Ni apa ceritanya kat sini?

Video : Swallowable Parfum® (18SX)

No comments:


Screenshoot dari video Swallowable Parfum. 
Makan Pil Untuk Wangikan Badan 

AMSTERDAM - Satu pil baru diperkenalkan untuk menghantar wangian terus ke dalam tubuh anda dan menjadikan kulit seperti penyembur minyak wangi! 

Pil Swallowable Parfum yang masih dalam peringkat pembangunan itu akan bertindak balas dengan proses metabolisme selepas ditelan dan membebaskan molekul wangian melalui permukaan kulit semasa tubuh berpeluh. 

Secara ringkasnya, pil itu menukarkan peluh anda kepada cecair wangian dan kerana setiap tubuh manusia mempunyai genetik tersendiri, wangian dihasilkan akan mengikut karakter setiap individu itu sendiri. 

Karyawan Belanda, Lucy McCrae bergabung dengan pakar biologi sintetik, Sheref Mansy untuk mereka pil itu. 



Jip Terbang Untuk Tentera Dicipta

No comments:

WASHINGTON - Ia mungkin kelihatan seperti gambaran dalam komik tetapi jip terbang ini akan menjadi kenyataan, tidak lama lagi. 

Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Lanjutan (Darpa), iaitu satu daripada cabang tentera Amerika Syarikat sedang membina kenderaan futuristik ini menggunakan model kenderaan tentera Humvee dan dijangka sedia digunapakai menjelang akhir tahun depan. 

Jip itu dicipta supaya dapat dipandu merentasi muka bumi paling sukar, mampu menahan tembakan senjata dan boleh terbang serta mendarat dengan hanya satu petikan suis. 

Tentera AS berharap Humvee terbang itu boleh membawa empat askar bersama peralatan mereka pada satu-satu masa, terbang dan mendarat secara menegak, boleh diterbangkan sejauh 400 kilometer dengan menggunakan satu tangki penuh minyak serta boleh dikendalikan tanpa perlu latihan sebagai juruterbang. 

Kenderaan dwi-fungsi ini bukanlah yang pertama di dunia kerana sebelum ini, syarikat Terrafugia telah mencipta Transition, iaitu kapal terbang kecil yang sayapnya boleh dilipat dan dijadikan kereta biasa. Penggunaan Transition diluluskan di AS, Julai lalu selepas melepasi beberapa ujian. 



Brokoli Baka Baru Cegah Sakit Jantung

No comments:
Gambar hiasan. Sumber: Google 


LONDON: Saintis Britain baru-baru ini mendapati benih baru brokoli yang ditanam khas mengandungi dua hingga tiga kali ganda jumlah normal glucoraphanin, zat yang dipercayai dapat membantu mencegah penyakit jantung. 

Sayur-sayuran sebenarnya adalah kabinet perubatan. Apabila makan brokoli, kolesterol dalam saluran darah menurun, kata Richard Mithen, yang mengetuai pasukan saintis di Institut Penyelidikan Makanan di Norwich, England, yang menghasilkan brokoli baru itu. 

Glucoraphanin berfungsi memecahkan lemak dalam tubuh, menghalang ia tersumbat dalam arteri dan cuma ditemui dalam brokoli dalam jumlah tertentu. 

Bagi menghasilkan brokoli hebat, Mithen dan rakan sepasukannya mengacukkan brokoli tradisi Britain dengan jenis Sicilian yang liar dan pahit serta dos tinggi glucoraphanin. Selepas 14 tahun, hibrid yang diberi penambahan itu dihasilkan, yang diberi paten oleh pihak berkuasa Eropah. Ia juga tidak menggunakan pengubahsuaian genetik.

Brokoli berkenaan dijual sebagai Beneforte di pasar terpilih di California dan Texas sejak tahun lalu, dan tiba di Britain bulan ini. Lewat musim luruh ini, brokoli itu akan dijual di seluruh Amerika Syarikat. 

Sayur hebat itu sebahagian kecenderungan memuncak bagi pengeluar untuk menyuntik zat tambahan dalam makanan, daripada jus oren yang diperkaya dengan kalsium hingga bijiran diperkaya dan susu ditambah dengan omega 3. 

Tiada data mencukupi diperoleh untuk mengetahui jika ada yang mengalami lebihan dos glucoraphanin, tetapi vitamin D dan selenium dalam kuantiti amat tinggi boleh menjadi racun. 

Mithen dan rakan sepasukannya mengendalikan ujian ke atas manusia membandingkan jantung peserta sihat yang memakan brokoli hebat itu dengan mereka yang makan brokoli biasa atau tidak memakan brokoli langsung. Mereka bercadang menyerahkan data kepada Agensi Keselamatan Makanan Eropah tahun depan. 

Terdapat banyak bukti penting menunjukkan glucoraphanin dan bahan berkaitan sebagai ejen pencegah terbaik bagi serangan jantung dan bentuk barah tertentu. Jadi, ia sesuatu munasabah untuk dilakukan, kata profesor di Jabatan Zat Manusia di Universiti Copenhagen, Lars Ove Dragsted. - AP 



Kisah Cinta Pasangan Pejuang Palestin

No comments:
Dari kiri: Ahlam Al-Tamimi dan Nizar Al-Tamimi. 

Dari Penjara Ke Kenduri Kahwin (Sinar Harian) 

TEBING BARAT - Si pemuda dikaitkan dengan Fatah, dan si gadis pula dikaitkan dengan Hamas, jadi kedua-dua mereka dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Israel. 

Tetapi hari ini, Nizar Al-Tamimi, 38, dan Ahlam Al-Tamimi, 31, telah bebas dan akan melangsungkan perkahwinan di Amman, Jordan. 

Keluarga Nizar yang menetap di bandar Nabi Saleh, Tebing Barat tidak sabar menanti kepulangan anak lelaki mereka yang dibebaskan daripada penjara sebagai sebahagian daripada perjanjian rundingan antara Israel dan Hamas, bulan ini. 

Nizar dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana menyertai operasi anti-Zionis pada 1990-an. 

Ahlam, yang menjadi anggota wanita pertama dalam sayap ketenteraan pejuang Hamas, dipenjara kerana memberi bantuan kepada Hamas dalam satu operasi pada 2001. 

Wanita itu menyertai badan ketenteraan Hamas kerana tidak berpuas hati dengan proses rundingan damai Palestin-Israel serta selepas menyaksikan pelbagai kekejaman rejim Zionis semasa dia bertugas sebagai wartawan.

Hotel Diperbuat Daripada Garam

No comments:

COLCHANI - Selalunya hotel dibina menggunakan batu atau kayu tetapi tidak bagi hotel mengagumkan di Bolivia ini, di mana setiap bahagian bangunan, termasuk perabot, dibina menggunakan garam. 

Hotel de Sal di Colchani, Bolivia, ini dibina di dataran garam Salar de Uyuni yang menjadi tarikan pelancong di negara Amerika Selatan itu. 

Dengan bayaran 84 pound satu malam (RM415), pengunjung boleh menyewa bilik dengan dua katil diperbuat daripada garam. 

Pemandu pelancong, Pedro Pablo Michel Rocha berkata, ramai pengunjung yang datang ke hotel terletak di selatan negara itu sukar mempercayai ia dibina daripada garam. 

“Ada juga orang yang menjilat perabot untuk memastikan ia benar-benar diperbuat daripada garam!,” katanya. 

Dataran Salar de Uyuni yang dilitupi lapisan garam setebal beberapa meter terbentuk hasil daripada perubahan beberapa tasik di kawasan itu pada zaman purba. 


Dataran Salar de Uyuni, terletak di negara Bolivia. Sumber: Google 


'Menara Pokok' Berkembar Dalam Pembinaan

No comments:
Lakaran artis mengenai konsep hutan di menara Bosco Verticale 
yang sedang dalam pembinaan di Milan, Itali. - Agensi 


MILAN 28 Okt. - 'Menara pokok' berkembar yang diberi nama 'Bosco Verticale' yang dipenuhi pokok-pokok dan tumbuhan renek, mungkin menjadi menara pertama seumpamanya di dunia. 

Menara berkembar yang sedang dalam pembinaan dengan setiap satu menara setinggi 111 meter dan 79 meter itu bakal menempatkan kira-kira 730 pokok, 5,000 tumbuhan renek serta 11,000 tumbuh-tumbuhan lain. 

Pengarah Boeri Studios, Michele Brunello, 35, bertanggungjawab menguruskan projek tersebut yang telah direka sejak 2006. 

Idea untuk membina 'menara pokok' muncul ketika menyertai satu projek menanam pokok. 

Menurutnya, Bosco Verticale dengan setiap satu menara setinggi 27 tingkat terletak di Milan, utara Itali itu akan turut menempatkan apartmen kediaman. 

Pokok-pokok akan ditanam dalam pasu sebelum dipindahkan ke menara tersebut apabila siap sepenuhnya. 

"Bosco Verticale direka untuk menempatkan pelbagai jenis tumbuhan yang boleh bertindak sebagai penapis pencemaran kepada penghuninya," katanya. 

Setiap unit apartment itu dijual dalam lingkungan 560,000 pound (RM2.8 juta) untuk keluasan 80 meter persegi dan 1.7 juta pound (RM8.5 juta) bagi keluasan 200 meter persegi. 

"Menara tersebut bukan hanya menitik beratkan isu kehijauan dan semula jadi, malah ia turut mementingkan keselesaan dan keselamatan penghuninya. 

''Kami telah melakukan pelbagai kajian serta ujian untuk memastikan semuanya berjalan lancar," ujar Brunello sambil menyatakan idea asal projek tersebut diilhamkan oleh arkitek terkenal Milan, Stefano Boeri. - AGENSI 



Terapi Selaman Rawat Bayi

No comments:
Pasangan ibu dan anak menghadiri sesi terapi
selaman di kolam Yayasan Gezenguz, Budapest. 
BUDAPEST - Sebuah yayasan amal di Hungary menyediakan sesi terapi saraf di dalam air untuk merawat bayi dan kanak-kanak. 

Terletak di ibu kota Hungary, terapi tersebut diperkenalkan kepada umum oleh Yayasan Gezenguz. 

Kaedah rawatan unik di dalam kolam khas itu didapati berkesan untuk merawat bayi yang mengalami kecederaan semasa lahir termasuk kecederaan saraf. 

Selain itu, terapi sama turut digunakan dalam proses rehabilitasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan otak atau penyakit kongenital lain. - Reuter 



Saintis Berjaya Rungkai Kod Jerman Berusia 300 Tahun

No comments:
IMEJ yang disediakan oleh University of Southern California menunjukkan 
salinan kitab Copiale Cipher yang kodnya telah berjaya dipecahkan. 


LOS ANGELES - Sepasukan penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan Sweden telah berjaya merungkai kod rahsia kitab Copiale Cipher yang berusia 300 tahun dari Jerman menerusi bantuan satu program komputer baharu. 

Berikutan kejayaan tersebut, program komputer itu dijangka mampu membantu mentafsir manuskrip-manuskrip rahsia yang lain. 

"Ia membuka pintu kepada mereka yang mengkaji sejarah idea dan masyarakat-masyarakat rahsia," kata saintis komputer dari University of Southern California (USC), Kevin Knight. 

"Para sejarawan percaya bahawa masyarakat-masyarakat rahsia memainkan peranan dalam revolusi. Namun semua ini sedang dikaji kerana sebahagian besar dokumennya masih belum dapat ditafsir," tambah Knight. 

Kitab Copiale Cipher yang mengandungi 75,000 huruf menggambarkan ritual dan kecenderungan politik sebuah masyarakat rahsia di Jerman pada kurun ke-18. Manuskrip itu ditulis pada lembaran kain berwarna emas dan hijau. 

Knight juga merancang untuk mentafsir kod-kod mesej popular lain termasuklah kod yang dihantar oleh Pembunuh Zodiak, seorang pembunuh bersiri AS sekitar tahun 1960 dan 1970-an. Pembunuh itu ada menghantar mesej-mesej rahsia kepada pihak media dan gagal ditangkap hingga sekarang. - AFP 



Tanda-Tanda Korang Mula Ketagih Facebook

No comments:
:: :: CIRI-CIRI KETAGIH FACEBOOK :: :: 
  • Tidak dapat berenggang dengan internet 
  • Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah. 
  • Sentiasa terbayang apa yang ada dalam facebook semasa offline 
  • Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline 
  • Lebih selesa melayari facebook daripada keluar rumah atau menonton tv 
  • Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook. 
  • Melayari facebook lebih 10 kali sehari sekadar berbual kosong. 
  • Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan. 
  • Sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen. 
  • Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang tiada internet. 
  • Berbagai medium untuk ber'FB seperti Mobile Web, Via SMS , Wifi , Broadband , di Office,di rumah... 



Watak Jack Sparrow Sebenarnya Seorang Muslim?

No comments:

Siapa yang pernah tengok filem Pirate of the Caribbean, pasti mengenali watak Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Tetapi, tahukah anda, watak Captain Jack Sparrow tersebut sebenarnya memang wujud. Beliau adalah seorang Muslim? Benarkah? 

Captain Jack Sparrow berasal dari England. Nama sebenarnya adalah John Ward ataupun Birdy. Agama asalnya adalah Kristian. Setelah memeluk Islam, beliau dikenali sebagai Yusuf Reis. Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion. 

Pengarah filem tersebut juga telah memutarbelitkan fakta sebenar tentang John Ward. Tetapi, mereka masih mengekalkan beberapa identiti Islam pada watak Jack Sparrow seperti janggut, serban merah, dan aksesori bulan bintang. Lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khilafah Turki Utsmani. 

Cerita mengenai watak sebenar Jack Sparrow ini adalah hasil kajian oleh ulama di Amerika Syarikat yang lebih dikenali sebagai Imam Suhaib Webb. 


Sumber: Facebook  


Makmal Kelahiran Internet Dibuka

No comments:
GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan para saintis komputer 
di makmal kelahiran Internet di Universiti California Los Angeles. 


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Jabatan Komputer Sains, Universiti California Los Angeles (UCLA) dan Sekolah Kejuruteraan dan Sains Gunaan Henry Samueli bekerjasama membina semula makmal kelahiran Internet. 

Tempat kelahiran Internet itu adalah di 3420 Dewan Boelter, UCLA. 

Makmal itu dikenali sebagai Tapak Warisan Internet dan Arkib Kleinrock (KIHSA). 

Mesej Internet pertama itu telah dihantar lebih 40 tahun tahun lalu dari makmal berkenaan dalam projek yang dinamakan ARAPANET melibatkan penghantaran mesej antara dua buah komputer. 

Minyak Keluar Dari Tanah Penduduk Di Bosnia

No comments:

TUZLA, Bosnia - Seorang penduduk, Hajrudin Bilalic menemui minyak mentah yang keluar dari tanah yang didudukinya sejak 10 tahun lalu. 

Hajrudin menemui minyak tersebut yang keluar dari tiga sumber di tanah tersebut yang terletak di Dubrave dekat ini, kira-kira 130 kilometer dari Sarajevo. 

Persekutuan Muslim-Croat Bosnia akan menandatangani satu perjanjian awal pada bulan depan dengan syarikat cari gali minyak Shell untuk mengeksploitasi potensi minyak dan gas di wilayah tersebut. - Reuters 



Jenazah Gaddafi Dikebumikan

No comments:
SEORANG jurugambar semalam merakamkan tempat mayat 
Muammar Gaddafi diletakkan di dalam sebuah bilik sejuk beku 
di Misrata sebelum ia dipindahkan untuk dikebumikan di gurun Sahara. 


MISRATA - Jenazah bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah dikebumikan di sebuah lokasi rahsia di gurun Sahara semalam bersama dengan seorang anak lelakinya, Motassim, kata seorang pegawai kerajaan sementara. 

"Jenazah itu telah dibawa pada awal pagi dan baru dikebumikan di gurun bersama dengan anaknya," kata pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) itu, Abdel Majid Mlegta. 

Menurutnya, hanya dua orang yang amanah diberikan kepercayaan untuk melakukan misi rahsia itu. 

"Mereka itu bukannya pengawal tetapi orang amat dipercayai NTC," katanya. 

"Apa yang boleh saya katakan adalah proses pengebumian itu memakan masa dan dilakukan jauh daripada pihak media," tambahnya.

Wordless Wednesday : Angry Durian

No comments:



Video : 2 Chimpanzi Berjalan Serentak

No comments:

Hahaha !!! Adei... lawak pulak tengok cara chimpanzi ni berjalan... eh? Benda apa yang diorang bawak ni? Ntahlah, tapi, mesti berat punyer benda tu..... kalau tak, tak mungkin diorang boleh berjalan macam ni....hehehe.... 


Wordless Wednesday : Angry Birds On Nokia 3310

No comments:



Anak Gaddafi Sempat Bersembang Dengan Pemberontak

No comments:
Mutassim Gaddafi 
DAMSYIK - Rakaman disiarkan di televisyen Syria, kelmarin, menunjukkan Mutassim, anak lelaki pemimpin Libya, Muammar Gaddafi sedang merokok, merawat lukanya dan bercakap dengan pemberontak sebelum kematiannya, Khamis lalu. 

Mutassim yang memakai singlet putih dipenuhi darah tidak kelihatan gementar dan meminum air daripada botol mineral semasa duduk di atas tilam di dalam sebuah bilik selepas penangkapannya, minggu lalu. 

Dia dilihat berulang kali mengelap hidungnya yang berdarah dan menekap luka lain menggunakan tisu di dalam rakaman disiarkan stesen televisyen Arrai itu. 

Mutassim diumumkan meninggal dunia, pada hari sama rakaman tersebut diambil, sekali gus memberi imej buruk kepada kumpulan pemberontak yang didakwa melakukan jenayah perang dengan membunuh Gaddafi dan anaknya itu tanpa perbicaraan secara adil. 

“Minum air dan angkat kepala kamu. Hari kemewahan telah berlalu,” kata seorang askar pemberontak kepada Mutassim dalam perbualan rakaman tersebut. 






Perarakan Pengantin Di Sao Paulo

No comments:
SEBAHAGIAN pengantin berarak di sebatang jalan raya 
di Sao Paulo, Brazil kelmarin. 


SAO PAULO, Brazil - Lebih 40 wanita yang pernah dan bakal menjadi pengantin menyertai perarakan perkahwinan pertama yang diadakan di Brazil kelmarin. 

"Saya fikir tiada wanita yang tidak suka memakai gaun pengantin," kata Mara Bastos, 36, yang memberitahu dia mahu memperbaharui ikatan perkahwinan bersama suaminya di sebuah gereja di bandar raya Las Vegas, Amerika Syarikat. 

Bastos yang didandan cantik menyertai 39 wanita lain dalam perarakan itu yang turut diadakan di Portugal dan Rusia. 

Para peserta diberi dandanan rambut dan mekap percuma dan berpeluang menyertai sesi fotografi percuma di sebuah taman awam terkenal di sini. 

Wanita-wanita itu turut melontar kalungan bunga pengantin kepada orang ramai yang hadir untuk menyaksikan acara tersebut. - AFP 



Mayat Gaddafi Berbau Busuk

No comments:
MAYAT Muammar Gaddafi yang masih diletakkan di dalam 
sebuah bilik sejuk di Misrata, Libya semalam. - Reuters 


MISRATA, Libya - Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu. 

Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan. 

Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari. 

Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut. 

Tutorial Cara Letak Button Facebook Share Ke Dalam Blog

6 comments:
Kepada semua blogger, khususnya, blogger baru yang masih tidak mempunyai Facebook Share button dalam blog, seperti dalam gambar yang korang nampak itu, jangan risau. Di sini, ditunjukkan bagaimana cara-cara nak meletakkan button tersebut, dalam blog korang. 


10 Carta Dosa

No comments:

CARTA DOSA JASA ANDA DI DUNIA, ANUGERAH ANDA DI AKHIRAT  

Ingatan buat diriku yang selalu terlupa... 

1. MENINGGALKAN sembahyang - ULAR SAQAR sedang menunggu. 

2. MELEWAT-LEWATKAN sembahyang - NERAKA WAIL sedang menganga. 

3. MERINGAN-RINGANKAN syariat - Mendapat pandangan MURKA Al-Jabbar. 

4. MENGUMPAT peribadi orang - GUNTING neraka sedang diasah. 

5. MENYEBARKAN gossip atau fitnah - DURI-DURI menanti anda di taman neraka. 

6. Tidak MENJAGA pergaulan - LIBASAN api neraka dijanjikan. 

7. Tidak BERAKHLAK dengan manusia - KEMURKAAN Allah bersama mu. 

8. MENYAKITI hati orang dengan lisan - MASUKLAH mana-mana pintu neraka. 

9. Meringankan AMANAH - Angkatlah SEBERKAS kayu dari neraka. 

10.BERSANGKA BURUK - AMALAN BAIK diambil orang. 


●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan. Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●● 


Mayat Gaddafi Dipamer Di Pasar Raya

No comments:

JENAZAH bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi (depan) dan anak lelakinya, 
Mutassim dipamerkan di dalam sebuah bilik sejuk beku di bandar Misrata, Libya semalam. 


MISRATA, Libya - Jenazah Muammar Gaddafi yang masih berlumuran darah dipamerkan kepada umum di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar raya di sini. 

Orang ramai semalam berbaris panjang untuk menatap jenazah bekas pemimpin Libya berusia 69 tahun itu yang diletakkan di atas sebuah tilam di bilik berkenaan. 

Pada mulanya, jenazah Gaddafi disimpan di bilik itu untuk mengelakkan daripada tatapan umum. Namun, orang awam berpusu-pusu tiba untuk melihat jenazah pemimpin yang mereka benci itu sebaik sahaja rahsia lokasi tersebut terbongkar. 

Tutorial Cara Pasang Button Facebook Like / Send Ke Dalam Blog

22 comments:

Fungsi button Facebook Like, tak perlulah aku terangkan di sini, kerana korang sendiri pun maklum dengan fungsinya, lagipun, ia button Facebook paling digemari, paling banyak diguna dan diklik tak kira masa! Hahaha... Tapi bila korang tengok gambar kat atas tu, mesti korang tertanya-tanya apa fungsi button Send ini?? 

7 Perangai Pelik Gaddafi

No comments:
CARA HIDUP LUAR BIASA...selain sentiasa dikawal sehingga 
40 anggota keselamatan khas terdiri daripada anak dara. 


TRIPOLI: Muammar Gaddafi yang memerintah Libya selama 42 tahun kini menjadi sejarah dan bakal dikenang sebagai diktator yang didakwa menaja keganasan di negara luar. 

Namun, di sebalik legasi itu, Gaddafi juga akan diingat sebagai tokoh yang suka melakukan perkara pelik. 

Download : Angry Birds Theme For Windows 7

No comments:

Jika dahulu, dalam entri berkaitan Angry Birds yang lepas-lepas, biasanya, entri berkaitan link download GAME Angry Birds sahaja yang paling top dalam blog ini. Tetapi, kali ini, bukan game Angry Birds versi terbaru yang aku nak cerita kat sini, tetapi, tema Angry Birds untuk Windows 7 (Angry Birds Theme for Windows 7). 

Penurap Bata Hasilkan Model Jet Pejuang

No comments:

Gyorgy Lanczendolfer berdiri di depan pintu pagar 
rumahnya yang mengandungi dua model jet pejuang. 


BUDAPEST - Seorang penurap bata, Gyorgy Lanczendolfer membuat beberapa model jet pejuang di Barsonyos, 90 kilometer ke barat Budapest, Hungary. 

Dia menggunakan barang lusuh untuk membuat jet-jet pejuang itu. 

Penurap bata itu memiliki bengkelnya sendiri untuk menghasilkan model jet berkenaan. 

Pekarangan rumahnya itu dipenuhi dengan model jet pejuang tersebut termasuk model MIG-19 buatan Rusia dan Spitfire yang digunakan tentera Britain dalam Perang Dunia Kedua. - AFP 



Gaddafi Akhirnya Mati Ditembak

No comments:

FOTO Muammar Gaddafi dilumuri darah di Sirte, Libya semalam. - Reuters 


SIRTE – Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya di sini semalam. 

Gaddafi yang memerintah Libya sejak 1969 itu mati selepas ditangkap oleh kumpulan para pejuang yang menentang kepimpinannya sejak Februari lalu. 

“Dia (Gaddafi) juga ditembak di kepala,” kata seorang pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan,(NTC) Abdel Majid Mlegta kepada agensi berita Reuters. 

Motosikal Guna Najis Manusia (Video)

No comments:


GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan 
sebuah motosikal menggunakan najis manusia di Jepun. 


TOKYO - Sebuah motosikal di Jepun menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa. 

Ia yang dinamakan Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun. 

Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam. 

Jika semua itu tidak cukup canggih, motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya. 

Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini. 

Pada awal tahun ini, seorang lelaki melakukan perjalanan sejauh 20,000km mengelilingi Australia dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa lemak ikan dan jejari kentang. - Agensi 




Budak 10 Tahun Kuasai 10 Bahasa

No comments:
Sonia Yang 

LONDON: Sonia Yang dimahkotakan sebagai pakar linguistik muda terbaik apabila berjaya menguasai 10 bahasa dengan baik. 

Baru berusia 10 tahun, Sonia mengagumkan juri ketika dia menyertai pertandingan bahasa bersama lebih 5,000 peserta semalam. 

Peserta diuji mengenai pengetahuan terhadap bahasa asing, serta kemampuan belajar bahasa baru. 

Dilahirkan di Taiwan dan berpindah ke England bersama keluarganya, Sonia kini menetap di Cheadle Hulme, Stockport. 

Ketika tiba di England, Sonia mampu bercakap bahasa Jepun, China dan Inggeris, selain bahasa ibundanya. 

Sonia juga mampu menguasai bahasa Kazakhstan, Uganda, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Portugal. - TS 



Samsung Keluar Telefon Galaxy Nexus

No comments:

DUA model wanita menunjukkan telefon bimbit 
Galaxy Nexus Android di Hong Kong semalam. 

HONG KONG - Gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics semalam memperkenalkan telefon bimbit terbaharunya, Galaxy Nexus. 

Ia merupakan telefon pintar pertama menggunakan versi terkini sistem pengoperasian Android keluaran Google. 

Galaxy Nexus merupakan hasil kerjasama Samsung-Google. 

Wordless Wednesday : Patung Dari Mouse Komputer Yang Awesome

No comments:



Wordless Wednesday : Spongebob & Patrick Versi Angry Birds

No comments:



Wordless Wednesday : Angry Birds Mooncakes

No comments:



Salun Cuci Telinga Di Tokyo

No comments:

TELINGA seorang pelanggan lelaki dicuci oleh seorang gadis 
yang memakai kimono di salun Yamamoto Mimikakiten, 
Akihabara pada 27 September lalu. 

TOKYO - Salun-salun yang menawarkan perkhidmatan gadis-gadis mencuci telinga pelanggan kembali popular di Jepun selepas kerajaan membenarkan mereka yang tidak mempunyai latihan perubatan turut menawarkan perkhidmatan itu. 

Salun Yamamoto Mimikakiten di sini mendapat sambutan hangat dengan pelanggan membayar AS$35 (RM108.64) untuk sesi selama setengah jam. 

Ini Bukan Ayat Quran

No comments:


PENTING! tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda. Yang pasti, ini bukan ayat al-Quran. 


Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita. 


Tolong Baca. Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR. 


Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject). Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah. 


Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah. Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible. 




Air Zamzam, Air Terbaik Di Dunia

No comments:
Gambar hiasan. Sumber dari Google. 
KAHERAH: Tidak kiralah sehaus mana pun kita, sekiranya dapat secawan air zamzam, ia pasti dapat menghilangkan dahaga dan memberi tenaga. 

Setelah melakukan banyak kajian mengenai sifat kimia dan fizikal dalam air zamzam, Dr Hamdi Saif dari Universiti Iskandariah membuat kesimpulan, air zamzam adalah air yang terbaik di dunia. 

Dia menemui yang air itu mempunyai keseimbangan sempurna dalam elektrolit dan mineral surih yang penting untuk kesihatan tubuh badan. 

Di samping itu, air itu adalah semula jadi, bersih dan tulen, dan bebas daripada semua mikroorganisme patogenik. 

Kata Dr Hamdi, “Air zamzam sangat bagus digunakan untuk membantu mengubat penyakit buah pinggang, jantung dan pelbagai penyakit kronik yang lain.” 

Air zamzam telah dianalisis di makmal di dunia Arab dan Eropah dan dibandingkan dengan air botol biasa daripada negara lain. 

Mendedahkan hasil analisis itu, Dr Hamdi berkata, “Tidak seperti air lain, air zamzam mengandungi jumlah kalsium, magnesium dan florida yang cukup. Ia adalah sifat unik yang dapat menyegarkan jemaah yang kepenatan.” 

“Kami dapati air zamzam selamat diminum dan tiada tarikh luput. Air ini 100 peratus tulen, tidak mengandungi klorin atau bahan kimia lain,” katanya -SG 



Macam-Macam Watak Pengguna Facebook

2 comments:


1. MODEL : Tukar gambar setiap hari 

2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari... 

3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat) 

4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting ! 

5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc) 

6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit 

7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-' 

8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-'' 

9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?) 

10. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile. MOTIFFFFFF ? ^^, 



Selena Gomez Hadiah Peminat Kek Cawan

No comments:

VICTORIA 15 Okt. - Selena Gomez membuat kejutan kepada peminatnya apabila menghadiahkan kek cawan ketika mereka sedang beratur untuk menonton persembahan penyanyi dan pelakon remaja Amerika Syarikat itu di Victoria, Kanada, kelmarin. 

MyKad Baharu Mulai Januari

No comments:
KLUANG - Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baharu yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 

Beliau berkata, MyKad itu dapat menangani isu pemalsuan serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak. 

"MyKad dengan struktur baharu ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan," katanya kepada pemberita di sini semalam. 

Beliau yang juga anggota Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan struktur baharu. 

Turut hadir, Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd. Said. 

Hishammuddin berkata, MyKad baharu itu diperbuat daripada bahan 'polycarbonate' yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad. 

Katanya, MyKad itu juga menggunakan cip baharu yang telah diuji ketahanannya di Sirim. 

Beliau berkata, pemohon baharu akan diberikan MyKad baharu mulai tahun depan manakala pemegang MyKad lama boleh menukarnya dengan yang baharu. 



Video : Majalah Adalah Komputer iPad Yang Tidak Berfungsi

No comments:




BAYI perempuan ini keliru apabila majalah yang diberikan 
tidak berfungsi sama seperti iPad milik ibunya. - YouTube 

LONDON - Benarkah pengasas bersama firma elektronik Apple Corp, mendiang Steve Jobs telah menunjukkan hala tuju masa depan manusia? 

Sebuah akhbar di Britain melaporkan itulah yang kelihatan berlaku kepada seorang bayi perempuan. 

Download : Angry Birds Season v1.5.1

No comments:
Dah lama aku tak citer pasal game angry birds ni..... kalau dulu, dalam blog ini aku share link download Angry Birds Original atau Angry Birds Rio, kali ini, nak share link download Angry Birds Season plak...


Video : Pelumba Basikal Lasak Dirempuh Antelop

No comments:

SEEKOR antelop cuba menanduk Van der Spuy 
yang sedang mengayuh basikal. 

JOHANNESBURG, Afrika Selatan - Satu kemalangan melibatkan seorang pelumba basikal lasak dengan seekor antelop sudah cukup untuk mencetuskan sensasi di Internet. 

Seorang penganjur perlumbaan, Max Cluer kelmarin berkata, Evan van der Spuy, 16, dirempuh mamalia tersebut ketika menyertai satu perlumbaan hujung minggu di sebuah taman hidupan liar di sini. 

PC Tewas Kepada iPad dan Telefon Pintar

No comments:

PENGGUNA kini lebih cenderung mendapatkan 
iPad atau Samsung Galaxy Tab 10.1 berbanding PC. 

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Firma perunding Gartner kelmarin melaporkan jualan komputer peribadi (PC) di seluruh dunia merosot pada suku tahun kewangan yang berakhir baru-baru ini kerana pengguna lebih gemar membeli komputer meja dan telefon pintar. 

Di AS, bilangan PC yang dieksport dalam suku kewangan ketiga tahun ini terus menurun. 

"Pasaran PC pengguna terus lemah," kata penganalisis kanan Gartner, Mikako Kitagawa. 

Ikan Jerung Dalam Tasik Padang Golf

No comments:

KELIBAT seekor ikan jerung terdapat dalam tasik 
di Padang Golf Carbrook, Australia. - YouTube 

SYDNEY, Australia - Orang ramai yang bermain golf di Padang Golf Carbrook di bandar Brisbane tidak perlu mencari bola jika ia memasuki sebuah tasik kerana ia mengandungi ikan jerung. 

"Pastinya, jika anda kehilangan bola, anda tentu tidak akan mengejarnya," kata seorang pemain golf, Graham Casemore. 

Padang golf itu dilanda banjir pada lewat 1990-an apabila Sungai Logan melimpah tebing. 

Apabila banjir tersebut surut, tasik yang terletak di antara lubang ke-12 dan 15 itu didapati mengandungi ikan jerung. 

Terdapat papan tanda amaran yang meminta orang ramai tidak berenang di tasik itu. - Reuters 



Lelaki Tak Kahwin Kerana Wanita Terlalu Sedikit Di Kampung India

No comments:

BEBERAPA lelaki bujang tidur bersama di dalam sebuah bilik 
di kampung Siyani, India pada 5 Oktober lalu. - Reuters 

SIYANI, India - Ramai lelaki di desa ini, negeri Gujerat, tidak dapat berkahwin kerana bilangan wanita yang jauh berkurangan berbanding kaum lelaki. 

Sehingga kini, terdapat lebih 350 lelaki bujang berusia lebih 35 tahun ke atas di desa berkenaan yang dihuni sekitar 8,000 orang. 

"Desa ini kekurangan prasarana atau pembangunan, justeru penduduknya rata-rata miskin dan tidak berpelajaran," kata seorang pemilik kilang gandum kecil, Prashant Dave, 41, yang bernasib baik kerana telah berumah tangga. 

Wordless Wednesday : Superhero Versi Angry Birds

No comments:



Klon Osama Saman FBI

No comments:

Gaspar Llamazares (kiri) dan Osama bin Laden 

MADRID: Seorang ahli parlimen Sepanyol berikrar menyaman Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana menggunakan wajahnya bagi menghasilkan imej yang diubah suai secara digital menjadi pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati dibunuh komando Amerika Syarikat beberapa bulan lalu. 

Skandal pengubahsuaian gambar secara digital itu membabitkan Gaspar Llamazares, yang terbongkar pada Januari tahun lalu apabila gambar beliau digunakan untuk mencipta imej Osama menggunakan komputer, ketika pemimpin itu diburu tentera Amerika sebelum dikesan di Pakistan. 

Wordless Wednesday : Angry Birds Coffee Art

No comments:



Steve Jobs Mati Kerana Masalah Pernafasan

No comments:

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Punca rasmi kematian pengasas bersama firma Apple Corp., Steve Jobs (gambar) didedahkan kepada umum kelmarin. 

Pengumuman tersebut dibuat ketika majlis peringatan persendirian dirancang diadakan di ibu pejabat firma berkenaan di Lembah Silikon khusus untuk kakitangan Apple Corp. 

Lelaki Lumpuh Guna Tangan Robotik

No comments:

TIM HEMMES (kanan) menggunakan tangan robotik dalam 
ujian yang diadakan di Pusat Perubatan Universiti Pittsburgh 
di Pittsburgh pada 21 September lalu. - AP 

PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki lumpuh dapat kembali memberikan sentuhan dan menyuap makanan sendiri dengan menggunakan sebuah tangan robotik kawalan minda yang dipasang pada kerusi rodanya. 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...