Ni apa ceritanya kat sini?

Pejabat Facebook Tidak Mewah Disangkakan

No comments:


MENLO PARK, California - Ibu pejabat baru Facebook di Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai ciri-ciri kemewahan walaupun ia merupakan antara laman web paling kaya di dunia, lapor sebuah akhbar semalam. 

Imej Bandar Ganjil Di Kaki Langit

No comments:

SALAH satu imej ganjil yang menunjukkan beberapa bangunan tinggi 
di kaki langit bandar Huanshan, China pada awal bulan ini. 

HUANSHAN - Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam. 

Sebelah Wajah Budak Lelaki Penuh Bulu

No comments:
AN QI, dari Dehui, Wilayah Jilin dilahirkan dengan sebelah wajahnya dipenuhi bulu. 

DEHUI, China - Seorang budak lelaki membuatkan doktor-doktor bingung kerana sebelah wajahnya yang dipenuhi bulu, lapor sebuah akhbar semalam. 

Video: Tauke Legoland Kena 'Bang Bang Boom'

No comments:


Kena jugak yer.... LOL (Sumber)


Volvo Lego Kejutkan Tauke Legoland 



KEJUTAN...sebuah jentera digunakan untuk membawa ‘kereta’ Volvo 
ke tempat letak kenderaan milik Ronchetti di San Diego, California, semalam. 


SAN DIEGO: Pemilik taman tema Legoland, Peter Ronchetti, terkejut apabila mendapati ruang letak kereta mewahnya berisi dengan ‘kereta’ diperbuat daripada bahan mainan Lego. 

Kucing Kebal Selepas Dihumban Dari Tingkat 12

No comments:

KUCING betina yang masih hidup selepas jatuh dari tingkat 12 bangunan flat di Oldbury, Britain.


OLDBURY, Britain - Seekor kucing betina masih hidup walaupun dihumban dari tingkat 12 sebuah flat pada ketinggian lebih 36.57 meter, lapor sebuah akhbar semalam. 

Wordless Wednesday - Alamak, Comelnya! <3

2 comments:





Wordless Wednesday - Oik? Kepala Lain, Badan Lain? :D

1 comment:



Sumber Asal: :: APA APA JER ::



Perkahwinan Pasangan Lesbian Pertama Di Nepal

No comments:

COURTNEY MITCHELL (kanan) menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangan lesbiannya, Sarah Welton dalam majlis perkahwinan sesama jantina di sebuah kuil Hindu di Katmandu, Nepal semalam. 


KATMANDU - Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam. 

Tersepit Celah Penyaman Udara

No comments:

MENCEMASKAN... detik-detik orang ramai membantu Wang dan Zhou menyelamatkan budak yang tersepit di antara dinding bangunan dengan peti penyaman udara di tingkat tujuh sebuah apartmen di Beijing, semalam. 


BEIJING: Seorang budak terselamat daripada maut apabila tersangkut di celah dinding bangunan dan peti penyaman udara selepas dia dipercayai tergelincir dari tingkat lapan sebuah bangunan, semalam. 

Budak lelaki terbabit dilaporkan ditinggalkan bersendirian oleh ibu bapanya dan bermain di kawasan balkoni di rumahnya. 

Menurut saksi, mereka terkejut apabila terdengar suara budak menjerit meminta tolong. 

Melihat ada seorang budak yang tersepit di antara peti penyaman udara bangunan berkenaan, penduduk apartmen di situ segera menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan. 

Menurut saksi, sementara menunggu polis tiba, mereka melihat budak terbabit semakin terancam apabila bergerak ke bawah sedikit demi sedikit. 

“Akhirnya orang ramai bertindak nekad dengan cuba menyelamatkan budak terbabit sebelum polis tiba,” katanya. 

Untuk mengelak budak terbabit terjatuh, dua pekerja kedai runcit - hanya dikenali sebagai Wang dan Zhour - memanjat keluar melalui tingkap di tingkat tujuh dan sempat memegang tangan mangsa. 

Saksi berkata, dia cemas melihat kaki budak itu terkapai-kapai di antara dinding bangunan dan peti penyaman udara itu sebelum dia diselamatkan. 

“Mujur seorang daripada mereka sempat menangkap tangannya sebelum terjatuh,” katanya. 

Setakat ini belum diketahui bagaimana budak terbabit terjatuh dari kediamannya. - TS

Petikan: Harian Metro




Cas Telefon Bimbit Guna Periuk Didih Air

No comments:

SEORANG kakitangan syarikat TES NewEnergy menunjukkan 
sebuah periuk yang mendidih air boleh mengecas sebuah 
telefon bimbit dalam satu demonstrasi baru-baru ini.

TOKYO - Sebuah syarikat Jepun memperkenalkan kaedah terbaru mengecas telefon bimbit di luar rumah selepas bencana alam melanda iaitu dengan memanaskan sebuah periuk di atas unggun api. 

Periuk terma elektrik tersebut yang dikenali sebagai Hatsuden-Nabe menukar haba air mendidih kepada tenaga elektrik yang kemudian disalurkan ke peralatan seperti telefon pintar, pemain muzik dan sistem pengesan kedudukan global. 

Gaya Duduk Rakyat Thai Jadi Kegilaan Di Facebook

No comments:

RATUSAN orang menghantar gambar yang menunjukkan 
mereka duduk bersimpuh di pelbagai lokasi di laman Facebook.

BANGKOK - Gaya duduk tradisional rakyat Thailand kini menjadi kegilaan terbaharu dalam kalangan penduduk negara itu di laman Facebook, lapor akhbar Bangkok Post semalam. 

Lebih 65,000 orang sudah mendaftarkan diri di laman Facebook yang mempromosikan kempen gaya duduk itu yang dikenali sebagai pubpeab sejak ia dilancarkan pada Jumaat lalu. 

Mas Ahmad Safwan Ajak Masuk BLOGLIST

No comments:

Nak join? Klik jer header kat atas tu, atau klik SINI.

Kenapa aku nak join bloglist Mas ini? Tentulah sebab nak tersenarai dalam bloglist Mas Ahmad Safwan la... Apa lagi yer? Ada rakan blogger yang ajak join bloglist Mas dalam post blog dorang, jadi aku join la. Hehehe.... Oh ya! Apabila korang baca post ini, dengan sendirinya, korang dah kena tag dengan aku, hahaha.... OK apa? Kira aci gak tu.... Jadi, terpulanglah pada korang semua.....

Klik SINI kalau korang nak join Bloglist Mas Ahmad Safwan


Anggota Polis Tampil Berkebaya

No comments:
DUA anggota polis tampil berkebaya pada majlis 
memperagakan rekaan batik di Surabaya, baru-baru ini.

SURABAYA – Orang ramai biasanya melihat anggota polis berpakaian seragam dan menjalankan tugas mengawal lalu lintas atau meronda di jalan raya. 

Berlainan pula halnya di Surabaya apabila lapan anggota polis wanita tampil anggun berbaju kebaya tak ubah seperti model pentas peragaan. 

Dalam satu majlis penutup Pameran Foto ‘Polisi Kita, Polisi Masyarakat’, seramai lapan anggota polis wanita memakai baju kebaya yang dipadankan dengan kain batik tulisan tangan Madura. 

Tanpa menjalani proses uji bakat seperti yang dilalui model-model lain, mereka hanya berlatih selama tiga hari untuk berjalan di pentas peragaan sempena majlis tersebut. 

Gaya lemah gemalai mereka ketika memperagakan rekaan batik oleh pereka fesyen Rika Mudjiono juga tidak jauh beza dengan model peragaan profesional. 

“Penampilan polis-polis wanita dalam majlis ini memberikan satu tanggapan baru supaya masyarakat tidak memandang mereka hanya sebagai anggota penguasa. 

“Polis juga sama dengan orang ramai,” kata jurucakap Polrestabes Surabaya, S Rahayu. 

Pada majlis tersebut, anggota polis terlibat menggayakan rekaan batik tulisan tangan dari harga Rp 1 juta. – Agensi 

Petikan: Utusan Malaysia



Rusa Ganjil Bakal Ada Tiga Set Tanduk

No comments:
SEEKOR rusa milik seorang petani di Hongtu, Jilin, China, kini mempunyai
 dua set tanduk dan satu lagi set tanduk bakal tumbuh di kepala haiwan itu. 

BEIJING - Seekor rusa jantan milik seorang petani, Zhou Dianfu di Hongtu, Jilin, China bakal memiliki tiga set tanduk, lapor sebuah akhbar semalam. 

Tiga set tanduk itu dianggap sesuatu yang amat luar biasa kerana rusa pada kebiasaan hanya mempunyai satu set tanduk sahaja. 

Rusa tersebut sudah mempunyai dua set tanduk manakala kini terdapat tanda-tanda bahawa tanduk ketiga akan muncul di kepala haiwan itu. 

Menurut Dianfu, rusa peliharaannya itu mengalami kerosakan pada set tanduk yang pertama semasa ia berlawan dengan rusa jantan lain. 

Dia berkata, ekoran kerosakan itu, satu set tanduk yang kedua tumbuh semasa set tanduk yang pertama patah. 

Haiwan itu bergaduh kerana ia merupakan salah satu cara untuk memikat rusa betina. 

Rusa betina akan memilih pasangan berdasarkan kekuatan rusa jantan semasa berlawan. 

Dianfu berkata, beberapa saintis turut melakukan kajian terhadap haiwan peliharaannya itu ekoran keganjilan pada tanduk rusa tersebut. - Agensi 

Petikan: KOSMO



Video : Nyan Cat

No comments:
Cer korang tengok progress bar kat video di bawah ini.... ish, sh, ish....... Nyan nyah nyan nyan nyan nyan.......



Sumber video ini: video.busuk.org

Kenderaan Tenggelam Kerana Pemandu Percaya GPS

No comments:
GAMBAR menunjukkan kenderaan utiliti sukan ditarik keluar dari dalam tasik. 

WASHINGTON - Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS). 

Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel. 

Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS. 

Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik. 

Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan. 

Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam ke dalam tasik. 

Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Wordless Wednesday #1

No comments:


Video : T-Mobile Real Angry Birds Live

No comments:
Korang yang biasa main Angry Birds kat komputer atau handphone korang sendiri, mesti syok giler video ni.... hehehe..... 


Amacam, syok tak korang sumer, tengok video ni? :D
(Oh ya, sebelum aku terlupa. Sapa nak download game Angry Birds? Klik SINI.)



Tulang Dinosaur 'Bermusuh' Dilelong

No comments:
Sepasang tulang dinasour yang 'bermusuh', Allosaurus dan Stegasaurus 
dijual kepada sebuah muzium pada harga AS$2.75 juta (RM8.33 juta). 

DALLAS - Tulang dua ekor dinasour yang lengkap dan berkualiti tinggi telah dilelong, sebelum berjaya dijual kepada sebuah muzium pada harga AS$2.75 juta (RM8.33 juta). 

Dilelong oleh rumah lelongan Heritage Auctions, tulang dua ekor dinasour yang setinggi 5.79 meter itu adalah daripada keluarga dinasour triceratops. 

Diperoleh daripada seorang pengumpul pada harga AS$657,250 (RM1.9 juta), dinasour Allosaurus dan Stegasaurus dikatakan bermusuh kerana rahang Allosaurus ditemui di bahagian kaki Stegasaurus, sekali gus membawa teori dua pemangsa itu terlibat dalam pergaduhan. 

Lelongan yang berlangsung di Dallas tersebut melibatkan lebih 200 barangan. Antaranya batu meteorit, mineral dan fosil-fosil. 

Heritage Auctions enggan mendedahkan muzium mana yang membeli tulang dinasour itu. Ia bagaimanapun menyatakan muzium tersebut terletak di luar Amerika Syarikat (AS). 

"Saya gembira kerana pasangan dinasour ini mendapat 'rumah' yang baru. Ia merupakan spesimen era Jurassic yang ikonik dan penting. Kini, ia akan pergi ke destinasi terakhir dan orang ramai berpeluang melihatnya secara dekat," kata pengarah sejarah semula jadi Heritage Auctions, David Herskowitz. - Agensi 

Petikan: KOSMO



Dapat Ikan Air Tawar Gergasi

2 comments:
DAVID KENT (kiri) bergambar bersama seekor ikan air tawar gergasi 
yang berjaya ditangkapnya di sebuah tasik di Krabi, Thailand baru-baru ini. 

TENBY, Wales - Seorang penduduk Wales, David Kent menggunakan jagung manis sebagai umpan untuk menangkap seekor ikan air tawar gergasi dengan berat lebih lebih 118 kilogram (kg) di sebuah tasik di Krabi, Thailand, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Kent, 54, yang merupakan bekas anggota Tentera Laut Diraja Britain menghabiskan masa selama sejam untuk menaikkan ikan sepanjang dua meter itu. 

Dua lelaki membantu dia memegang ikan tersebut yang 32kg lebih berat daripada rekod sebelum ini. 

Dia menangkap ikan itu semasa bercuti di Krabi bersama dengan isterinya. 

Kent berkata: "Ikan itu mungkin terlalu lapar kerana ia memakan secebis kecil jagung (yang dijadikan umpan)." 

Ikan itu kemudian dilepaskan ke dalam tasik selepas gambar haiwan itu dirakamkan sebagai bukti penangkapan. 

Kent dan isterinya kemudian memeriksa rekod tangkapan air tawar dan mendapati rekod terdahulu hanya seberat 86.18kg. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Bandar Dicat Warna Biru Kerana Filem Smurfs

No comments:
SEMUA bangunan di bandar Juzcar, Sepanyol dicat dengan warna biru. 

MADRID - Bandar Juzcar di selatan Sepanyol dicat dengan warna biru termasuk gereja bagi meraikan pelancaran filem Smurfs yang dibintangi penyanyi Katy Perry. 

Sebanyak 4,200 liter cat dan tenaga 12 penduduk tempatan digunakan untuk mengecat rumah dan bangunan di bandar tersebut sejak kelmarin. 

Seramai 250 orang tinggal di bandar itu manakala Datuk Bandar Juzcar, David Fernandez Tirado berkata, orang ramai sudah menggelarkannya Papa Smurf. 

Syarikat Sony yang mengeluarkan filem tersebut memilih bandar berkenaan sebagai lokasi tayangan perdana The Smurfs 3D pada 16 Jun ini. 

Smurfs merupakan cerita kartun mengenai makhluk kerdil berwarna biru yang disiarkan buat kali pertama di televisyen pada 1981.

Ia disiarkan 30 tahun selepas pelukis kartun dari Belgium, Pierre Culliford menghasilkan komik smurfs. - Agensi 

Petikan: KOSMO



Download : Angry Birds Rio (Full Version)

No comments:


Dalam entri terbaru ini, aku nak share kat korang semua, link download game Angry Birds Rio ini. Bukan satu, tetapi TIGA link. Senang. Kalau satu tak boleh pakai, boleh la try yang lain pulak, hehehe.... Link-link tersebut terdiri daripada:
  • Angry Birds Rio Full Version (Versi MrPiratz.com)
    • Link Download : Klik SINI
    • Lepas klik link kat atas itu, klik button "SKIP AD". Itu saja.
    • Tutorial tukar game dari "Demo Version" kepada "Full Version", sila rujuk di SINI
  • Angry Birds Rio Full Version With Crack #1
    • Link Download : Klik SINI
    • Lepas klik link kat atas itu, klik button "SKIP AD". Itu saja.
  • Angry Birds Rio Full Version With Crack #2
    • Link Download : Klik SINI
    • Lepas klik link kat atas itu, klik button "SKIP AD". Itu saja.

Jadi, isi dari ketiga-tiga file "compressed" di atas ini memang tak semestinya sama..... ada lebih, ada kurang....  hohoho...


Selain dari game Angry Birds Rio, ada jugak link download game Angry Birds yang biasa punya,.... Link dia ada dua, satu, versi pertama, satu lagi, versi terkini.....

Link Download
(Nota: Lepas klik mana-mana link kat atas itu, klik button "SKIP AD". Itu saja.)

[Nota: Jika terdapat mana-mana game yang korang cuba nak bukak, dan tiba-tiba pulak keluar mesej error msvcp100.dll, sila muat turun Microsoft Visual C++ 2010 Redistributable Package melalui pautan berikut: http://goo.gl/Oi6o   - (info dari MrPiratz)] 



Lintah Raksasa Serang Kampung Jawa Tengah

No comments:
SEORANG pegawai tentera, Kapten Bambang Susilo menunjukkan seekor lintah raksasa 
yang melekat pada tangan kirinya di Desa Timbol Sloko, Demak, Jawa Tengah semalam. 


DEMAK - Penduduk di Desa Timbul Sloko, Demak, di Jawa Tengah kini berada dalam kebimbangan ekoran serangan lintah raksasa di kawasan berair dan jalan yang basah akibat hujan, lapor akhbar dalam talian, Kompas.com semalam. 

Seorang penduduk kampung itu, Satiman, 36, berkata, bentuk lintah tersebut kelihatan berbeza dengan lintah darat. 

Ratusan haiwan tersebut muncul selepas banjir kilat surut. 

Menurut Satiman, kehadiran lintah yang bersaiz lima kali ganda daripada biasa itu menyebabkan penduduk kampung buntu untuk mencari cara bagi menyelesaikan masalah tersebut. 

Ketua Tentera Daerah Kecil Sayung, Arief Sudaryanto berkata, lintah yang sama turut ditemui di Desa Sidogemah dan Sriwulan. 

Dia menjelaskan bahawa jenis lintah itu belum diketahui tetapi penduduk kampung tidak perlu bimbang kerana ia tidak membahayakan mereka. 

Seorang lagi pegawai tentera, Kapten Bambang Susilo berkata, penduduk kampung tidak perlu takut kerana lintah tersebut tidak menghisap darah. 

"Sudah 15 minit ia melekat di tangan, lintah ini tidak menggigit saya," katanya. - Agensi 

Petikan: KOSMO



Moyang Dinobat Lelaki Paling Banyak Tatu

No comments:
TUBUH Tommy Wells dipenuhi 
dengan 1,000 bentuk tatu. 
MANCHESTER - Seorang moyang berusia 69 tahun, Tommy Wells dinobatkan sebagai lelaki yang memiliki paling banyak tatu pada tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam. 

Dia memiliki 1,000 tatu pada tubuhnya seperti di lengan, perut, kaki, tangan dan kemaluannya selepas menghabiskan masa selama 52 tahun untuk memiliknya. 

Tatunya yang terakhir mempunyai ayat cinta yang menyatakan perasaan cintanya terhadap isterinya yang sudah meninggal dunia. 

Isterinya, Sandra meninggal dunia tujuh tahun lalu semasa berusia 61 tahun kerana penyakit diabetes. 

Wells dan isterinya itu menjalin hubungan semasa mereka bersekolah menengah dan mula keluar temu janji semasa kedua-duanya berumur 13 tahun. 

Dia mula bertatu sejak berumur 17 tahun dan telah membelanjakan ribuan pound sterling bagi memenuhi hobinya itu. 

Menurutnya, dia tidak lagi bertatu kerana semua bentuk tatu yang diidamkannya telah dimilikinya. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Aku Dan Angry Birds

2 comments:

Salam, kepada semua rakan-rakan blogger dan follower blog ini..... Lama jugak aku tak mengarut dalam blog sendiri, hehehe.....tak de idea.... Ntah, kenapa yer, tiba-tiba ada pulak idea nak mengarut kat sini.... Yer la,  nak buat kisah diri sendiri untuk hujung bulan ini. Tak tahu la, korang suka ker tak cerita aku ni..... Ini, cerita pasal aku dan "Angry Birds"...

Sebenarnya, aku ni baru beberapa bulan jadi peminat game Angry Birds,..... entah aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh minat game tu.... Nak bagitau korang sebabnya, memang lawak la bunyi dia..... 

Mulanya, aku langsung tak tahu apa-apa pasal Angry Birds ni. Namanya pun tak pernah dengar pulak sebelum ini. Hei, maklum saja la, orang kampung ler katakan,.... Tapi, kalau tak silap, masa tu, sekitar bulan 2 atau bulan 3, Angry Birds sudah menjadi fenomena sedunia,..... So, korang carik ler dalam Facebook ker, Twitter ker, masa tu, memang tak habis-habis cerita pasal game tu...... Hai, tak tahu la, apa yang best sangat game ini......

Sehinggalah akhirnya, aku mula mengenali game itu, apabila terjumpa link download game Angry Birds untuk komputer dalam satu fanpage FB feberet aku...... Lepas download, terus main game itu dalam laptop aku.... Main, main, dan terus main..... sehingga timbul rasa seronok dan 'jatuh cinta' dengan game ini, hinggakan anak sedara aku pun sama-sama suka main game ini.... Kemuncak dari kegilaan aku terhadap game ini, aku buat la satu entri berkaitan game Angry Birds dalam blog ini. Dalam entri itu, ada la sikit cerita dan fakta pasal game ini, pastu, siap letak link download game ini sekali. Nak tahu, klik SINI .

Cakap pasal teknik nak main game ini, alahai, sempoi giler, setakat main lastik jer,... Tapi, korang jangan main-main, nak main lastik dalam game itu pun kena tahu teknik dia....kalau tak, tak naik-naik la level game korang, tu, ...hahaha...

Mungkin jugak, sebab karekter-karekter dalam Angry Birds ni comel-comel belaka, ....errrr terutama sekali 'burung-burung marah' tu :) .... keshian, kannn........ Telur-telur dorang sendiri yang jaga dengan susah payah tu, senang-senang jer kena kebas dek kumpulan vavi hijau yang 'macam harem' tu... huhuhu.... :(

Haa, macam tu la cerita aku bila sudah 'gila' dengan 'burung-burung marah' ni..... errr Angry Birds daa.......

(Lupa plak, sebelum korang blah, jom layan jap video kat bawah ni, hehehe)




Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...