik itu turut berpendapat bahawa biologi lelaki yang lebih tinggi juga menyebabkan mereka kurang menghidapi masalah jantung. - AGENSI 



Lelaki Tidak Sedar Paku Dalam Kepala

No comments:
PAKAR bedah, Leslie Schaffer (kiri) tersenyum
semasa pesakitnya, Dante Autullo bercerita
tentang kecederaan yang dialaminya dalam
satu sidang media di sebuah hospital
di Illinois kelmarin. 
ORLAND PARK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki pada mulanya menyangka sebatang paku yang keluar daripada penembak paku yang dia gunakan untuk bertukang, sipi melepasi kepalanya. 

Namun, paku tersebut sebenarnya tertusuk ke dalam kepala lelaki berkenaan, Dante Autullo yang menetap di sini, negeri Illinois. 

Beberapa anggota keluarganya memberitahu, paku sepanjang 8.8 sentimeter itu terbenam di otak Autullo lebih sehari sebelum ia dikeluarkan Khamis lalu. 

Lelaki berusia 32 tahun itu sedang bertukang di kediamannya Selasa lepas apabila dia tertembak paku tersebut. 

Dia melihat terdapat kesan luka kecil di kepalanya tetapi tidak menyangka bahawa dia tertusuk paku. 

Dia hanya pergi ke hospital lewat keesokan harinya selepas mengalami mual dan sakit kepala. 

Autullo terkejut selepas pemeriksaan imbasan sinar-X mendapati terdapat sebatang paku yang menembusi otaknya. 

Dia kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan
selama empat jam bagi mengeluarkan paku 

tersebut. - AP 
GAMBAR pemeriksaan sinar-X menunjukkan sebatang paku tertusuk di dalam otak Dante Autullo. 



Amerika Syarikat Tutup Laman Megaupload

No comments:
LAMAN web Megaupload. 


MCLEAN, Amerika Syarikat (AS) - Salah sebuah laman perkongsian fail yang popular di dunia, Megaupload.com telah ditutup. 

Pengasas laman itu dan beberapa pegawai syarikat laman berkenaan dituduh menyediakan kemudahan kepada berjuta-juta muat turun filem, muzik dan kandungan lain secara haram. 

Satu pendakwaan oleh pihak berkuasa AS kelmarin menuduh laman berkenaan menyebabkan para pemilik hak cipta kerugian sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM1.5 bilion). 

Menurut Jabatan Keadilan AS dalam satu kenyataan, Kim Schmitz atau lebih dikenali sebagai Kim Dotcom, 37, yang merupakan pengasas Megaupload.com dan kini Ketua Pegawai Inovatif laman itu serta tiga lagi kakitangan laman berkenaan telah ditangkap kelmarin di New Zealand atas permintaan beberapa pegawai AS. 

Schmitz merupakan seorang jutawan Jerman. 

Yayasan Perbatasan Elektronik yang mempertahankan hak kebebasan bersuara dan digital di online menyatakan dalam satu kenyataan bahawa: "Pelaksanaan prosedur jenayah antarabangsa seperti ini ke atas isu dasar-dasar Internet telah menetapkan satu contoh duluan yang menggerunkan." 

"Jika AS boleh menangkap seorang rakyat Belanda di New Zealand berhubung satu dakwaan hak cipta, apakah yang akan berlaku seterusnya?" 

Laman Megaupload adalah unik bukan hanya kerana ia mempunyai kandungan muat turun yang besar tetapi juga kerana ia mendapat sokongan daripada selebriti berprofil tinggi, pemuzik dan penerbit kandungan yang kerap menjadi mangsa pelanggaran hak cipta serta cetak rompak. 

Sebelum laman itu ditutup, ia mendapat sokongan daripada bintang realiti televisyen AS, Kim Kardashian, penyanyi Alicia Keys dan Kanye West dan beberapa selebriti lain. 

Syarikat Megaupload itu menyenaraikan suami Keys, Swizz Beatz yang merupakan seorang pemuzik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. 

Namun, Beatz yang berkahwin dengan Keys pada 2010 tidak dinamakan dalam pendakwaan itu. - Agensi 



Perang Siber Ke Atas Israel

No comments:

TEL AVIV - Dua minggu selepas Israel dikejutkan dengan insiden pendedahan maklumat peribadi kad kredit 400,000 orang Yahudi, sekali lagi kumpulan penggodam berpangkalan di Arab Saudi, OxOmar melancarkan perang siber ke atas dua laman utama di negara itu. 

Dua laman sesawang rasmi yang menjadi sasaran, kelmarin dan tidak dapat beroperasi selama beberapa jam adalah laman sesawang sistem penerbangan El Al dan laman Bursa Saham Tel Aviv (Tase). 

Jurucakap Tase menyatakan serangan tersebut tidak menjejaskan sistem dagangan saham sebaliknya hanya melumpuhkan laman utama. 

Minggu lalu, aktivis berpusat di Gaza turut melancarkan serangan siber ke atas laman sesawang timbalan menteri luar, Danny Ayalon dan laman Perkhidmatan Pemadam Kebakaran dan Penyelamat Israel sehingga menyebabkan operasi kedua-duanya tergendala. 

Sementara itu, jurucakap kerajaan Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, kerajaan memuji tindakan berani kumpulan penggodam tersebut dan menyifatkannya sebagai simbol kreativiti golongan pemuda di rantau Arab yang menyerang Israel secara senyap menggunakan kepakaran mereka. 

Dalam satu mesej yang dihantar oleh OxOmar, mereka telah memberi amaran bahawa ia adalah permulaan perang siber ke atas Israel dan turut berikrar untuk membocorkan segala maklumat mengenai rejim Zionis pada masa akan datang. 

Facebook Perkenal 60 Aplikasi

No comments:
PENGARAH Platform Produk Facebook, Carl Sjogreen memberi penerangan 
mengenai aplikasi Timeline di restoran Twenty Five Lusk dan Lounge 
di San Francisco kelmarin. 


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat - Media rangkaian sosial gergasi, Facebook mengeluarkan berpuluh-puluh aplikasi kelmarin. 

Aplikasi itu membolehkan para pengguna untuk mengkatalogkan semua aspek kehidpuan mereka daripada filem sehingga buku dan fesyen. 

"Apa sahaja yang anda suka, apa juga cerita yang anda mahu ceritakan, anda boleh tambahkannya ke dalam ruang Timeline anda," kata Pengarah Platform Produk Facebook, Carl Sjogreen. 

Sebanyak 60 aplikasi terlibat dalam kumpulan pertama penambahan tersebut yang disumbangkan oleh syarikat seperti Foodspotting, Rotten Tomatoes, Pinterest, TripAdvisor dan e-reader Kobo. 

Salah satu aplikasi itu membolehkan pengesanan secara automatik dibuat bagi mengetahui buku yang telah habis dibaca atau memulakan pembacaan serta dihubungkan dengan pengguna Facebook lain yang membaca buku yang sama. 

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Pinterest, Ben Silbermann berkata, satu laman di Facebook itu membenarkan para pengguna untuk mewujudkan koleksi maya. 

Menurutnya, para pengguna dengan mudah boleh meletakkan koleksi cenderamata Star Wars jika mereka mahu berbuat demikian. 

Majlis penerangan aplikasi itu untuk media diadakan di restoran Twenty Five Lusk dan Lounge di San Francisco kelmarin di sini. - Agensi 



Wanita Menari Beramai-ramai Sebagai Tanda Protes

1 comment:
SEJUMLAH wanita menari dalam satu tunjuk perasaan 
di Baitulmuqaddis kelmarin. 


BAITULMUQADDIS - Lebih 200 wanita menari di sini kelmarin dalam satu tunjuk perasaan bagi menentang diskriminasi terhadap mereka di tempat awam. 

Mereka menari mengikut rentak lagu nyanyian penyanyi terkenal, Adele yang berjudul Rolling in the Deep. 

Sebuah pembesar suara memperdengarkan lagu tersebut di jalan Ben-Yehuda. 

Majlis itu dianjurkan oleh sebuah persatuan pelajar Universiti Hebrew, lapor akhbar Jerusalem Post semalam. 

Seorang pengarah aktiviti sosial persatuan itu, Inbar Admon menyatakan pihak pemerintah dan pengurusan bandar Baitulmuqaddis perlu mengatasi isu bagi memisahkan golongan wanita daripada lelaki di tempat awam. 

Admon menyatakan, poster-poster yang mempamerkan model wanita pernah ditanggalkan daripada jalan-jalan raya di sini. 

Menurutnya, beberapa wanita muda turut diludah dan diganggu di sini menyebabkan tunjuk perasaan itu diadakan. - Agensi  



Kilang Apple Upah Pekerja Kanak-Kanak

No comments:
Juruteknik wanita bergambar di kilang pemasangan iPhone 
di Shenzhen, China baru-baru ini. - AFP 


CALIFORNIA 18 Jan. - Pemeriksaan yang dijalankan syarikat gergasi teknologi Apple Inc. mendapati pekerja-pekerja di kilang pengeluarannya di China terpaksa bekerja lebih masa sehingga 60 jam seminggu bagi menyiapkan iPhone dan iPad untuk pelanggan di Barat. 

Menurut laporan pemeriksaan, pekerja di 93 daripada 229 kilang didapati bekerja lebih masa berbanding tempoh kerja maksimum yang ditetapkan Apple. 

Syarikat itu juga mendapati terdapat bukti menyatakan sebanyak lima kilang turut mengambil kanak-kanak sebagai pekerja, namun mendakwa Apple tidak pernah berniat menggaji pekerja bawah umur. 

Pendedahan tersebut dilihat memalukan dan juga satu tamparan baru kepada Apple, dua minggu selepas pekerja-pekerja di sebuah daripada kilang pengeluarannya mengancam untuk membunuh diri kerana masalah gaji. 

Mengambil kira layanan yang diterima pekerja di kilang-kilang pengeluarannya terutama di China, Apple telah memperluas program pemeriksaan syarikatnya sejak beberapa tahun lalu.

Video : Arash feat. Helena - Broken Angel

No comments:

WW : Google+ Circles T-Shirt

No comments:


Cairkan Salji Untuk Jadikan Bekalan Air

No comments:
VICTOR GAVENKO dan isterinya mencairkan salji di rumah mereka 
di kampung Pravy, Rusia semalam. - Reuters 


KRASNOYARSK, Rusia - Satu pasangan suami isteri, Victor Gavenko dan isterinya, Nina menggunakan salji untuk dijadikan bekalan air bersih di rumah mereka di kampung Pravy, daerah Taiga, Rusia. 

Gavenko, 76, dan isterinya, Nina tidak memperoleh bekalan air bersih menyebabkan mereka mencairkan salji. 

Salji merupakan sumber mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan sendiri dan haiwan ternakan. - Reuters 



Ketampanan Lelaki Tingkatkan Peluang Kehamilan Pasangan

No comments:
Gambar hiasan. Sumber dari Google.  
PHILADELPHIA: Satu kajian yang dijalankan di Universiti Negeri Pennsylvania menyatakan bahawa penampilan fizikal dan ketampanan seseorang lelaki mempunyai fungsi besar untuk meningkatkan peluang kehamilan pasangannya. 

Kumpulan penyelidik di universiti itu mendapati daya tarikan fizikal lelaki mempunyai kaitan dengan kepuasan bercinta bagi pasangannya dan mempengaruhi peluang kehamilan. 

Penyelidik berkenaan menjalankan kajian ke atas 110 pasangan yang datang dari pelbagai wilayah di Amerika. 

Mereka mengambil gambar lelaki terbabit dan mengukur bentuk tubuh berdasarkan penilaian tubuh yang ideal. 

Responden wanita kemudian diminta membuat penilaian berdasarkan susunan gambar dan menyatakan tahap kepuasan ketika bercinta dan berasmara.

Download Angry Birds Season v2.1.0 (Wreck The Halls) For PC

No comments:
Dulu, aku ada share link download game Angry Birds Season v 2.0.0 kat sini;... Tetapi, kali ini, sudah ada versi terbaru....  dikenali dengan nama: Angry Birds Season v2.1.0 (Wreck The Halls). Pada korang semua yang rindukan aksi "berani mati" burung-burung marah yang comel ini berjuang memerangi kumpulan vavi hijau, dengan background game terbaru ini, apa lagi, jom pakat-pakat download kat sini.... :) 



Keperluan Sistem: 
  • Windows XP/Vista/7 
  • RAM 512MB 
  • CPU 1 GHz 
  • Graphic OpenGL 1.3 compatible 

Muzium Terbesar Mesir Dibuka Pada 2015

No comments:
KAHERAH - Muzium terbesar Mesir yang bakal menempatkan lebih daripada 100,000 artifak dan monumen-monumen dari era firaun, bakal dibuka pada 2015, menurut Menteri Artifak Purba, Mohamed Ibrahim, semalam. 

“Muzium itu akan turut menjadi pusat pemuliharaan terbesar dunia,” menurut kenyataannya menerusi Agensi Berita Qatar. 

Pembinaan seni bina agung Mesir tersebut akan dibangunkan di kawasan dataran seluas 47 hektar di pinggir Kaherah berhampiran kompleks piramid Giza. 

Muzium utama Mesir sebelum ini juga menjadi binaan ikonik di dataran Tahrir sejak 1902. 

Pembinaan muzium yang bernilai AS$828 juta (RM2.6 bilion) tersebut kini sedang dalam proses pembinaan dah telah berada pada tahap akhir untuk siap menjelang 2015. 



Lukisan Gabungan 2 Imej

No comments:
KEIV - Sekali imbas, lukisan ini adalah seorang lelaki sedang melukis di halaman belakang rumah, namun jika diteliti secara dekat, ia adalah wajah seseorang sedang tersenyum. 

Lukisan minyak itu dihasilkan seorang artis berbakat kelahiran Ukraine, Oleg Shuplyak, 45. 

Shuplyak bijak untuk melukis dan menonjolkan imej tersembunyi dalam lukisannya dengan menggunakan teknik penggabungan lakaran objek, karakter, warna dan bayang-bayang. 

Minatnya dalam dunia lukisan turut menyebabkan Shuplyak menggunakan kaedah ketepatan untuk menghasilkan ilusi optik yang menarik. 

Hasil lukisan itu juga sama dengan lukisan terkenal artis Mexico, Octavio Ocampo, yang cukup terkenal dengan penggabungan objek lukisan di samping menghasilkan imej lebih besar di luar latar belakangnya. 

Sebenarnya, jika diteliti Shuplyak menghasilkan imej kedua yang lebih mudah untuk dikenal pasti. 



Kecoh Berebut iPhone 4S Di China

No comments:

BEIJING 13 Jan. - Beribu-ribu peminat yang beratur sejak awal pagi dalam cuaca sejuk untuk membeli model terbaru iPhone 4S, naik berang apabila premis tersebut enggan membuka perniagaan. 

Keadaan itu menyebabkan mereka bertindak membaling telur ke premis yang terletak di kawasan membeli-belah mewah Sanlitun serta membuat bising supaya mereka dapat memiliki gajet terkini itu, yang sepatutnya mula dijual pada pukul 7 pagi ini. 

Mereka juga menyerang pengawal keselamatan di luar kedai selepas polis menggunakan pembesar suara meminta lebih 1,000 pengunjung pulang ke rumah dan berkata, model baru itu tidak akan dijual. 

"iPhone 4S adalah inovasi terbaik Steve Jobs, kerana itu saya mahukannya. Saya sangat kecewa apabila mereka tidak mahu membuka pintu kedai," kata Li Tianye, 29, yang datang ke Beijing menaiki bas selama dua hari dari kampung semata-mata untuk pelancaran tersebut. 

Sesetengah daripada pengunjung yang berkumpul di luar premis sejak awal pagi ini berkata, mereka membayar 100 yuan (kira-kira RM45) kepada penjaga tiket haram untuk beratur dan menunggu sehingga pintu dibuka. 

Kejadian hari ini bukan yang pertama berlaku di China. Tahun lalu, pengunjung yang beratur bergaduh sesama sendiri sehingga cermin kedai pecah ketika pelancaran iPhone 2 di bandar raya ini. 

Bagaimanapun situasi lebih tenang dilaporkan di Shanghai, di mana premis Apple dibuka kepada pengunjung yang ramai dan model terbaru itu mula dijual. 

Walaupun iPhone 4S mula dilancarkan hari ini di China, namun ia sudah dijual di pasaran gelap beberapa bulan lalu selepas diseludup dari negara jiran dan Hong Kong. 

Ada sesetengah peminat Apple di negara ini, yang memiliki jumlah pengguna dalam talian terbesar dengan lebih 500 juta pengguna, sudah menunggu di luar kedai beberapa hari bagi mendapatkan gajet terbaru itu. 

China termasuk Hong Kong dan Taiwan merupakan wilayah jualan paling pantas berkembang Apple, yang mana pulangan tahunannya mencatat tempat kedua selepas Amerika Syarikat. - AFP 



Pejabat Baharu Facebook

No comments:
BANGUNAN baharu Facebook di Taman Menlo, California 
yang dirakamkan pada Rabu lalu. 


TAMAN MENLO, Amerika Syarikat (AS) - Ibu pejabat baharu laman sosial popular Facebook telah dibuka di Taman Menlo, California. 

Ia terletak di kawasan seluas 23.06 hektar yang merupakan bekas ibu pejabat syarikat Sun Microsystem. 

Hampir 2,000 pekerja Facebook bekerja di ruang seluas satu juta meter persegi itu. 

Ruang dalam ibu pejabat Facebook itu kelihatan santai dan dipenuhi dengan cita rasa golongan muda seperti dinding yang diconteng dengan grafiti. 

Pelbagai bendera pelbagai negara juga dipamerkan di dalam pejabat tersebut. 

Para pekerja juga boleh memilih untuk bekerja secara berdiri atau duduk. 

Ribuan Mangga Kunci Cinta Diletakkan Di Pagar

No comments:
RIBUAN mangga kunci diletakkan di pagar sebuah 
jambatan kereta api di Rhine, Cologne Jerman kelmarin. 


COLOGNE, Jerman - Ribuan mangga kunci yang diletakkan pada pagar sebuah jambatan kereta api di Rhine, Cologne kelmarin. 

Mangga itu diletakkan oleh pasangan kekasih di Jerman. 

Menurut agensi berita AP, pasangan itu akan mengunci mangga tersebut manakala kuncinya dibuang ke dalam Sungai Rhine. 

Mangga itu turut ditulis perkataan cinta dan dilukis dengan gambar hati. - Agensi 



Model Bandar Raya Metropolis II

No comments:
SEORANG pekerja sukarela melihat model bandar raya 
Metropolis II di Muzium Seni Los Angeles kelmarin. 


LOS ANGELES - Seorang artis terkenal, Chris Burden (gambar kecil) mencipta model bandar raya Metropolis II yang mempunyai 1,100 kereta mini dan pelbagai bentuk bangunan. 

Burden menunjukkan hasil kerjanya itu di Muzium Seni Los Angeles di sini dalam satu pameran yang diadakan sehingga 14 Januari depan. 

Model itu mempunyai 25 buah bangunan besar, 18 laluan trafik, 13 kereta api, 18 jalan raya dan seorang pengendali manusia. 

Kereta mini itu bergerak pada kelajuan kira-kira 386 kilometer sejam di sistem laluan jalan raya. 

Burden berkata kepada stesen televisyen ABC baru-baru ini bahawa kereta itu boleh berlanggar sesama sendiri. 

Kereta itu bergerak kerana terdapat daya tarikan magnet. - Agensi 



WW : Angry Birds Pizza

No comments:


Hotel 30 Tingkat Siap 15 Hari

1 comment:
Bangunan Hotel Ark setinggi 30 tingkat yang mencipta 
rekod berjaya disiapkan dalam masa 15 hari. - AGENSI 
BEIJING 9 Jan. - Sebuah syarikat pembinaan China, sekali lagi mencatat rekod dunia apabila berjaya menyiapkan pembinaan bangunan hotel setinggi 30 tingkat hanya dalam tempoh 15 hari atau 360 jam. 

Hotel Ark, seluas 17,000 meter persegi yang dibina oleh Broad Group, syarikat pakar seni bina, siap dalam 15 hari selepas sebelum ini mencipta rekod membina bangunan hotel setinggi 15 tingkat juga dalam tempoh 15 hari. 

Apa yang lebih menarik, bangunan itu berjaya disiapkan tanpa sebarang kecederaan di kalangan pekerja dan ia mampu bertahan dalam gempa bumi sekuat 9 pada skala Richter. 

Semua bahan yang digunakan adalah daripada jenis pasang siap di mana bahan-bahan binaan terlebih dahulu diproses di kilang dan pekerja hanya perlu menyambungkan komponen-komponen tersebut untuk menjadikannya satu bangunan. 

Untuk menyiapkan struktur komponen utama, ia hanya mengambil masa 46 jam dan tempoh 90 jam lagi digunakan untuk menyiapkan bahagian luaran. 

Struktur bangunan itu juga kalis bunyi dan mampu menebat arus udara panas, selain mempunyai pemantau kualiti udara di setiap bilik hotel. - AGENSI 



Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...