Ni apa ceritanya kat sini?

Karavan Terkecil Boleh Ditunda Skuter

No comments:
KARAVAN terkecil di dunia yang boleh ditunda dengan menggunakan skuter. 

LONDON - Sebuah karavan sepanjang 2 meter yang dipercayai terkecil di dunia boleh ditarik dengan menggunakan skuter, lapor sebuah akhbar semalam. 

Namun, karavan yang dinamakan QTvan dan berharga £5,500 (RM24,965) itu lengkap dengan sebuah katil, kabinet minuman dan sebuah televisyen skrin rata. 

Ia yang direka oleh seorang pereka, Yannick Read, sesuai untuk aktiviti perkelahan jarak dekat untuk pengguna motosikal. - Agensi 

Petikan: KOSMO 


Spesis Baru Lipas Melompat

No comments:
Saintis Afrika Selatan Temui Lipas Melompat 

CAPE TOWN - Sekumpulan saintis Afrika Selatan menemui spesies baru lipas yang boleh melompat seperti belalang, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Serangga itu yang tidak diketahui kewujudannya sebelum ini ditemui melompat di dalam semak di Taman Negara Table Mountain dekat sini. 

Ia tersenarai dalam 10 spesies utama dan terbaru yang ditemui pada tahun ini. 

"Lipas ini memiliki kaki belakang panjang dan sofistikated untuk membolehkannya melompat tinggi ke udara," kata seorang saintis yang membuat penemuan tersebut, Mike Picker. 

Dia dan rakannya, Jonathan Colville menemui lipas ganjil sepanjang 1.27 sentimeter itu pada 2006 dan mengkaji serangga tersebut di makmal mereka di sini. - Agensi 

Petikan: KOSMO



Anjing Betina Susukan Anak Kacukan Harimau Dan Singa

No comments:
BEIJING - Seekor anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dengan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China, lapor sebuah akhbar semalam. 

Anak kacukan harimau dan singa itu tidak lagi diberikan minum susu oleh ibu haiwan tersebut selepas beberapa hari ia dilahirkan. 

Ibu haiwan itu ialah seekor harimau Manchuria manakala bapa kedua-dua anak tersebut ialah seekor singa. 

Kakitangan zoo berkenaan kemudian menjadikan anjing betina yang baru melahirkan anak sebagai ibu angkat untuk kedua-dua anak kacukan berkenaan. 

Jurucakap zoo itu, Cong Wen berkata, kedua-dua anak haiwan itu mengalami masalah semasa mula meminum susu anjing tersebut tetapi kini ia sudah serasi dengan gembira minum bersama beberapa anak haiwan berkenaan. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Dua Pekebun Cipta Taman Tergantung

No comments:
TAMAN tergantung dipamerkan dalam Pertunjukan Bunga Chelsea di London sejak Sabtu lalu. 

LONDON - Dua pekebun mencipta taman tergantung yang dipamerkan dalam Pertunjukan Bunga Chelsea sejak Sabtu lalu. 

Taman unik sepanjang 26 meter ciptaan dua pekebun itu, Diarmuid Gavin dan Patrick Collins itu dibiarkan tergantung berhampiran Sungai Thames di sini. 

Gavin berkata, dia berharap taman yang digantung pada ketinggian 25 meter itu akan mencuri perhatian pengunjung. 

Taman itu digantung dengan menggunakan sebuah kren. 

"Mereka yang bertuah akan dapat duduk di atas bangku di dalam taman itu dengan badan mereka dipasang abah-abah keselamatan," katanya. 

Menurutnya, idea menghasilkan taman tergantung itu diambil daripada pulau tergantung Pandora dalam filem sains fiksyen Avatar yang diarahkan oleh James Cameron. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Cara Membuat Telur Rebus Bercorak Unik

1 comment:
Cara mudah nak membuat telur rebus yang berwarna dan bercorak unik, seperti 'cermin kereta nak pecah' ini.... Nak tahu caranya? Tengoklah gambar-gambar kat bawah ni...... 

Berkahwin Selepas 28 Tahun Bertunang

No comments:
IVAN BROWN dan Barbara Furlonger melangsungkan perkahwinan 
di Hospital Diraja Brompton di London pada Jumaat lalu. 

FAIR OAK, Britain - Seorang perunding hospital, Ivan Brown dan pesara juruadiografi, Barbara Furlonger akhirnya berkahwin selepas bertunang selama 28 tahun, lapor sebuah akhbar semalam. 

Brown, 63, dan Barbara, 55, berkahwin di Hotel Botley Park dekat kediaman mereka di sini di depan 40 rakan rapat dan anggota keluarga pada Jumaat lalu. 

Pasangan itu berkenalan buat kali pertama di unit rawatan rapi Hospital Diraja Brompton di London pada 1981 dan bertunang dua tahun kemudian. 

Rahang Jerung Terbesar Di Dunia Dilelong

No comments:
RAHANG ikan jerung yang akan dilelong pada 21 Jun depan di Dallas, Amerika Syarikat. 

DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Rahang ikan jerung terbesar di dunia dipercayai berusia dua juta tahun akan dilelong di pusat lelongan Heritage di Dallas di sini pada 21 Jun ini, lapor sebuah akhbar semalam. Ia berukuran 2.7 meter (m) panjang dan 3.3m lebar. 

Menurut pengarah jabatan sejarah dan alam Heritage, David Herskowitz, bidaan minimum rahang jerung itu adalah sebanyak AS$625,000 (RM1.9 juta) tetapi dijangka dibida sehingga mencecah AS$700,000 (RM2.1 juta). 

"Rahang ini memiliki empat gigi. Ia dianggap aneh. Dianggarkan kurang daripada 10 jerung spesies ini yang wujud," kata Herskowitz. 

Rahang itu dihasilkan dengan 182 fosil gigi ikan jerung terbesar dunia, Carcharocles megalodon yang pupus kira-kira dua juta lalu. 

Ia dihasilkan oleh pemburu fosil, Vito Bertucci yang menghabiskan masa hampir dua dekad mencari gigi untuk diletakkan pada rahang tersebut. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Kereta Ferrari Disimpan Di Dalam Rumah

No comments:
KERETA Ferrari F355 milik Jon Ryder disimpan di dalam rumahnya di Sheffield, Britain. 


SHEFFIELD, Britain - Seorang pemuda, Jon Ryder menyimpan sebuah kereta Ferrari F355 di dalam rumahnya sejak tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam. 

Kereta buatan 1996 yang mempunyai kelajuan sehingga 294.50 kilometer sejam itu dibelinya lebih tiga tahun yang lalu. 

Gambar Rajah Kapal Titanic Dilelong

No comments:
Kapal Titanic. 

Rupa sebenar gambar rajah kapal Titanic yang akan dilelong. (Sumber: Daily Mail)

LONDON - Satu gambar rajah kapal Titanic yang digunakan dalam siasatan mengenai punca ia karam pada 1912 mungkin dilelong dengan harga £150,000 (RM451,500) dalam satu lelongan pada 28 Mei depan di Devizes, Wiltshire, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Gambar rajah sepanjang 9.93 meter itu menunjukkan bahagian kapal yang terkena bongkah ais yang menyebabkan kapal tersebut karam pada 15 April 1912 yang mengakibatkan 1,517 orang terbunuh di Lautan Atlantik. 

Ia dilukis dengan menggunakan dakwat India dan dilukis di atas kain linen digantung di dalam bilik perbicaraan bagi memudahkan 100 saksi memberikan keterangan berhubung kes kapal tersebut karam. 

Kapal itu karam dalam pelayaran menuju ke New York dari Southampton. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Imej Menakjubkan Di Tasik Iceland

No comments:
IMEJ cahaya yang menajubkan dirakamkan oleh Stephane Vetter di Tasik Jökulsárlón, Iceland dua bulan lalu. 

REYKJAVIK - Seorang jurugambar, Stephane Vetter berjaya merakamkan gambar cahaya yang menakjubkan di Tasik Jökulsárlón, Iceland dua bulan lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Cahaya itu berlaku akibat partikel yang keluar dari matahari bergerak ke angkasa lepas dan bertemu dengan perisai magnetik Bumi sekali gus mewujudkan satu bulatan di sekitar kawasan magnetik Kutub Utara apabila ia beriteraksi dengan lapisan atas atmosfera. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Video : Angry Birds + Mario

No comments:





Mayat Pembantu Rumah Di Tangki Air

No comments:

BEBERAPA anggota polis memeriksa bumbung flat 
di Blok 686B,Woodlands Drive 73, Sembawang 
selepas mayat seorang amah Indonesia ditemui 
dalam sebuah tangki air kelmarin. 

Penghuni Flat Singapura Minum Air Mayat 

SINGAPURA - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam. 

Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih. 

Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut. 

Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun. 

Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut. 

Bertaruh Nyawa Rakam Imej Letusan Gunung Berapi

No comments:
IMEJ Skarphedinn Thrainsson dirakamkan di sebuah gunung berapi yang meletuskan lavar. 

REYKJAVIK - Seorang jurugambar Iceland, Skarphedinn Thrainsson mempertaruhkan nyawanya untuk merakamkan gambar letusan kawah gunung berapi di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam. 

Berada dekat dengan aliran lahar mencecah suhu 1,000 darjah Celsius menjadi perkara biasa buat dirinya untuk membuat rakaman gambar letusan gunung berapi yang menakjubkan. 

"Anda merasa amat kecil dan lemah apabila berada berhampiran sebuah gunung berapi," kata jurugambar berusia 39 tahun itu yang pernah dihujani abu panas semasa dia merakamkan imej letusan gunung berapi. 

Dia pernah merakamkan gambar menakjubkan semasa gunung berapi glasier Eyjafjallajokul di Iceland meletus pada tahun lalu. - Agensi 

Petikan: KOSMO



Ibu Bapa Berkulit Hitam Dapat Anak Kulit Putih

No comments:

FRANCIS TSHIBANGU dan Arlette bergambar bersama cahaya mata baru 
mereka yang berkulit putih dan anak lelaki mereka berusia dua tahun. 


LEICESTER, Britain - Satu pasangan suami isteri berkulit hitam begitu terkejut kerana cahaya mata baru mereka merupakan seorang bayi lelaki berkulit putih, lapor sebuah akhbar semalam. 

Pasangan itu, Francis Tshibangu, 28, dan Arlette, 25, sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang juga berkulit hitam. 

Namun, Arlette melahirkan seorang lagi anak lelaki 11 bulan lalu yang berkulit putih dan berambut perang di sebuah hospital di sini. 

Kereta Api Unik Untuk Masa Depan

1 comment:

TOKYO - Para penyelidik di Universiti Tohoku, Sendai, di timur laut Jepun yang diketuai Yusuke Sugahara berjaya mencipta prototaip sebuah kereta api unik yang terapung, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Kereta api itu mempunyai sayap dan ia kelihatan seperti kenderaan antigraviti dalam filem Star Wars, Landspeeder. 

Sayap pada kereta api itu akan membantu kenderaan unik tersebut bergerak pada kelajuan yang tinggi. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Skuter Elektrik Tante Paula (TP)

1 comment:
BENTUK skuter elektrik tanpa pencemaran.
Skuter elektrik tanpa pencemaran berharga RM8,944

BERLIN - Sebuah skuter elektrik buatan Jerman yang dijual pada harga 2,112 euro (RM8,944) tidak mengeluarkan sebarang pencemaran, lapor sebuah akhbar semalam. 

Skuter itu sepanjang 139 sentimeter (sm), tinggi 62sm dan lebar 35sm selain menggunakan sebuah bateri mudah alih. 

Pembeli boleh mengecaj skuter itu di kedai kopi dan di tempat kerja kerana ia menggunakan bateri mudah alih. 

Skuter itu berjenama TP yang bermaksud Tante Paula atau ibu saudara Paula dalam bahasa Melayu. 

Kelajuan skuter itu ialah 19 kilometer sejam. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Gambar Semut Api Berdiri Sebelah Kaki

No comments:

CIBINONG – Seorang jurugambar Indonesia, Robertus Agung Sudiatmoko merakamkan gambar seekor semut api berdiri dengan hanya menggunakan satu kakinya, lapor sebuah akhbar semalam. 

Robertus, 29, merakamkan aksi yang jarang dilihat itu dengan menggunakan sebuah kamera Canon 40D apabila dia melihat sekawan semut api melintas berhampirannya di sebuah kampung di sini, Jawa Barat. 

Banyak gambar menarik serangga itu yang dapat dirakamkan tetapi imej paling menakjubkan adalah aksi seekor semut tersebut yang berdiri dengan menggunakan satu kaki belakang selama 30 saat seperti ia sedang menari pada September lalu. – Agensi 

Petikan: KOSMO


Budak Lapan Tahun Disuntik Botox

No comments:
Wajah Britney ditanda sebelum disuntik botox oleh ibunya sendiri sebagai persediaan menyertai pertandingan ratu cantik. 

CALIFORNIA - Selalunya apabila kanak-kanak tersenyum dan menampakkan lesung pipit di pipi, ia adalah sesuatu yang sangat menawan. 

Tetapi jika kanak-kanak itu adalah anak perempuan kepada seorang ibu yang mahu memastikan anaknya memenangi pertandingan ratu cantik cilik, sebarang ketidak sempurnaan pada wajah anak kecil itu dianggap sebagai tidak boleh diterima. 

Jurusolek sambilan, Kerry Campbell dikecam selepas mengaku melakukan suntikan botox terhadap anaknya, Britney, 8, kerana mahu mencegah kedutan pada wajah anaknya apabila kanak-kanak itu tersenyum. 

Pengakuan mengejutkan itu menunjukkan bagaimana ibu bapa sanggup bertindak di luar batasan demi memastikan anak mereka memenangi pertandingan ratu cantik walaupun tindakan itu tidak sesuai dengan faktor umur kanak-kanak terbabit. 

Beberapa pakar berpendapat, Britney bakal berhadapan dengan masalah psikologi dalam tempoh jangka masa panjang akibat rawatan itu. 

Petikan: Sinar Harian


Kapal Terbang Jadi Restoran

No comments:
PESAWAT lama DC6 diubah suai menjadi sebuah restoran di Lapangan Terbang Coventry, Britain. 

COVENTRY – Sebuah pesawat lama, DC6 yang pernah digunakan pada tahun 1950-an diubah suai menjadi restoran 40 tempat duduk di Lapangan Terbang Coventry, Britain. 

Pihak pengurusan restoran itu juga memberi peluang kepada pengguna untuk berjalan di kokpit pesawat tersebut.– Agensi 

Petikan: KOSMO


Jom Lepak di Bangku Kosong

No comments:
Sertai Segmen Ini: Jom Lepak di Bangku Kosong (Buat Blog Kurang 500 Followers)


Sudah lama aku tak buat blogwalking....entah macam mana, sekali singgah satu blog, blog itu tengah promot satu segmen baru dalam entri terbaru dia.... So, pe lagi, terus baca entri pasal segmen baru dalam blog itu, sampai abis.... Wow, cambest jer segmen ini..... Nak join laa...! Nak tahu apa nama segmen tu? Haa... ni dia, tadaaa.....


Korang nak tahu, segmen ini, ditujukan khas kepada semua blogger yang blognya kurang 500 follower saja.... Jadi, kepada sumer blogger yang masih ke'kureng'an follower (macam aku!), bolehlah join segmen ni.... Sebabnya? Blogger Bangku Kosong berhajat nak kumpulkan blog-blog baru (dan kurang 500 follower pulak tu), so, ni la peluang baik nak disenaraikan kat dalam blog Bangku Kosong tu, pastu dapat jugak follower untuk blog korang lagi....hehehe....

Oh ya! Terlupa pulak! Tarikh tutup untuk segmen ini, ialah pada: 13 Mei, (erk, besok?) so korang cepat-cepatlah join sebelum terlambat....
Nak join, senang jer,...klik gambar kat atas tu, atau pun, kat TULISAN BESAR kat atas tu,
tak pun, klik jer kat SINI , lagi senang!

Pe lagi, jom ramai-ramai join ini segmen..... YEAHH!! :D


Kereta Sport Paling Mahal Kini Milik Lamborghini

No comments:
KERETA Lamborghini Sesto Elemento. 

LONDON - Kereta sport termahal di dunia kini bertukar takhta apabila kereta Lamborghini buatan Itali berjaya memintas pendahulu sebelum ini, Bugatti Veyron, lapor sebuah akhbar semalam. 

Kereta Lamborghini Sesto Elemento itu dijual dengan perbezaan harga £170 ribu (RM830,389) dengan nilai £1.77 juta (RM8.7 juta). 

Ia dibina pada tahun ini di Sant'Agata Bolognese, Itali. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann, model itu pertama kali dipamerkan dalam Pertunjukan Kereta Paris Oktober lalu. 

Bagaimanapun, kereta Lamborghini Sesto Elemento yang memiliki kelajuan 321 kilometer sejam masih tidak dapat menandingi Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport buatan Jerman dengan kelajuan maksimum 407 kilometer sejam. 

Kereta terbaru Lamborghini itu menggunakan enjin 5.2 liter V10 dna beratnya kurang satu tan. 

Hanya 20 buah nit kereta itu akan dibina. 

Kereta Bugatti Veyron dikeluarkan di Molsheim, Alsace, Perancis. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Budak Magnet Miliki Kuasa Sembuh Penyakit

No comments:
IVAN STOILJKOVIC menunjukkan alat senaman pengangkat berat melekat pada tubuhnya. 

KOPRIVNICA, Croatia - Seorang budak berusia enam tahun, Ivan Stoiljkovic yang tubuhnya berfungsi seperti magnet kerana logam boleh melekat pada tubuhnya dipercayai mempunyai kuasa menyembuhkan beberapa penyakit, lapor sebuah akhbar semalam. 

Menurut keluarganya, Ivan sebelum ini berjaya menyembuhkan sakit perut datuknya dengan menggunakan tangannya. 

Datuknya, Ivo berkata, apabila cucunya itu meletakkan tangan di perutnya yang sakit, dia berasa panas sebelum kesakitan tersebut hilang. 

Dia juga berjaya melegakan seorang jirannya yang cedera di kaki selepas terlibat dalam kemalangan traktor. 

Ivan sebelum ini terkenal kerana barang logam seperti sudu, telefon bimbit dan periuk akan melekat pada tubuhnya apabila dia menanggalkan baju selain barang logam seberat 25 kilogram turut melekat pada tubuhnya. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Ibu Lahir Anak Dua Kepala

No comments:

BEIJING - Seorang ibu melahirkan bayi yang mempunyai dua kepala di sebuah hospital di bandar Suining, wilayah Sichuan, China pada minggu lalu. 

Bayi itu berkongsi dua tangan dan dua kaki dilahirkan menerusi pembedahan. 

Kembar ganjil itu menghidap dicephalic parapagus kerana bayi berkenaan hanya berkongsi satu badan yang menyebabkan pembedahan untuk memisahkannya tidak boleh dilakukan. 

Bayi seberat 4.05 kilogram dan tinggi 50 sentimeter itu dilahirkan selepas satu sel telur gagal untuk berpecah dengan sempurna dan dianggap jarang berlaku dengan kebanyakan kes seperti ini dikesan di Asia Tenggara dan Afrika. 

Bagaimanapun, di Barat, pada 2009, Lisa Chamberlain dari Portsmouth melahirkan kembar Joshua dan Jayden yang berkongsi satu badan. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Empat Cedera Akibat iPad 2

No comments:
DUA orang terbaring selepas berlaku satu rusuhan di luar
sebuah kedai menjual komputer iPad di Beijing pada Sabtu lalu.


BEIJING - Empat orang cedera apabila berlaku satu rusuhan semasa sejumlah pelanggan berbaris untuk membeli komputer tablet iPad 2 di luar sebuah kedai di sini. 

Kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu di kawasan Sanlitun itu bermula apabila seorang kakitangan kedai menjual iPad menumbuk seorang pelanggan yang memotong barisan. 

Ekoran kejadian itu beberapa pelanggan lain memecahkan pintu kaca di kedai berkenaan. 

Menurut beberapa saksi, botol-botol air dibaling semasa rusuhan itu berlaku. 

Empat orang yang cedera itu dirawat di sebuah hospital dan polis mengambil keterangan mereka. 

Seorang jurucakap syarikat Apple yang mengeluarkan iPad di China, Carolyn Wu berkata, kedai itu ditutup selama beberapa jam pada Sabtu lalu selepas kekacauan di luar kedai berkenaan tidak dapat dikawal. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Satelit Rusia Cetus Cahaya Luar Biasa

No comments:
SATU cahaya ganjil muncul pada waktu malam di bandar Ekaterinburg, utara Rusia pada Rabu lalu. 

MOSCOW - Satu cahaya ganjil yang menjelma pada waktu malam sehingga menarik perhatian pemerhati angkasa lepas didapati berasal dari sebuah satelit komunikasi tentera milik Rusia, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Cahaya berwarna biru itu muncul di bandar Ekaterinburg di kawasan pergunungan Ural sehingga menyebabkan terdapat sangkaan sebelum ini bahawa ia merupakan objek terbang tidak dikenali (UFO). 

Rusia mempunyai lebih 100 satelit di orbit. 

Cahaya itu dihasilkan apabila booster roket terpisah dan jatuh di bumi. 

Booster roket itu milik kapal angkasa Soyuz-2 yang membawa satelit Meridian 4 yang dilancarkan pada Rabu lalu dari pusat angkasa lepas Plesetsk, utara Rusia pada pukul 9.41 malam. 

Kapal angkasa itu terdiri daripada pelbagai bahagian termasuk booster yang setiap satunya mengandungi enjin dan akan dilepaskan selepas kehabisan minyak. - Agensi 

Petikan: KOSMO



Trend Baharu Tindik Korset Pada Tubuh

No comments:
BENTUK korset yang ditindik dekat leher.
LONDON - Korset yang ditindik pada kulit badan merupakan trend terbaharu yang diminati oleh golongan muda bagi menggantikan tatu. 

Kos untuk menindik beberapa subang pada tubuh untuk meletakkan reben yang dijadikan korset itu melibatkan kos sehingga £300 (RM1,473). 

Bagaimanapun, seorang doktor bedah memberi amaran bahawa korset itu akan menyebabkan parut pada badan buat seumur hidup dan jangkitan kuman. 

Korset itu ditindik di bahagian belakang badan, tulang rusuk dan leher namun parut akan muncul dalam tempoh beberapa minggu. 

Bagaimanapun, seorang wanita yang menawarkan perkhidmatan itu di Southampton, Laura Hunt berkata: "Ia tidak berbahaya kerana subang yang ditindik itu di permukaan tubuh dan tidak terlalu dalam." - Agensi 

Petikan: KOSMO



Klip Video Lady Gaga Cetus Kontroversi

No comments:

Salah satu adegan dalam klip video terbaru Lady Gaga yang berjudul Judas.  


NEW YORK - Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS), Lady Gaga terus menimbulkan kontroversi apabila berlakon sebagai pelacur yang berubah watak kepada Mary Magdalene dalam klip video terbarunya, Judas, lapor sebuah akhbar semalam. 

Wanita berusia 24 tahun tersebut muncul dalam klip video berdurasi tujuh minit itu lengkap berpakaian seperti Mary Magdalene versi moden sambil menunggang motosikal. 

Mengikut kepercayaan Kristian, Mary Magdalene merupakan wanita yang dapat melihat Nabi Isa selepas kematiannya. 

Klip video itu melibatkan kos produksi keseluruhan sebanyak AS$9.8 juta (RM29.4 juta). 

Rumah Osama Jadi Tarikan

No comments:

ABBOTTABAD - Kediaman di mana pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden di-tembak mati tentera Amerika Syarikat (AS) mula menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara. 

Sejak kematian Osama diumumkan, ratusan pelawat membanjiri kawasan di pinggir bandar Abbottabad, Pakistan. 

Pintu masuk utama di kediaman itu ditutup dan dikawal anggota keselamatan, namun orang ramai dibenarkan berada di kawasan berhampiran selepas pihak berkuasa Pakistan menjalankan siasatan. 

Seorang penduduk tempatan, Ali Abbas, 43, memulakan kempen untuk menjadikan rumah terakhir Osama itu sebagai tarikan pelancongan rasmi yang didakwa akan menarik perhatian pelancong dari Eropah dan AS. 

“Orang Barat tentu akan datang jika rumah ini diisytihar sebagai lokasi pelancongan rasmi dan ini akan memberi manfaat besar kepada bandar ini,” katanya. 

Menurutnya, kediaman itu perlu dibiarkan dalam keadaan asal dan menjadi sebahagian daripada sejarah dunia. 

Petikan: Sinar Harian


Pengasas Facebook Beli Rumah Pertama

No comments:
RUMAH baru yang dibeli oleh Mark Zuckerberg di Palo Alto, California

PALO ALTO - Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 28, membuat keputusan membeli rumah pertamanya berharga AS$7 juta (RM21.02 juta) di sini setelah tiga tahun menjadi bilionair termuda di dunia, lapor sebuah akhbar semalam. 

Rumah barunya yang mempunyai lima bilik itu terletak di kawasan kejiranan Crescent Park dan hanya 10 minit perjalanan ke pejabat barunya di Menlo Park. 

Dengan kekayaan yang dianggarkan sebanyak AS$13.5 bilion (RM40.54 bilion), dia sebelum ini hanya menyewa sebuah rumah dua tingkat di kawasan Palo Alto, California. 

Dia tinggal di rumah tersebut bersama kekasihnya, Priscilla Chan dan mereka dijangka bertunang dalam tempoh terdekat. - Agensi 

Petikan: KOSMO



Penyeludup Dadah Ditangkap Kerana Jari

No comments:

SAO PAULO - Seorang penyeludup dadah ditangkap polis di negeri Santa Catarina selepas identitinya dikenal pasti menerusi 12 jarinya. 

Menurut seorang pegawai polis, Enio de Oliveira Matos, pada mulanya penyeludup dadah itu menunjukkan identiti dirinya dengan menggunakan dokumen pengenalan milik adiknya menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat menangkapnya, baru-baru ini. 

Matos berkata, pihak polis kemudian mendapatkan maklumat daripada Institut Identitifikasi di negeri Parana iaitu lokasi tempat penyeludup tersebut dilahirkan. 

Berdasarkan maklumat institut itu, setiap tangan penyeludup tersebut mempunyai enam jari. 

Ekoran pengesahan tersebut, pihak polis kemudian menangkap penyeludup tersebut dengan jarinya sebagai bukti identiti dirinya sebagai penyeludup dadah.- Agensi 

Petikan: KOSMO


P/S: Hah !? 12 jari !?  :-o

Cerut Paling Panjang Di Dunia Dihasilkan

No comments:
HAVANA - Sebatang cerut yang sepanjang 81.8 meter dihasilkan oleh beberapa orang diketuai oleh penggulung cerut di Cuba, Jose Castelar. 

Castelar berharap cerut itu akan mencipta rekod sebagai yang paling panjang di dunia. 

Dia dan pekerja-pekerjanya mula menghasilkan cerut itu pada penghujung April lalu dan ia berjaya disiapkan kelmarin. 

Sebelum ini, Castelar, 67, mencipta rekod dunia kerana dia menggulung cerut sepanjang 45 meter pada 2008. 

Cerut itu kini menunggu pengesahan rasmi daripada pihak pengurusan Guinness World Records di London untuk disahkan sebagai yang paling panjang di dunia. - Agensi 

Petikan: KOSMO



Budak Jual 3,000 Lukisan Kumpul Biaya Rawatan Kanser

No comments:

KANSAS, Amerika Syarikat - Seorang kanak-kanak, Aidan Reed berjaya menjual sebanyak 3,000 keping gambar raksasa yang dilukisnya demi membiayai kos rawatan penyakit kanser yang dihidapinya, lapor sebuah akhbar semalam. 

Aidan yang berusia lima tahun itu didiagnosis penyakit leukemia pada 13 September 2010. 

Sejak itu, dia yang berasal dari Kansas, Amerika Syarikat (AS) dikehendaki menjalani rawatan termasuk kemoterapi, jangkitan, saluran tulang belakang dan prosedur lain yang menyakitkan. 

Pakar perubatan bagaimanapun memberitahu bahawa penyakit yang dialami Aidan menunjukkan 90 peratus untuk pulih. 

Ibu bapa Aidan, Katie dan Wiley sebelum ini berdepan dengan masalah untuk membayar bil hospital sehingga terpaksa mencagar rumah mereka bagi mendapatkan wang. Cukup mengejutkan apabila Aidan yang memiliki minat melukis raksasa dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut. 

Dalam waktu singkat Aidan berjaya menjual 3,000 lukisan yang dilukis di katil hospital sewaktu menjalani rawatan. 

Keseluruhan wang yang dikumpulkan melebihi AS$30,000 (RM89,235), sekali gus cukup untuk mendapatkan semula rumahnya yang dicagar dan menjalani rawatan susulan selepas ini. 

Lukisan Aidan turut menerima tempahan dari Jepun, Itali, Brazil dan negara lain di seluruh dunia. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Sony Terus Digodam

No comments:

TOKYO 3 Mei – Krisis keselamatan Internet Sony semakin buruk berikutan pendedahan terbaru syarikat itu, semalam bahawa penggodam telah mencuri data daripada 25 juta pengguna sistem permainan komputer mereka, Sony Online Entertainment. 

Pendedahan itu dibuat sehari selepas orang nombor dua Sony, Kazuo Hirai mengumumkan satu penilaian baru diperkenalkan untuk menghindari serangan siber seperti yang berlaku ke atas PlayStation Network. 

Ia dilakukan bagi memperbaiki imej syarikat itu dan memberi jaminan kepada penggunanya yang mungkin beralih ke permainan Microsoft, Xbox. 

Serangan terbaru yang didedahkan, semalam itu berlaku sehari sebelum satu lagi kes pencerobohan besar ke atas rangkaian permainan video yang menyebabkan kecurian 77 juta akaun pengguna PlayStation Network. 

Syarikat elektronik Jepun ini berkata, mereka mengesan pencerobohan rangkaian permainan komputer di dalam talian ini pada 2 Mei lalu. 

Pencerobohan itu menyebabkan kecurian 10,700 rekod debit secara langsung daripada pengguna di Austria, Jerman, Belanda dan Sepanyol serta 12,700 nombor kad kredit dan debit dari luar Amerika Syarikat (AS). 

Rangkaian Sony Online Entertainment ialah perkhidmatan yang membolehkan seseorang itu bermain permainan komputer di Internet. 

Menurut Sony, data seperti nama, alamat, e-mel, tarikh lahir, nombor telefon dan beberapa maklumat lain daripada 24.6 juta pengguna permainan komputer itu telah dicuri daripada pelayan mereka, selain satu ‘pangkalan data lama’ tahun 2007. 

Jurucakap permainan itu yang beribu pejabat di San Diego berkata, perkhidmatan tersebut telah dihentikan pada pukul 1.30 pagi waktu Pasifik, semalam. 

Jurucakap Sony, Sue Tanaka ketika ditanya mengenai risiko kecurian data lain memberitahu bahawa mereka telah mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan firewall (pengasingan virus). – REUTERS 

Petikan: Utusan Malaysia 



Penonton Resah Ular Lilit Leher Budak

No comments:
LONDON - Seorang peserta cilik program realiti televisyen Britain's Got Talent (BGT) menawan hati para juri apabila dia melakukan persembahan bersama seekor ular sawa bernama Lucy pada Sabtu lepas. 

Namun, para penonton lebih bimbangkan nasib budak perempuan berusia 7 tahun tersebut, Olivia Binfield, apabila lehernya dililit reptilia sepanjang 1.8 meter itu. 

Olivia membawa bersama ular sawa jinak itu yang dipelihara keluarganya semasa membaca sajak mengenai kepentingan untuk memulihara spesies terancam dalam BGT. 

Sepanjang persembahannya, hos BGT, Ant McPartlin dan Declan Donnelly nampak resah dengan McPartlin bertanya: "Ular itu melilit lehernya, adakah itu normal?" 

Panel juri dan para penonton kemudian menarik nafas lega selepas melihat Olivia tidak diapa-apakan reptilia itu dengan dia berjaya mara ke peringkat seterusnya. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Dua Kali Disambar Petir

1 comment:

NEW YORK - Malang datang bertimpa buat seorang lelaki apabila dia disambar petir sebanyak dua kali dalam tempoh tidak sampai seminit, lapor sebuah akhbar semalam. 

Lelaki berkenaan sedang berjoging di sebatang jalan raya di pinggir sebuah bandar di Amerika Syarikat pada 11 April lalu apabila insiden itu dirakam kamera video litar tertutup (CCTV). 

Ketika kejadian, mangsa disambar petir dan tersungkur ke tanah. Selepas mengambil nafas dan menenangkan dirinya, dia bangkit semula 15 saat kemudian. 

Dia sempat berjalan beberapa meter apabila petir sekali lagi menyambarnya menyebabkan dia rebah ke tanah semula. 

Lelaki tersebut yang kelihatan bingung memikirkan tentang apa yang sebenarnya telah berlaku kemudian bangun semula dan meninggalkan tempat kejadian. 

Rakaman video luar biasa itu mencetuskan sensasi di YouTube dengan beribu-ribu orang memberitahu, mereka terkejut melihat lelaki itu terselamat dalam kejadian tersebut. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Gambar Mayat Osama Didakwa Palsu

No comments:

JAKARTA – Wajah mayat ketua kumpulan Al-Qaeda yang berlumuran darah yang tersebar meluas di Internet dan disiarkan oleh agensi berita Associated French Press (AFP), lapor akhbar Kompas semalam. 

Stesen televisyen Pakistan menyatakan, kesahihan foto berkenaan masih belum dapat disahkan secara rasmi. 

AFP memberitahu, kombinasi gambar jelas menunjukkan bahawa janggut dan bahagian bawah gambar berkemungkinan besar tidak asli dan dibuat dengan menggunakan teknik pertindihan gambar. 

Menurut AFP, terdapat kemungkinan foto mayat Osama (kanan) itu adalah palsu. 

Tambah agensi berita berkenaan, kesahihan gambar mayat Osama dipertikaikan kerana raut muka dan janggut pada mayat Osama amat mirip semasa dia masih hidup. 

AFP tidak menyatakan sumber gambar mayat itu diambil. – AFP 

Petikan: KOSMO 


Main Golf Di Pulau Buatan Manusia

No comments:
IMEJ konsep terowong dasar laut yang menghubungkan 
padang golf berharga RM1.48 bilion.

Male - Para peminat sukan golf boleh merasai pengalaman bermain golf di atas gugusan pulau terapung yang dihubungkan dengan beberapa terowong dasar laut menjelang tahun 2015, lapor sebuah akhbar semalam. 

Sebuah syarikat Belanda mengumumkan rancangan membina padang golf terapung tersebut di kepulauan Maldives yang menelan belanja kira-kira AS$500 juta (RM1.48 bilion). 

Menampilkan padang golf 18 lubang yang dihubungkan dengan terowong dasar laut, setiap pulau terapung di Lautan Hindi itu memiliki dua atau tiga lubang. 

Pulau terapung itu akan turut mempunyai beberapa hotel mewah bagi kemudahan para pengunjungnya. 

Pembinaannya akan menitikberatkan aspek alam sekitar. Apabila siap kelak ia bakal dilengkapi janakuasa solar dan mesin memproses air laut untuk dijadikan air bersih. - Agensi 

Petikan: KOSMO 


Telefon Bimbit Antipintar Berharga RM31,675

1 comment:
LONDON - Tiada enjin carian Internet Google mahupun kamera tetapi harga telefon bimbit jenama Æsir YB1 jauh lebih mahal berbanding telefon pintar iaitu mencecah £6,400 (RM31,675) lapor sebuah akhbar semalam. 

Menampilkan reka bentuk mudah dan ringkas, gajet buatan Denmark itu begitu diminati oleh golongan kaya dan merupakan gajet prestij mereka. 

YB1 yang didatangkan dengan skrin kaca batu nilam, cuma dilengkapi fungsi asas telefon bimbit iaitu kemudahan panggilan dan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS). 

Namun Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkata, YB1 mahal kerana ia dibuat dengan menggunakan bahan-bahan untuk menghasilkan jam tangan mewah. 

"Orang kaya tidak perlukan telefon pintar seperti iPhone, mereka mengupah staf untuk mengendalikan jadual, menghantar e-mel atau mengemas kini Facebook," katanya. - Agensi 

Petikan: KOSMO 

Perhentian Bas Keluar Bunyi Batuk

No comments:
Sebuah perhentian bas yang mengeluarkan bunyi batuk di Britain.

LONDON - Pihak berkuasa kesihatan Britain akan membina perhentian bas baru yang mengeluarkan bunyi batuk berkahak perokok apabila orang ramai mendekatinya, lapor sebuah akhbar semalam. 

Perhentian bas itu yang menelan belanja £1,200 sebuah (RM5,939), dilengkapi cip sensor yang dapat mengesan kehadiran manusia seterusnya mengeluarkan bunyi manusia sedang batuk. 

Setakat ini, sebanyak 15 buah kemudahan itu telah dibina dalam fasa percubaan di seluruh Britain, terutamanya di kawasan yang banyak mencatatkan kes kanser paru-paru. 

Pembinaannya merupakan sebahagian kempen antimerokok di negara itu bagi menggalakkan perokok yang mengalami batuk berpanjangan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan. 

"Tempat perhentian bas unik ini merupakan kempen iklan kesihatan baru yang dapat menarik perhatian orang ramai," kata seorang pegawai kesihatan, Dr. Phil Sawyer. - Agensi 

Petikan: KOSMO 

P/S: Positifnya, beri peringatan supaya utamakan kesihatan,... negatifnya, orang ingat bus stop tu berhantu ! LOL

Budak Terselamat Disedut Puting Beliung

1 comment:

TUSCALOOSA, Amerika Syarikat (AS) - Rumahnya ranap dan dia pula terlantar di hospital tetapi seorang ayah di negeri Alabama, Reginald Eppes menganggap dirinya bertuah selepas anak lelakinya yang berusia 8 tahun terselamat walaupun setelah disedut ke dalam puting beliung. 

Kejadian ngeri itu berlaku pada malam Rabu lepas apabila pusaran angin beliung menjulang budak lelaki tersebut, Reginald Jr dari katilnya dan menyedutnya ke dalam kegelapan malam. 

"Saya cuba mencapai tangannya tetapi tidak sempat. Dinding rumah kami runtuh seperti kertas dan angin maut itu turut menyedut anak saya," kata Eppes, 35 kepada akhbar Daily News dari sebuah hospital di sini.

Lelaki Pandu Kereta Bawah Lori

No comments:
KERETA Mazda MX-5 menyelinap di bawah treler. 

MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Ini bukan adegan filem tetapi satu realiti. Seorang pemandu mengundang padah dengan memandu kereta sportnya di bawah sebuah treler yang sedang bergerak, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Kereta sport Mazda MX-5 yang dipandu lelaki tersebut menyelinap di bawah treler 18 tayar itu yang bergerak selaju 64 kilometer di sebatang jalan yang sibuk di negeri Florida. 

Dia kemudian bergerak keluar dari bawah treler itu dan terus memandu pergi. 

"Saya tidak percaya melihat aksinya. Dia mengundang bahaya kepada semua pemandu lain. Kadangkala kebodohan manusia tidak mengenal batasan," kata seorang saksi Ben Ellis yang merakam kejadian itu baru-baru ini. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Sukan Arnab Melompat Kian Popular

No comments:

JENA, Jerman - Pertandingan arnab melompat melepasi pagar kini menjadi sukan baharu yang digilai di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam. 

Mula diperkenalkan di Sweden pada awal tahun 1980-an, acara yang dikenali sebagai Kaninhop itu memerlukan arnab-arnab melompat melepasi halangan yang terdiri daripada pelbagai saiz serta ketinggian. 

Seekor arnab berwarna putih hitam bernama Snoopy dari bandar Jena, Jerman merupakan bintang di kelab Kaninhop tempatan. 

"Snoopy boleh melompat setinggi 60 sentimeter. Ia juga hebat dalam pertandingan dengan pernah menduduki tempat kedua dan ketiga," kata pengasas kelab Kaninhop di Jena, Claudia Fehlen. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...