Ni apa ceritanya kat sini?

Wordless Wednesday : Basikal Pelik

No comments:



Wordless Wednesday : Dialog Moden Lagi Berpahala Menyebutnya

No comments:



Dialog Seorang Lelaki Bersama Lembunya

No comments:


Sekadar Penghayatan .. 

LEMBU : Aku makan rumput. Tuan makan apa? 
LELAKI : Aku makan nasi. Kita tak sama. 
LEMBU : Tuan tidur di mana? 
LELAKI : Aku tidur atas tilam. Engkau tidur dalam kandang.. mana nak sama. 

TIBA-TIBA KEDENGARAN LAUNGAN AZAN... 

LEMBU : Itu suara apa? 
LELAKI : Seruan azan mengajak bersembahyang. 
LEMBU : Tuan tak sembahyang? 
LELAKI : Tidak. 
LEMBU : Samalah jelah kita... =p 




Modem Pulak Buat Hal....

No comments:
Salam sumer.... sebenarnya, sudah beberapa hari aku tak masuk dunia tanpa sempadan ini (online la...)... Entah apa yang berlaku di situ, langsung aku tak tahu.... Yang aku tahu, masa tu, blog tak dapat nak di'update', kalau facebook, ada beberapa notification baru yang menanti respon aku, itu jer.... Sampai laptop aku pun asyik 'lapar' jer, bukan lapar tak makan, tapi signal wifi, dan masih lagi terus 'berlapar'.... Tapi, apa kan daya, internet takde.... (ini kes malas nak off suis wifi kat laptop aku la ni... huhuhu..... )

Modem biasa yang aku gunakan sebelum ini 

Doa Awal Tahun Dan Akhir Tahun Hijrah

No comments:
Doa Akhir Tahun 

- Baca Doa Akhir Tahun sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 

Doa Awal Tahun 

- Baca Doa Awal Tahun sebanyak 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 


Kredit gambar asal: my.crazyartzone.com 
Gambar diedit oleh: iwan_redzuan 


Kisah Pensil Dan Pemadam

2 comments:


PENSIL: Saya minta maaf.. 

PEMADAM: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah. 

PENSIL: saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya. 

PEMADAM: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir.. huhu :) 

Sumber : Facebook 


Wordless Wednesday : Harimau Malaya Theme For Wordpress & Blogger (Blogspot)

No comments:
Info - KLIK SINI 

Info - KLIK SINI 


Lelaki Musnahkan Kereta Dengan Tangan Kosong (Video)

No comments:
AKSI seorang lelaki memusnahkan sebuah kereta dengan 
menggunakan tangan kosong. 


LONDON - Operasi meleraikan sebuah kereta biasanya dilakukan menggunakan jentera berat. Tetapi seorang pengamal seni mempertahankan diri berbuat demikian dengan menggunakan tangan kosong, lapor akhbar Mail Online semalam. 

Lelaki berkenaan yang memakai pakaian karate melepaskan kemarahannya dengan mengoyak sebuah kereta sedan empat pintu dalam satu klip video yang disiarkan di laman perkongsian video YouTube. 

Selepas berulang kali menendang kereta tersebut, dia kemudian meleraikan kenderaan itu dengan menggunakan tangannya. 

Lelaki tersebut dipercayai mendapat inspirasi melakukan aksi ganas itu daripada permainan video popular, Super Street Fighter IV. 

Permainan video itu menampilkan karakter bernama Ryu meremukkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan menggunakan jurus seni mempertahankan diri dalam pusingan bonus dinamakan Car Crush. - Agensi 




'Darth Vader' Minta Tanah Untuk Letak Kapal Angkasa (Video)

1 comment:

SEORANG lelaki memakai kostum Darth Vader berjalan masuk 
ke bangunan dewan bandar raya Odessa, Ukraine pada Isnin lalu. 


KIEV, Ukraine - Seorang lelaki memakai kostum watak jahat filem Star Wars, Darth Vader muncul di pejabat Dewan Bandar Raya Odessa, selatan Ukraine dan menuntut sebidang tanah untuk meletakkan kapal angkasanya, kata pihak berkuasa kelmarin. 

Dia berjalan menuju pintu masuk bangunan dewan bandar raya berkenaan sambil membawa sebilah pedang cahaya plastik dengan jubah hitamnya berjuntaian ditiup angin pada Isnin lalu. 

"Saya ialah Darth Vader," katanya kepada seorang pengawal keselamatan di hadapan bangunan. 

"Saya dengar terdapat tawaran lot tanah kosong di Odessa dan ramai pegawai pentadbiran bandar raya ini serta datuk bandar telah menyertai kuasa jahat. 

"Saya datang menuntut lot tanah saya untuk dijadikan tempat parkir kapal angkasa saya. Saya fikir tiada masalah untuk permohonan saya diluluskan kerana mereka dikuasai kuasa jahat seperti Darth Vader," tambahnya kepada tiga pengawal keselamatan yang tercengang. 

Laman web tempatan, Dumskaya.net melaporkan kunjungan itu dibuat ketika kontroversi tercetus berhubung keputusan pihak dewan bandar raya Odessa mengagihkan beberapa bidang tanah tepi pantai secara percuma tetapi kepada cuma lima orang warga Ukraine. 

'Darth Vader' menyerahkan surat surat permohonannya kepada seorang kerani dewan bandar raya sebelum beredar. 

Gelagatnya mencetuskan sensasi di laman perkongsian video YouTube. - AFP 



p/s: aku sendiri pun tak faham apa dia cakap....hahaha 


Pelajar Disembur Semburan Lada (Video)

2 comments:

RAKAMAN video menunjukkan seorang anggota polis menggunakan 
semburan lada terhadap barisan penunjuk perasaan di Universiti California, 
Amerika Syarikat Jumaat lalu. - AP 


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan protes di kampus Universiti California sebagai menyokong gerakan duduki Wall Street disembur semburan lada pada jarak dekat oleh seorang anggota polis berpakaian seragam antirusuhan dalam insiden yang tersebar di Internet kelmarin. 

Canselor Universiti California, Linda Katehi menyifatkan rakaman kejadian itu sebagai 'menakutkan' dan mengarahkan satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu. 

Bagaimanapun, seorang pegawai polis yang menonton klip video rakaman beberapa pelajar itu menyatakan pengunaan kekerasan dalam insiden tersebut merupakan prosedur standard polis. 

Dalam klip video berkenaan, seorang anggota polis dilihat menyembur semburan lada terhadap penunjuk-penunjuk perasaan yang sedang duduk. 

Mereka bertindak menutup muka tetapi tidak melawan dengan beberapa pelajar menjerit meminta anggota polis berkenaan supaya berhenti berbuat demikian. 

Klip video itu yang tersebar di YouTube dan beberapa laman web lain menimbulkan kemarahan pelajar pusat pengajian tinggi AS. - AP 

Sumber  



Anak Lelaki Gaddafi, Seif Al-Islam Ditangkap

No comments:
Seif Al-Islam Gaddafi 

TRIPOLI, Libya - Anak lelaki Muammar Gaddafi, Seif Al-Islam ditangkap di sebuah bandar di selatan Libya bersama tiga pengikutnya yang cuba menyeludup Seif keluar dari negara berkenaan, kata seorang komander militia semalam. 

Komander militia Briged Zintan, Bashir Al-Tlayeb berkata, Seif ditangkap di bandar Obari, dekat bandar raya Sabha sekitar 650 kilometer ke selatan ibu kota Libya di sini. 

Seif ditangkap ketika mahu menyeberangi sempadan untuk ke negara jiran Libya, Niger. 

Bashir bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana Seif ditangkap tetapi memberitahu bahawa anak Gaddafi itu dibawa ke bandar Zintan yang merupakan pangkalan terbesar pejuang revolusi di Libya. 

Menurutnya, keputusan di mana Seif akan dibicarakan hanya akan diputuskan oleh Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang mentadbir Libya. 

Beliau turut memberitahu bahawa setakat ini masih tiada maklumat berhubung tempat persembunyian bekas pengarah agensi perisikan Libya, Abdullah Senoussi. 

Dilahirkan pada 1972, Seif Al-Islam Gaddafi ialah anak sulung daripada tujuh orang anak Gaddafi bersama isterinya, Safiya Gaddafi. 

Beliau menerima sokongan Barat beberapa tahun lalu selepas menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin reformis yang liberal tetapi kemudian bertindak menyokong bapanya bertindak kejam terhadap pihak penentang pada hari-hari terakhir rejim Gaddafi. 

Seif menyembunyikan diri selepas bandar raya ini jatuh ke tangan pejuang revolusi Libya. 

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebelum ini menyatakan ia mengadakan rundingan tidak langsung dengan Seif mengenai kemungkinan beliau menyerah diri kepada ICC kerana dakwaan melakukan jenayah kemanusiaan semasa rejim Gaddafi cuba mematahkan kebangkitan rakyat Libya. 

ICC mengeluarkan waran tangkap pada 27 Jun terhadap Seif, 39, Gaddafi dan Abdullah pada 27 Jun lalu. 

Gaddafi terbunuh pada 20 Oktober lalu apabila tentera rejim baru Libya menyerang bandar kelahirannya, Sirte. - Agensi 

Sumber  


Google Music Diperkenalkan

No comments:

LOS ANGELES 18 Nov. - Dalam usaha untuk menyaingi Apple Inc. dan Amazon.com Inc. yang menguasai segmen hiburan audio, Google Inc. melancarkan kedai muzik di dalam talian. 

Google Music yang mengandungi lebih 13 juta lagu itu akan turut disepadukan dengan Pasaran Android, kedai di dalam talian untuk aplikasi telefon pintar dan video milik syarikat itu. 

Google Music akan membolehkan enjin carian web terkemuka itu melakukan perkara sama dengan membiarkan pengguna mengakses muzik daripada pelbagai alat penghubung Internet dan dengan mudah berkongsi lagu dengan kawan. 

Namun penganalisis berkata, kekurangan runut bunyi daripada Warner Music akan mengehadkan tarikan kepada Google Music. 

Google Music dilancarkan dalam satu majlis di Mr. Brainwash Studios di Hollywood, California, kelmarin. 

Google memeterai perjanjian dengan tiga daripada empat syarikat muzik utama di Amerika Syarikat iaitu Vivendi SA's, Universal Music Group, Sony Music Entertainment dan EMI. 

Selain itu, mereka turut menandatangani perjanjian dengan label kumpulan bebas yang semakin meningkat naik, Merlin dan Beggars Banquet. 

Menurut penganalisis, penjualan muzik di dalam talian dilihat akan meningkatkan pendapatan Google, tetapi mereka perlu memastikan telefon Android dapat menawarkan perkhidmatan sama seperti pesaingnya. 

Android adalah sistem operasi telefon pintar nombor satu di dunia dengan kira-kira 200 juta pengguna, tetapi tanpa perkhidmatan muzik, ia tidak mungkin dapat menarik minat pengguna. - REUTERS 



Azerbaijan Bakal Saingi Dubai

No comments:

BAKU - Azerbaijan mengumumkan rancangan negara itu untuk membina bangunan pencakar langit serta hotel unik dalam usaha merampas takhta Dubai sebagai gergasi seni bina dunia moden. 

Dengan kekayaan sumber asli negara yang melimpah ruah, ibu negara Baku yang dahulunya dikenali sebagai Bandar Hitam kerana pencemaran minyak mula menjalankan program mengubah persekitaran bandar itu dengan membina pelbagai bangunan baru termasuk menggantikan rumah era Soviet. 

Kini, bandar utama itu dipenuhi pelbagai bangunan moden yang unik termasuk Menara TV serta Menara Api yang hampir siap dibina. 

Dan tarikan terbaru di negara bekas Soviet itu tentunya Hotel Bulan Sabit, iaitu infrastuktur setinggi 33 tingkat yang akan dibina di tebing Laut Caspian serta dijangka menarik perhatian ramai pelabur luar ke negara dengan penduduk majoriti beragama Islam itu. 



Tutorial : Letak Radio Era Dalam Blog

No comments:

Salam pada semua.... kali ini, tutorial terbaru, letak radio Era dalam blog. (Apa? Radio Era dalam blog? Hehehe... Macam best jer bunyi dia...!) Bila dah ada radio kat dalam blog korang sendiri, tak ler korang sendiri, dan 'peminat-peminat' blog korang rasa bosan bila tengah membaca blog korang nanti,...hehehe.... Sambil mendengar lagu dan melayan celoteh dj-dj, dapat jugak korang dengar berita terkini dan isu semasa yang berlaku di sekeliling kita ni.... 

Macam mana cara-caranya?  

  1. Log In > Dashboard > Nama Blog > Layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript 
  2. Copy kod di bawah ini, kemudian paste ke kotak kosong HTML/JavaScript 
<div></div><div><object type="application/x-shockwave-flash" data="http://ads.era.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/radioactive/amp_flash/era/era.swf" width="200" height="170"> <!--<![endif]--> <param name="quality" value="high" /> <param name="wmode" value="transparent" /> <param name="swfversion" value="9.0.45.0" /> <param name="expressinstall" value="Scripts/expressInstall.swf" /> </object>
</div> 

Kemudian, save. Dah siap. 



Wordless Wednesday : Angry Batbirds

No comments:


Wordless Wednesday : Dulu dan Sekarang

No comments:



Dipenjara Kerana Bunuh Petani Semasa Rebut Viagra Himalaya

No comments:
GAMBAR menunjukkan tiga tumbuhan Yarshagumba di Kathmandu, Nepal. 


KATHMANDU - Sebuah mahkamah di Nepal menjatuhkan hukuman penjara terhadap 19 penduduk kampung atas kesalahan membunuh sekumpulan petani dalam pergaduhan berhubung hak untuk mengutip tumbuhan Yarshagumba yang mampu menguatkan seks yang dikenali sebagai Viagra Himalaya, kata seorang pegawai semalam. 

Seramai tujuh petani telah dibunuh di daerah Manang pada bulan Jun 2009 semasa mengutip tumbuhan itu yang merupakan pendapatan utama bagi kebanyakan penduduk di Himalaya 

Para tertuduh itu mendakwa tujuh petani tersebut mati secara tidak sengaja ketika berlaku pergaduhan berhubung hak untuk mengutip tumbuhan tersebut yang harganya boleh mencecah puluhan ribu dolar untuk satu kilogram di China. 

Laporan mengenai kehilangan para petani itu diketahui oleh pihak berkuasa pada Jun 2009. 

"Enam tertuduh didapati bersalah kerana membunuh dan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun," kata seorang pendaftar sebuah mahkamah di daerah Manang, Shambhu Baral. 

Menurutnya, seramai 13 lagi dijatuhi hukuman dua tahun penjara, tetapi mereka telah menghabiskan masa dalam tahanan sejak ditangkap. 

Katanya, bukti-bukti menunjukkan hanya enam orang terlibat secara langsung dalam pembunuhan itu. 

Pada mulanya, pihak berkuasa menangkap seluruh penduduk kampung tetapi sejumlah wanita dan kanak-kanak kemudian dibebaskan. - AFP 



Video : Greyson Chance - Waiting Outside the Lines

No comments:

Greyson Chance - Waiting Outside the Lines

You’ll never enjoy your life,
living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?

Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it’s time for you to seize the day

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now

I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

Try to have no regrets
even if it’s just tonight
How you gonna walk ahead
if you keep living blind?

Stuck in my same position,
you deserve so much more
There’s a whole world around us,
just waiting to be explored

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now, just let it go

The world will force you to smile
I’m here to help you notice the rainbow
Cause I know,
What’s in you is out there

I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

I’m trying to be patient (I’m trying to be patient)
the first step is the hardest (the hardest)
I know you can make it,
go ahead and take it

I’m Waiting, waiting, just waiting I’m waiting
I’m waiting, waiting, just waiting
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

You’ll never enjoy your life
Living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?

Sumber Lirik

-- Discography -- 

Download lagu mp3: KLIK SINI 


Abu Mayat Diproses Jadi Manik

No comments:
PENGASAS syarikat Bonhyang, Jae-yul menunjukkan mesin yang menukar abu mayat manusia kepada manik perhiasan. 
(Gambar kecil) MANIK-MANIK kristal yang terhasil selepas pembakaran abu mayat manusia. 


INCHEON, Korea Selatan - Rakyat Korea Selatan mencuba kaedah baharu untuk memperingati orang kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah tiada. 

Sekitar 500 orang telah menukar abu mayat orang tersayang mereka menjadi manik melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Bonhyang di sini, selatan bandar raya Seoul. 

Seorang lelaki berusia 69 tahun, Kim II-nam menggali kubur bapanya dan menyerahkan mayat bapanya untuk dibakar. 

Dia membayar AS$870 (RM2,728) untuk abu mayat bapanya diproses menjadi manik-manik kristal menyerupai batu permata. 

"Setiap kali saya melihat manik-manik ini, saya menganggap ia adalah bapa saya dan saya akan mengingati hari-hari bahagia bersamanya," kata II-nam. 

Pengasas Bonhyang, Bae Jae-yul berkata, manik-manik itu membolehkan orang ramai berada dekat dengan saudara-mara mereka yang telah mati. 

"Manik-manik kami bersih dan tidak berbau," katanya. 

Menurut Jae-yul, syarikatnya menggunakan suhu yang amat tinggi untuk meleburkan abu mayat sehingga abu berkenaan bertukar menjadi kristal berbentuk manik. Proses itu memakan masa selama 90 minit. - Agensi 



Berhati-Hati Semasa Beli Handphone

No comments:


Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda 
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA 


Sumber: Facebook 


Presiden Indonesia Cipta Lagu Atasi Tekanan

No comments:
Susilo Bambang Yudhoyono 
HONOLULU: Ketika pemimpin negara lain bermain golf atau menunggang kuda untuk berehat, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkata, dia lebih suka mencipta lagu. 

Satu daripada ciptaannya mengenai alam sekitar turut diperdengarkan sejurus sebelum dia berucap kepada pemimpin komuniti bisnes kelmarin. 

Susilo menyampaikan ucapan di majlis sampingan diadakan sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia - Pasifik di Honolulu, Hawaii. 

Kata Susilo, 62, setiap pemimpin negara memang mempunyai hobi masing-masing. 

“Sesetengah pemimpin gemar menunggang kuda, bermain golf atau memancing untuk mengisi masa lapang. 

“Hobi saya pula ialah mencipta lagu. “Saya jarang-jarang melakukannya tetapi apabila mendapat ilham dan keadaan sesuai, saya akan melakukannya,” katanya. 

Menurut Susilo, selalunya dia berpeluang mencipta lagu sekali setiap tiga atau empat bulan. 

“Lagu menjadi cara saya dapat berkomunikasi dengan orang ramai. 

“Jika saya menggunakan bahasa politik, akan selalu ada salah tafsir daripada pihak lain,” katanya. 

Sebaliknya, kata bekas jeneral tentera Indonesia itu, melalui lagu, dia mampu berkomunikasi dengan lebih mudah dan diterima semua pihak. 

“Ia menjadi cara saya melepaskan ketegangan melampau sebagai pemimpin negara,” katanya. - AFP 



Mesin Kombinasi Unik Dicipta

No comments:

LONDON - Golongan muda tidak lagi akan memberi alasan enggan membasuh pakaian mereka akibat terlalu leka dengan permainan video. 

Ini kerana, seorang mahasiswa warga Taiwan dari Universiti Kingston, London, Lee Wei Chen, 27 telah mencipta alat elektronik unik yang menggabungkan permainan video klasik dan mesin basuh. 

Wei Chen mendakwa idea asal penciptaan mesin kombinasi itu tercetus selepas menyedari bahawa selama ini dia telah membuang sebahagian masa untuk bermain permainan video. 

“Saya mahu kemahiran bermain permainan video digunakan secara bermanfaat dalam dunia nyata lalu terciptalah mesin kombinasi ini,” katanya lagi. 

Mesin tersebut juga boleh mengesan jika ada individu cuba untuk menipu semasa sedang bermain, menyebabkan prosesnya akan terhenti serta-merta. 

“Jika ia terhenti semasa proses membasuh baju belum selesai, pengguna perlu memasukkan wang syiling semula supaya ia dapat berfungsi kembali,” jelasnya. 

Proses mencuci pakaian dan tempoh jangka masanya juga adalah bergantung kepada tahap penguasaan individu terhadap permainan video arked itu. 

Idea ciptaan Wei Chen turut menerima pujian ketua kursusnya di universiti tersebut, Colin Holden yang menganggap ia sebagai gabungan konsep rekaan alat elektronik baru dan segar serta paling menarik pernah dihasilkan pelajarnya. 



Tutorial : Automatic New Tab

No comments:


Bagaimana cara nak buat "Automatic New Tab" kat blog korang ? 

1. Login akaun blogger korang > Dashboard > Nama Blog > Template > Edit HTML > Expand Widget Templates (Baik korang bekap dulu template blog korang.) 


2. Gunakan fungsi find (Ctrl+F atau F3), cari kod ini: 
<head> 

3. Copy code di bawah ini, pastu paste kat bawah code tadi (no. 2). 
<base target='_blank'/> 

4. Preview dulu. Kalau takde error, save template. Siap. :) 


Kredit bagi code HTML di atas: kisah hidupku 


Jambatan Kaca Jadi Tarikan Baru Di China

No comments:

HUNAN - China sememangnya terkenal dengan pembinaan laluan berbahaya bagi menjadi salah satu tarikan kepada pelancong luar untuk berkunjung ke negara itu. 

Pelancong yang tidak gayat berada di tempat tinggi, pasti teruja untuk mencuba pengalaman baru berjalan melalui jambatan tergantung diperbuat daripada kaca pada ketinggian 1,432 meter dari paras laut di Gunung Tianmen, wilayah Hunan sambil menikmati pemandangan indah alam semula jadi. 

Bagi memastikan kebersihan laluan tersebut, pelancong diminta membuka kasut, sebelum melalui jambatan sepanjang 60 meter yang disambungkan ke kemuncak cenuram bahagian barat antara Gunung Tianmen dan Zhang Jiajie tersebut. 

Pelancong boleh menyaksikan keindahan pelbagai spesies tumbuhan yang jarang dilihat, menerusi kaca kristal di bawah kaki mereka dan pe­ngalamannya seperti sedang berjalan di udara. 

Gunung Tianmen turut digelar sebagai ‘Pintu ke Syurga’ kerana pelancong dapat menyaksikan gua besar semula jadi di hampir separuh perjalanan menuju ke puncak. 

Perkhidmatan kereta kabel didakwa terpanjang di dunia juga disediakan di tempat pelancongan itu. 

Sebelum ini, sebuah kawasan pelancongan di Gunung Shifou terletak di wilayah Hunan juga telah menerima kritikan banyak pihak. 

Mereka mendakwa laluan pejalan kaki diperbuat daripada papan kayu nipis tersebut, tidak dilengkapi ciri - ciri keselamatan, sekali gus membahayakan pelancong. 

Macam-Macam Diorang Ni....

No comments:

1) Bila orang nampak anda baring tutup mata.... 
  • Soalan: oit! tidur ke? 
  • Jawapan: Tak la, aku training macam mana nak mati nanti... 

2) Imagine anda bawa tv anda yang rosak gi jumpa technician untuk repair, dia mesti tanya gak: 
  • Soalan: Nak repair tv ke? 
  • Jawapan: Tak la, aku bosan! So saje aku bawak tv ni jalan2. 

3) Time anda bangun tidur, dan terus si bendul tu mesti tanya anda: 
  • Soalan: Oit! da bangun? 
  • Jawapan: Ish, aku tengah tido sambil berjalan-jalan... 

4) Kawan anda call phone umah anda dan... 
  • Soalan: Hello?.. Ada kat mana ? 
  • Jawapan: Kat sini haa, kat bus stop!!! 

5) Diorang nampak anda keluar dari bilik mandi dan dalam keadaan basah-basah... 
  • Soalan: Eh baru mandi ke? 
  • Jawapan: Ehh! Mana ada, aku jatuh dalam lubang jamban tadi!!! 

6) Anda di dalam toilet, pintu berkunci, ada gak orang ketuk pintu dan tanya anda.. 
  • Soalan: Ada orang tak? 
  • Jawapan: ( *Suara Kiut* ) Mana ada orang!! Taik yang bercakap ni!!! 


Sumber: KakiBLOGGER 

Spesifikasi Tablet NOOK dari Barnes & Noble

No comments:

Spesifikasi Tablet NOOK dari Barnes & Noble 

Design 

Device type: Tablet 

OS: Android (2.3) 

Form factor: Candybar 

Dimensions: 8.10 x 5.00 x 0.48 (206 x 127 x 12 mm) 

Weight: 14.10 oz (400 g) - [the average is 17.5 oz (500 g)] 

Display 

Physical size: 7.00 inches 

Resolution: 600 x 1024 pixels 

Pixel density: 169.00 ppi 

Colors: 16 777 216 

Touchscreen: Capacitive, Multi-touch 

Battery 

* Video playback: 9.00 hours 

Hardware 

Processor: Dual core, 1000 MHz, TI OMAP4 

Graphics processor: Yes 

System memory: 1024 MB RAM 

Built-in storage: 16384 MB 

Storage expansion: 
- Slot Type: microSD, microSDHC
- Maximum card size: 32 GB 

Multimedia 

Music player: 
* - Supported formats: MP3, AAC, WAV, MP4, AMR, OGG 

Video playback: 
* - Supported formats: MPEG4, H.263, H.264, 3GP, 3G2, Flash Video 

Streaming: Audio, Video 

Internet browsing 

Browser: Yes 
- Supports: HTML, Flash 

Built-in online services support: Facebook 

Phone features 

E-mail: IMAP, POP3, SMTP 

Connectivity 

Wi-Fi: 802.11 b, g, n 

* Headphones connector: 3.5mm 

Availability 

Officially announced: 07 Nov 2011 

Scheduled release: 18 Nov 2011 

Shopping information 

Accessories: 
NOOK Tablet, USB Cable, Quick Start Guide, Power Adapter, Rechargeable Battery (installed)

* Indicates that this field is show only in Full Specs mode.

Sumber: phonearena.com


Extra: Barnes & Noble Perkenal Nook Tablet (klik SINI)


Berebut Kahwin Tarikh 11/11/11

No comments:
RAMAI pasangan di China memilih untuk berkahwin pada hari ini 
berikutan deretan nombor satu yang ada padanya dan dianggap bertuah. 


SHANGHAI – Beribu-ribu pasangan di China akan melangsungkan perkahwinan hari ini kerana mereka menganggap 11/11/11 sebagai tarikh bertuah. 

Akhbar Shanghai Morning Post melaporkan lebih 3,000 pasangan membuat tempahan untuk berkahwin di bandar raya ini. 

Peluang untuk berkahwin pada tarikh yang mengandungi barisan angka 1 itu, kata akhbar berkenaan, cuma datang sekali dalam tempoh satu abad. 

Keghairahan sama turut dilaporkan di bandar-bandar lain di China dengan lebih 400 pasangan menempah untuk berkahwin di bandar raya Wuhan, tengah China. 

Di bandar Jinan, timur China pula lebih seratus pasangan merancang untuk berkahwin pada tarikh tersebut yang dianggap bertuah. 

“Peluang untuk berkahwin pada hari ini yang memiliki tarikh 11/11/11 cuma datang sekali dalam seumur hidup,” kata seorang pengantin lelaki, Wang Qiang. 

“Saya dan pasangan saya tidak akan membiarkan peluang ini terlepas,” tambahnya. – Agensi 



Kapal Induk Bertukar Stadium

No comments:
PEKERJA-PEKERJA sibuk memasang lantai gelanggang bola 
keranjang di atas dek kapal induk USS Carl Vinson pada Selasa lepas. 


SAN DIEGO, Amerika Syarikat (AS) - Selepas digunakan untuk mengangkut jenazah Osama bin Laden, kapal induk USS Carl Vinson sekali lagi menjadi tumpuan. Kali ini sebagai gelanggang perlawanan bola keranjang kolej AS. 

Seramai 7,000 penonton termasuk Presiden AS, Barack Obama dijangka menonton perlawanan tersebut di atas kapal induk berkenaan yang berlabuh di sini. 

Setakat semalam, kerja-kerja menukar dek kapal gergasi berkenaan menjadi sebuah stadium bola keranjang sudah selesai. 

Pasukan Universiti Negeri Michigan akan menentang pasukan Carolina Utara dalam perlawanan yang dijadual berlangsung hari ini. - AFP 



Buat Bunyi Pelik Dengan Google Translate

No comments:

Macam mana caranya? 
  • Pergi ke Google Translate. 
  • Setkan translator untuk translate: "German to German" 
  • Copy dan paste ayat berikut ke kotak translate: pv zk pv pv zk pv zk kz zk pv pv pv zk pv zk zk pzk pzk pvzkpkzvpvzk kkkkkk bsch 
  • Klik “listen” (ikon speaker). 
  • Amacam bunyi dia? Best tak?  :) 

Sumber: Ade masalah ? 



Wordless Wednesday : Gambar Soalan Fizik Versi Angry Birds

No comments:



Barnes & Noble Perkenal Nook Tablet

No comments:
KETUA Pegawai Eksekutif Barnes & Noble, William Lynch 
melancarkan Nook Tablet di New York pada Isnin lalu. 


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Firma jualan buku AS, Barnes & Noble melancarkan komputer tablet pada Isnin lalu sebagai cubaan untuk bersaing dengan produk iPad dan Kindle Fire keluaran Amazon. 

Diberi nama Nook Tablet, ia dijual pada harga AS$249 (RM778) seunit, AS$50 (RM156) lebih mahal berbanding Kindle Fire yang mula dijual pada 15 November lalu. Tetapi ia AS$250 (RM782) lebih murah daripada iPad yang paling murah. 

Amazon dan Barnes & Noble merupakan antara syarikat terawal yang menjual buku elektronik. Selain berfungsi sebagai pembaca e-book, Nook Tablet membolehkan penggunanya melayari Internet menggunakan sambungan WiFi, menghantar e-mel, menonton program televisyen dan filem, serta mendengar muzik. Kedai buku dalam talian Barnes & Nobel menawarkan lebih 2.5 juta judul buku. 

Mempunyai skrin warna selebar 17.8 sentimeter seperti Kindle Fire, Nook Tablet hadir dengan beberapa aplikasi sedia ada termasuklah Netflix, Hulu Plus dan Pandora. 

Gajet itu memiliki memori mencecah 16 gigabit. Barnes & Noble mendakwa bateri gajetnya itu mampu bertahan selama 11.5 jam untuk membaca dam sembilan jam jika menonton video. 

Nook Tablet akan mula dijual di 700 buah cawangan Barnes & Noble pada 17 November depan. Penganalisis daripada firma Forrester, Sarah Rotman Epps meramalkan Barnes & Noble mampu menjual antara 1.5 hingga dua juta unit gajet tersebut sepanjang musim cuti ini. - AFP 



Wordless Wednesday : Menu Nasi Goreng

No comments:


Wordless Wednesday : Dilamun Cinta...

No comments:



22 Sebab Malaikat Rahmat Tidak Akan Memasuki Rumah Anda

No comments:
Apakah sebab-sebabnya Malaikat Rahmat tidak mahu masuk rumah anda? 
  1. Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim. 
  2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram. 
  3. Rumah yang memelihara anjing. 
  4. Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya. 
  5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT. 
  6. Rumah yang sering meninggikan suara. 
  7. Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum. 
  8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas. 
  9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah. 
  10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat. 
  11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar. 
  12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa. 
  13. Rumah pemakan riba, interest. 
  14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock. 
  15. Rumah yang memiliki patung-patung. 
  16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja. 
  17. Rumah yang didiami peminum arak. 
  18. Rumah yang mempercayai tukang tilik. 
  19. Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki. 
  20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub. 
  21. Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ). 
  22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya. 
Fikir-fikirkanlah sejenak.....

Sumber : Facebook 


Sut Robot Antiradiasi Dicipta

No comments:
SEORANG lelaki memakai sut robot antiradiasi di bandar Tsukuba, Jepun semalam. - AFP 


TSUKUBA, Jepun - Sebuah sut robot yang seberat 60 kilogram (kg) untuk pekerja nuklear dicipta bagi menyekat radiasi terkena pada tubuh si pemakai. 

Sut itu dicipta oleh syarikat Cyberdyne yang beribu pejabat di timur laut Tokyo. Ia merupakan sut versi hibrid membantu tangan dan kaki yang dipertingkatkan. 

Ia diperbuat daripada tungsten yang boleh menyekat radiasi. 

"Adalah diharapkan ia akan mengurangkan risiko bekerja dalam persekitaran yang sukar dan menyumbang kepada operasi awal pemulihan oleh manusia semasa bencana," kata satu kenyataan daripada syarikat Cyberdyne. 

Sut itu memberikan kuasa kepada pemakainya yang menyokong pergerakan badan manusia dengan menggunakan isyarat pemantau sensor yang dihantar dari otak kepada otot. - AFP 



Bas Jadi Sekolah Bergerak Di India

No comments:
SEBUAH bas yang menjadi sekolah bergerak diletakkan di sebuah 
kawasan setinggan di Hyderabad pada 1 November lalu. - Reuters 


HYDERABAD - Sebuah bas menjadi sekolah bergerak di bandar Hyderabad, selatan India untuk kanak-kanak yang tinggal di kawasan setinggan. 

Keluarga kanak-kanak itu merupakan buruh di tapak pembinaan, pembantu rumah dan pengutip akhbar, pakaian serta barang lama yang boleh dijual manakala ibu mereka menjadi pembantu rumah. 

"Kanak-kanak ini tidak mempunyai masa untuk pergi ke sekolah melainkan sekolah datang kepada mereka," kata Pengasas Yayasan CLAP, T. L. Reddy yang mengendalikan perkhidmatan bas yang menjadi sekolah itu. 

Keluarga kanak-kanak itu tidak pernah pergi ke sekolah menyebabkan mereka bekerja keras untuk membayar hutang. 

Menurut Reddy yang bertugas sebagai guru sejak 25 tahun lalu, dia mengumpulkan sumbangan dan mendirikan khemah untuk dijadikan kelas sebelum menggunakan bas tiga tahun lalu. 

Dinding di dalam bas itu dihiasi dengan huruf, nombor dan gambar buah-buahan serta haiwan. - Reuters 



Gerakan Akrobatik Burung Perling

No comments:
SEJUMLAH besar burung perling terbang di Gretna, Scotland kelmarin.- Reuters 


GRETNA, Scotland - Sekawan burung perling membuat pelbagai bentuk semasa ia terbang pada waktu senja di sini kelmarin. 

Burung-burung itu menunjukkan beberapa pergerakan akrobatik yang amat cantik semasa ia terbang bersama-sama bagi mengelirukan burung helang. - Agensi 



Sapa Nak iPad 2 ?

No comments:

Jom usha #PeraduanPTS Bongkar Kod Rahsia untuk menang hadiah-hadiah yang cool seperti iPad 2 dan Samsung Galaxy Ace! ----->>  KLIK SINI 


Buih Akibat Aktiviti Gunung Berapi Dasar Laut

No comments:
GAMBAR yang dikeluarkan kerajaan Kepulauan 
Canary kelmarin menunjukkan buih-buih yang 
terbentuk akibat aktiviti gunung berapi dasar laut 
di luar Pulau El Hierro, Sepanyol. 

MADRID - Aktiviti gunung berapi dasar laut di luar Pulau El Hierro, Kepulauan Canary boleh dilihat di permukaan laut dengan kewujudan gelembung buih. 

Gas, asap dan objek panas terapung dari gunung berapi dasar laut itu. 

Aktiviti di gunung berapi dasar laut itu bermula sejak 17 Julai lalu dan lebih 10,000 gegaran telah direkodkan. - AP 



Majlis Perkahwinan Di Dalam Gelanggang Tinju

No comments:
MANUEL ANTELMO CASTRO dan isterinya, 
Vicky Rodriguez berdiri di tepi gelanggang tinju 
di Cancun, Mexico kelmarin. 
CANCUN, Mexico - Seorang peminat tinju, Manuel Antelmo Castro melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Vicky Rodriguez di dalam gelanggang tinju di sini kelmarin. 

Mereka melangsungkan perkahwinan itu sebelum perlawanan tinju antara Alfredo 'Perro' Angulo dari Mexico dan petinju Amerika Syarikat, James 'Mandingo Warrior' Kirkland. 

Pertandingan itu melibatkan kategori super welterweight. Dalam pertandingan itu, Kirkland yang berkulit hitam berjaya mengalahkan Angulo dalam pertarungan yang berlangsung selama enam pusingan. Bekas juara tinju dunia keturunan Mexico, Oscar De La Hoya menjadi saksi dalam majlis perkahwinan itu. - Agensi 




Cara Nak Buat Website Google Berpusing

No comments:
Sumber: Google 

Nak tahu cara nak buat website Google berpusing? Lihat cara-caranya kat bawah ni. 

1 - Buka Page Google menggunakan Google Chrome 
2 - Taip DO A BARREL ROLL 
3 - Tekan Enter 

Sila gunakan Google Chrome sahaja untuk menampakkan kesan yang menarik...! 

Sumber: Facebook 

Macam ni rupanya website Google bila berpusing.... 



Download : Angry Birds Season v2.0.0

No comments:
Salam. Apa khabar semua? Sihat, kan? Hehehe.... Oklah, tak payah bebel banyak-banyak, terus bukak cerita jer. Hari ni, nak cerita pasal game Angry Birds pulak. Rasanya, baru tak sampai sebulan aku post blog pasal game Angry Birds Season v1.5.1, tiba-tiba sudah ada update terbaru game Season ini..... 


Dapat RM311,400 Selepas 520 Hari Dikurung

No comments:
ENAM kru antarabangsa bergambar selepas mereka keluar dari sebuah 
kapsul di sebuah pusat penyelidikan angkasa lepas di Moscow semalam. 


MOSCOW - Sekumpulan kru penyelidik antarabangsa akhirnya keluar dari sebuah kapsul selepas 520 hari dikurung di sebuah pusat penyelidikan angkasa lepas di sini. 

Semua kru lelaki itu yang terdiri daripada tiga rakyat Rusia, seorang lelaki Perancis, seorang warga Itali dan China telah tinggal dalam kurungan tersebut sejak Jun 2010. 

Mereka dikurung untuk menjalani suasana dikurung, tekanan dan kepenatan dalam satu eksperimen perjalanan jauh ke planet Marikh. 

Kru itu berkomunikasi dengan pihak penganjur dan keluarga masing-masing menerusi Internet yang sengaja diganggu untuk menggambarkan suasana sebenar di angkasa lepas. 

Mereka makan makanan bertin sama seperti yang terdapat di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa. 

Pihak penganjur menyatakan, setiap kru sukarela itu akan dibayar kira-kira AS$100,000 (RM311,400). 

"Kru-kru antarabangsa sudah menamatkan misi 520 hari," kata Komander Alexei Sityov salah seorang penyelidik yang terlibat dalam eksperimen tersebut kepada bos agensi angkasa lepas Rusia selepas dia keluar dari kapsul itu.

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...